Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang. tuan,putus akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); adakah ayat ini betul dari segi bahasa? TQ | Ayat 'Dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang.' adalah betul. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
maksud taakul | Taakul: hal membuat pertimbangan dan penilaian dgn menggunakan akal, tinjauan akal; | Makna | 01.07.2009 |
Adakah perkataan akal dalam ayat ini digunakan dengan betul ? 1 Akal yang tajam dan kreatif perlu dilatih supaya semakin mantap dan berkesan. 2 Akal fikiran yang tajam amat diperlukan oleh peserta pertandingan pantun ini. Dalam ayat ini, apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggantikan perkataan jadual? 3 Puan Alisa dijangka akan bersalin pada hari ini walaupun kandungannya belum cukup jadual. 4 Apakah maksud i seperti anjing menyalak bukit ii ular lidi nak telan naga iii sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina iv pelanduk dua serupa Terima kasih | 1. Boleh digunakan juga perkataan minda 2. akal = fikiran. Sila gunakan salah satu sahaja. 3. tempoh 4.i. Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. ii. Peribahasa yang betul ialah naga ditelan ular lidi bermaksud Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. iii.sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang, iv.dua orang yg seakan-akan sama rupanya | Tatabahasa | 06.10.2010 |
Saya perlu buat satu video pendidikan mengenai "Intellectual Disability" dalam bahasa Melayu. Menurut pencarian di PRPM, ia diterjemahkan sebagai "Ketidakbolehan Intelek" Adakah ada terjemah istilah yang lebih asli pada bahasa dan budaya Melayu itu sendiri? Bagaimana dengan kurang akal/ kurang akal fikir/ ketidakbolehan daya fikir/ Ketakupayaan akal fikir | Cadangan padanan bagi istilah intellectual disability dalam bahasa Melayu ialah ketidakbolehan daya fikir atau ketidakbolehan intelek. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam bidang tertentu. | Istilah | 24.06.2024 |
Apakah maksud duga akal ? terima kasih | Menduga akal bermaksud pertandingan atau permainan untuk menguji pengetahuan seseorang tentang perkara atau hal tertentu dengan mengemukakan soalan kepadanya. | Makna | 03.05.2010 |
Adakah bertali arus, Gempa bumi, Layar ingatan, Gigi air, Logik akal, Cacar air, Jantung hati, Jalan pintas kata majmuk? | Bertali arus, gempa bumi, layar ingatan, gigi air, logik akal, cacar air, jantung hati dan jalan pintas ialah kata majmuk. Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk ditulis terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan dengan sebarang unsur. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kata majmuk, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 48,54,72-75, 139 dan 218. Terima kasih. | Tatabahasa | 20.02.2023 |
definisi budaya dan bercinta | Maksud budaya merujuk Kamus Dewan edisi Keempat ialah tamadun, peradaban. 2. kemajuan fikiran, akal budi. 3. bersifat budaya, yang mengenai kebudayaan yang sudah maju (akal budi). Bercinta pula ialah menaruh rasa cinta atau berahi anatara lelaki dan perempuan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan edisi keempat. Harap maklum. | Makna | 27.08.2008 |
definisi budaya berpasangan | Merujuk Kamus Dewan, budaya ialah 1. tamadun, peradaban: ~ Islam; 2. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dsb): ~ kuning; 3. bersifat budaya, yg mengenai kebudayaan, (yg) sudah maju (akal budi): antropologi ~; ~ kuning budaya Barat yg dianggap mempunyai unsur-unsur buruk atau negatif; ~ rakyat cerita, adat, pakaian, tingkah laku dsb yg diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa; Berpasangan pula ialah 1. merupakan pasangan kpd: gelas ini ~ dgn yg itu; 2. = berpasang-pasangan berpasang, berdua-dua (sepasang-sepasang): para tamu sama ~ mengikuti irama muzik. Walau bagaimanapun,budaya tersebut boleh didefinasikan mengikut konteks yang bersesuaian. | Lain-lain | 01.09.2010 |
Nadia cepat memahami dan menguasai apa-apa sahaja yang diajar oleh guru-gurunya. adalah petikan di atas menunjukkan peribahasa otak cair? atau tajam akal atau peribahasa lain yang sesuai? terima kasih. selamat berpuasa | Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, otak cair bermaksud cepat menangkap pelajaran dan sebagainya yang diajarkan; cerdik. Manakala tajam akal pula ialah cerdik; pandai. Berdasarkan takrifan tersebut, peribahasa yang sesuai ialah otak cair. | Tatabahasa | 23.07.2014 |
Apakah perbezaan antara budaya dengan kebudayaan? Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan budaya bermaksud: i. tamadun, peradaban; ii. kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan, dan sebagainya dan iii. bersifat budaya. Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup (yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi). | Makna | 05.04.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata akal |
|
Puisi |
---|
|
Tarik akar si ragi akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 337 Love is blind Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi. Kasih itu roh (semangat) yang buta She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|