Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah alasan atau penerangan yang boleh diterangkan kepada penanya penggunaan banyak kepada orang? Masih boleh gunakan ramai kepada orang? Terima kasih. | Jawapannya 'banyak' boleh digunakan untuk orang. Harap maklum. | Tatabahasa | 03.06.2008 |
contoh dan alasan frasa dua objek. objek tepat dan objek sipi | Dalam binaan ayat, objek yang mengikuti secara langsung kata kerja disebut objek tepat, sementara objek yang mengikuti objek tepat disebut objek sipi, contoh ayat: Hasnah membelikan Asri sebuah buku. Asri - objek tepat dan sebuah buku - objek sipi. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 195. | Tatabahasa | 28.10.2010 |
1.apakah alasan kesalahan bagi ayat pengetua akan berbincang tentang program kecemerlangan sahsiah murid kepada semua guru dalam mesyuarat di minggu hadapan | Ayat yang betul ialah Pengetua akan berbincang tentang program kecemerlangan sahsiah murid dengan semua guru dalam mesyuarat yang akan diadakan pada minggu depan. | Tatabahasa | 15.02.2010 |
Kata tanya (apa/siapa/bila/mengapa/mana) tidak boleh hadir dalam ayat penyata. Alasan yang diberikan adalah pengaruh daripada sintaksis bahasa Inggeris. Apakah alasan ini benar? | Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. Oleh itu, kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata. Alasan pengaruh bahasa Inggeris benar sekiranya kata tersebut digunakan dalam ayat penyata. | Tatabahasa | 16.07.2008 |
Adik suka mencari alasan apabila disuruh membuat kerja oleh ibu. Tuan, adakah susunan bahasa dalam ayat di atas betul? atau perlu begini; Adik suka mencari alasan apabila disuruh oleh ibu membuat kerja . | Kedua-dua ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 15.06.2012 |
Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Walau bagaimanapun, saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana tiada alasan kukuh. Bolehkah pihak DBP memberikan alasan atau sebab kenapa ayat ini betul. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. a) Kenapakah perkataan 'dilibas' betul sedangkan kipas siling itu sedang berputar dan ia benda yang tidak hidup. Kalau manusia atau benda hidup barangkali betul sebab 'pelaku' kepada perbuatan itu. b) Jika penggunaan istilah 'libas' itu betul mungkinkah penggunaan istilah 'libasan' atau 'terlibas' lebih sesuai? Mohon penjelasan. Terima kasih :-) | Pendapat tuan boleh diterima kerana dilibas bermakna pelaku melakukan perbuatan melibas. Perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan dilibas ialah frasa terkena libasan kipas. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya terkena libasan kipas angin kerana berdiri di atas meja.
| Tatabahasa | 21.07.2013 |
Manakah yang benar 1. Belakangan 2. Kebelakangan Nyatakan alasan. Terima kasih | Kedua-duanya betul dan membawa maksud yang sama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 13.05.2010 |
ADAKAH ISU BAHASA MELAYU MENJADI BAHASA MALAYSIA TELAH DITUKAR?APAKAH ALASAN PENUKARAN TERSEBUT? | Pertukaran bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia telah diputuskan oleh kabinet. Keputusan ini dibuat oleh kabinet bertujuan untuk membantu menyemai rasa kekitaan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum. Timbalan Perdana Menteri menyatakan rasionalnya ialah untuk tujuan perpaduan, penggunaan integriti dan bersatu hati. (Rujuk Berita Harian, SElasa 5 Jun 2007) | Lain-lain | 12.07.2007 |
saya nak pastikan adakah soalan ini betul. Jika betul sila nyatakan alasan. Soalan : Menara Kuala Lumpur iitu sangat tinggi sekali. | Kata penguat bebas iaitu amat,sungguh, dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat belakang sekali.Oleh itu soalan tuan/puan adalah betul. | Tatabahasa | 12.07.2007 |
tak bolehkah bersifat tetap. mcm bhs inggeris x ada perubahan. kalau alasan nak memartabatkn bhs,kena lah tetapkn bhs, seolah2 mcm x tentu dgn bhs kebangsaan sendiri sehingga sentiasa berubah. | Terlebih dahulu, terima kasih diucapkan kepada saudara atas pandangan menarik yang diberikan berkaitan bahasa kebangsaan negara. Sebenarnya untuk makluman saudara, setiap bahasa yang ada di dunia berubah mengikut peredaran masa dan turut berubah selagi manusia berbudaya. Bahasa Inggeris juga turut berubah mengikut perkembangan. Mohon jasa baik saudara untuk mengemukakan apakah perubahan yang dimaksudkan agar pihak kami dapat sama-sama berkongsi maklumat untuk bersama-sama kita mengangkat martabat bahasa kebangsaan negara kita. Terima kasih. | Lain-lain | 27.10.2006 |