Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum, Saya ada persoalan tentang penggunaan dalam/di dalam. Sebagai editor BM, saya sedia maklum bahawa "di dalam" seharusnya digunakan untuk sesuatu yang ada ruang, tempat, dan masa. Walau bagaimanapun, bagi sesuatu yang kelihatana seperti ada ruang/tempat tetapi sebenarnya ruang/tempat tersebut adalah abstrak/tidak maujud, bagaimana pula? Contoh: "Buffer" ialah ruang dalam/di dalam memori komputer yang membolehkan data disimpan buat sementara. "Bug" ialah kepincangan dalam/di dalam program komputer yang menyebabkan kesilapan berlaku. ... simbol yang digunakan dalam/di dalam suatu senarai seperti -, +, @ dalam/di dalam perisian seperti PowerPoint. | Sekiranya merujuk kepada ruang yang abstrak atau tidak maujud, kata sendi yang betul dan sesuai ialah dalam. | Tatabahasa | 29.02.2012 |
Buku dan surat khabar ada ruang untuk mengisi teks, justeru itu, kata sendi manakah yang sesuai. a) Di dalam buku b) Dalam buku a) Di dalam surat khabar b) Dalam surat khabar | Berdasarkan konsep buang di dalam ruang yang jelas fizikalnya seperti gelas dan kelas, penggunaan yang gramatis ialah dalam buku namun frasa di dalam buku juga banyak digunakan. | Tatabahasa | 19.12.2011 |
Contoh tanda pisah dalam Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP Malaysia, 1992: 49): 19101954 dan TaipingSeremban (tiada ruang sebelum dan selepas tanda pisah). Contoh tanda pisah dalam Gaya Dewan (1995: 70): Jun Oktober dan Dia tinggal di bandar itu dari tahun 1977 1980 (ada ruang sebelum dan selepas tanda pisah). Contoh tanda pisah Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (DBP Brunei, 2010: 42): 1910 1954 dan Bandar Seri Begawan Seria (persis Gaya Dewan). Panduan mana menjadi pegangan DBP Malaysia untuk saya ikuti? | Seperti yang tuan maklum, penggunaan tanda baca dalam buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga betul dan digunakan dalam buku terbitan DBP. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul dan hal ini akan dikemukakan kepada pihak yang berkaitan. | Lain-lain | 14.01.2013 |
Minta maaf, kerana saya masih keliru tentang: 1) Simpan sesuatu di dalam beg atau simpan sesuatu ke dalam beg? Kerana dalam soalan awal, tuan telah memberitahu bahawa kita patut simpan sesuatu | Frasa "di dalam" digunakan di hadapan kata yang menunjukkan ada ruang seperti di dalam gelas, di dalam beg, manakala frasa "ke dalam" digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan arah/tempat yang dituju yang mempunyai ruang yang jelas/abstrak seperti ke dalam sungai, ke dalam beg dan ke dalam bahasa Melayu. Oleh itu, ayat Simpan sesuatu di dalam beg atau simpan sesuatu ke dalam beg adalah betul bergantung pada konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 18.05.2011 |
salam... saya ingin mengetahui penggunaan istilah yang betul.'Ali makan di dalam pondok' atau 'Ali makan di bawah pondok'. Di dalam atau di bawah? | Kedua-dua ayat tersebut betul mengikut konteks. Dalam ayat pertama, Ali makan ketika dia berada di dalam pondok. Dalam ayat kedua, Ali makan ketika dia berada di bawah pondok (dengan andaian bahawa ada ruang di bawah pondok itu). | Tatabahasa | 24.07.2012 |
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum dalam bilik darjah. 2. Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah. Sekian, wassalam. | Ayat yang betul ialah "Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah." - kerana di dalam menunjukkan tempat yang ada ruang. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
