Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dalam Daftar Ejaan Rumi-Jawi terbitan 1998 1999 perkataan parti dieja pa-alif-ra-ta-ya (ada alif). Dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2008) perkataan parti dieja pa-ra-ta-ya (alif dipecat). 1. Ejaan manakah yang betul? 2. Apakah dasar perubahan itu? Terima kasih. | Seperti dalam Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi ejaan suku kata tertutup ke atas tidak dilambangkan dengan huruf alif dalam suku kata tersebut seperti yang ada dalam ejaan parti. Huruf alif dalam suku kata tertutup ke atas lazimnya digunakan bagi membezakan dua perkataan yang berlainan. Contohnya dan (sempat) dieja dal nun, manakala dan (kata sendi nama) dieja dal alif nun. | Ejaan | 14.04.2012 |
Ini masalah ejaan jawi. Perbezaan penggunaan antara huruf 'ta' dengan 'ta marbutah'. Mohon penjelasan mengenai penggunaan kedua-dua huruf ini. Betulkah kalau ketika mengeja jawi perkataan 'ayat' memadai mengeja dengan huruf 'ali ya alif ta'( contoh: Baca ayat ini - di mana perkataan jawi untuk ayat adalah "alif ya alif ta") Sebaliknya untuk menerangkan ayat al-Quran (misalnya ayat 'Ali Imran: 24 - ayat di sini dieja (alif ya ta (ta marbutah). Mohon penjelasan | Dalam ejaan baru, semua perkataan tersebut dieja dengan ta terbuka. Hanya perkataan pinjaman daripada bahasa Arab sahaja kekal digunakan huruf ta marbutah. Dan ini dapat menggelakkan kekeliruan antara perkataan surat dengan surah dan ayat al-quran dengan ayat. | Lain-lain | 05.06.2008 |
Bolehkah anda pastikan kesalahan dalam ayat ini? Alif dan Kumaran membincangkan tentang masalah lumba haram yang berlaku di kampung mereka. | Ayat yang betul ialah : Alif dan Kumaran membincangkan masalah lumba haram yang berlaku di kampung mereka ataupun Alif dan Kumaran berbincang tentang masalah lumba haram yang berlaku di kampung mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, di bawah tajuk Pembentukan Kata Kerja, halaman 150. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
Ejaan Jawi se-Malaysia, sin + sempang + min-lam-ya-sin-ya-alif atau sin digabungkan menjadi sin-min-lam-ya-sin-ya-alif? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah . | Ejaan | 14.04.2012 |
Terima kasih atas maklum balas sebelum ini.Sebenarnya pertanyaan saya merujuk kepada nota 1 SEN MALAYA 1941 yang dikeluarkan oleh kerajaan British pada masa itu. Tertera pada nota-nota itu tulisan Jawi SIN WAU ALIF TA dan bukannya SIN ALIF TA WAU. Adakah ini bermakna pihak British telah salah menggunakan perkataan SATU dalam nota-nota tersebut memandangkan beberapa pihak termasuk Za'ba telah menerbitkan buku-buku berkenaan tulisan Jawi sebelum nota-nota itu dikeluarkan pada tahun 1941.(gambar nota 1 SEN MALAYA 1941 dapat dirujuk di internet). Saya benar-benar berharap mendapat jawapan bagi persoalan ini memandangkan ia berkaitan dengan sejarah negara kita. Terima kasih. | Tidak ada maklumat tentang peristiwa sejarah ini dalam sumber rujukan kami. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini kami hanya dapat memberikan kedua-dua ejaan sahaja dan rujukan yang kami ada, iaitu buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi tidak menukilkan etimologi entri ejaan Jawi. Kami cadangkan tuan berhubung dengan pihak Arkib Negara bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Lain-lain | 10.10.2012 |
Salam. Saya ingin menanyakan mengenai ejaan nama Aminah (ibu kepada nabi Muhammad S.A.W) kepada ejaan jawi. Alifnya mempunyai hamzah atau simbol panjang atau hanya alif sahaja. Sekian Terima kasih. | Ejaan nama Aminah (termasuk ibu nabi Muhammad SAW) tidak ada hamzah atau simbol lain di atas huruf alif. | Ejaan | 24.12.2009 |
assalamualaikum.. 1. Tolong berikan pen ini kepada Alif. 2.Dia sering teringatkan adiknya di kampung. 3. Larian merentas desa itu akan saya sertai. Adakah ayat di atas betul, jika sebaliknya harap dapat penjelasan. Kata ganti nama bagi ibu, dia atau beliau. Terima kasih. | Ketiga-tiga ayat contoh yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 23.07.2012 |
Mohon semakan ejaan Jawi Perbadanan Tabung pendidikan Nasional seperti di lampiran. | Betulkan ejaan tabung - ta alif ba wau nga | Tatabahasa | 21.05.2012 |
Saya inginkan kepastian tentang kedudukan huruf Hamzah dalam tulisan Jawi. Bagaimanakah yang dimaksudkan kedudukan Hamzah 3/4 dari huruf Alif. Bagaimanakah cara skala kedudkannnya dikira. Sila Lihat attachement untuk maksud kepada soalan saya ini. | Kedudukan Hamzah 3/4 sebenarnya tidaklah perlu terlalu terperinci sangat dari sudut kedudukannya. Penamaan diberikan 'tiga suku' diberikan hanya untuk membezakan fungsinya dengan Hamzah yang lain (kedudukannya). Sekiranya ukuran ini perlu untuk keperluan teknikal, kedudukan yang tepat ialah Hamzah 3/4 dalam rajah yang kedua (bawah). Kedudukan ini telah dibincangkan dalam jawatankuasa khusus bersama MOSTI (melalui MyNic) untuk diusulkan ke 'Unicode'. | Lain-lain | 11.09.2009 |
Mohon menterjemahkan dalam Jawi "KEDAI GAMBAR" untuk papan iklan Majlis Perbandaran. Terima kasih. | - kaf dal alif ya ga mim ba ro | Ejaan | 28.08.2012 |