| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Maksud serikandi dan cara penggunaannya | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (2020), srikandi dikiaskan sebagai wanita yang banyak berjasa dan berjaya dalam sesuatu bidang. Contohnya: Beliau dianggap sebagai srikandi negara kerana banyak membantu memajukan ekonomi, politik dan sosial. Makna kedua srikandi ialah wanita yang gagah berani dan pandai bermain senjata serta handal seni pertahanan diri. Contohnya: Khabarnya anak buah Hang Tuah termasuk empat pahlawan terbilang yang lain serta beberapa orang srikandi akan bermain senjata. Makna ketiga bagi srikandi yang dilabelkan sebagai kata arkaik ialah isteri kepada Dewa Hindu yang bergelar Arjuna atau Dewa Rajuna. | Makna | 19.08.2025 |
| Antara penggunaan perkataan 'srikandi' dan 'serikandi', yang manakah lebih tepat? | Ejaan yang betul ialah srikandi. | Tatabahasa | 20.06.2013 |
| salam, sy nk tanya kalau bg pahlawan perempuan, diberikan perkataan srikandi, kalu bagi pahlawan lelaki, adakah ada nama lain utk menggantikan pahlawan? | Pahlawan bersinonim dengan wira, pendekar, sateria, kesateria, perwira dan panglima. | Tatabahasa | 07.01.2013 |
| Cerita2 Hikayat Hang Tuah adalah sebuah legenda yang tidak pasti kewujudannya. Bagaimana pula Hikayat Seniman Agung P. Ramlee dan Hikayat Tun Teja yang hidup di zaman Hang Tuah? Dan siapa pula Dang Anum dan Tun Fatimah? Bolehkah mereka dipanggil Serikandi? | Hang Tuah adalah tokoh legenda Melayu yang dipercayai oleh para sarjana tentang kewujudannya berdasarkan tulisan-tulisan yang terdapat dalam manuskrip Melayu dan tinggalan seperti pergi Hang Tuah di Melaka. Manakala Seniman Agung P. Ramlee yang terbukti kewujudannya melalui filem-filem lakonnya. Beliau dipanggil sebagai lagenda kerana keagungannya dalam bidang perfileman Melayu yang tiada tolok bandingnya. Tun Teja, Dang Anum dan Tun Fatimah pula adalah tokoh srikandi yang kisah mereka diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Mereka digelar sebagai srikandi kerana semangat keberanian mereka dalam menegakan kebenaran. | Lain-lain | 31.05.2010 |