Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Kawasan merokok atau kawasan untuk merokok ? 2. Makan tengah hari atau makan pada waktu tengah hari ? 3. Pertandingan mendeklamasi sajak atau pertandingan deklamasi sajak ? 4. Kurangkan kelajuan atau kurangkan laju? 5. Agar-agar susu atau agar-agar berperasa susu ? 6. kunjung-mengunjung atau kunjung-mengunjugi ? 7. sampah sarap atau sampah-sarap? 8. gotong-royong atau gotong royong ? 9. pertandingan bercerita atau pertandingan cerita ? 10.teknik menjawab soalan atau teknik jawab soalan ? | 1. Kawasan merokok, 2. makan tengah hari, 3.Pertandingan mendeklamasikan sajak, 4. kurangkan laju, 5. Agar-agar susu, 6. kunjung-mengunjung, 7. sampah sarap, 8. gotong-royong, 9. Pertandingan bercerita, 10. Teknik menjawab soalan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Istilah | 30.11.2009 |
wujud tak perkataan menggaru-garu? dalam kamus dewan takde pun? agar-agar memejal atau mengental ? sila jawab pertanyaan saya sebelum ini boleh tak kerana saya perlu memberitahu pelajar tentang jawapan yang tepat. Selamat hari guru munsyi terima kasih berbanyak. semoga kalian dikurniakan nikmat yang paling bernilai dalam kehidupan manusia. | Agar-agar mengental. Kata garu melalui proses pengimbuhan boleh membentuk kata terbitan lain seperti menggaru;menggaru-garu; bergaru; tergaru-garu; penggaru dsb.. | Tatabahasa | 16.05.2008 |
i)apakah perbezaan menjinjing dgn membimbit. ii)perkataan yang sesuai untuk agar-agar ialah gebu atau lembut | Makna bagi kedua-dua perkataan tersebut adalah sama. Maksudnya ialah membawa sesuatu dgn tangan yg terhulur ke bawah, menjinjit, membimbit. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. Perkataan yang sesuai bagi agar-agar ialah lembut. Harap maklum. | Makna | 18.08.2007 |
Agar-agar yang dimasak oleh ibu telah -------------. a.memejal b. melekit c.mengering d.mengental. Yang manakah yang betul ? | Jawapan yang betul ialah mengental yang bermaksud hampir beku. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 742. | Makna | 14.05.2008 |
bolehkah saya nak tanya soalan mencadangkan agar atau bercadang agar atau kedua-duanya pun betul ? mendoakan agar atau berdoa agar? | Pnggunaan agar dalam kedua-dua frasa tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 03.12.2013 |
Apakah perbezaan antara "supaya" dengan "agar", contoh ayat, Menteri Pelajaran mengingatkan semua guru agar mereka perlu komited dalam menjalankan tugas serta mendidik pelajar dengan sepenuh hati. "agar" dalam contoh ayat di atas dikatakan salah. Apakah pilihan jawapan yang lebih sesuai, "supaya" ?? Bukankah "agar dan supaya" membawa maksud yang sama? | "agar" dan "supaya" berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya; ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung. Jawapan sama ada betul atau salah hendaklah dirujuk kepada pembuat soalan. Bagi DBP kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
APAKAH PERBEZAAN ANTARA AGAR DENGAN SUPAYA | Agar dan supaya sama maknanya. | Makna | 08.08.2008 |
perbezaan antara cecair dan jelly | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cecair bermaksud bahan yg cair sifatnya dan dapat mengalir dgn bebas tanpa bentuk tertentu, mis air dan minyak, cairan: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; manakala padanan istilah jelly dalam bahasa Melayu ialah jeli yang bermaksud sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb. | Istilah | 03.02.2010 |
Manakah ayat yang betul: 1. TOLONG SENYAP AGAR KUSYOK JEMAAH BERSOLAT. 2. TOLONG SENYAP AGAR JEMAAH KUSYOK MENGERJAKAN SOLAT. | Ayat yang betul ialah "Mohon senyap agar jemaah khusyuk mengerjakan solat." Ayat lain yang boleh digunakan ialah "Mohon senyap. Jemaah sedang bersolat." | Tatabahasa | 22.11.2013 |
Manakah yang betul: pastikan bahawa ATAU pastikan agar? Atau hanya 'pastikan' tanpa perlu diikuti dengan 'bahawa' atau 'agar'? Terima kasih. | Frasa yang boleh digunakan ialah "pastikan agar". | Tatabahasa | 24.10.2013 |