Kata |
Takrif |
Sumber |
gagap I | tertahan-tahan atau terhenti-henti apabila bercakap (mis m-m-ma-malam utk malam); orang ~ orang yg bertutur tertahan-tahan; bergagap-gagap bercakap dgn tertahan-tahan;tergagap-gagap terhenti-henti (percakapan), tergaguk-gaguk: dgn suara yg ~, Rahim menceritakan riwayat hidupnya; kegagapan perihal (sifat atau keadaan) gagap: tahap ~ berbeza antara seseorang dgn seseorang yg lain bergantung pd keadaan tekanan sosial yg dihadapinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergegap-gegap | terhenti-henti bercakap, gagap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tergagap-gagap | terhenti-henti (percakapan), tergaguk-gaguk: dgn suara yg ~, Rahim menceritakan riwayat hidupnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gegap I | ; tergegap-gegap terhenti-henti bercakap, gagap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggagap | tertahan-tahan atau terhenti-henti apabila bercakap (mis m-m-ma-malam utk malam); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertegun-tegun | sebentar-bentar berhenti, terhenti-henti, tertahan-tahan, terputus-putus: ia melangkah, berjalan lambat-lambat disela-sela tempat yg telah diduduki orang, ~ sambil melayangkan mata kian ke mari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tertahan-tahan | tidak lancar (langsung), terhenti-henti, terputus-putus: beliau terus bercerita dgn suara yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suara berputus-putus | suara yg terhenti-henti; diparangnya tombak-tombak itu habis ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melanjut | tidak putus-putus, tidak terhenti-henti (tetap), terus: aku telah merantau sejak masa Jepun ~ ke masa orang putih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melangsung | tidak tersangkut-sangkut atau terhenti-henti (perjalanan dll), terus-menerus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |