Kata |
Takrif |
Sumber |
tamsil | contoh atau ajaran yg terkandung dlm sesebuah cerita dll; ibarat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tamsil | contoh atau ajaran yg terkandung dlm sesebuah cerita dll; ibarat. | Kamus Pelajar |
tamsil | 1. persamaan sbg umpama (misal), misalan, contoh: satu ~ lagi, adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm sesuatu cerita, ibarat: terkadang-kadang ia menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yg mengandungi ~ dan ibarat; bertamsil menggunakan tamsil (contoh); mentamsilkan menggambarkan sesuatu (sbg contoh), mengibaratkan, mengumpamakan; tamsilan contoh, ibarat, persamaan, perumpamaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertamsil | menggunakan tamsil (contoh); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rupa | 1. perihal sesuatu benda yg kelihatan dr luar, sifat sesuatu pd lahirnya: kepala binatang itu ~nya spt kuda; tidak memandang ~ tidak mempedulikan keadaan dr luar, tidak mengendahkan; ~ bentuk rupa dan bentuk (sifat dan keadaan) sesuatu (benda); 2. = ~ muka rautan muka, paras muka, roman muka, tampang muka: perempuan yg elok ~nya; ada ~ cantik; 3. apa yg tampak (kelihatan), wujud: tamsil spt matahari dgn cahaya dgn panas, namanya tiga, ~nya tiga, hakikatnya satu juga; 4. bangun, bentuk, tokoh: menara itu ~nya spt roket; dapatlah kuturut ~ huruf sedikit-sedikit tetapi dgn kasarnya; 5. bagai, jenis, macam: siap sedia segala ~ juadah utk hari raya; mengapa gerangannya hal ini demikian ~;~ bangsa a) kerakyatan, kewarganegaraan; b) sifat-sifat (cara hidup dll) bangsa; ~ bumi lukisan atau gambaran bentuk muka bumi pd peta, topografi; ~ taip muka taip; ~ boleh diubah, tabiat dibawa mati prb terlalu susah hendak mengubah tabiat; ~ harimau hati tikus prb nampaknya gagah berani tetapi sebenarnya penakut; bagai ~ orang terkena beragih prb muka masam kerana rugi dll (ketika berbagi barang-barang syarikat); indah khabar dr ~ prb khabar selalunya lebih baik drpd keadaan sebenarnya; rupanya 1. rupa; 2. nampaknya, (kalau) mengamat-amati keadaannya (bentuknya, kelakuannya, dll): ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu; ~ Marsdenlah orang yg mula-mula sekali menggunakan perkataan utas dlm kamusnya; 3. agaknya, kiranya, barangkali, gerangan, konon: siapa pula ~ yg suka mencoret-coret dinding ini? 4. kiranya, alih-alih, sebenarnya, sebetulnya: kusangka ia sedang membaca dlm bilik, ~ tidur; spt dicanai ~ prb perihal keelokan sesuatu benda; serupa 1. satu rupa (jenis, keadaan, macam, dll): Viva dan Opel Kadet ~ sahaja; 2. sama rupanya (bangunannya, bentuknya, warnanya), semacam, seragam: pelanduk dua ~; pakaian ~ pakaian seragam; 3. tidak berbeza, sama (dgn), bersamaan (dgn), sama sahaja: kamu akan mendapat jawaban yg hampir ~ dgn apa yg ditunjukkan; dewan kedua ialah Dewan Rakyat dan ini adalah ~ dgn House of Commons; 4. sebagai, selaku, seperti: langkahnya ~ orang besar; 5. (Mat) sama bangunnya (bentuknya), sebangun: rajah segi tiga ~ ABC dan XYZ; berserupa sama rupanya, bersamaan; menyerupa Mn berlagak atau berlaku spt, merupakan diri spt, menyamar (menyaru) spt; menyerupai 1. serupa dgn, mirip dgn, hampir menyamai, mengarah-arahi: hulunya diperbuat drpd kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol; 2. sama dgn, menyamai: Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yg baharu; sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika; 3. Jk meniru(-niru), menyama-nyamai: lakunya ~ orang tuanya; menyerupakan 1. menjadikan serupa (dgn), menyamakan (rupanya, aturannya, dll): sistem dan kadar kutipan zakat itu haruslah diserupakan; 2. mengatakan sama (dgn), menganggap sama (dgn), memisahkan sama (dgn): ia diserupakan dgn kanak-kanak sekolah menengah sahaja; keserupaan kesamaan rupa: sebutan dua ~ dlm cara pembiakan ayam dan katak; perserupaan persamaan rupa, persesuaian, persetujuan; rupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam (rupa, bentuk): dikumpulnya ~ barang lama; rupa-rupanya 1. agaknya, barangkali, kalau-kalau, kiranya: ~ rundingan damai di Paris itu tidak sampai ke mana; 2. sebaliknya, melainkan: yg disangkanya boleh mendatangkan keberuntungan ini ~ tidak demikian jadinya; berupa 1. ada rupanya yg boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud: roh ialah suatu kejadian Allah yg tidak ~; 2. rupanya, bentuknya (bangunnya) sbg: lambang negaranya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas; 3. terjadi drpd, terdiri drpd: memberi bantuan yg ~ mata benda; 4. elok rupanya, cantik: bakal isterinya itu hendaklah orang yg berbangsa dan ~; 5. dlm keadaan (bentuk): undang-undang yg diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yg mengandungi dasar undang-undang yg kasar sahaja; 6. berkelakuan, berperangai: orang yg sistem sarafnya terganggu itu ~ spt orang mabuk; berupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam, berjenis-jenis; merupa 1. menjadi ada, berwujud, memperlihatkan diri (hantu, jin, roh, dll); 2. nampak membayang (dlm mimpi, angan-angan, dll); merupai menyerupai (mengarah-arahi, mirip dgn): rajah itu tidak ~ bulatan tetapi lebih mendekati segi empat bujur; merupakan 1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; terupa boleh dirupakan (diwujudkan, diangan-angankan): ~ di hadapannya wajah anaknya yg nakal itu; tidak ~ oleh akal tidak masuk akal; rupa-rupaan sl ark rupa-rupa, berbagai-bagai (rupa). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
tamsil | tamsil; ibarat | tamsil | tamsil | Kesusasteraan |
column analogy method | metode analogi kolom | kaedah tamsil tiang | kaedah tamsil tiang | Kejuruteraan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
tamsil | tamsil | Kesusasteraan | Tiada | Misalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat, kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kam |
thamsil | tamsil | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
personal analogy | tamsil peribadi | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
Reynold analogy | tamsil Reynold | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
purable analog | tamsil | Sejarah | Tiada | Tiada |
sand heap analogy | tamsil timbunan pasir | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
soap film analogy | tamsil saput sabun | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
simile | kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Tamsil atau kiasan yang membandingkan dua objek yang mempuyai sifat dan nilai yang sama, misalnya 'merdu bagai buluh perindu', 'garang seperti harimau' dan sebagainya. |
nonnarrative folksongs | nyanyian rakyat tankisahan | Kesusasteraan | Tiada | Nyanyian rakyat yang dikisahkan melalui puisi. Contoh: Syair Bidasari. I Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat; Di karang fakir dijadikan hikayat , Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri, Sultan halifah akas bestari ; Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkara ; Sangat tiada merasai susah , Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri; Beberapa bulan beberapa hari, Halamilah puteri permaisuri. [hlm. 1 - 4] |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
tamsil | [tam.sil]/[tam.thil] | تمثيل |
|
|