Kata |
Takrif |
Sumber |
telapak | , = telapakan tapak kaki atau tapak tangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telapak | telapakan 1. tapak kaki, tapak tangan: dia meletakkan wang itu ke ~ tangannya; sujud di bawah ~ sujud di bawah kaki (baginda); di bawah telapakan (orang) diperbudak-budakkan orang; duli telapakan ke bawah duli (paduka); telapakan kaki a) tapak kaki; b) anak tangga yg di bawah sekali; 2. Id lapisan yg tebal pd tayar basikal (kereta dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telapak, = telapakan | tapak kaki atau tapak tangan. | Kamus Pelajar |
komputer telapak | komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
komputer telapak | komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
iftirasy | Ar duduk (dlm solat) dgn telapak kaki kiri dijadikan alas utk duduk sementara telapak kaki kanan ditegakkan dgn jari-jari kaki kanan menghadap kiblat (ketika duduk antara dua sujud dan duduk membaca tahiyat awal). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
duduk iftirasy | Ar duduk (dlm solat) dgn telapak kaki kiri dijadikan alas utk duduk sementara telapak kaki kanan ditegakkan dgn jari-jari kaki kanan menghadap kiblat (ketika duduk antara dua sujud dan duduk membaca tahiyat awal). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepuk tangan | tamparan kedua-dua belah telapak tangan hingga berbunyi; bertepuk tangan mengadakan bunyi dgn menamparkan kedua-dua telapak tangan (tanda gembira, bersetuju, dll): kanak-kanak boleh disuruh ~ atau menghentakkan kaki mengikut rentak lagu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tapak I | 1. bidang kaki (kasut, tangan) sebelah bawah, telapak; 2. = ~ kaki bekas kaki, jejak kaki; 3. langkah: belum lagi beberapa ~ kami berjalan aku nampak cahaya lampu suluh dr belakang; 4. bahagian sebelah bawah dr sesuatu, dasar: ~ piramid; 5. ki asas (dasar atau tempat) melakukan atau memulakan sesuatu;~ ani bahagian alat tenun yg dihubungkan oleh belebas; ~ bangunan tanah tempat membina bangunan; ~ besi ladam pd kuku kuda (kasut dll); ~ binaan tempat akan didirikan bangunan dsb; ~ cangkir alas cangkir; ~ catur petak-petak pd papan catur; ~ cindai corak selirat yg cerah (pd kain); ~ itik Kd roda besi pd traktor membajak sawah yg menghasilkan corak spt tapak itik apabila digunakan utk membajak sawah; ~ jalak tanda palang yg hujungnya bercabang; ~ kadam bekas pijakan kaki; ~ kaki a) telapak kaki; b) bekas pijakan kaki; ~ kasut alas kasut; ~ kedidi sj corak membubuh papan utk dinding rumah; ~ kek bangku tempat duduk (pd alat tenun): ~ kuku telapak kaki kuda; ~ lawang cembul pd buah manggis; ~ rata Id telapak kaki yg tidak lekuk-lekuk; ~ rumah tanah tempat mendirikan rumah; ~ semaian tempat menyemai benih atau menanam anak pokok; ~ sulaiman gambar bintang yg bersegi enam; ~ tangan a) telapak tangan; b) Id tandatangan; ~ tukul kesan melakukan sesuatu; tengah ~ bayang tengah hari benar (ketika matahari tepat di atas kepala); tiga ~ bayang-bayang waktu ketika bayang-bayang tiga telapak tangan panjangnya;cium ~ tangan, berbaukah atau tidak prb lihat diri sendiri, terlebih dahulu sebelum mencela orang lain; kecil ~ tangan nyiru saya tadahkan prb menyatakan sangat berterima kasih atas nasihat atau pertolongan orang;setapak 1. sebesar tapak tangan; 2. sepanjang tapak kaki: alamat akan jauh lakinya yg selama ini belum pernah bercerai dgn dia barang ~ jua; 3. ki selangkah: ~ demi ~ dia undur; ~ jangan lalu, ~ jangan surut prb tetap pendiriannya, tidak berkocak hati atau iman ketika menghadapi sesuatu kejadian;tapak-tapak sj lapik (alas kaki), sandal, selipar, capal;bertapak 1. mempunyai tapak, ada tapaknya: kon yg ~ bulat; 2. berjejak, berpijak, melangkah: seolah-olah kakinya tidak ~; ~ maju melangkah maju; 