Kata |
Takrif |
Sumber |
terpotong | dapat dipotong: sebatang kayu pun tidak ~ pd petang itu kerana mereka terlupa membawa gergaji; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
putus | 1. tidak bersambung lagi, bercerai kerana terpotong dll (tali dll): anjing itu pun merentak rantai itu lalu ~; 2. ki tidak berhubungan lagi, terpisah, terpotong (tali persahabatan, perhubungan lalu lintas, dll): ~lah sudah tali persahabatan antara mereka; perhubungan kereta api di antara Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ~ buat beberapa hari; 3. berakhir, habis, selesai: kampung yg tidak pernah ~ makanan; perundingan sudah ~ sudah ada penyelesaian, mendapat kepastian (ketentuan, persetujuan, dll); sampai sekarang pun perkara itu belum ~; fikirannya hendak merantau itu benar-benar ~; kata ~ kepastian, keputusan, ketentuan; ~ akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); ~ arang putus sama sekali hingga tidak dapat diperbaiki lagi (persahabatan dll); ~ bicara a) = ~ ikhtiar sudah habis ikhtiar, hilang akal; b) = ~ kata sudah selesai (pembicaraan, perkara, dll); c) = ~ kata sudah mendapat kata sepakat; ~ haid terhentinya kitaran haid seseorang wanita buat selama-lamanya, biasanya pd sekitar umur 50 tahun, menopaus; ~ harap (harapan) tidak mempunyai harapan lagi; ~ harga a) harga mati, harga tetap; b) sudah sesuai mengenai harganya; ~ limau = ~ ubat upacara menamatkan ubat sebab telah sembuh (dgn berkenduri atau mandi air buyung); ~ loteri Id menang loteri; ~ muafakat (pakat) sudah mendapat kata sepakat; ~ nafas a) tidak dapat bernafas; b) mati; ~ niat a) sudah tetap hati; b) sudah tercapai maksudnya; ~ nyawa (jiwa) mati; ~ rezeki kehilangan mata pencarian; ~ saudara tidak lagi mengaku bersaudara; ~ suap kehabisan nasi tambah ketika sedang makan; ~ umur mati; ~ benang boleh dihubung, ~ arang bercerai lalu prb bercerai atau mati isteri boleh diganti, bercerai atau mati seorang kaum keluarga tidak dapat diganti; ~ kata dimulanya, (~ gayung di belebas) prb sesuatu hal diputuskan dgn menilik asalnya; ~ tali tempat bergantung, terban tanah tempat berpijak prb kehilangan orang tempat menumpang hidup (putus pengharapan oleh sebab sesuatu kemalangan); ~ timba tinggal tali, ~ tali tinggal timba prb perihal seseorang yg kematian suaminya (bercerai dgn taulan yg diharap); putus-putus 1. kerap kali putus, selalu putus; 2. = berputus-putus, berputusan, terputus-putus berkerat-kerat, tidak terus berturut-turut, sekejap-kejap berhenti: berbicara dlm bahasa Inggeris dgn terputus-putus; suara ~ suara yg terhenti-henti; diparangnya tombak-tombak itu habis ~; tidak ~(nya) tidak berhenti-henti, sentiasa (sahaja); belum ~ belum berhenti-henti, (masih) terus-menerus, belum tentu (pasti) lagi; berputusan berkali-kali putus, selalu putus, putus-putus: habis ~ batang pinang; tiada ~ tiada putus-putus (habis-habis); memutus; ~ jalan a) menghalangi (merosakkan dll) jalan; b) memotong (memintas) jalan; ~ perkataan orang menyela (memenggal) perkataan orang; memutusi ark = memutuskan menentukan; memutuskan 1. menjadikan putus, mengeratkan: aneh sekali perkara yg sekecil itu rupanya yg ~ perhubungan persaudaraan antara dua beradik itu; perhatikan gerakan jarum kompas apabila arus itu dijalankan atau diputuskan; 2. menyelesaikan (sesuatu yg sedang berjalan), menangguhkan, membatalkan, memansuhkan (perjanjian dll): fikiran orang itu diputuskan oleh bang sembahyang Isyak; mereka bersetuju tidak akan ~ perjanjian tanpa berunding lebih dulu; tiba-tiba dia ~ ceritanya yg baru hendak dimulai; 3. mengambil ketetapan, menentukan, menetapkan: kuasa tertinggi sekali bagi membuat undang-undang dan ~ dasar-dasar pemerintahan negara ialah parlimen; kalau tidak jua dapat diputuskan barulah dibawa kpd orang tua-tua atau guru; 4. menjatuhkan hukuman, menghukum: sesiapa pun tidak boleh membuat komen tentang kes yg masih belum diputuskan oleh mahkamah; ~ cakap menyela cakap orang; ~ fikiran (hati, niat) menetapkan fikiran (hati, niat); ~ nyawa (umur) a) membunuh, mematikan; b) mati; terputus terhenti, terpenggal: sayang ceritanya ~ di tengah-tengah; setiap orang yg mati akan ~ segala amalannya; putusan 1. barang apa yg sudah putus: ~ tali; 2. = keputusan: aku buat ~, aku tinggalkan masyarakatku; keputusan 1. kesudahan, akhir, penghabisan: sampai mana ~ sungai ini? 2. putusan, ketentuan, ketetapan: ia mengambil ~ meninggalkan rumah itu; semua ~ parlimen diambil dgn suara yg lebih drpd separuh; 3. = putusan kesudahan pendapat, ikhtisar, kesimpulan: drpd kejadian yg berlaku baru-baru ini dapat diambil ~ bahawa masih banyak lagi usaha yg mesti dijalankan; 4. = putusan pertimbangan atau ketentuan (yg dijatuhkan oleh hakim): mengikut ~ mahkamah ia berhak tinggal di atas