Kata |
Takrif |
Sumber |
membuka jalan | memulakan sesuatu tindakan utk memungkinkan tindakan-tindakan berikutnya dilakukan dgn licin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertikai | 1. berbeza, tidak sama (dgn): lukisan ini ~ sangat dgn mukanya; 2. berbantah, bersengketa, bertelingkah, berselisih (faham): sejak keluarga masing-masing ~, perhubungan mereka tidak mesra lagi; 3. bertentangan (dgn), bersalahan (dgn): tindakan-tindakan itu ~ dgn peraturan-peraturan yg telah dipersetujui; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batal(cancel) | 1. Tindakan memberhentikan proses yang akan dilaksanakan. 2. Tindakan membatalkan tempahan. 3. Tindakan membatalkan pilihan yang sudah dilakukan. | Kamus Komputer |
cipta(create) | 1. Tindakan mewujudkan fail komputer baru dalam cakera. 2. Tindakan mewujudkan tingkap baru dalam atur cara. 3. Tindakan mewujudkan proses baru dalam sistem. 4. Tindakan mentakrifkan medan bagi rekod baru dalam pangkalan data. | Kamus Komputer |
tikai | selisih, beza: badannya sendiri belumlah berubah, masih belum banyak ~nya dr dahulu; bertikai 1. berbeza, tidak sama (dgn): lukisan ini ~ sangat dgn mukanya; 2. berbantah, bersengketa, bertelingkah, berselisih (faham): sejak keluarga masing-masing ~, perhubungan mereka tidak mesra lagi; 3. bertentangan (dgn), bersalahan (dgn): tindakan-tindakan itu ~ dgn peraturan-peraturan yg telah dipersetujui; menikai tidak menyetujui, membantahi, menentang; mempertikaikan 1. memperbezakan; 2. mem-persoalkan, memperbantahkan, memperdebatkan; pertikaian 1. perselisihan, perbezaan; 2. per-telingkahan, perkelahian, persengketaan, pertentangan (faham, pendapat): segala ~ dapat diselesaikan secara aman menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tindakan tatatertib | tindakan yg diambil atau hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar peraturan tatatertib perkhidmatan, organisasi dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tindakan perusahaan | tindakan spt mogok dan bekerja lambat-lambat, yg diambil oleh para pekerja kerana tidak berpuas hati terhadap kadar gaji yg diterima, suasana kerja dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelucutan | perihal (proses, tindakan dsb) melucuti atau melucutkan: ~ senjata; ~ jawatan; ~ jawatan tindakan menarik balik (menggugurkan, membatalkan dsb) jawatan ygsedang disandang oleh seseorang, pemecatan; ~ senjata a) tindakan merampas atau menghapuskan senjata drpd seseorang atau sesuatu kumpulan; b) tindakan mengecilkan atau mengurangkan kekuatan angkatan bersenjata oleh sesebuah negara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tindakan pentadbiran | (Udg) tindakan yg perlu dilaku-kan utk melaksanakan dasar dan maksud perundangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelan tindakan | langkah-langkah tindakan yg diambil utk mencapai sesuatu tujuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
imperil | vt membahayakan: the hijackers actions ~led the lives of the passengers, tindakan-tindakan perampas kapal terbang itu membahayakan penumpang-penumpang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
action | n 1. process or state of acting, tindakan, bertindak: an emergency that requires immediate ~, keadaan cemas yg memerlukan tindakan segera; freedom of ~, kebebasan bertindak; a man of ~, orang yg banyak bertindak; 2. act, deed, tindakan, perbuatan: to judge a man by his ~s, menilai sso drpd tindakannya; 3. movement, gerak-geri: the suspects every ~ was closely watched, setiap gerak-geri orang yg disyaki itu diawasi dgn teliti; 4. operation, cara [sst] berfungsi, jalannya: describe the ~ of a gear, huraikan cara gear berfungsi; 5. effect, tindakan: the ~ of acid on metal, tindakan asid atas logam; 6. (in a play, film, etc) aksi: a film full of ~, filem yg penuh aksi; 7. legal proceeding, tindakan (undang-undang): civil ~, tindakan sivil; 8. combat, pertempuran: killed in ~, terbunuh dlm pertempuran; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
abandonment | n 1. leaving behind, forsaking (perbuatan, tindakan) meninggalkan; (of baby, child) pembuangan, (perbuatan) membuang: the ~ of a ship, tindakan meninggalkan kapal; the ~ of os family, perbuatan meninggalkan anak isteri; 2. discontinuance (of activity etc), penghentian, (tindakan) menghentikan; 3. giving up, relinquishment (of a plan, claim, etc), pengguguran, (tindakan) menggugurkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
