Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
sila berikan ayat aktif, pasif, pasif songsang. ayat transitif dan ayat tak transitif | Menurut Tatabahasa Dewan, Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif san ayat aktif tak transitif. Contoh ayat: Ali menendang bola (aktif transitif) Murid-murid sekolah itu sedang belajar (aktif tak transitif0 Ayat Pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. contoh: Bola ditendang oleh Ali. Ayat Transitif - ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau pun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. ayat tak transitif-Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. | Makna | 23.08.2006 |
Hi, ASP (Active Server Page) ialah Halaman Pelayan Aktif atau Laman Pelayan Aktif? | laman pelayan aktif. | Tatabahasa | 09.08.2007 |
Berikan makna maslahat dan contoh ayat. Bagaimana untuk membezakan ayat aktif dengan ayat aktif transitif. | Maslahat ialah sesuatu yang berfaedah atau berguna. Contoh ayat : Setiap langkah, peraturan dan undang-undang yang dapat melindungi dan mempertahankan perkara yang disebut tadi adalah maslahat. Bagi mendapatkan perbezaan ayat aktif dengan ayat aktif transitif, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, bab 17, hlm.484. | Makna | 19.06.2008 |
Salam sejahtera! Tajuk:Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif Soalan: Berikut manakah jawapan ayat pasif yang betu bagi ayat aktif yang diberikan? Ayat aktif: Angin ribut telah menerbangkan bumbung zink rumah-rumah di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 1: Bumbung zink rumah-rumah telah diterbangkan oleh angin ribut di kampung itu malam tadi. Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin malam tadi. Terima kasih. | Ayat Pasif 2: Bumbung zink rumah-rumah di kampung itu telah diterbangkan oleh angin ribut malam tadi. | Tatabahasa | 17.07.2011 |
salam sejahtera..saya ingin bertanyakan berkaitan ayat pasif. adakah ayat pasif diterbitkan dari ayat aktif? atau sebaliknya..sila berikan beberapa contoh | Tida semestinya ayat pasif berasal dari ayat aktif, cuma ada ayat aktif boleh ditukar kepada bentuk pasif untuk mepelbagai bentuk ayat. Untuk keterangan lanjut dan contoh-contohnya sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, m.s. 462-471 | Tatabahasa | 31.08.2007 |
Tuan , sememagnya tiada masalah menukarkan ayat aktif dengan imbuhan meN- kepada ayat pasif (melibatkan GND1/2) Bagaimana halnya dengan ayat aktif berimbuhan ter-? Bagaimanakah menukarkan ayat aktif berimbuhan ter- berikut yang menggunakan subjek GND1 dan 2: 1) Saya terpijak bunga itu. 2) Awak terangkat pasu yang berat itu. 3) Saya terambil buku bapa. Bolehkah dipasifkan ayat-ayat di atas? TK | Ayat pasif ter- + oleh boleh diikuti Kata Ganti Nama Diri Pertama, Kedua dan Ketiga. Ayat tersebut apabila dipasifkan menjadi Bunga itu terpijak oleh saya, Pasu yang berat itu terangkat oleh awak dan Buku bapa terambil oleh saya. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
Mengapakah ayat "Kain itu belum berlipat." merupakan ayat pasif? Ayat pasif terbit daripada ayat aktif, contohnya ayat pasif "Buku cerita itu telah dibacanya." adalah terbit daripada ayat aktif "Dia telah membaca buku cerita itu." Sila nyatakan ayat aktif bagi ayat "Kain itu belum berlipat." Terima kasih. | "Kain itu belum berlipat" sama dengan "kain itu belum dilipat". Bentuk aktifnya ialah "(Dia) belum melipat kain". | Tatabahasa | 31.07.2007 |
ayat aktif: Ali baca buku ayat pasif: Buku dibaca oelh Ali soalan; kenapa apabila ayat aktif ditukar kepada ayat pasif perlu ditambah dengan perkataan 'di' dan 'oleh'? apakah fungsi 'di' dan 'oleh' dalam ayat tersebut? terima kasih. | Dalam ayat pasif, "di' sering diikuti oleh kata "oleh" bagi membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Contoh ayat aktif yang saudara sertakan adalah menyalahi dari segi tatabahasa kerana tidak meletakkan awalan meN-. Ayat yang betul ialah Ali membaca buku. | Tatabahasa | 17.02.2009 |
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif 1. Pelayan itu menghidangi kami makanan 2. Budak itu terpijak paku di tapak pembinaan Bolehkah ayat tersebut dipasifkan seperti berikut: 1.q. Kami dihidangi makanan oleh pelayan itu b. Kami dihidangi oleh pelayan itu makanan 2. Paku terpijak oleh budak itu di tapak pembinaan Terima kasih | 1. Kata kerja dengan apitan meN-...-i bukanlah kata kerja transitif aktif, maka kata terbitannya seperti menghidangi tidak boleh dipasifkan. 2. Paku terpijak oleh budak itu di tapak pembinaan, betul dan berfungsi sebagai kata kerja pasif. | Tatabahasa | 11.03.2013 |
Ayat aktif: Kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah. Ayat pasif 1: Sayur-sayuran di belakang rumah mesti kamu siram. Ayat pasif 2 : Sayur-sayuran mesti kamu siram di belakang rumah. Ayat pasif 1 atau ayat pasif 2 betul dan kenapa? | Kedua-dua ayat pasif tersebut adalah betul. Ayat yang kedua ialah ayat pasif songsang. | Tatabahasa | 14.02.2011 |