Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya ingin dapatkan madah yang indah tentang menuntut ilmu atau pendidikan | Kelebihan Ilmu Ilmu itulah gemala sakti,Sinarnya cerah cahaya sejati,Asalnya puncanya lamun didapati,Sukar bercerai sehingga mati. Harganya tidak dapat ternilaikan,Sebuah dunia belinya bukan,Kuasanya besar sukat digunakan,Di laut, di darat, di rimba, di pekan. Masa seorang ialah taulan,Teman berbeka, suluh berjalan,Masa berhimpun ia pengenalan,Hias penyata polan si polan. Bagi yang duka ia penghibur,Ia penerang bagi yang kabur,Ialah kandil di dalam kubur,Lamun dengannya beramal subur. Ia penerang jalan ke syurga,Ia pemuas tekak yang dahaga,Ialah sungai, ialah telaga,Laut yang luas ialah juga. Ialah alat sangat berguna,Idaman orang yang bijaksana,Hamparnya luas amat saujana,Tepinya ajal sempadannya fana. (Pendeta Za’ba,) | Lain-lain | 26.07.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajal |
|
Puisi |
---|
|
Kalau pasang air di laut, Mahukah kita kail gelama? Sampai hukum ajal dan maut, Mahukah kita mati bersama?
Lihat selanjutnya... |
|