Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, Saya terbaca berita berkaitan Akademi Latihan DBP dalam Berita Harian baru-baru ini. Saya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai akademi berkenaan, lokasi, kursus yang ditawarkan, durasi, kos dan kelayakan untuk mengikuti kursus di situ. Terima kasih. | Semua urusan mengenai Akademi Latihan DBP sedang diuruskan mengikut perancangan.Maklumat yang anda perlukan belum boleh di maklumkan secara rasmi.Pengurusan DBP akan mengumumkan apabila semua urusan yang berkaitan sempurna di laksanakan. | Lain-lain | 15.02.2008 |
Salam...mohon pandangan tuan mengenai ayat untuk iklan ini..."AKADEMI KIROPRATIK"...yang mana Kiropraktik merupakan istilah perubatan. Adakah ianya bersesuaian digunakan....Sekian. | Untuk makluman, AKADEMI KIROPRAKTIK adalah betul dan boleh digunakan untuk iklan. | Istilah | 08.05.2012 |
PERMOHONAN PAPAN TANDA. BOLEHKAH SUKU KATA & AYAT DIBAWAH BOLEH DIBUNAKAN PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN AKADEMI JARUM BERLIAN SDN.BHD LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN | Untuk penamaan tempat, keterangan aktiviti di bahagian atas dan saiznya paling besar (PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN), nama di bahagian tengah (AKADEMI JARUM BERLIAN SDN. BHD.) dan alamat di bahagian bawah sekali dan saiznya paling kecil (LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN). | Tatabahasa | 13.10.2011 |
Assalamualaikum Saya pelajar Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. Major dalam Kesusasteraan dan minor dalam Bahasa Melayu. Saya sedang menunggu konvokesyen. Saya sangat berminat untuk berkhidmat dengan DBP. Boleh saya tahu jawatan apa yang sesuai dengan bidang saya. Bagaimana untuk saya mendapatkan borang permohonan serta tarikh tutup penghantaran tersebut. Terima kasih. | Kami mengucapkan terima kasih di atas minat saudari untuk berkhidmat di DBP. Bidang pengajian saudari sesuai bagi jawatan pegawai perancang bahasa. Walau bagaimanapun, tiada kekosongan jawatan di DBP pada masa ini. Untuk makluman pihak saudari, pengisian jawatan di DBP adalah berdasarkan iklan jawatan kosong yang disiarkan secara rasmi di dalam akhbar. Saudari juga boleh melayari laman sesawang DBP di http://www.dbp.gov.my atau jobsmalaysia di http://www.jobsmalaysia untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kekosongan jawatan di DBP (sekiranya ada). Borang permohonan jawatan boleh didapati di laman sesawang rasmi DBP. Saudari juga dinasihatkan supaya menggunakan bahasa Melayu dalam sebarang urusan rasmi di DBP. Tahniah sekali lagi kerana telah menamatkan pengajian dan menunggu hari konvokesyen saudari. | Lain-lain | 28.06.2011 |
Adakah DBP menganjurkan kursus-kursus yang berkaitan dengan Tatabahasa bahasa Melayu? Jika ada, harap dapat maklumat, terima kasih. | DBP menganjurkan pelbagai kursus penataran bahasa, sastera, penerbitan dan penulisan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh berhubung dengan Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau hubungi pegawai Akademi Bahasa Puan Faridah A. Rahman melalui e-mel faridah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 13.07.2012 |
Saya Mawaddah Masae Sedang belajar Bahasa Melayu di Akademi Bahasa Antarabangsa,YIU,Thailand.ingin bertanya DBP Saya ingin mendapat maklumat tentang Tatabahasa, apakah maksud "Ayat sunsang" Terima kasih. | Ayat songsang merupakan ayat yang susunannya berlawanan dengan susunan ayat biasa, iaitu predikat mendahului subjek. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ayat songsang ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan DBP. | Tatabahasa | 07.11.2013 |
Saya nama Mahmud sedang belajar bahasa melayu dasar,di Akademi Bahasa Antarabangsa ingin bertanya,Bahasa melayu asal dari mana | Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu Polinesia daripada rumpun bahasa Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sankrit. menggunakan tulisan Pallawa. Bukti penemuan terdapat pada batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang pada tahun 683M, Talang Tuwo, Palembang (684M), Kota Kampar, Pulau Bangka (686M), Karang Brahi, Jambi (686M), dan Gandasuli, Jawa Tengah (832M). Bahasa Melayu pada masa itu banyak menggunakan kata pinjaman Sanskrit. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Bab 1, Sejarah Ringkas Bahasa Melayu atau kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu (DBP) dan Perpustakaan Negara Malaysia. | Lain-lain | 24.10.2013 |
Saya nama Nurdin sedang belajar bahasa Melayu dasar,Di pusat Akademi Bahasa Antarabangsa ingin bertanya,Bagaimanakah langkah dan cara mempersiapkan diri ke alam Universiti yang terbaik.Terima kasih. | Untuk makluman, soalan tuan adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. | Lain-lain | 24.10.2013 |
Adakad DBP menyediakan ape-ape penajaan untuk pelajar terutamanya mahasiswa.Saya dari Akademi Pengajian Melayu UM,memohon jasa baik dbp untuk mendapatkan sedikit tajaan daripada pihak tuan untuk menampung perbelanjaan Projek Fakulti kami...dan Apakah prosedur yang perlu kami lakukan? | Terima kasih soalan yang dikemukakan. DBP amat menyokong usaha-usaha pihak luar (NGO, Sekolah, Pelajar dsb.) untuk bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu. Tajaan DBP berbentuk buku pelbagai tajuk dan bidang mengikut program yang dianjurkan. Kami cadangkan tuan menghantar surat permohonan kepada Pengarah Komunikasi Korporat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur. Surat permohonan penting bagi kami meneliti dengan lebih terperinci program yang dianjurkan oleh tuan. Terima kasih | Lain-lain | 29.07.2008 |
adakah DBP mengadakan kursus untuk suntingan dan terjemahan. bagaimana dengan yurannya. | DBP menawarkan pelbagai kursus penataran termasuklah penataran bahasa Melayu, penyuntingan dan pengucapan awa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel kepada pegawainya Puan Faridah A. Rahman faridah@dbp.gov.my. Untuk kursus terjemahan, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 11.06.2012 |