Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? Kapal Dayang Topaz atau kapal Dayang Topaz? Pelantar Minyak Baram B atau pelantar minyak Baram B? Bolehkah pihak DBP memberikan penerangan keperluan memulakan perkataan dengan huruf besar bagi situasi di atas? | Penggunaan huruf besar apabila perkataan Bahasa Melayu sebagai perkataan pertama atau berada diawal ayat dan huruf kecil apabila berada di tengah dan akhir sesebuah ayat contoh: i. Bahasa Melayu. ii. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara Malaysia. iii. Bahasa kebangsaan Malaysia ialah bahasa Melayu. Kapal Dayang Topaz dan Pelantar Minyak Baram B menggunakan huruf besar untuk nama khas. | Ejaan | 07.11.2020 |