Kata |
Takrif |
Sumber |
tenang /ténang/; menenang ` | memejamkan mata sebelah utk melihat sesuatu tepat-tepat; membidik. | Kamus Pelajar |
di tentang | berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah ..., berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg tergantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tentang | 1. = di tentang berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah ..., berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg tergantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang; 2. lurus di atas, tepat di atas: surat drpd Khadijah, yg mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yg meletus di tentang kepalanya; 3. lebih kurang pd, kira-kira pd (di): maka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya; 4. = tentangan Mn terhadap, berkenaan: mereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan; 5. hal ..., perkara ...: kedua-dua syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah; 6. berkenaan dgn, berkaitan dgn, darihal, mengenai: Datuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yg dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu; 7. akan ..., dlm hal: buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ pen-jelasan isinya; di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi prb orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;setentang berhadapan benar dgn, betul-betul di hadapan (di atas): rumah dia ~ benar dgn rumah saya; bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yg ~ di hadapannya; bertentang 1. berhadapan (dgn), bertemu hadap: dia berdiri tegak ~ dgn muka pintu yg terkatup rapat itu; 2. menghadap (ke), menghala (ke): buat jalan dr bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu; ~ mata a) berhadapan muka, berpandang-pandangan; b) bertemu muka; bertentangan 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, kedudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. berlawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; menentang 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menampik, mendaga, menolak (cadangan dll), menyanggah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperikemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-peraturan bekerja ini akan didera; 6. menghadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angin; jangan ditentang matahari condong prb jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yg berkuasa; menentangi 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh, menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi; menentangkan menghadapkan, membawa ke muka: maka dihunusnya oleh Laksamana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya; mempertentangkan menjadikan bertentangan (berlawanan), menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda; tertentang 1. dapat dilihat (dipandang), terlihat, terpandang; 2. dapat dilawan (disanggah), terlawan; tiada ~ mata a) tidak dilihat (dipan-dang); b) = tidak ~ muka tidak berani ber-hadapan muka; tentangan 1. darihal, tentang; 2. apa yg dipertaruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumahkulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberi-kan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, penampilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;pertentangan 1. perihal bertentang, perlawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; penentangan perihal (tindakan dsb) menen-tang, penolakan, perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~; penentang (orang dll) yg menentang: aku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenang | /ténang/; menenang memejamkan mata sebelah utk melihat sesuatu tepat-tepat; membidik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tenang | (ténang); menenang membidik, memitar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meriak | 1. bergerak-gerak mengombak (air, udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun menerima hukuman itu, ia tenang, setenang air danau yg tidak ~; udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2. ki ada gelagatnya (yg menunjukkan kandungan hatinya): perasaan benci ~ di mukanya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beriak-riak | , meriak 1. bergerak-gerak mengombak (air, udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun menerima hukuman itu, ia tenang, setenang air danau yg tidak ~; udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2. ki ada gelagatnya (yg menunjukkan kandungan hatinya): perasaan benci ~ di mukanya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beriak | , beriak-riak, meriak 1. bergerak-gerak mengombak (air, udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun menerima hukuman itu, ia tenang, setenang air danau yg tidak ~; udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2. ki ada gelagatnya (yg menunjukkan kandungan hatinya): perasaan benci ~ di mukanya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenang-lenang | tenang sekali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tenang-lenang | sangat tenang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
calm | adj 1. still, not windy or stormy, tenang: ~ weather, keadaan cuaca yg tenang; the ~ sea, laut yg tenang; 2. quiet, peaceful, tenang, tenteram: a ~ atmosphere, suasana yg tenang; the town is ~ again after the rioting, bandar itu tenang kembali selepas rusuhan; 3. composed, unagitated, tenang: he was ~ during the entire proceedings, dia tenang sahaja sepanjang perbicaraan itu; to speak in a ~ voice, bercakap dgn suara yg tenang; keep ~, bertenang; remain ~, (terus) bertenang, tenang sahaja; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
even | 8. (of voice) steady and calm, tenang: when she spoke her voice was ~, apabila dia bercakap, suaranya tenang; 9. (of temperament etc) tenang: she has an ~ temper, dia tenang orangnya; 10. (of number) genap; 11. fifty-fifty, lima puluh-lima puluh: she stands an ~ chance of winning the title, peluangnya utk memenangi gelaran itu ialah lima puluh-lima puluh; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
calm | n 1. absence of wind movement, keadaan (yg) tenang: before and after the earthquake there was a ~ in the air, terdapat keadaan tenang sebelum dan selepas gempa bumi itu; 2. peaceful atmosphere or situation, keadaan /tenang, tenteram/: ~ was resumed after several days, keadaan tenang pulih semula selepas beberapa hari; 3. composure, ketenangan: her ~ in the face of danger, ketenangannya ketika menghadapi bahaya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
equable | adj 1. even-tempered, tenang: she replied to the interruption in an ~ voice, dia menjawab celahan itu dgn suara yg tenang; because of his ~ nature, I find it very pleasant to work with him, disebabkan sifatnya yg tenang saya mendapati seronok bekerja dengannya; 2. uniform, setara: an ~ climate, iklim yg setara. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
imperturbable | adj (fml) tenang: he remained ~ during the commotion, dia tetap tenang semasa kejadian haru-biru itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
calm | ~ down, a. (of person) tenang (semula, kembali); b. (of storm, sea, etc) menjadi tenang; c. (imper) bertenang; ~ so. down, /menenangkan, menenteramkan/ sso. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
halcyon | adj 1. calm and peaceful, tenang dan damai: ~ days of summer, hari-hari yg tenang dan damai pd musim panas; 2. happy, carefree, gembira dan menyenangkan: he still recalled the ~ days of his youth, dia masih ingat hari-hari remajanya yg gembira dan menyenangkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
keel | n (of ship, boat) lunas; lay down a ~, mula membina kapal; keep so. on an even ~, membuat sso tenang; on an even ~, (dlm keadaan) tenang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
comfort | vt a. soothe, (act.) menenangkan hati; (pass.) menjadi tenang: she ~ed the weeping child, dia menenangkan hati anak yg sedang menangis itu; he was ~ed by her kind words, dia menjadi tenang oleh kata-kata lembut wanita itu; b. cheer, menghiburkan hati; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impassiveness, impassivity | n (want of feeling or emotion), /wajah, air muka/ [sso] yg tdk /menunjukkan, menampakkan/ /sebarang emosi, perasaan/; (calmness), /wajah, air muka/ yg tenang: behind his ~, he was very nervous, di balik wajahnya yg tenang, dia sangat gemuruh. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
angle of repose | sudut tenang | Sains Marin | Tiada | Sudut cerun maksimum yang dibentuk oleh timbunan bahan peroi yang tidak membolehkan berlakunya gelinciran, gelongsoran atau gulingan. |
