Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ... | 1)... alam sekitar ialah/adalah alam di sekeliling kita ... 2)... alam sekitar ialah/adalah anugerah Tuhan kepada kita ... Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah menunjukkan huraian hadir di hadapan frasa adjektof dan frasa sendi nama. Ayat yang betul; ...alam sekitar ialah alam di sekeliling kita...; dan ...alam sekitar ialah anugerah Tuhan kepada kita.... | Tatabahasa | 10.05.2013 |
melayari alam maya, melayari di alam maya, melayari dalam alam maya. Yang mana adalah betul, jemput jelaskan. Ty. | Penggunaan yang betul ialah “melayari alam maya” | Tatabahasa | 18.10.2021 |
1. di alam pekerjaan 2. dalam alam pekerjaan 3. pada alam pekerjaan yang manakah betul bagi ayat di atas? | Penggunaan yang betul ialah “dalam alam pekerjaan”. | Tatabahasa | 25.08.2023 |
Soalan berkaitan ejaan tepat berikut: "Di rantau Alam Melayu pula, beberapa suku masyarakat di Sumatera seperti Batak dan Rejang didapati menggunakan kulit kayu sebagai alas tulisan mereka " Perkataan Alam Melayu di eja sebagai alam Melayu atau Alam Melayu dalam konteks ayat tersebut? Terima kasih. | Kata "alam" dalam frasa "alam Melayu" dalam ayat tersebut dieja dengan huruf kecil kerana perkataan "alam" bererti kerajaan atau negeri yang umum sifatnya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:53). Keadaan ini berbeza jika frasa ini telah mengandungi konsep tertentu dan dijadikan kata nama khas. | Lain-lain | 15.10.2022 |
APAKAH AYAT YANG SESUAI BAGI TERJEMAHAN 'SHAH ALAM VOLUNTARY LOCAL REVIEW 2021'. ADAKAH ULASAN SUKARELA TEMPATAN SHAH ALAM 2021 ATAU SHAH ALAM ULASAN SUKARELA TEMPATAN 2021 | Kami mencadangkan Shah Alam Voluntary Local Review 2021 diterjemahkan sebagai "Ulasan Sukarela Tempatan Shah Alam 2021" atau "Kajian Semula Sukarela Tempatan Shah Alam 2021". Namun, kedua-dua padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2022 |
selamat sejahtera. 1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. 1a. Abang mencari maklumat alam sekitar. 2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. 2a. Ibu membawa beg mesra alam semasa pergi ke pasar. ayat mana yang betul? kalau ada kesilapan, harap dapat sikit penjelasan daripada pihak tuan/puan. terima kasih | 1. Abang mencari maklumat tentang alam sekitar. Kata sendi nama tentang perlu ada sebelum kata nama alam sekitar 2. Ibu membawa beg mesra alam ke pasar. Ibu membawa beg mesra alam semasa ke pasar. Kedua-dua ayat ini betul, ayat kedua betul. | Tatabahasa | 01.11.2018 |
yang manakah betul Alam Melayu atau alam Melayu? terima kasih | Ejaan yang betul "alam Melayu". | Ejaan | 17.09.2015 |
manakah yang betul? alam melayu nusantara atau alam nusantara melayu. terima kasih | Jawapan yang betul ialah alam Melayu Nusantara. | Lain-lain | 04.02.2010 |
Frasa mana yang betul? Di alam semesta atau dalam alam semesta? | Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah dalam alam semesta. | Lain-lain | 03.12.2018 |
Bolehkah saya bertanya ada tak atau apakah makna "kepercayaan alam ghaib" atau "supernatural belief" menurut Dewab Bahasa dan Pustaka. Kalau tiada apakah maksud "supernatural belief" dalam Bahasa Melayu? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, frasa kepercayaan alam ghaib boleh ditakrifkan sebagai mempercayai, meyakini, atau menerima alam ghaib sebagai benar. Alam ghaib ditakrifkan sebagai alam yg tidak kelihatan oleh mata manusia (Kamus Pelajar). Takrif yang diberikan ini merupakan takrif dalam bahasa Melayu. Anda boleh membuat kajian melalui buku-buku sekiranya ingin mengetahui kepercayaan ghaib orang/bangsa Melayu. | Makna | 27.07.2018 |