crackdown | n tindakan keras: the ~ on smuggling, tindakan keras thdp penyeludupan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hooliganism | n tindakan buas: football ~ has spread to Asian countries, tindakan buas semasa pertandingan bola sepak telah merebak ke negara-negara Asia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
course | ~ of action, tindakan: to take a certain ~ of action, mengambil tindakan tertentu; as a matter of ~, sudah menjadi satu kelaziman; in due ~, apabila tiba /waktunya, masanya/: we will communicate with you in due ~, kami akan menghubungi anda apabila tiba waktunya; in the ~ of, a. (a year, a week, etc) dlm masa (setahun, seminggu, dll); b. (conversation, discussion, etc) semasa [perbualan, perbincangan, dsb]; in the ~ of construction, dlm proses pembinaan; in the ~ of time, lama-kelamaan, lambat-laun: in the ~ of time he became a famous painter, lama-kelamaan dia menjadi pelukis terkenal; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
folly | n 1. foolishness, kebodohan, bodoh: an act of sheer ~, perbuatan yg bodoh sekali; 2. foolish act, mistake, idea, etc, approp n + bodoh: he committed the ~ of shaking the ladys hand before being introduced, dia membuat kesilapan bodoh menjabat tangan wanita itu sebelum diperkenalkan; we all have to pay for our follies, kita semua mesti menebus tindakan-tindakan bodoh kita; 3. imitation or artificial building, folly: many English landowners built follies in their gardens in the 19th century, ramai tuan tanah Inggeris yg membina folly dlm taman mereka pd abad ke-19. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deed | n 1. (fml ) act, perbuatan: an evil ~, perbuatan jahat; 2. action, performance, tindakan: to be brave in word and ~, berani dlm percakapan dan tindakan; 3. (leg.) surat ikatan: ~ of assignment, surat ikatan penyerahhakan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
action | break off an ~, menghentikan pertempuran; /bring an, take/ ~ against so., mengambil tindakan undang-undang thdp sso; go into ~, mula bertempur; /be, go/ out of ~, a. not in operation, rosak; b. unfit for work, tdk dapat /bekerja, bertugas/: after the accident he was out of ~ for three weeks, selepas kemalangan itu dia tdk dapat bekerja selama tiga minggu; put (st) into ~, menjalankan sst: to put a plan into ~, menjalankan rancangan; put (st) out of ~, menyebabkan sst rosak; take ~, mengambil tindakan, bertindak: the government took ~ to control the price of petrol, kerajaan mengambil tindakan utk mengawal harga petrol. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
abstention | n 1. see ABSTINENCE; 2. (in voting) a. act of abstaining, tindakan utk /berkecuali, tdk mengundi/, berkecuali, tdk mengundi: the United States ~ disappointed the African nations, tindakan Amerika Syarikat utk tdk mengundi mengecewakan negara-negara Afrika; b. instance of abstaining, berkecuali, tdk mengundi: ten votes in favour, six against and three ~s, sepuluh undi menyokong, enam menentang dan tiga berkecuali. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
Act of Executive | Tindakan Eksekutif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keputusan yang diambil oleh kabinet yang mempunyai kuasa eksekutif untuk memelihara dan melindungi kepentingan awam. Tindakan diambil apabila muncul sesuatu isu yang memerlukan tindakan segera kerajaan. Tindakan ini hanya dibincang di peringkat kabinet tanpa memerlukan pengesahan parlimen. Contohnya, keputusan kabinet (kerajaan) Malaysia menetapkan harga siling bagi produk video cakera padat merupakan satu bentuk tindakan eksekutif yang bertujuan melindungi kepentingan ekonomi industri muzik negara. |
additive gene action | tindakan gen tambah | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Br. tindakan gen aditif; Id. tindakan gen aditif) |
preventative action | tindakan pencegahan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Tindakan yang diambil untuk menghalang kebarangkalian kejadian yang tidak diingini daripada berlaku pada masa akan datang. Tindakan pencegahan dikenal pasti dan diperoleh daripada cadangan audit dalaman atau aduan pelanggan. Tindakan ini merupakan proses proaktif untuk menambah baik dan memberi respons pantas terhadap masalah atau aduan. Tindakan pencegahan melibatkan kajian semula prosedur operasi, analisis data, trend dan risiko serta keputusan pengujian kecekapan. |