tanah itu dan mengambil faedah daripadanya; 5. = putusan kesudahan (pemeriksaan dll), hasil: ~ pilihan raya itu sungguh mengejutkan; ~ peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dapat diketahui pd bulan Mac; 6. mengalami kekurangan atau tidak ada (makanan, wang, dll), kehabisan: jentera yg kehilangan tenaga disebabkan ~ minyak; ia minta dijualkan cincinnya kerana ~ belanja; ~ asa perihal menderita putus asa; ~ benar sangat kekurangan (wang dll); berkeputusan mempunyai keputusan (kesudahan dsb); tidak ~ tidak berkesudahan, tidak putus-putusnya, tidak berakhir; perputusan perihal berputus, perceraian, perpisahan; pemutusan perbuatan memutus(kan); pemutus 1. alat atau orang yg memutus(kan); 2. yg memutuskan, penentu: kata ~; kuasa ~; undi (suara) ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rompong | terpotong hujungnya (bkn hidung dll); patah hujungnya: Hidungnya ~. merompongkan menjadikan rompong; memotong hujungnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkerat | terpotong; terpenggal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buntung | terpotong atau putus (tangannya dsb); kudung: Kakinya ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terkerat | terpotong (kayu, jari, dll), terpenggal (kepala), terhenti (percakapan, perbualan) kerana sesuatu gangguan: banyak panglimanya mati ~ kepala mereka; percakapan mereka ~ oleh keriuhan di luar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terkerat | terpotong; terpenggal. | Kamus Pelajar |
buntung | terpotong atau putus (tangannya dsb); kudung: Kakinya ~. | Kamus Pelajar |
tersayat | 1 terpotong atau terhiris sedikit; terkoyak sedikit: Hujung jarinya ~ kena sembilu. 2 ki tersinggung (perasaan) yg amat sangat; terasa pedih (hati dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terhiris | 1 terpotong atau terkerat sedikit. 2 ki terasa luka atau sakit hati; terasa pilu dsb: Hatinya ~ oleh kata-kata yg menghina itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
cut | ~ so. off, a. cause so. to be stranded, (act.) menyebabkan sso terkandas; (pass.) sso terkandas: the men working in the cave were ~ off by the incoming tide, orang-orang yg bekerja di dlm gua itu telah terkandas oleh air yg sedang naik; b. interrrupt so. speaking on the telephone, talian terputus: we were ~ off in the middle of our conversation, talian kami terputus semasa kami sedang berbual; ~ st off, a. behead so., /memenggal, memancung/ sst: the traitor had his head ~ off, pengkhianat itu telah dipenggal kepalanya; b. remove st by cutting, memotong sst; (accidentally) sst terpotong: the butcher ~ off the best part of the meat, penjual daging itu memotong bahagian yg terbaik drpd daging itu; c. see vt (sense 16.); | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
bleeding | perdarahan; turun warna (PEM.MAN), pendarahan | Biologi | Tiada | 4. Pengeksudatan sap berair dari vesel di permukaan yang terpotong, disebabkan tekanan akar. |
herbal drug | drug herba | Herba | Tiada | Bahan drug yang terdiri daripada tumbuhan, bahagian tumbuhan (daun, akar, kulit kayu dan lain-lain), alga, fungi dan liken sama ada dalam bentuk utuh, berfragmen atau terpotong, tidak diproses dan dalam bentuk kering atau segar. Eksudat herba yang diproses juga dianggap drug herba. Drug herba ditakrifkan secara khusus menggunakan nama saintifik botani mengikut sistem binomial (genus, spesies, varieti dan pengarang). |
Kamus Sains.indb iaitu atrium atau ventrikel, dan pemulih- an rentak normal. Proses ini sering dilakukan secara kejutan elektrik. 2. Pemisahan serat tisu, iaitu dengan menggunakan alat yang tumpul supaya tisu terpisah tanpa terpotong. (UBAT) defibrination (defibrinasi) Proses pengasingan fibrin daripada darah yang seterusnya akan menghindar- kan proses penggumpalan darah. (UBAT) deficiency loop (gelung kedefisienan) Struktur yang terdapat pada suatu kromosom akibat kedefisienan suatu dihasilkan daripada proses pemotongan bahagian rusuk gigi gear undamped vibration undercutting Kamus Sains.indb 701 7/8/08 11:50:51 AM 702 yang menyebabkan gangguan. Gigi yang berkenaan dikatakan terpotong- dalam. (KEJ) under-damping (peredaman kurang) Peredaman likat yang menyebabkan sistem bergetar secara fana, iaitu jerayun getaran menyusut dengan masa sehingga getaran akhirnya berhenti. Pereda- man ini berpadanan dengan keadaan
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
terpotong | [ter.po.tong] | ترڤوتوڠ |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
pertumbuhan semula | regeneration | 1. Penggantian atau pembentukan semula bahagian organisma yang terpotong. 2. Pertumbuhan yang teratur. Contohnya, kultur tisu. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata terpotong |
|
|