Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Penggunaan bentuk tulisan dan warna memberikan maksud atau perasaan yang berbeza dalam sesebuah penulisan. Sila jelaskan sekiranya; 1. Semua aksara yang digunakan huruf besar. Ianya bermaksud amaran. Adakah ia benar? 2. Semua Aksara yang digunakan berwarna merah. Ianya memberikan maksud marah. Adakah ia benar? Terima Kasih. | Tidak ada maklumat yang diperkatakan dalam pangkalan data kami. Pada pandangan kami maklumat yang disampikan mungkin benar dan mungkin juga tidak benar bergantung pada konteks penggunaannya. Contohnya dalam dokumen perjanjian, ada perkataan yang ditulis dengan huruf besar kesemuanya bagi menjelaskan perkataan tersebut agar diambil perhatian oleh pembacanya. | Tatabahasa | 26.07.2012 |
Bagaimanakah kita harus menyebut aksara "@"? Contohnya, dalam alamat emel "saudaraku@melayu.com", biasanya kita akan baca "saudaraku at melayu dot com". Apakah ini boleh diterima sedangkan perkataan "at" itu bukanlah perkataan melayu? Sekian. Terima kasih | Simbol '@' (at) disebut sebagai "di" dalam bahasa Melayu. Contoh: Nasional@1 (Nasional di satu) | Istilah | 20.01.2009 |
apakah maksud karakter? | Saudara, Perkataan tersebut bermaksud n 1. (in writing) huruf, aksara: Chinese ~s, huruf Cina; 2. mental and moral make-up, peribadi, sifat, watak: she has a strong ~, dia mempunyai peribadi yg tegas; ~ building, pembentukan peribadi; 3. moral strength, peribadi yg tinggi: a man of ~, seorang yg mempunyai peribadi yg tinggi; 4. distinguishing feature, ciri, sifat: a house with a ~ of its own, sebuah rumah yg mempunyai ciri yg tersendiri; 5. style, corak: the film changes in ~ half-way through, filem itu bertukar corak pd pertengahan cerita. Tidak diberi padanan 'karakter' dalam bahasa Melayu. | Makna | 16.09.2010 |
paper feed double key list mode binding margin characters netmask serial communication command centre host name on off | suapan kertas kekunci berganda mod senarai birai jilid aksara topeng internet komunikasi berdiri pusat perintah/arahan nama hos bergantung kepada konsep dan bidang bergantung kepada konsep dan bidang | Istilah | 16.01.2012 |
Makna kesusasteraan terlalu luas. Bagaimana untuk kita menghuraikannya dengan lebih mendalam | Secara umum, erti kesusasteraan dipecahkan seperti yang berikit: Su bererti indah, baik dan berfaedah dan Sastera bererti aksara atau buku, maka kesusasteraan bererti kumpulan buku yang indah, baik dan berfaedah. Untuk menghuraikan lebih mendalam erti kesusasteraan, saudara boleh menumpukan perhatian kepada pemikiran dalam sesebuah karya yang baik dan berfaedah. Manakala dari segi keindahan pula, saudara boleh melihat dari segi bahasa dan perasaan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 05.07.2009 |
Apakah perbezaan di antara perkataan AUDIO VISUAL dan DIGITAL? sila berikan definisi untuk kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih. | Makna audiovisual ialah sesuatu yang melibatkan atau menggunakan pendengaran dan penglihatan (berkenaan usaha mengajar atau menyampaikan maklumat dan lain-lain), pandang dengar. Manakala digital pula bermakna sesuatu yang beroperasi dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk mewakili data. | Makna | 17.03.2009 |