Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
akibat dari betul atau akibat daripada atau akibat.....cth Akibat dari/Akibat daripada/Akibat kebakaran itu, ..... yg mana betul? | Yang betul ialah 'akibat daripada' kerana keadaan yang menunjukkan puncanya. | Tatabahasa | 13.06.2008 |
Tuan/Puan, Yang mana betul, "akibat dari" atau "akibat daripada" atau "akibat"? Terima kasih. | Tidak perlu menggunakan kata 'dari' atau 'daripada' selepas penggunaan kata 'akibat'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan lanjut. Harap maklum. | Tatabahasa | 29.09.2009 |
Merujuk kepada arkib soalan No. 38. Para penternak lembu mengalami kerugian "akibat" penyakit kuku dan mulut yang menyerang ternakan mereka. Bukankah "akibat" patut digantikan dengan "kerana" ? atau "sebagai akibat"? Perkataan "akibat" ialah kata nama dan bukan kata hubung. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, akibat bermaksud hasil atau keputusan daripada sesuatu peristiwa, perbuatan, keadaan dan sebagainya. Oleh itu perkataan akibat boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 03.10.2010 |
Kebakaran itu berlaku akibat daripada puntung rokok. atau Kebakaran itu berlaku adalah akibat puntung rokok. atau Kebakaran itu berlaku akibat puntung rokok. perlu ke guna kata 'daripada' selepas akibat ? | Ayat yang betul ialah 'kebakaran itu berlaku akibat puntung rokok'. Tidak perlu menggunakan kata 'daripada' selepas penggunaan kata 'daripada'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan lanjut. Harap maklum. | Tatabahasa | 13.09.2007 |
saya nak tanya tentang 'sebagai akibat' atau 'sebagai akibatnya',yang mana betul? 'Sebagai akibatnya, imej seseorang remaja akan tercemar.',ayat ini betulkah? | Yang betul ialah akibat atau akibatnya - Akibat/Akibatnya, imej seseorang remaja akan tercemar. | Tatabahasa | 16.06.2010 |
apakah perbezaan taraf kehidupan dengan tarfa hidup? 1. Kebakaran itu berlaku akibat budak2 bermain mercun. atau 2. Kebakaran itu berlaku akibat budak2 bermain mercun. perluke guna daripada selepas akibat atau 3. Kebakaran itu berlaku adalah/ialah akibat budak2 bermain mercun. mana satu betul ? tq | Taraf hidup dan taraf kehidupan kedua-dua betul dan ayat yang pertama adalah lebih tepat dan betul | Tatabahasa | 28.08.2007 |
Yang mana betul; akibat daripada perkara itu atau sebagai akibat daripada perkara itu | Ungkapan yang betul ialah akibat daripada perkara itu. | Tatabahasa | 02.02.2012 |
1. Penggunaan 'Akibat daripada'. Adakah 'daripada' perlu atau tidak? Adakah penggunaan ini salah? 2. Penggunaan 'menghindari daripada'. Adakah 'daripada' perlu atau tidak? Adakah penggunaan ini salah? | penggunaan kata 'akibat' dalam contoh di atas adalah tidak perlu contohnya dalam ayat berikut akibat daripada makan terlalu banyak. | Tatabahasa | 20.09.2007 |
Bolehkah jika menggunakan 'sebagai akibat' dan 'justeru itu'? | Yang betul ialah "akibat" atau "akibatnya" mengikut konteks penggunaan perkataan itu dalam ayat. Bagi "justeru itu", yang betul ialah "justeru" yang bermaksud malahan atau bahkan. | Tatabahasa | 02.03.2009 |
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat di bawah. Ayat di bawah merupakan pilihan soalan peperiksaan PMR[a] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat harga barang naik". [b] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat harga barang yang menaik" [c] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat kenaikan harga barang". Antara ayat berikut,manakah betul?Bolehkah tuan/puan memberikan penjelasannya.Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah [c] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar akibat kenaikan harga barang. | Lain-lain | 15.04.2010 |