Kata |
Takrif |
Sumber |
pilu I | 1. (berasa) sangat terharu, rawan: saya berasa terharu dan ~; 2. (berasa) sangat sedih, hiba: sedih dan ~ hatinya melihat anaknya bersiap-siap hendak membawa untung; memberi ~ hati mengharukan (menyedihkan, merawankan) hati; memilukan 1. mengharukan (merawankan) hati: perasaan yg ~ hatinya itu tetap menggeletarkan suaranya; 2. menyedihkan: yg paling ~ hatiku kini ialah tingkah laku anakku; kepiluan 1. perihal pilu, kesedihan; 2. = kepilu-piluan berasa pilu (hiba, sedih, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terharu | 1 berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2 berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terharu | berasa hiba (kasihan, rawan hati, dsb): ia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terharu | 1. berasa hiba atau sedih; berasa kasihan kerana melihat sesuatu yg tidak menyenangkan: Dia memandang ayahnya yg sedang terbaring itu dgn hati yg amat ~. 2. berasa tidak aman (kacau); terganggu: Fikirannya ~ apabila memikirkan masalah-masalah yg akan timbul nanti. | Kamus Pelajar |
sayu rayu | pilu hati, rawan hati, terharu; 2. = merayu berasa pilu, terharu (sedih, hiba, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rayu I | 1. = sayu ~ pilu hati, rawan hati, terharu; 2. = merayu berasa pilu, terharu (sedih, hiba, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hiba | belas kasihan, terharu, sedih, pilu, sayu: semua orang ~ melihat budak-budak itu menangis memanggil ibunya; berhiba = ~ hati dirundung perasaan hiba: sudah berminggu-minggu dia ~ hati; berhiba-hiba menimbulkan rasa belas kasihan, merawankan hati: ia menjawab dgn suara ~; menghibai menaruh belas kasihan terhadap, mengasihani; menghibakan 1. menimbulkan rasa belas kasihan, menyayukan (menyedihkan, mengharukan) hati: suaranya tenang seolah-olah sudah dapat dilupakannya soal yg ~ hatinya; 2. berasa hiba (terhadap sesuatu): tak perlu dihibakan lagi nasib budak itu, ia telah pun mendapat tempat yg baik; kehibaan; ~ hati perihal hiba, perasaan pilu (terharu): dia tidak dapat menghilangkan ~ hati apabila mengenangkan peristiwa kebakaran rumahnya; penghiba orang yg (mudah) selalu berhiba hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keterharuan | keadaan terharu, kepiluan, kesedihan, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serabut perut | Kl terharu (fikiran), risau, runsing; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merayu | berasa pilu, terharu (sedih, hiba, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
affected | adj 1. emotionally moved, terharu: she was too ~ to speak, dia sungguh terharu sehingga tdk dapat bercakap; 2. adversely acted upon, terjejas: medical supplies were airdropped in the ~ areas, bekalan perubatan digugurkan dr udara ke tempat-tempat yg terjejas; 3. involved, terlibat: only those ~ are required to report to headquarters, mereka yg terlibat sahaja yg perlu melaporkan diri di ibu pejabat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
feel | vi 1. be conscious of a certain physical or emotional sensation, be(rasa): I ~ very cold, saya berasa sangat sejuk; he is ~ing hungry, dia berasa lapar; we felt touched by his kind gesture, kami rasa terharu krn budi baiknya; she felt better after a short rest, dia berasa lebih segar selepas berehat sebentar; 2. give a certain sensation or impression, terasa: the room ~s warm, bilik itu terasa panas; this material ~s soft, kain ini terasa lembut; it ~s good to be home again, terasa seronok apabila pulang semula ke kampung halaman; 3. have sensation of touch, berasa: many people say that fish cannot ~, ramai orang mengatakan ikan tdk dapat berasa; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
feeling type tourist | pelancong mudah terasa | Pelancongan | Tiada | Pelancong yang mempunyai perasaan sensitif terhadap suasana tempat yang dilawati, seperti gembira, sedih atau terharu. |
emotive language | bahasa emotif | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa yang mengandungi unsur-unsur imageri, simbolik makna tersirat dan lain-lain. Bahasa emotif bertujuan untuk menimbulkan kesan atau tindak balas emosi kepada pembaca. Selain menyampaikan sesuatu idea, bahasa emotif juga memperlihatkan seni keindahan dan kehalusan bahasa. Bahasa emotif yang baik mampu menjadikan pembaca berasa terharu, sedih, gembira, takut, resah, bersemangat, dan sebagainya. Umumnya, bahasa emotif menjadi gaya bahasa utama dan penulisan kreatif (puisi, novel) berbanding dengan penulisan yang bersifat denotatif. |
sentimental drama | drama sentimental | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang memberikan fokus kepada nilai-nilai murni sebagai reaksi kepada komedi pemulihan yang dianggap mengutamakan maksiat. Drama sentimental menampilkan watak kelas menengah yang digambarkan mempunyai segala keunggulan. Biasanya watak dalam drama ini harus menempuh pelbagai ujian getir sebelum mencapai kebahagiaan pada akhir cerita, selain membangkitkan rasa terharu dan hiba kepada khalayak. Drama sentimental yang popular dalam kalangan golongan kelas menengah pada kurun ke-18 dirintis oleh Richard Steele dalam The Funeral (1701). Seterusnya drama ini dikembangkan dalam The Conscious Lovers. Contoh lain ditemui dalam karya berjudul False Delicacy Hugh Kelly. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
haru | terharu tahauk. | kedayan | |
Kamus Thai 2.indb แสงไฟ วาวแววในยามค ่ ำคืน Cahaya lampu ber kilauan pada waktu malam. ว ่ าว [wa:w] น layang-layang, wau ว ้ าว ุ ่ น [wa:wun] ก terharu: อรุณว ้ าวุ ่ นกับ คำพูดของหญิงสาวคนนั้ น Arun terharu de ngan kata-kata gadis itu. ว ่ าง ว ้ าวุ ่ น Kamus Thai 2.indb 346 4/15/2008 11:12:27 AM ว 347 วาสนา [wa
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
terharu | [ter.ha.ru] | ترهار |
|
Puisi |
---|
|
Teluk Cempedak airnya biru, Tempat budak bermain air; Hatiku susah sering terharu, Nasi ditelan serasa pasir.
Lihat selanjutnya... |
|