Kata |
Takrif |
Sumber |
tersembunyi-sembunyi | dgn diam-diam (berse-lindung), tersorok-sorok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersembunyi | tidak kelihatan, terlindung, dirahsiakan: apakah yg ~ di sebalik kebaikan hatinya itu?; tujuan yg ~ dan kemahuan nafsu yg terpendam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersembunyi | tidak dpt dilihat atau tidak dpt diketahui; terlindung; tersorok: Mereka menggunakan tongkat besi yg tajam utk mencari telur yg ~ itu. | Kamus Pelajar |
sulit | 1. dirahsiakan, tersembunyi, rahsia: segala perkara yg didapati drpd penyiasatan itu dianggap sbg perkara ~; 2. tidak terangterangan, tersembunyi, gelap: pembunuhan itu terjadi dgn pertolongan secara ~ seorang menteri Jepun; 3. gelap (perkumpulan dll), haram; kumpulan ~ kumpulan penjahat (secara gelap); pasar ~ pasar haram (di sisi undang-undang); 4. jarang terdapat atau diketemui, susah dicari; perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang ditemui; 5. sukar, payah, susah: pertanyaan itu ~ utk dijawab; 6. sukar, gawat, rumit, ruwet: perkara ini menjadi bertambah ~ lagi kerana adanya dlm sastera Melayu kebiasaan menyalin atau menyadur; menyulitkan 1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan: soal wang selalu ~; 2. menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan; mempersulit menjadikan lebih sulit; kesulitan perihal sulit, kesukaran, kesusahan, kerumitan: saudara harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ghaib | 1. tidak dapat dilihat, tersembunyi; ilmu ~ a) ilmu bkn kekuatan dll yg tersembunyi; b) ilmu suluk (tasawuf); kuasa ~ tenaga yg tidak kelihatan; 2. hilang, lenyap: setelah sudah berkata-kata, suara itu pun ~lah; badannya ~ tiada berketahuan; 3. sl meninggal, mangkat: baginda yg telah ~; 4. ajaib, aneh (keadaan dll): peristiwa yg ~; mengghaibkan menghilangkan, menjadikan tidak nampak; ~ diri menghilangkan diri; keghaiban perihal atau keadaan ghaib. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berada-ada | = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serang hendap | tindakan menyerang atau menyerbu secara tiba-tiba terhadap musuh setelah menunggu dan menghendapnya di tempat yg tersembunyi: lanun itu tidak menyangka sama sekali ia terkena ~; menyerang hendap menyerang seseorang (musuh, lawan dsb) dgn tiba-tiba setelah menghendap dan menunggu beberapa ketika di tempat tersembunyi: pasukan keselamatan telah mengatur rancangan utk ~ pihak musuh; serangan hendap serang hendap; penyerang hendap pihak (orang atau kum-pulan) yg melakukan serang hendap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cukai tersembunyi | cukai tak langsung yg dibayar oleh pengguna dgn menaikkan harga barang yg dijual tanpa pengetahuan pengguna; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbuni | tersembunyi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersorok | 1. tersembunyi: buku itu kuletakkan di atas rak kopiah ~ ke sebelah dalam; 2. ki jauh dr yg lain, terpencil: tentera Jepun dan Siam selalu sahaja sampai ke kampung yg ~ spt Kampung Sulung itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
insidious | adj tersembunyi dan berbahaya: cancer is an ~ disease, kanser ialah penyakit yg tersembunyi dan berbahaya; an ~ plot against the state, komplot yg tersembunyi dan berbahaya utk menggulingkan kerajaan; the ~ spread of the drug culture, merebaknya budaya dadah secara tersembunyi dan berbahaya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hidden | adj concealed, tersembunyi, tersorok: a beautiful, ~ valley, sebuah lembah indah yg tersembunyi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cryptic | adj 1. secret, occult, rahsia: ~ language, bahasa rahsia; 2. enigmatic, maksudnya tersembunyi: ~ remarks, kata-kata yg maksudnya tersembunyi; 3. (zool) krip: ~ colouration, pewarnaan krip. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
concealed | adj tersembunyi; (of turning) terlindung. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inner | 4. private, a. (of feeling) tersirat, tersembunyi; (rel to specif emotion) jiwa, batin: an ~ feeling of despair, rasa putus asa yg tersirat di hati; she prayed for ~ calm, dia berdoa supaya mendapat ketenangan jiwa; b. (of workings of the mind), [not translated]: I cannot understand the ~ workings of her mind, saya tdk dapat memahami cara dia berfikir; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
