Kata |
Takrif |
Sumber |
warkah | 1 surat. 2 isi surat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
warkah | Ar 1. surat: senang sungguh hatinya menerima ~ itu; 2. kandungan (isi) surat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warkah | 2 isi surat | Kamus Pelajar |
warkah | 1 surat. | Kamus Pelajar |
setemi | sl surat, warkah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
epistolary | adj 1. presented in the form of letters, warkah: an ~ novel, novel warkah; 2. carried on by letters, dijalin melalui surat-menyurat: an ~ love affair, hubungan cinta yg dijalin melalui surat-menyurat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
epistle | n (fml or jocular) warkah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
epistle | warkah | Kesusasteraan | Tiada | Genre puisi atau prosa dalam bentuk surat. Contohnya Warkah dari Eropah karya A.Samad Said. |
iluminated manuscript | manuskrip berhias | Kesusasteraan | Tiada | Bahan tulisan daripada kertas, daun lontar dan sebagainya yang mengandungi tulisan yang dihias dan diwarnakan, contohnya teks sastera lama, tulisan suci seperti salinan ayat al-Quran yang dihias di tepi atau pada bingkainya dengan awan larat, arabes, dan khat. Selain itu, warkah emas atau surat-surat diraja juga dihias dengan bentuk lukisan yang sama. Surat tersebut biasanya diwarnakan dengan tinta emas. Oleh sebab itu, surat tersebut digelar surat emas atau warkah emas. |
epic drama | drama epik | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mengandungi siri atau episod yang dibuat secara mudah, bertujuan untuk mengingatkan para penonton agar tidak leka dengan mainan perasaan masing-masing. Drama epik biasanya berkisar tentang cerita kepahlawanan atau perjuangan. Contohnya, drama epik berjudul Warkah Terakhir oleh Wan Asliza. Dalam epik merupakan suatu kaedah penulisan drama yang diperkenalkan di Jerman oleh Erwin Piscator dan Bertolt Brecht sekitar tahun 1920-an. Lihat juga kesan keterasingan, teater epik. |
commonplace book | buku catatan pengarang | Kesusasteraan | Tiada | Buku yang merakamkan idea menarik dan catatan pengembaraan dari segi perkataan, frasa atau petikan yang di kumpul untuk renungan atau kegunaan pengarangnya pada masa hadapan. Contohnya, Timber oleh Ben Jonson dan A Certain World oleh W.H. Auden. Contoh buku Melayu ialah Warkah Eropah oleh A. Samad Said dan Catatan ke Tanah Suci oleh Harun Aminurrashid. |
genteelisme | kesantunan | Kesusasteraan | Tiada | Sifat bahasa yang halus, berhias, dan terpelihara dalam karya sastera. Di Barat, tradisi kesantunan merujuk kepada sikap mementingkan konvensi dan tatacara yang betul dalam penulisan, yang menjadi lumrah pada kurun ke-18 hingga 19. Kini, kesantunan digunakan untuk menyindir norma kehalusan yang palsu. Dalam budaya Melayu, contoh penulisan kesantunan ditemui dalam warkah emas, iaitu surat yang ditulis kepada atau daripada keluarga bangsawan. Kesantunan boleh juga dirujuk sebagai budaya kebangsawanan yang sering dipaparkan dalam karya istana yang mementingkan kehalusan dan ketertiban dalam tatalaku dan tatacara. Istilah genteelisme dalam bahasa Latin bermaksud asuhan sempurna, manakala dalam bahasa Perancis bermaksud anggun. Contoh gambaran untuk memerikan tertib bersantap ditemui dalam Hikayat Malim Dewa seperti yang berikut: ... sekali suap, dua kali sudah, ketiga basuh tangan, keempat kumur-kumur, kelima santap sirih, kelat jatuh ke kerongkongan, seri naik ke peroman. |
genre | genre | Kesusasteraan | Tiada | Kategori atau jenis karya sastera mengikut bentuk, teknik atau pokok persoalan. Genre yang dipilih untuk mengklasifikasikan karya sastera adalah pelbagai dan kriteria yang digunakan untuk tujuan klasifikasi berbeza. Dalam sastera Yunani purba, klasifikasi genre ditetapkan oleh Aristotle, seorang ahli teori dan falsafah terkenal, dalam karyanya Poetics merangkumi tiga aspek utama seperti yang berikut: pertama, lirik (watak utama bercakap sendiri), kedua, epik atau naratif (seorang narator bercakap sendiri dan kemudian membenarkan watak lain bercakap), dan ketiga, drama (semua watak bercakap). Dalam sejarah kesusasteraan Barat, dari Zaman Pembaharuan (Renaissance) sehingga pada abad k3-18, genre (ketika ini dikenali sebagai jenis puitika) dianggap suatu bentuk sastera yang tetap dan tidak berubah. Satu lagi klasifikasi genre bermula pada akhir abad ke-18 dan pada awal abad ke-19, apabila pengkritik Jerman membahagikan skema ini kepada tiga, iaitu sajak, novel dan drama. Kini, pengkritik sastera moden memperkukuh dan memperkembangkan spesifikasi ini dengan merangkumi semua genre sastera seperti epik, tragedi, komedi, satira dan lirik. Antara genre baharu yang dilahirkan ialah biografi, esei dan kajian sastera. Setiap genre mempunyai ciri-ciri tersendiri dan boleh diklasifikasikan mengikut subgenre. Contohnya ialah novel warkah, haiku, dan cerita detektif. Genre berasal daripada perkataan Perancis genre bermaksud jenis dan macam. Lihat juga biografi, cerita detektif, drama, epik, haiku, novel, puisi, satira, tragedi. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
warkah | surat [surat] | Melanau Dalat | |
surat | warkah | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
warkah | [war.kah] | ورقة |
|
Tesaurus |
---|
| warkah | | Rujuk :surat |
|
Puisi |
---|
|
Kain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas?
Lihat selanjutnya... |
|