Penggunaan Encik atau Puan dalam teks. yang mana betul - En Zainudin (tanpa titik selepas perkataan Encik) atau En.Zainudin (titik dan tiada 'spacing' antara titik dan nama Zainudin). Selama ini saya menggunakan acara ini dalam minit mesyuarat saya iaitu - En. Zainudin (Titik selepas 'En' dan juga 'spacing' selepas titik. Terima kasih. | Kata En. dan Pn. sebagai kependekan kepada kata Encik dan Puan dieja dengan tanda titik dan ada ruang *space) selepas tanda titik tersebut sebelum kata seterusnya. | Tatabahasa | 28.01.2008 |
Rajah 1.1 menunjukkan teori perkaitan di antara sebab dan syarat-syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. Soalan: Sesuaikah penggunaan perkataan "perkaitan" di situ, atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? Kemudian perlukah diletakkan perkataan "di" sebelum "antara" atau cukup dengan "antara" sahaja tanpa "di (di antara) dalam konteks ayat di atas? Terima kasih. | Rajah 1.1 menunjukkan kaitan antara sebab dan syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. - perkaitan bermaksud hal atau keadaan yang berkaitan, manakala kaitan bermaksud hubungan. Kata kaitan lebih sesuai dalam ayat ini. Perkataan di antara lazimnya digunakan bagi perkataan yang menunjukkan ada ruang/jarak antara kedua-duanya, oleh itu kata antara lebih sesuai dalam ayat ini. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
a. Adakah ayat di bawah betil? 1. Dapat menguasai semua huruf. 2. Masih perlu berusaha. 3. Masih ada huruf-huruf yang perlu dikuasai. 4. Sangat memuaskan. 5. Pembentukan suku kata sangat memuaskan. 6. Masih belum menguasai suku kata yang dipelajari. 7. Sederhana dalam pembentukan suku kata. 8. Ada kemajuan dalam mengenali suku kata. 9. Sebutan suku kata yang lancar. 10. Pencapaian yang bagus dalam ejaan. 11. Masih ada ruang untuk kemajuan. 12. Masih belum boleh bercerita tetapi kopmunikasi yang mudah dapat difahami. 13. Masih dalam proses untuk kemajuan. 14. Pencaipaian yang memuaskan dalam segi cerita dan komunikasi. 15. Dapat menyusun semula ayat dengan penuh keyakinan. 16. Penyusunan semula ayat masih perlu diperhatikan. 17. Dapat membaca ayat dengan penuh keyakinan. 18. Pembacaan ayat tidak lancar. 19. Bacaan kurang lancar. 20. Masih belum boleh membaca ayat. 21. Perlu bimbingan yang lebih dari guru. 22. Tulisan yang kemas. 23. Masih perlu latihan yang lebih dalam teknik menulis. | 1. Dapat menguasai semua huruf. - Ayat ini tidak lengkap kerana tidak ada subjeknya. 2. Masih perlu berusaha. - Tidak lengkap kerana tiada subjek. 3. Masih ada huruf-huruf yang perlu dikuasai. - Ayat tidak lengkap. Untuk soalan 4 - 23, sila rujuk kamus dan buku Tatabahasa Dewan. Sebahagian besar daripada contoh yang diberikan bukan ayat lengkap, tidak ada subjek atau pelaku dalam ayat tersebut. Untuk membina ayat dengan lengkap, rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Pembentukan Kata dan Pembentukan Ayat. | Tatabahasa | 14.05.2012 |
tuan, saya masuk ruang rujukan . ada kesilapan ejaan pada 4.14 ( laima meter persegi)....kalau betul is mesti lima meter persegi. tolong pereksa ayat tersebut. sekian terima kasih. adrian suresh 0163282710 ajs_ent@hotmail.com | Berdasarkan rujukan tidak ada kata laima dalam pangkalan data kami kecuali Mega-laima haemacephala indica, nama saintifik sejenis burung. Sila hubungi kami semula dan nyatakan butiran lengkap rujukan tersebut. | Lain-lain | 29.07.2011 |