blind | he made a ~ choice on which course of action to take, dia membuat pilihan secara membabi buta ttg tindakan yg hendak diambilnya; 5. reckless, uncontrolled, terlalu: in his ~ haste he almost fell off the gangplank, krn terlalu tergesa-gesa dia hampir terjatuh dr titi sambung itu; ~ fury, terlalu marah; 6. performed by the use of instruments only, buta: a ~ landing, pendaratan buta; 7. hidden from sight, tersembunyi, tersorok: a ~ corner, selekoh tersembunyi; a ~ hinge, engsel tersembunyi; 8. closed at one end, mati, buntu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dark | 5. sinister, jahat: ~ deeds, perbuatan-perbuatan jahat; a ~ purpose, niat yg jahat; 6. obscure, kabur: ~ prophecies, ramalan-ramalan yg kabur; 7. dismal, gelap: a ~ future, masa hadapan yg gelap; 8. hidden, mysterious, tersembunyi, terpendam: a ~ secret, rahsia yg tersembunyi; 9. angry, sullen, marah: a ~ scowl, pandangan marah; 10. unenlightened, kelam: a ~ era in history, era kelam dlm sejarah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hide 2 | vi 1. conceal os, menyorok, bersembunyi: Ill ~ behind the door, saya akan menyorok di belakang pintu; quick, ~ in here!, cepat, bersembunyi di sini!; 2. be out of sight, tersorok, tersembunyi: where is that bag hiding?, di manakah beg itu tersorok?; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
genuine | 3. a. not feigned or pretended, bukan dibuat-buat; (of love) sejati: she showed ~ concern for the child, dia menunjukkan sikap ambil berat yg bukan dibuat-buat thdp budak itu; her joy at seeing them was ~, kegembiraannya dapat bertemu dgn mereka bukan dibuat-buat; ~ laughter, ketawa yg bukan dibuat-buat; b. sincere, ikhlas: I dont think she has an ulterior motive, she seems quite ~, saya tdk fikir dia mempunyai niat yg tersembunyi, dia nampaknya ikhlas; a ~ attempt at reconciliation, usaha yg ikhlas utk berdamai semula. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
inner | adj 1. inside, interior, sebelah dalam; (of ear) dalam: an ~ courtyard, laman sebelah dalam; the door leading to the ~ office was locked, pintu masuk ke pejabat sebelah dalam berkunci; the cupboard has an ~ compartment, almari itu mempunyai ruang sebelah dalam; an infection in the ~ ear, jangkitan pd telinga dalam; 2. central part of, bahagian tengah: an office in ~ Sydney, pejabat di bahagian tengah Sydney; 3. (of meaning) obscure, tersirat, terselindung, tersembunyi: was there an ~ meaning to that remark?, apakah ada maksud yg tersirat dlm kata-kata itu?; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
subversion | subversi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Tindakan terancang untuk melemahkan keupayaan mekanisma keselamatan suatu sistem komputer secara tersembunyi sepanjang kitar hayat pembangunan sistem komputer tersebut. Tindakan ini bertujuan untuk membenarkan capaian terlarang yang tidak boleh dikesan oleh pemilik sistem komputer pada masa akan datang. Contohnya, seorang pengatur cara menyelitkan kod atur cara secara tersembunyi untuk memberikannya pintu belakang bagi mengelak mekanisme pengesahan pengguna yang terdapat pada perisian tersebut, dalam proses pembangunan perisian. 2. Tindakan oleh pengguna hasad yang mengubah kod atur cara pada perisian sistem pengesanan pencerobohan untuk menggagalkan keupayaannya untuk mengesan pencerobohan dengan baik. |
hidden tax | cukai tersembunyi | Ekonomi | Tiada | Cukai tak langsung yang dipindahkan kepada pengguna dengan menambahkan harga barang yang dijual, tanpa pengetahuan pengguna. Misalnya, duti yang dikenakan terhadap petroleum yang diimport. |
deep state | pemerintah tersembunyi | Sains Politik | Tiada | |
hidden reserve | rizab tersembunyi | insurans | Tiada | Rizab sesebuah syarikat insurans yang tidak dinyatakan di dalam akaun yang tersiar. |
hidden gem | permata tersembunyi | Umum | Tiada | Seseorang atau sesuatu yang memiliki nilai, kehebatan atau keindahan tetapi tidak diketahui oleh banyak orang. |
buried theme | tema tersirat | Kesusasteraan | Tiada | Tema yang tersembunyi atau pernyataan yang dipersembahkan secara tidak langsung dalam sesebuah sajak. Tema tersirat berbeza dengan tema eksplisit yang dipaparkan secara langsung dan ketara. Penggunaan tema tersirat bertujuan untuk menggalakkan penglibatan pembaca mencari maksud tersirat, lantas pembaca seolah-olah mencipta semula sajak itu. Namun, kadangkala tema tersirat menjadi punca kelemahan sesebuah sajak. Hal ini demikian kerana sajak terlalu kabur sehingga rumit untuk ditafsirkan. |
