Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tolong beritahu mana yang betul. Terima kasih. Ali menyimpan buku di dalam almari. Ali menyimpan buku ke dalam almari. | Ali menyimpan buku di dalam almari. | Tatabahasa | 07.11.2008 |
Dalam bahasa Inggeris, "assemble' ialah 'to put something together'. Sebagai contoh, bahagian-bahagian almari yang berasingan disatukan dan dipasang menjadi sebuah almari. Manakala, 'install' ialah 'the object is already completed but needs to put in a particular place' bermaksud almari yang siap dipasang tadi kemudian dipasangkan dan dikukuhkan pula di sesuatu tempat, misalnya di bilik tidur. Apakah perkataan yang sesuai untuk 'assemble' bagi membezakannya dengan 'install' walhal kedua-dua perkataan sekiranya diterjemahkan membawa kepada maksud yang sama iatu 'pasang' tetapi sebenarmya proses yang berlainan? Terima kasih. | Kami mencadangkan "assemble" diterjemahkan sebagai "sambung", "kumpul" atau "himpun", manakala "install" pula boleh diterjemahkan sebagai "memasang". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 11.03.2021 |
ANTARA YANG BERIKUT PENGGUNAAN TANDA BACA KOMA MANAKAH YANG LEBIH TEPAT?. DI RUMAH SAYA TERDAPAT KERUSI, MEJA, KATIL DAN ALMARI.. ATAUPUN DI RUMAH SAYA TERDAPAT KERUSI, MEJA, KATIL, DAN ALMARI. | Ayat yang betul ialah "Di rumah saya terdapat kerusi, meja katil dan almari." | Tatabahasa | 01.04.2010 |
Adakah ayat ni betul? Puan izzah menyimpan koleksi barang-barang hiasannya di dalam almari kaca. koleksi barang- barang hiasannya. | Ayat yang betul : Puan Izzah menyimpan koleksi barang hiasannya di dalam almari kaca. | Tatabahasa | 01.07.2015 |
Tolong semak tatabahasa di bawah: 1. Saya sayang awak lebih dari/daripada segalanya. 2. Dia ambil dari/daripada almari saya. Terima kasih DBP. | 1. Saya sayang awak lebih daripada segalanya. 2. Dia mengambil baju daripada almari saya.
| Tatabahasa | 07.01.2021 |
Tuan, saya keliru dengan penggunaan dari / daripada: 1) Ali menurunkan almari (dari / daripada) lori. Yang mana satu betul? dari atau daripada? 2) Siti turun (dari / daripada) bas sekolah. Yang mana satu betul? dari atau daripada? Terima kasih tuan. | Jawapan yang betul ialah: 1) Ali menurunkan almari dari lori. 2) Siti turun dari bas sekolah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) halaman 265 - 272. | Tatabahasa | 16.03.2025 |
Pilih ayat yang betul. 1.Kami pulang bila hari petang. 2.Siti membeli sebotol sos cili. 3.Buku itu disimpannya dalam almari. 4.Kawasan yang curam itu amat berbahaya. Tolong beri penjelasan, terima kasih. | i. Kami pulang apabila hari petang. ii. Ayat ini betul. iii. Buku tersebut disimpan di dalam almari. iv. Kawasan curam itu amat berbahaya. | Tatabahasa | 17.01.2008 |
Ingin saya tanya kepada pihak tuan... apakah ayat songsang bagi ayat-ayat berikut? a. Ali ingin makan aiskrim tetapi demam b. Kakak melipat baju lalu menyimpankannya di dalam almari. c Ayah mendengar radio sambil membaca surat khabar d. Buah pisang bukan sahaja sedap dimakan malahan mengandungi banyak khasiat Terima kasih. | a. Ali ingin makan aiskrim tetapi demam. Ayat songsang: Ingin makan aiskrim tetapi demam, Ali. b. Kakak melipat baju lalu menyimpankannya di dalam almari. Ayat songsang: Melipat baju lalu menyimpankannya di dalam almari, kakak. c. Ayah mendengar radio sambil membaca surat khabar. Ayat songsang: Mendengar radio sambil membaca surat khabar, ayah. d. Buah pisang bukan sahaja sedap dimakan malahan mengandungi banyak khasiat. Ayat songsang: Bukan sahaja sedap dimakan malahan mengandungi banyak khasiat, buah pisang. | Tatabahasa | 22.07.2016 |
Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad. Soalan: apakah kata sendi nama yang betul untuk digunakan di hadapan kata/frama nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk benda, misalnya televisyen, almari, dsb. Contoh ayat: Kembalikan buku ini ke/kepada almari itu. | Jawapan yang betul ialah "Kembalikan buku ini ke almari itu." | Tatabahasa | 26.05.2016 |
Erti Perkataan "PANTRI". TQ | Pantri ialah almari atau bilik kecil di dalam rumah tempat makanan disimpan; atau bilik tempat menyimpan pinggan mangkuk, alas meja, dan sebagainya di hotel atau kapal. | Makna | 18.03.2008 |