Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
MANA YANG BETUL CIKGU AMIN MENGAJARKAN BAHASA MELAYU KEPADA MURID 6 ADIL. CIKGU AMIN MENGAJAR BAHASA MELAYU KEPADA MURID 6 ADIL. TERIMA KASIH. | Kedua-dua ayat tersebut betul kerana mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan dan mengajarkan bermaksud memberi sesuatu pelajaran atau ilmu pengetahuan. | Tatabahasa | 26.08.2011 |
saya ingin pastikan adakah dibenarkan teks yang terdapat dalam rukun negera diedit. pertama : Mencipta satu masayarakat yang adil di mana kemakmuran negara ....(perkataan dimana diganti dengan perkataan agar) kedua : mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut : (Perkataan atas dibuang) | Rukun Negara telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara. Jika dikaitkan dengan perkembangan kebahasaan, tahun 70-an merupakan Zaman Pembinaan Aspek-aspek Bahasa Melayu dengan lebih terancang. Justeru, peraturan tatabahasa masih longgar dan belum mantap seperti sekarang. Kesannya dapat dilihat dalam banyak dokumen rasmi kerajaan, antaranya termasuklah contoh yang saudara nyatakan dalam teks Rukun Negara. Sama ada boleh diubah atau tidak kandungan teks tersebut, kami cadangkan saudara berhubung dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. | Tatabahasa | 08.03.2011 |
apakah maksud bertimbang rasa? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bertimbang rasa bermaksud menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. | Istilah | 24.01.2010 |
apakah maksud eksploitasi? | Menurut Kmaus Dewan Edisi Empat ekploitasi ialah perbuatan (tindakan) mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri. | Tatabahasa | 01.02.2013 |
Pengagihan subsidi bagi penanam padi dibuat dengan cara yang teradil oleh Ketua Kampung Jenderam. munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TQ | Pengagihan subsidi bagi penanam padi dibuat dengan adil oleh Ketua Kampung Jenderam. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Apakah objektif pengurusan Islam. | Objektif pengurusan Islam ialah melahirkan sistem kerja berteraskan nilai-nilai Islam, menghindari salah laku dalam pengurusan yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, membentuk petugas yang amanah dan cekap, telus dan adil. Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada pihak MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. | Makna | 17.10.2006 |
Dalam ayat, penggunaan nombor satu (1) hingga sembilan (9) dieja penuh,iaitu satu, dua hingga sembilan. bagaiman pula dalam ayat matematik? contoh: Situasi berikut menunjukkan satu contoh kegunaan pecahan dalam kehidupan seharian. 3 orang sahabat berkongsi secara adil 1 biji kek. Satu pertiga ditulis sebagai, 1 mewakili bahagian yang diberi kepada setiap orang. 3 mewakili bahagian yang sama rata daripada keseluruhan kek. tq | Dalam ayat nombor satu hingga sembilan dieja sepenuhnya. Walau bagaimanapun peraturan ini ditekankan dalam ayat matematik. Ayat matematik ditulis unitnya (1, 2 dan seterusnya) agar tidak mengelirukan pembaca/pelajar. | Tatabahasa | 26.01.2011 |
SAYA INGIN TAHU PENGGUNAAN PERKATAAN TENTANG DAN TERHADAP. | Kata sendi nama 'terhadap' digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil terhadap anak buahnya. ii. Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang. Kata sendi nama 'tentang' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang tentang masalah negara. ii. kami perlu merujuk ketua kami dahulu tentang kelewatan bayaran. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 14.10.2013 |
Assalamualaikum. 1. Adakah buku Sejarah Johor terdapat di pusat dokumentasi DBP KL? Jika ada, bagaimana caranya untuk saya meminjamnya tanpa perlu saya ke DBP? (Saya menetap di Johor Bahru) | Saya percaya buku yang dimaksudkan ialah karangan Buyong Adil. Sdr Zaidah boleh meminjam buku tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu di Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru melalui khidmat Sistem Perbekalan Penerbitan atau dikenali sebagai Pinjaman Antara Perpustakaan. Jika sdr belum menjadi ahli sdr boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan di Pusat Dokumentasi Melayu dan seterusnya mendapat kemudahan meminjam buku. Terima kasih kerana sudi menghubungi kami. | Lain-lain | 02.06.2011 |
Salam Sejahtera, saya seorang pelajar Universiti dan sedang membuat kajian bandingan Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina tentang gaya bahasa dan bahasa kiasan. Adakah DBP menerbit sebarang bahan rujukan yang terdapat senarai A-Z bagi bahasa kiasan atau bandingan semacam? contohnya Adil seperti Hakim dll sampai Zalim seperti Firaun? Walaupun saya dapat cari bahan-bahan tersebut di mana-mana laman web dari google dll,tetapi semua bahan tersebut dikemas oleh individu yang bukan pakar dalam bahasa.Tatabahasa Dewan juga tiada maklumat dan bahan yang saya ingin cari,saya pernah melawat DBP KL dan cuba mencari senarai atau bahan yang saya sebut diatas tetapi akhirnya gagal juga. Terima Kasih. | Harap maaf. Buku yang khusus tentang kiasan bandingan seperti yang saudara maksudkan tiada dalam senarai penerbitan DBP. Yang ada ialah buku tentang peribahasa secara umum. Saudara boleh merujuk kepada Perpustakaan Negara tentang buku tersebut. | Penyelidikan | 26.04.2011 |