nursing actions | tindakan kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Pelaksanaan penjagaan kejururawatan yang terdiri daripada dua kategori, iaitu: (a) tindakan autonomi kejururawatan (b) tindakan kejururawatan berpreskripsi. |
Act of State | Tindakan Negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan yang diambil oleh pemerintah bagi melindungi kepentingan negara dan warganya secara keseluruhan seperti kedaulatan, pembangunan ekonomi, keselamatan, hak rakyat dan sebagainya. Tindakan negara lazimnya diisytihar oleh ketua kerajaan atau ketua negara. Contohnya, pengisytiharan Presiden Bush untuk menyerang Iraq pada tahun 2003 bagi mempertahankan ancaman keganasan terhadap warga Amerika Syarikat merupakan satu bentuk Tindakan Negara. Begitu juga pengumuman yang dibuat oleh Presiden Saddam Hussein untuk mempertahankan negara Iraq daripada serangan Amerika Syarikat. |
action coalition | gabungan tindakan | Pentadbiran | Tiada | Tindakan yang diambil oleh dua atau lebih pihak untuk mencapai, meneladani dan berkongsi amalan terbaik. Contohnya, tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad dalam menggalakkan syarikat korporat menangani wabak COVID-19. |
gene action | tindakan gen | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Kaedah gen tertentu yang memberikan kesan kepada badan. Tindakan gen boleh menjadi dominan atau resesif, terangkai seks atau terlibat dalam aberasi kromosom. Gabungan tindakan gen akan menghasilkan fenotip yang dapat dilihat pada organisma. |
biotransformation | biotransformasi | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Perubahan molekul kimia dalam sesuatu sebatian akibat tindakan sistem biologi, contohnya tindakan mikroorganisma atau enzim. |
affirmative action | tindakan afirmatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar yang digubal untuk memperbetulkan keadaan atau fenomena ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang bersifat majmuk. Dasar atau tindakan ini diambil secara drastik oleh pemerintah setelah berlaku sesuatu peristiwa yang melibatkan hubungan kaum. Kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 1970 telah mengambil tindakan afirmatif dalam bidang pendidikan untuk memberi peluang yang lebih saksama kepada minoriti kulit hitam. Sementara di Malaysia, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal pada tahun 1970 boleh diklasifikasikan sebagai tindakan afirmatif untuk memperbaik ketidakseimbangan yang wujud antara kaum. Sinonim tindakan pengesahan. |
action theory | teori tindakan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Teori yang menganalisis tingkah laku atau tindakan seseorang aktor politik. Teori ini bermula dengan menganalisis matlamat, harapan, nilai dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tersebut dan juga tahap pengetahuan aktor terhadap situasi tindakan yang telah diambil. Teori ini telah diperkenalkan oleh Max Weber dan kemudiannya dikembangkan oleh Talcott Parsons dalam kajian beliau berhubung dengan pencapaian sesebuah organisasi. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tindak | tindakan tindakan. | kedayan | |
buyak I | kena; 1 bersentuh, berlanggar dgn, lekat pd, terhantuk, terpukul dsb; 2 tepat pd sasarannya; 3 ditimpa sst, menderita drpd sst: ~ selok penyakit TB kena jangkit penyakit TB; 4 menanggung sst perbuatan atau tindakan: ~ pugai kena guna-guna; 5 diwajibkan me | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
itok Ib, MSr | selalu teringat-ingat akan sesuatu serta menyebut-nyebutnya berulang-ulang kali. | Kadang-kadang Pak Karim berasa tindakan Minah itu sudah melampau. Sudah terlalu pengitok sikapnya. Tetapi di sebalik sikap suka itok itu ada juga baiknya. Pak Karim sendiri pun mengakuinya. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb kardan( ندرک ضوع )ʻeyb( بيع )ʻeyd( ديع )ʻeyd-e feṭr( رطف ديع )ʻeyd-e ghorbān( نابرق ديع )ʻeyn, cheshm( مشچ ،نيع )ʻeynak( کنيع )ʻoyūb( بويع sains serban utama kehidupan perbuatan, tindakan, babak bapa saudara dalam labah-labah tukar, salin aib, kecelaan, kecacatan hari mulia hari raya aidilfitri hari raya aidiladha mata kaca mata kerosakan, kecelaan, kecacatan science turban main life, living
|