covert channel | saluran terselindung | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Saluran tersembunyi di samping saluran biasa yang digunakan untuk komunikasi rahsia. Contohnya, semasa sesi komunikasi TCP/IP, data disembunyikan dalam paket SYN yang biasanya tidak mengandungi data. |
screened subnet | subrangkaian teradang | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Rangkaian yang tersembunyi di sebalik tembok api yang tidak dapat dicapai secara terus dari luar rangkaiannya kecuali melalui penghala pengadangan atau get laluan hos terhadang. |
spyware | perisian intip | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian yang dipasang secara tersembunyi pada komputer peribadi untuk memintas atau mengambil sebahagian kawalan ke atas interaksi pengguna dengan komputer tanpa pengetahuan pengguna tersebut. Perisian ini secara rahsia mengawasi tingkahlaku pengguna seperti laman web yang dilawati dan tabiat melayari Internet. Perisian ini juga dapat mengganggu kawalan pengguna terhadap komputer seperti memasang perisian tambahan dan mengalih aktiviti pelayar web. Selain itu, perisian ini dapat mengubah pengesetan komputer, mengakibatkan kelajuan capaian menjadi perlahan dan sambungan rangkaian terputus serta ketidakfungsian atur cara lain. Perisian intip boleh juga diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi. |
self-garbling virus | virus swaherot | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang tersembunyi daripada perisian antivirus dengan mengherotkan susunan atur caranya supaya berlainan dengan tandatangan virus yang digunakan untuk mengecami virus berkenaan. Virus ini mempunyai atur cara khas yang mengandungi algoritma penyusunan bit untuk proses herotan. Algoritma penyusunan bit ini juga akan digunakan untuk mengembalikan virus ke bentuk asal sebelum proses jangkitan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
resia | rahsia; 1 benda yg tersembunyi dan diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja: ~ a rahsia orang; mekeang ~ membuka rahsia; medipeh ~ menyimpan rahsia; 2 sst (benda, akal, dll) yg sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya: pinyeang ~ | Melanau Mukah | |
sarok II | samar, saru (bkn tidak terang-terang, tersembunyi); | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
puyut Bj | sapu tangan. | Apabila bersendirian, Rohayu akan selalu mengeluarkan puyut yang tersembunyi di dalam almari pakaiannya. Puyut tenunan tangannya itu sudah tidak seindah dulu lagi. Malah sejak puyut itu dikembalikan kepadanya, sesuatu yang ada dalam dirinya turut mati. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb هرجنپ )Panjshanbe( هبنشجنپ )panjom( مجنپ )panke( هکنپ )penhān( ناهنپ )panīr( رينپ titi, jambatan kelopak mata harimau bintang nasi jejantas anak tangga polis kapas lima lima puluh tingkap Khamis kelima kipas tersembunyi keju bridge eyelid leopard cooked rice overhead bridge step police cotton five fifty window Thursday fifth fan hidden, secret cheese رينپ لپ Kamus Parsi.indb 35 5/18/11 9
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd pintu belakang (Ig. back door; Br. pintu belakang; Id. pintu belakang) Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 13 6/6/11 4:01:23 PM xiv Atur cara yang memberikan laluan tersembunyi untuk mencapai suatu sistem komputer dengan mengelakkan kaedah penyahihan biasa pengguna. Atur cara ini memberikan laluan melalui port rangkaian pada hos yang dijangkiti untuk dicapai apabila diperlukan. Contohnya, perisian Back pengumpulan data terlarang, eksploitasi hak fungsian, pemalsuan data, atau keupayaan menghapus data tanpa perakuan pemilik data. Kod kuda Trojan disertakan dalam perisian secara sengaja oleh penerbit perisian tersebut atau secara tersembunyi oleh pengatur cara perisian untuk tujuan hasad. atur cara lelabah (Ig. spider program; Br. atur cara lelabah; Id. program laba-laba) Atur cara terautomasi yang mengimbas setiap laman atau fail
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tersembunyi-sembunyi | [ter.sem.bu.nyi.sem.bu.nyi] | ترسمبوڽي-سمبوڽي |
tersembunyi | [ter.sem.bu.nyi] | ترسمبوڽي |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
tersembunyi | hidden , secret | پنهان | penhān |
|
|