Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tolong beritahu mana yang betul. Terima kasih. Ali menyimpan buku di dalam almari. Ali menyimpan buku ke dalam almari. | Ali menyimpan buku di dalam almari. | Tatabahasa | 07.11.2008 |
saya ching chu tuoa dari tumpat kelantan selamat sejahtera, perkataan kata nama rak maksudnya tempat atau alat untuk menyimpan buku persoalannya di dalam rak atau di atas buku-buku diletakkan. terima kasih | Penggunaan di dalam rak atau di atas rak bergantung pada bentuk visual rak tersebut. Jika rak buku seperti almari yang terbuka, maka penggunaan yang betul ialah buku disimpan di dalam rak dan jika bentuk rak tersebut seperti para-para, penggunaan yang betul ialah pinggan diletakkan di atas rak. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
Pilih ayat yang betul. 1.Kami pulang bila hari petang. 2.Siti membeli sebotol sos cili. 3.Buku itu disimpannya dalam almari. 4.Kawasan yang curam itu amat berbahaya. Tolong beri penjelasan, terima kasih. | i. Kami pulang apabila hari petang. ii. Ayat ini betul. iii. Buku tersebut disimpan di dalam almari. iv. Kawasan curam itu amat berbahaya. | Tatabahasa | 17.01.2008 |
Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad. Soalan: apakah kata sendi nama yang betul untuk digunakan di hadapan kata/frama nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk benda, misalnya televisyen, almari, dsb. Contoh ayat: Kembalikan buku ini ke/kepada almari itu. | Jawapan yang betul ialah "Kembalikan buku ini ke almari itu." | Tatabahasa | 26.05.2016 |
Salam sejahtera. Ayat1: Hana menyusun buku di rak dengan kemas. Ayat 2: Hana menyusun buku di atas rak dengan kemas. Ayat 1 dan 2 mana betul? | Penggunaan di dalam rak atau di atas rak bergantung pada bentuk visual rak tersebut. Jika rak buku seperti almari yang terbuka, maka penggunaan yang betul ialah Hana menyusun buku di dalam rak dengan kemas dan jika bentuk rak tersebut seperti para-para, penggunaan yang betul ialah Hana menyusun buku di atas rak dengan kemas. | Tatabahasa | 08.04.2013 |
Tuan, saya keliru dengan penggunaan dari / daripada: 1) Ali menurunkan almari (dari / daripada) lori. Yang mana satu betul? dari atau daripada? 2) Siti turun (dari / daripada) bas sekolah. Yang mana satu betul? dari atau daripada? Terima kasih tuan. | Jawapan yang betul ialah: 1) Ali menurunkan almari dari lori. 2) Siti turun dari bas sekolah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 265 - 272. | Tatabahasa | 16.03.2025 |
apakah penjodoh bilangan untuk rumah panjang? adakah sebuah rumah panjang. terima kasih encik. | Penjodoh bilangan sebuah digunakan untuk benda yang besar dan tidak bernyawa, (bentuk atau jenisnya tidak tentu), seperti rumah, kereta, almari, buku dan sebagainya. Oleh itu, penjodoh bilangan untuk rumah panjang ialah sebuah (sebuah rumah panjang). Sila rujuk pangkalan data https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Khidmat Bahasa DBP. | Lain-lain | 18.05.2025 |
Assalamualaikum! 1. Saya ingin bertanya penjodoh bilangan 'sebuah'. Apakah kriteris perkataan yang boleh digandingkan dengan 'sebuah'? 2. Bolehkah sebuah cerita, sebuah kemalangan dan sebuah banjir? Terima kasih | 1. Penjodoh bilangan "buah" digunakan untuk merujuk benda-benda yang bersaiz besar dan agak besar (bentuk atau jenisnya tidak tentu) seperti seperti rumah, kereta, almari, buku dan sebagainya. 2. Dalam konteks ini, tidak perlu diberikan penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 14.08.2010 |
Sila semak karang berikut, markah penuh ialah 30. Tajuk : Aku sebatang pen Aku merupakan sebatang pen. Nama aku Pilot. Aku dibuat di sebuah kilang yang diletakkan di Shah Alam. Setelah siap diperbuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku. Aku dan kawan-kawan dihantar ke sana dengan sebuah lori. Pekerja kedai buku meletakkan aku di sebuah almari yang bercermin. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. Pada suatu hari, seorang wanita membawa anak lelakinya datang ke kedai buku untuk membeli alat menulis. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. Anak lelaki iut membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. Wanita itu telah membeli aku dengan harga RM1.50. Aku dibawa balik ke rumah mereka. Rupa-rupanya, tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah dan bernama Beng Hung. Tuanku menggunakan aku untuk membuat kerja rumah di sekolah. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku boleh bekhimat tuanku selama-lamanya. | Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Untuk semakan dan pemarkahan karangan sila rujuk guru bahasa Malaysia di sekolah puan. Dan untuk semakan sendiri sila rujuk buku Tatabahasa Dewan kerana banyak ditemukan kesalahan dalam ayat tersebut termasuklah penggunaan kata terbitan yang tepat dan ejaan. | Tatabahasa | 06.04.2013 |
Saya berasa keliru terhadap konsep kata majmuk. Frasa berikut ang manakah kata majmuk? 1.replika budaya 2.pakaian tradisional 3.warisan budaya 4.kraf tangan 5.lagu budaya betitik /budaya betitik 6.papan nama /papan nama bangunan 7.seni khat 8.pakaian kebangsaan 9.almari pakaian 10.seni tulisan / seni tulisan Tamil 11.wartawan (maklumat ini diambil daripada buku teks BM tahun 5) Harap pihak dbp dapat membantu saya dalam membezakan kata majmuk dengan frasa nama. Terima kasih. | Kata majmuk ialah rangkaian dua kata dasar atau lebih yang membawa makna yang tertentu, seperti kapal terbang dan bandar raya. Contoh yang tuan berikan ialah kata majmuk kerana kata-kata ini tidak boleh disipkan dengan unsur yang lain kerana akan memberikan pengertian yang lain. | Tatabahasa | 04.05.2020 |