Kamus Sains.indb nilai peroksida, atau indeks lain. Contohnya, kaedah oksigen aktif dan ujian Schaal. (TEKMA) accelerated test (ujian terpecut) Ujian yang menggunakan kaedah tiruan, yang sama dengan keadaan sebenar untuk mempercepat proses tindakan dan memendekkan tempoh ujian. (KEJ) accelerating admixture (bahan tambah pecutan) Bahan tambah yang mempercepat proses pengerasan atau pengesetan simen. Kalsium klorida merupakan salah satu daripada agen pemecutan konkrit. (KEJ) acceptable FIZ) acoustic tile (jubin akustik) Jubin berliang yang diperbuat daripada gentian kayu untuk dijadikan kemasan lelangit (siling). (KEJ) acoustical element (unsur akustik) Parameter yang seanalog dengan unsur elektrik yang mencirikan tindakan se- tiap komponen dalam sistem akustik. (FIZ) acoustical mass reactance (reaktans jisim akustik) Bahagian reaktans akustik yang berkaitan dengan tenaga kinetik medium. (FIZ) acoustical radiation resistance. (rintangan sinaran akustik) Lihat
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd kerumitan pengiraan logaritma diskret yang merupakan salah satu contoh algoritma tandatangan digital. aliran data rentas sempadan (Ig. transborder data flow;Br.aliran data rentas sempadan; Id. aliran data lintas batas) Tindakan memindahkan atau menyalurkan maklumat yang berpunca daripada suatu negeri atau bidang kuasa yang merentasi sempadan negeri atau bidang kuasa berkenaan. Tindakan ini meliputi semua perbuatan mengalihkan maklumat yang dilakukan oleh pengguna atau proses tanpa mengira kesahihannya. Tindakan ini sepatutnya dikawal oleh pemilik maklumat berkenaan sebagai suatu dasar keselamatan untuk perlindungan kerahsiaan
|
Kamus Thai 2.indb ้ ศาลลดโทษลงอีก Yang tertuduh merayu kepada mahkamah supaya hukumannya dikurangkan lagi. วิจัย [wicai] น penyelidikan วิจารณ ์ [wica:n] ก mengkritik: ชาวบ ้ าน วิจารณ ์ การกระทำของตำรวจ Orang kampung mengkritik tindakan polis. วิจารณญาณ [wica:ranaya:n] น akal วิจิตร [wicit] ว indah: อาคารรัฐสภาไทย วิจิตรมาก Bangunan Parlimen Thai sa ngat indah. วิจิตรพิศดาร [-pitsada:n] ว aneh: เขา แต ่ งตัววิจิตรพิศดารมาก Dia berpakai itu bosan dengan kelakuan anak buahnya. หนาว [na:w] ว sejuk หนำใจ [na:mcai] ว puas hati: หลายฝ ่ าย รู ้ สึกหนำใจกับการปฏิบัติการของตำรวจ Be- berapa pihak berasa puas hati dengan tindakan polis. หนี [ni :] ก lari หนี้ [ni :] น hutang หนีบ [ni :p] ก mengepit: คุณลุงปรีชาหนีบ หนังสือพิมพ ์ ไว ้ ใต ้ รักแร ้ Pak Cik Preecha mengepit
|
Kamus Thai 2.indb tian orang. มาตร 1 [ma:t] น pengukur: ช ่ างไม ้ เอามาตร ไปวัดขนาดไม ้ ซุง Tukang kayu meng ambil pengukur untuk mengukur saiz kayu balak. มาตรการ [-traka:n] น tindakan มาตรฐาน [-trata:n]น standard, piawai มาตร 2 [ma:t] ว sekiranya: มาตรว ่ าฉันตาย ไปก ่ อนคุณก็จะต ้ องสู ้ ต ่ อไป Sekiranya saya terkorban dahulu, kamu harus |
Kamus Thai 2.indb berbaris เข ้ าท ่ า [-ta:] ว munasabah: การโจมตีของ สหร ั ฐอเมริกาต ่ ออิร ั กเป็นการกระทำที่ ไม ่ เข ้ า ท ่ า Serangan Amerika terhadap Iraq merupakan tindakan yang tidak mu- nasabah. = เข ้ าที เข ้ าที [-ti:] ดู เข ้ าท ่ า เข ้ าปก [-pok] ก menjilid เข ้ าฝ ั น [-fan] ก
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tindakan | [tin.da.kan]/[tin.da/.kan] | تيندقن |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
tindakan refleks | reflex action | Gerak balas spontan sistem saraf terhadap rangsangan. | Menengah Atas |
tindakan kapilari | capillary action | Pergerakan bendalir melalui satu tiub halus akibat daya lekitan dan daya lekatan. | Menengah Atas |
tindakan terkawal | voluntary action | Tindakan yang dikawal oleh kehendak individu. Contohnya menulis, memukul dan menari. | Menengah Atas |
kawalan | control | Tindakan yang diambil untuk memastikan faktor-faktor luaran tidak mempengaruhi eksperimen yang dijalankan. | Menengah Rendah |
geseran | friction | Tindakan yang berlaku apabila dua permukaan bergeselan. | Sekolah Rendah |
tindak balas | reaction | Tindakan yang diakibatkan oleh suatu rangsangan. Contohnya, pokok semalu menguncup apabila disentuh. | Sekolah Rendah |
gerak balas | response | Tindakan atau gerakan yang terhasil akibat sesuatu rangsangan. | Sekolah Rendah |
gerak balas | response | Tindakan yang dilakukan oleh organisma hidup setelah menerima sesuatu rangsangan. | Menengah Atas |
sentakan lutut | knee jerk | Tindakan refleks yang terhasil apabila lutut diketuk secara ringan dengan menggunakan tukul. | Menengah Atas |
rangsangan | stimulus | Sesuatu yang mencetuskan tindakan dan menimbulkan sesuatu perasaan atau reaksi. | Sekolah Rendah |
|
|