3. mendapat tempat utk melakukan sesuatu dll: Datuk Bendahara tidak suka Kompeni ~ di negeri kita; 4. bermula (melangkah dsb) drpd sesuatu pangkalan (dasar, asas, dsb), menjadikan sesuatu asas (dasar dsb) utk melakukan sesuatu (kegiatan, usaha, dsb); 5. = bertapakkan mendapatkan sokongan dr: pemerintahan yg ~ kehendak rakyat; 6. Ml teguh dan kuat kedudukannya (kaya, bangsawan, dll): Kamal dan keluarganya itu orang ~; menapak 1. memijakkan kaki pd, mengenakan kaki pd: kakinya ~ tanah; 2. mengukur dgn tapak (kaki atau tangan); 3. melangkah: dgn langkah yg tidak bermaya ia pun ~lah ke kamar datuk; 4. mengikut jejak (binatang dll); 5. berjalan kaki: dia terpaksa ~ ke surau kerana basikalnya rosak; menapaki menyelidiki, mengusuti; ketapakan = ~ balai = tapakan sl tempat kehormatan di balai penghadapan: bentara seramai empat puluh orang berdiri di ~ balai di saat orang menghadap dan menjunjung duli; pertapakan 1. pelan yg menunjukkan susunan bahagian-bahagian drpd sesuatu; 2. asas kedudukan, tempat bertapak (utk melakukan sesuatu dsb): sementara itu kaum bukan Melayu masing-masing pula amat kukuh ~ masing-masing dlm ekonomi pasaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sujud di bawah telapak | sujud di bawah kaki (baginda); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
antiperspirant | antipeluh | Herba | Pemiawaian | Sifat agen yang dapat mencegah atau membantu mengawal pengeluaran peluh yang berlebihan di permukaan kulit badan terutamanya telapak tangan, kaki serta ketiak yang mengakibatkan ketakselesaan. Contohnya, ekstrak daun sirih (Piper betle) yang bersifat antipeluh. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
mangan anjung-anjung | makan dengan cara memegang pinggan di telapak tangan (luar rumah) dipercayai keteguran oleh makhluk halus | - | - | - | - | - | Pantang Larang | Bajau |
mangan ngangkat sa'an | makan dengan cara mengangkat pinggan di telapak tangan dipercayai isteri akan curang (bagi lelaki) atau sebaliknya | - | - | - | - | - | Pantang Larang | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tap | telapak: ~ buduok, ~ dibak telapak kaki; ~ nyagem, ~ bau telapak tangan; | Melanau Mukah | |
telapak | bak ibuh [ba ibuh] | Melanau Dalat | |
telapak | tampak. | kedayan | |
teb agem | telapak | TETAW | |
dukan I | tapak; 1 bidang kaki, kasut, tangan, sebelah bawah, telapak: ~ kasut tapak kasut; 2 bahagian sebelah bawah dr sst dasar: ~ piramid tapak piramid; 3 ki asas, dasar atau tempat melakukan atau memulakan sst; ~ lebok tapak rumah atau bangunan; ~ sakir alas ca | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
tungkawir Kd | sejenis alat muzik tradisional yang mempunyai kaitan dengan adat resam memburu binatang pada zaman dahulu. Ia diperbuat daripada satu ruas buluh yang dipotong dibelah/potong sehingga pertengahannya. Cara membunyikannya ialah dengan menepuk pada tangan. | Oleh itu, jika ia terdengar bunyi ini, ia harus mengambil Tungkawir dan memukulnya pada telapak tangan. Bunyi Tungkawir akan melawan bunyi serangga tadi dipercayai ini akan menolak bala yang bakal menimpa pemburu tersebut. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb infeksi cacing kait) Infeksi oleh kedua-dua spesies cacing kait manusia, iaitu Necator americanus dan Ancylostoma duodenale, akibat penembusan kulit oleh larva infektif cacing ini. Infeksi ini menyebabkan kegatalan pada telapak kaki yang dikenali sebagai gatal tanah. Infeksi ringan di usus kecil biasanya tidak menimbulkan gejala tetapi infeksi berat boleh mengakibatkan anemia. Sinonim ancylostomiasis. (UBAT) Hopeʼs apparatus (radas Hope) Radas yang
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
telapak | [te.la.pa/] | تلاڤق |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata telapak |
|
|