romantic | romantik | Kesusasteraan | Puisi | Perihal suasana hati yang tenang dan menyenangkan. Tekanan suara agak tinggi dan diselangi oleh tekanan suara yang rendah dan perlahan. Puisi ini ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata, bukan intelek; cenderung kepada keagungan, perasaan dan kecantikan. Contohnya, puisi "Kekasih" karya Usman Awang. |
postcoital dysphoria | disforia pascapersetubuhan | Perubatan | Psikiatri | Emosi yang tidak tenang selepas bersetubuh. |
slack water | air genang | Sains Marin | Tiada | Keadaan air laut yang tenang apabila tiada atau terdapat hanya sedikit pergerakan semasa pertukaran air pasang surut. |
pastoral | pastoral | Kesusasteraan | Tiada | Puisi yang memerikan keadaan hidup desa yang sederhana, tenang, unggul, nostalgik dan secara tidak langsung mengkritik kehidupan kota. Puisi ini biasanya membawa unsur yang berikut: (a) Dialog atau pertandingan nyanyian antara dua orang gembala kambing. (b) Monolog yang berupa mimpi atau angan-angan gembala kambing. (c) Percintaan desa yang gagal atau berjaya. (d) Ratapan kematian seorang gembala kambing. Pada Zaman Renaissance, pastoral menjadi lebih mantap dengan membawa tema daripada kitab Injil dan kehidupan desa untuk menyampaikan mesej yang serius. Pastoral menggunakan unsur latar dan suasana daripada kedua-dua sumber tersebut untuk tujuan satira. Contohnya, Shepherds Calendar oleh Spenser dan Shepherds Week oleh John Gay. Sesetengah penyair menggunakan pastoral untuk menggambarkan kehidupan yang sederhana, contohnya karya bertajuk Lycidas oleh Milton dan Michael, dan A Pastoral Poem oleh Wordsworth. Pastor berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud gembala kambing. Lihat juga idil. |
balance of the play | keseimbangan drama | Kesusasteraan | Tiada | Momen plot drama yang tenang tanpa sebarang ketegangan. |
amenity | penyelesa | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Persekitaran dan kemudahan petempatan yang boleh menimbulkan keadaan yang selesa, lapang, tenang, dan sebagainya. |
sedative | penenang/sedatif | Herba | Tiada | Herba yang memperlahankan fungsi tubuh. Penenang bertindak pada sistem saraf pusat yang memberikan kesan tenang, santai, mengurangkan kegelisahan, mengantuk, pernafasan perlahan, sebutan tidak jelas, terhuyung-hayang, lemah fikiran dan refleks tidak menentu. Pada dos tinggi, sedatif boleh menyebabkan ketidaksedaran dan kematian. Contoh herba ini ialah lengkuas, kecubung, cabai pintal, komkoma dan bidara/pedara. |
autonomous sensory meridian response (ASMR) | tindak balas deria meridian autonomi | Psikologi | Tiada | Tindak balas yang berlaku apabila seseorang mengalami rasa tenang disebabkan oleh rangsangan audio atau visual. |
poetry | puisi | Kesusasteraan | Tiada | Pengucapan yang imaginatif yang lahir daripada perasaan yang mendalam. Puisi melahirkan secara spontan perasaan yang membuak yang timbul daripada gaya ingatan ketika berada dalam keadaan tenang. Definisi ini diutarakan oleh penyair seperti Wordsworth. Menurut Edwin Arlington Robinson, puisi ialah ungkapan bahasa yang menyampaikan sesuatu mesej melalui reaksi emosi, sesuatu kata-kata yang sukar hendak dinyatakan. Penulisan puisi biasanya menggunakan rima, ritma, matra, baris dan rangkap. Ciri utama bentuk puisi ialah iramanya. Irama dalam puisi biasanya bersifat tersusun dan teratur dan susunan ini memberi variasi kepada keseragaman bunyi apabila puisi itu dibacakan. Dalam penulisan puisi, penyair mempunyai lebih kebebasan dalam membentuk ayat berbanding dalam penulisan prosa. Oleh sebab penulisan puisi agak pendek, maka penulisan puisi memerlukan kepadatan kata-kata bagi menimbulkan kesatuan yang mantap dan berkesan. Bait puisi dihidupkan oleh bahasa yang indah dan imaginatif. Selain itu, bahasa puisi mempunyai nilai konotatif yang tinggi. Contoh puisi Melayu tradisional ialah pantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teromba, teka-teki, mantera, perbilangan, talibun, rubai dan qitah. Contoh puisi Melayu moden ialah sajak. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
renod | tenang | - | - | - | - | - | - | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
muwaih | tenteram; 1 tidak ada rusuhan, kekacauan, aman, tenteram: likou ~ rayet seneng negara tenteram rakyat senang; 2 ki lega tenang: naseng ~ hati tenang; 3 sembuh: ~ kuman payen sembuh drpd demam; | Melanau Mukah | |
tenang | selesa | TETAW | |
tenang | amam [amam] | Melanau Dalat | |
tenang | tanang. | kedayan | |
