Kata |
Takrif |
Sumber |
terlucut | terlepas drpd pegangan, genggaman dll: Bakul yg dipegangnya itu ~ dr tangannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terlucut | terlepas (drpd pegangan, genggaman, ikatan, dll): kayu itu ~ drpd genggamannya; orang berhutang tidak ~ drpd tanggungannya selagi hutang belum dijelaskan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampukan terlucut(disarmed interrupt) | Sampukan yang tidak boleh lagi menyampuk kerana telah diubah tarafnya kepada tidak aktif oleh pemproses utama. | Kamus Komputer |
terlondeh | tertanggal (terlepas, terlucut) ke bawah (kain, seluar, dll), terlorot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanggal I | terlepas atau terlucut dr tempatnya lalu jatuh; luruh (bkn daun dll); terkelupas atau terkopek kulitnya. menanggali 1 menyebabkan seseorang dibuka pakaiannya (perhiasannya dll); melucuti: Anak itu ditanggali pakaiannya sebelum dimandikan. 2 membongkar (mesin dsb): Setelah ditanggali, barulah mesin itu dicuci. menanggalkan menjadikan tanggal; membuka (pakaian dll): melucutkan: Sebelum naik ke rumah, dia ~ kasutnya. penanggalan hantu yg kononnya dpt terbang dan tali perutnya keluar berjela-jela. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tanggal I | terlepas atau terlucut dr tempatnya lalu jatuh; luruh (bkn daun dll); terkelupas atau terkopek kulitnya. | Kamus Pelajar |
terik I | 1. tidak mudah terlucut atau terbuka (ikatan), erat, kuat, teguh; 2. sempit dan mencerut (seluar dll), ketat, sempit: seluar yg ~; 3. amat sangat (panas matahari): panas kian ~ dan kian membakar kulit kepala; 4. ki sukar (pekerjaan), sulit; 5. Kl tidak kendur (tali dll), tegang, sering: tali itu diregang dgn ~; menerikkan 1. menjadikan terik (ikatan), meneguhkan, mengeratkan; 2. menggesa (melakukan sesuatu), mengerasi, menguatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terik | 1 tidak mudah terbuka atau terlucut (ttg ikatan dll); kemas; erat: Diikatnya bungkusan itu ~-~ supaya tidak terbuka. | Kamus Pelajar |
tali pinggang | tali utk mengikat seluar dll supaya tidak terlucut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tali | ~ pinggang tali utk mengikat seluar dll supaya tidak terlucut. | Kamus Pelajar |