Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Betulkah penggunaan perkataan Alah, takkan dan tanda seruan ! dalam ayat ini Alah! tolonglah. Takkan tolongpun tak boleh." | Perkataan "Alah" tidak mempunyai maksud dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) sebagai Kata Seru. Dalam konteks ayat tersebut, perkataan "Alah" perlu digugurkan. "Takkan" merupakan singkatan bagi tidak akan dan hanya boleh digunakan dalam konteks perbualan tidak formal sahaja. Maka, ayat yang betul ialah "Tolonglah! Takkan tolong pun tak boleh." | Tatabahasa | 03.10.2024 |
Assalamualaikum/Salam sejahtera Apakah maksud MALU ALAH ? Wujud atau tidak perkataan ini dalam kamus atau sekadar bahasa harian? Sekian terima kasih. | Waalaikumsalam, untuk makluman tuan/puan perkataan malu alah ini tidak wujud dalam kamus DBP. Walau bagaimanapun, malu alah ialah simpulan bahasa yang bermaksud “Serba salah oleh kerana termakan budi”. | Istilah | 28.05.2018 |
1) Adakah 'alah', 'alamak', 'ish', 'huh', 'erm' itu kata seru? 2) Dalam penulisan rasmi, kata seru harus ditegakkan atau dicondongkan? | 1. Alah, alamak, is dan huh merupakan kata seru. 2. Ditegakkan. | Lain-lain | 27.10.2015 |
Saya alah kepada / terhadap kacang. Yang manakah kata sendi yg sesuai utk ayat di atas? Terima kasih. | Penggunaan kata sendi yang betul ialah "terhadap". Saya alah terhadap kacang. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
Buku cerita seperti Alah Bisa Tegal Biasa, Patah Tumbuh Hilang Berganti, Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih, dan Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya merupakan buku cerita peribahasa kanak-kanak. Bagaimana DBP mengkategorikan buku tersebut sebagai bahan bacaan kanak-kanak? | Untuk makluman, soalan puan telah dihantar kepada Bahagian Buku kanak-kanak dan Remaja. Sekiranya puan masih belum mendapat maklum balas, sila hubungi Pegawai di bahagian tersebut melalui talian 03-2147 9293. | Karya | 21.03.2025 |
Saya pelajar research, saya hendak buat kajian atas buku-buku cerita terbitan DBP iaitu Alah Bisa Tegal Biasa, Patah Tumbuh Hilang Berganti, Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih dan Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya. Boleh nyatakan anugerah, pengiktirafan atau kekuatan pemilihan buku cerita peribahasa ini? terima kasih | Secara umumnya, kelima-lima judul ini memperkenalkan peribahasa dalam kalangan kanak-kanak melalui cerita yang disampaikan. Semua judul ini menonjolkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, sikap bertanggungjawab dan kejujuran. Persembahan dalam bentuk buku bergambar juga dapat menarik minat pembaca sasaran, iaitu kanak-kanak. Semua judul ini juga diterjemahkan dalam bahasa Inggeris untuk pasaran luar negara. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui talianutama DBP, iaitu 03-2147 9000. | Sastera | 09.01.2025 |
adakah terdapat perkataan menyempat-nyempat kalau-kalau ala-ala okey-okey sorang-sorang benda alah sah-sah diaorang kita orang kau orang korang | Sebahagian perkataan yang tuan berikan terakam dalam data kami, contohnya kalau-kalau yang bermaksud barangkali. Sebahagian yang lain tidak ada kerana hanya digunakan dalam wacana tidak rasmi seperti perbualan antara rakan. Untuk melihat perkataan yang lain sama ada atau sebaliknya, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan berkenaan dan ruangan 'Cari", contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kalau-kalau. | Tatabahasa | 26.05.2014 |
MAKSUD HOMESTAY DAN HOTEL. APAKAH HOTEL DAN HOMESTAY SAMA MAKSUD? | Kata homestay ialah kata bahasa Inggeris, manakala kata hotel alah kata pinjaman telah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Untuk memperoleh makna kedua-dua kata tersebut, anda boleh merujuk prpm.dbp.gov.my atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk maklumat terkini berkaitan kata dalam bahasa Melayu. | Makna | 14.10.2024 |
Apakah beza antara perkataan berhambus dengan berambus? | kedua-dua perkataan berhambus dan berambus mempunyai maksud yang sama pergilah, nyahlah: biarkan dia ~; pergi ~ dr sini. Perkataan yang baku alah berambus, manakala berhambus ialah bahasa percakapan. | Ejaan | 19.10.2018 |
apakah salutasi yang betul untuk: 1.pensyarah universiti yang bergelar Dr. 2.Pegawai perubatan yang bergelar Dr. cth. Datuk = YBhg Datuk | Sapaan yang betul untuk Dr. bagi kedua-dua gelaran alah Tuan Dr.. | Lain-lain | 02.04.2008 |