taneng I | tenang: ~ samalah nyaem lubeang gelaih (kelali) tenang bagai air dlm gelas (kuali); | Melanau Mukah | |
baik II | 1 aman; damai; sejahtera: enti menoa ~ rayat nyamai diau kalau negeri aman rakyat hidup senang: orang ~ orang yg cintakan damai (suka bersahabat); 2 tenang (air): tasik ~ laut yang tenang; | Iban | |
teneng | tenang | TETAW | |
pajak | padam; 1 tidak bernyala, tidak bersinar, tidak hidup api lampu dll, mati: apui dedian bak ~ api lilin hendak padam; 2 tenang semula kemarahan, keinginan, semangat, dll, tidak bergelora lagi: dedem delouyen nda ~ dendam mereka tidak kunjung padam; 3 sudah | Melanau Mukah | |
lingak | teduh, aman; 1 beransur kurang, berhenti (hujan): delouyen peserimoh lubeang dap mengatek ujan ~ mereka bernaung dlm sapar menunggu hujan teduh; 2 ki damai tenteram, tenang: likou ~ rayet seneng pinyeang wakkan negara aman rakyat senang mencari makanan. | Melanau Mukah | |
medok I | reda; 1 hampir berhenti, angin, hujan, dll: nda paut baih yen ujan bungaih puun ~ tidak lama selepas itu hujan, ribut pun reda; 2 semakin kurang kemarahannya, kerusuhan, pana, penyakit, dll: ngak ~ lalaihsiyen sudah reda marahnya; 3 mulai tenang kembali h | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
busai Bj Sm | pengayuh. | Mata busai satu-satu menerjah permukaan air. Laut yang tadinya tenang, kini berkocak. Bunyi batang busai berlaga dengan dinding biduk, kedengaran jelas, mematikan kesepian malam. | Pulut Kuning Daging Rendang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb mankind votes adornment to arrange calm, quiet tomb, grave to decorate barber api membakar terbakar bata sepanar terakhir gula-gula getah alamat manusia, insan, orang undi dandanan, hiasan mengubah, menyusun tenang kubur, makam, pusara hias, menghias tukang gunting )ātash( شتآ )ātash zadan( ندز شتآ )ātash gereftan( نتفرگ شتآ )ājor( رجآ )āchār( راچآ )ākher( رخآ )ādāms( سمادآ )ādres( سردآ )ādam( مدآ )ārāʼ
|
Kamus Sains.indb ke tanah di bahagian bawah cerun dan masuk ke kawasan hadapan sebagai angin kencang. Dinding fohn dan ka - wasan kerpasan menganjur melewati puncak dan melebar merentasi kawasan permukaan yang hampir tenang di lembah atas. (HID) dimorphism (dwimorfisme) Kewujudan dua bentuk yang nyata. Contohnya, hidroid dan medusoid pada Obelia. (BIO) dinitrogen tetroxide (dinitrogen tetroksida) Formula N 2 O 4 . Cecair berwarna kuning KIM) quintessence (kuintesens) 1. Ekstrak berkepekatan tinggi bagi sebarang zat. 2. Tinktur, ekstrak atau inti pati yang mengandungi komponen paling utama bagi bahan tumbuh-tumbuhan. (FAR) quiscent (kuisen) Keadaan diam, tenang, aman atau tidak aktif. (UBAT) QWERTY keyboard (papan kekunci QWERTY) Papan kekunci dengan bentangan kekunci piawai yang meletakkan huruf Q, W, E, R, T, Y di baris kiri atas papan
|
Kamus Thai 2.indb kurang bernasib baik. สงฆ ์ [so] น sami: สงฆ ์ เป็นสถาบันทาง สังคมที่ สำคัญอย ่ างหนึ่ งของสังคมไทย Sami merupakan salah satu institusi sosial yang penting dalam masyarakat Thai. สงบ [saop] ว tenang, aman, tente ram: สังคมชนบทมักจะสงบกว ่ าสังคมเมือง Kehidupan masyarakat desa selalunya lebih tenang daripada masyarakat bandar. สงบเสงี ่ ยม [-sai am] ว tertib: เด็กคน นั้ นนั่ งอย ่ างสงบเสงี่ ยมต ่ อหน ้ าผู ้ ใหญ ่ Budak itu duduk dengan tertib
|
Kamus Thai 2.indb yang tidak memiliki tanah di daerah Waeng. นิคมอุตสาหกรรม [-uttasa:hakam] น kawasan perindustrian นิ่ ง [ni ] ว 1 (คน ส ั ตว ์ ) diam 2 (น ้ ำ) tenang นิด [nit] ว sedikit นิดหน ่ อย [-n:y] ว sedikit sahaja นิตยสาร [nittayasa:n] น majalah นิติกร [ni tik:n] น pegawai undang- undang นิกาย นิติกร Kamus Thai |
Kamus Thai 2.indb กระพือข ่ าว [-ka:w] ก menyebarkan berita กระเพาะ [krap] น perut กระเพื่อม [krapam] ก beriak: น ้ ำ ในคลองน ั ้ นสงบนิ่ งไม ่ กระเพื่ อมเลย Air sungai itu tenang tidak beriak sedikit pun. กระมัง [krama] ว barangkali, agak nya: เขาป ่ วยกระม ั งว ั นนี้ เขาจึงไม ่ มาโรงเรียน Barangkali dia sakit, sebab itulah dia tidak datang ke sekolah
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tenang (bidik) | [té.nang] | تنڠ |
tenang (teduh) | [te.nang] | تنڠ |
bertenang-tenang | [ber.te.nang.te.nang] | برتنڠ - تنڠ |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
tenang | calm , quiet | آرام | ārām |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata tenang. |
|
Puisi |
---|
|
Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke hulu; Hati terkenang mulut menyebut, Orang benci kita tak tahu.
Lihat selanjutnya... |
|