Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
APAKAH TUJUAN ADAT BERSALAM DILAKUKAN | Adat bersalam biasanya dilakukan sebagai tanda sapaan melalui perbuatan (bersalam) antara sesama insan. Adat ini juga dikaitkan dengan ketulusan hati sesama insan dalam bermaaf-maafan dan adat bersalam ini menjadi budaya murni sesama insan. | Lain-lain | 24.10.2007 |
1. makna-acilut, -adat periuk berkerak, adat lesung berdedak 2. perbezaan antara 'menasihatkan orang' dengan 'menasihati orang' | 1. Perkataan acilut - tidak ada dalam sumber rujukan kami, berkemungkinan acilut ialah slanga yang dituturkan dalam kalangan kelompok tertentu sahaja. Peribahasa Adat periuk berkerak, Adat lesung berdedak bermaksud berkehendakkan keuntungan, haruslah susah; 2. Menasihatkan orang bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar; manakala menasihati orang bermaksud memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kepada.... Kedua-dua perkataan tersebut hampir sama maknanya tetapi terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaannya. Bezanya ialah perkataan menasihati mestilah diikuti dengan orang contohnya, menasihati Ali, manakala menasihatkan mestilah diikuti dengan sesuatu, contohnya menasihatkan berbuat kebaikan | Makna | 26.01.2010 |
bincangkan salah satu adat resam dan tabu dalam masyarakat melayu dahulu dan kini. | Sila rujuk bahan ini : Adat resam dan adat istiadat Melayu | Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1986 Orang Melayu banyak cipta adat | Ahmad Idris| Variasari | 01/03/2007 "Daulat" dalam masyarakat Melayu tradisional | Zalila Sharif | Dewan Budaya | 01/06/1996 Pengaruh bomoh dalam masyarakat Melayu | Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim | Pemikir | 01/07/2003 Tabu dalam masyarakat Melayu di Sarawak | Noor Aina Dani | Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu | 01/07/2002 Tanda Dalam Masyarakat Melayu | Mohamad Shahidan | Dewan Budaya | 01/01/2002 | Lain-lain | 03.05.2008 |
Apa beza tatasusila dengan tatacara | Tatasusila bermaksud adat sopan santun dan budi pekerti yg baik manakala tatacara bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur. | Makna | 06.03.2007 |
bincangkan slah satu adat resam dan tabu masyarakat melayu dahulu dan kini | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut: | Lain-lain | 03.05.2008 |
Tuan ayat mana yang betul? 1) Kebanyakan penduduk daerah Naning mengamalkan adat Perpatih. 2) Kebanyakan penduduk di daerah Naning mengamalkan adat Perpatih. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Kebanyakan penduduk di daerah Naning mengamalkan adat Perpatih. | Tatabahasa | 06.06.2012 |
Abu menasihati pelancong itu supaya menghormati tatacara/tatasusila masyarakat di rumah panjang itu. Mana lebih tepat-tatacara atau tatasusila | Perkataan yang lebih tepat adalah tatacara yang bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur. | Makna | 06.03.2007 |
assalamualaikum tuan.. bolahkah saya tahu dimana boleh saya dapatkan maklumat mengenai bahasa melayu dalam adat istiadat? jika pihak tuan tidak keberatan bolehkah saya dapatkan maklumat mengenai bahasa melayu dalam adat istiadat? | Saudara boleh merujuk buku The Malaysian Protokol atau hubungi/layari Pusat Dokumentasi Melayu atau hubungi Bahagian Adat Istiadat Jabatan Perdana Menteri. Di kedai-kedai buku di sekitar Kuala Lumpur juga terdapat buku-buku tentang perkara ini. | Lain-lain | 06.03.2008 |
apakah perbezaa antara adat dengan budaya? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, antara maksud adat ialah peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan yg harus dipatuhi. Manakala budaya pula ialah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 21.03.2009 |
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Adat Resam di dalam satu persatuan ataupun kelab? 2. Peranan dan tanggungjawab, | 1. Adat Resam dalam persatuan atau kelab merujuk kepada perkara lazim dan kebiasaan yang telah diterima oleh majoriti anggota atau ahli sesuatu persatuan/kelab tersebut. 2. Peranan dan tanggungjawab yang dimaksudkan ialah tatacara serta jadual kerja yang biasanya telah digariskan kepada seseorang yang memegang jawatan tersebut. | Lain-lain | 09.02.2009 |