Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
salam sejahtera, saya hendak bertanya kepada pihak tuan bahawa penggunaan frasa di bawah bawah adakah betul? 1) amat sangat cantik 2) sunggut amat cantik 3) terlalu amat cantik sekian, terima kasih. | 1. Amat sangat cantik, sungguh amat cantik - amat, sangat dan sungguh ialah kata penguat bebas dan kata penguat tak perlu hadir berturutan dalam satu ayat. 2. Terlalu amat cantik - Frasa ini betul, walau bagaimanapun terlalu cantik atau amat cantik telah memadai. | Tatabahasa | 05.07.2012 |
(a) Mereka sedang membincangkan perkara itu. Boleh 'sedang' digantikan dengan 'tengah'? (b) Menurut jawapan KNDBP yang lepas, frasa 'kesakitan yang amat sangat' gramatis. Adakah ayat ini gramatis? 'Baju ini amat sangat cantik.' | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan 'tengah' ialah sedang (melakukan sesuatu), dlm pd itu, pd waktu (ketika) itu. Walau bagaimanapun perkataan ini biasa digunakan dalam bahasa percakapan. Ayat 'Baju ini amat sangat cantik' betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 245. | Tatabahasa | 24.08.2009 |
(a)Ali mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari kati? Adakah ayat tersebut gramtis? (b)Adik terbangun (dari / daripada) tidur kerana dentaman mercun? terima kasih. | Ayat yang betul ialah A. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat setelah terjatuh dari katil B. Adik terbangun daripada tidur kerana dentaman mercun | Tatabahasa | 19.08.2009 |
Setelah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 245, didapati tiada tatabahasa yang mengatakan "amat sangat sakit" adalah gramatis. Jika tatabahasa ini diterima, maka "sangat amat sedih" atau "amat sungguh sedih" pun menjadi gramatis. Sila berikan penerangan yang jelas. Kenapa tatabahasa "(sangat/amat/sungguh) + adjektif + nian" digugurkan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga? Adakah tatabahasa tersebut tidak gramatis lagi? | Merujuk halaman 245, buku Tatabahasa Dewan, pola yang ada ialah (v) ter- + {amat/sangat} + kata adjektif dan (vi) {amat/sungguh/sangat} + kata adjektif sekali. Oleh itu, berdasarkan pola tersebut contoh yang saudara beri "amat sangat sakit" tidak gramatis kerana bentuk yang betul teramat sakit atau tersangat sakit (pola v) dan amat sakit sekali atau sungguh sakit sekali atau sangat sakit sekali (pola vi). Sebarang persoalan tentang kandungan buku Tatabahasa Dewan saya cadangkan saudara berhubung terus dengan editor yang terlibat. | Tatabahasa | 27.08.2009 |
Bolehkah penggunaan kata sangat dan amat digunakan sekali dalam sesuatu ayat?Contohnya,Azman berasa amat sangat sakit disebabkan kecederaan yang dialami. | Kata penguat amat, sangat, sungguh boleh hadir salah satu sahaja di hadapan atau belakang kata adjektif, seperti: Pakaian seragam pasukan itu amat kemas, Pemandangan di perbatasan indah sungguh. | Tatabahasa | 08.12.2010 |
1. Mak Siti sayang (pada/ akan/ kepada) anaknya. 2. Ali patuh (pada/ akan/ kepada) peraturan. 3. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat kerana terjatuh dari katil. 4. Baju ini amat sangat cantik. Adakah ayat-ayat di atas gramatis? (merujuk kepada TD Edisi ke-3, "pada" tidak boleh digunakan di depan kata nama yang bermaksud sasaran, adakah pada dalam soalan 1 tidak boleh digunakan di depan anaknya?) | Ayat yang betul ialah: 1. Mak Siti sayang akan anaknya. 2. Ali patuh pada peraturan. 3. Ali mengalami kesakitan yang amat sangat kerana terjatuh dari katil. 4. Baju ini amat cantik / sangat cantik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, rujuk halaman 274, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 08.08.2010 |
Mohon jelaskan mengenai Kata Penguat. Wujudkah had maksimum penggunaan kata penguat dalam satu ayat? Contoh ayat. Sungai itu terlalu amat sangat dalam sekali . Adakah penggunaan ayat tersebut betul dari segi tatabahasanya? terima kasih... | Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada diterangkan tentang ungkapan Darjah Penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut: i. Se- + kata adjektif + gandaan + nama (sepandai-pandai tupai) ii. Ter- + kata adjektif (terpandai) iii. Paling + kata adjektif (paling pandai) iv. Ter- + amat/sangat + kata adjektif (teramat/tersangat cantik) v. Amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat/sangat/sungguh cantik sekali) Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman 245 dan 260. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
SAYA MENGHADAPI MASALAH BAGAIMANA HENDAK MENERANGKAN KEPADA PELAJAR SAYA TENTANG PENGGUNAAN AWALAN TER DIGABUNG DENGAN KATA PENGUAT AMAT DAN SANGAT. CONTOH TERAMAT SANGAT.HARAP DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH | Lihat Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, halaman 244: Ter + amat, sangat + kata adjektif seperti teramat cantik dan tersangat indah. Penggunaan yang tak dibenarkan ialah ter + amat, sangat + kata adjektif + sekali seperti teramat cantik sekali. Untuk maklumat lanjut, semak halaman berkenaan dalam buku Tatabahasa. | Tatabahasa | 12.02.2012 |
BOLEH ATAU TIDAK 'LAJU DOWH' 'DOWH' - MERUJUK AMAT, SANGAT | SLANGA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN. DIALEK BOLEH DIGUNAKAN. 'DOWH' IALAH SLANGA, TIDAK BOLEH DIGUNAKAN. | Lain-lain | 13.01.2011 |
Assalamualaikum.. 1.Saya keliru dengan penggunaan kata meniduri/menidurkan dalam ayat ibu meniduri/menidurkan adik. 2.Yang mana betul-Ali mengalami kesakitan yang teramat @ Ali mengalami kesakitan yang amat sangat. | 1. Ayat yang betul ialah - ibu menidurkan adik, menidurkan bermaksud membuat supaya tidur. 2. Ali mengalami kesakitan yang teramat, Ali mengalami kesakitan yang amat sangat - kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 27.09.2010 |