Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam. Adakah menghirup air kopi yang hanyat itu betul? Ayat : Anis menghirup air kopi yang hanyat itu perlahan-lahan. | Ayat yang betul ialah "Anis menghirup air kopi yang panas itu perlahan-lahan." | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Salam. Anis menghirup air kopi yang hangat itu perlahan-lahan. Ayat tersebut boleh diterima? | Ayat tersebut boleh diterima. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
1. Emak menghiris se ____ bawang merah. A. ulas B. ketul C. labu D. jambak. 2. Pemuda ____ minuman. A. menyedut B. menghirup Apakah jawapan yang betul dalam soalan 1 dan 2 ?Mengapakah ? 3. Lina tidak suka mengambil makanan yang (berat) seperti nasi terutamanya pada waktu malam. Perkataan "berat" boleh gunakan dalam ayat ini?Jika salah, apakah perkataan yang sesuai ? Terima kasih. | 1. Emak menghiris seulas bawang merah. Labu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar. Walaupun makna labu sebagai penjodoh bilangan tidak ada dalam kamus, tetapi korpus bahasa Melayu (boleh dilihat melalui laman web DBP www.dbp.gov.my) merakamkan penggunaan labu sebagai penjodoh bilangan untuk bawang besar dan bawang putih. 2. Dalam Kamus Dewan, menghirup bermaksud "menyedut dan menelan benda cair, meneguk". Menyedut pula bermaksud "menarik masuk (ke dalam) dengan kekuatan udara (dengan mulut , hidung dan lain-lain), menghirup, menghisap.' Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan "menghirup" dan "menyedut" boleh digunakan. 3. Makanan berat adalah betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 24.01.2013 |
Encik, Adakah ayat di bawah ini betul? 1) Osman suka duduk di tepi sawah kerana dia dapat menghirup udara yang segar. 2) Kami pernah tinggal di situ pada sepuluh tahun yang lalu. 3) Menurut Ali, dia bukan berasal dari Melaka tetapi dari Pahang / Menurut Ali, dia berasal bukan dari Melaka tetapi dari Pahang. 4)Lambat benar bas itu tiba ke destinasi yang dituju. 5) Wah, comel-comelnya anak awak! / Wah, comelnya anak-anak awak! 6) Jangan petik bunga-bunga yang sedang mekar di taman. | Ayat berikut saya betulkan: 1) Osman suka duduk di tepi sawah sambil menghirup udara yang segar. 2) Kami pernah tinggal di situ sepuluh tahun yang lalu. 3) Menurut Ali, dia bukan berasal dari Melaka tetapi dari Pahang. 4) Lambat benar bas itu tiba ke destinasi yang di tuju. 5) Wah, comelnya anak-anak awak! 6) Jangan petik bunga yang sedang mekar di taman. | Tatabahasa | 21.07.2008 |
Kami sekeluarga bercuti di Bukit Fraser semasa cuti sekolah yang lalu kerana mahu _______ udara yang segar. A. menelan B. menyedut C. menghirup D. menghisap Manakah satu jawapan paling sesuai ? Boleh berikan penerangan tentang soalan ini. Terima kasih. | Mengikut Kamus kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama, iaitu menarik masuk (ke dalam) dengan kekuatan udara (dengan mulut, hidung, dll). Untuk jawapan tersebut, sila rujuk Jabatan Pelajaran yang mengeluarkan soalan ini. | Tatabahasa | 08.12.2011 |
1. (Mengapakah/Bagaimanakah) dia tercedera semalam ? Apakah jawapan yang betul ? 2. Kita bersama-sama bangkit untuk membantu mangsa-mangsa AIDS. Ayat ini betul atau salah ? boleh gunakan perkataan "bangkit" ? 3. Kami sekeluarga bercuti di Bukit Fraser semasa cuti sekolah yang lalu kerana mahu _____udara yang segar. A. menelan B. menyedut C. menghirup D. menghisap Apakah jawapan yang betul ? Terima kasih. | 1. betul. 2. Kita bersama-sama bangkit untuk membantu mangsa AIDS. 3. menghirup. | Tatabahasa | 03.12.2009 |