Kata |
Takrif |
Sumber |
dokumen | /dokumén/ keterangan (bukti) yg bertulis atau bercetak; surat (surat beranak, surat nikah dll) yg dpt dijadikan keterangan atau bukti. mendokumenkan mencatat atau merekodkan sesuatu sbg dokumen: Akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu. pendokumenan perbuatan atau hal mendokumenkan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
surat I | 1. kertas yg ditulis, segala sesuatu yg tertulis (tercetak dll): maka dikeluarkannya dua gulung ~; juru~ orang yg menulis surat (penulis); 2. = ~ kiriman kertas yg ditulis (mengandungi khabar dll) dan dikirim kpd orang lain: dia baru menerima ~ drpd ayahnya; peti ~ peti (di tepi jalan, di pejabat pos) tempat mengepos surat; sampul ~ = sarung ~ selongsong drpd kertas (tempat memasukkan surat yg hendak dikirim); tukang ~ Id tukang pos; 3. sesuatu yg ditulis, tulisan: dlm zaman itu, belumlah ada seorang pun yg terlebih pandai bahasa dan ~ Cina daripadanya; ~ akuan surat yg ditulis utk memperakukan sesuatu (spt barang jualan, kelayakan seseorang, dsb); ~ anggota Id surat tanda ahli sesuatu pertubuhan dll; ~ angkatan Id surat rasmi utk menjabat sesuatu jawatan; ~ anonim surat yg tidak diketahui penulisnya; ~ azimat kertas yg bertulis dgn ayat tertentu sbg tangkal dll; ~ bahari ark surat yg mengesahkan penerimaan, resit; ~ beranak = ~ jadi = ~ lahir surat keterangan mengenai kelahiran dll; ~ berdaftar surat kiriman yg didaftarkan di pejabat pos (supaya tidak hilang); ~ berhenti a) surat pengesahan berhenti (dr sekolah) yg diberi oleh guru besar; b) surat memohon berhenti drpd jawatan; c) surat dipecat drpd jawatan; ~ belasungkawa surat utk menyatakan turut berdukacita; ~ buta = ~ gelap = ~ kaling = ~ mentega surat yg tidak diketahui penulisnya (khas utk mengkritik dll); ~ cap surat yg rasmi; ~ cara dokumen undang-undang spt geran, kontrak, dsb; ~ cepat Id surat (penting) yg mesti disampaikan lekas-lekas; ~ cerai = ~ talak surat yg menyatakan bahawa si isteri telah diceraikan oleh suaminya; ~ dakwa surat yg mengandungi tuduhan yg dibacakan di hadapan hakim; ~ daftar senarai; ~ dinas Id = ~ jawatan surat urusan kerajaan (tidak dikenakan bayaran pos); ~ doktor surat pengesahan drpd doktor (menyatakan seseorang itu uzur dan tidak dapat bekerja); ~ edaran = ~ keliling = ~ pekeliling surat yg diedarkan (utk pengetahuan umum); ~ gadai a) surat tanda meminjam wang dgn menggadaikan barang; b) Id surat penetapan cukai; c) Id surat izin (senjata api dll); ~ hasrat (Eko) surat yg menyatakan keinginan seseorang atau sesuatu pihak utk melaksanakan kontrak, projek dsb; ~ hutang surat pengakuan telah meminjam wang drpd orang; ~ ikatan (Eko) dokumen yg sah bagi perjanjian atau persetujuan antara pihak yg terlibat; ~ insurans surat perjanjian mengenai insurans, polisi; ~ iringan surat penjelasan yg dihantar bersama-sama dgn dokumen, barang dsb; ~ isian Id surat yg harus diisi, borang; ~ izin = ~ kebenaran surat yg menyatakan bahawa pemegangnya diberi izin atau kebenaran utk melakukan (memiliki) sesuatu; ~ jaminan surat utk menjamin sesuatu (kelakuan baik orang dll); ~ jemputan = ~ undangan surat utk menjemput orang datang (ke majlis perkahwinan dll); ~ kahwin = ~ nikah surat pengesahan perkahwinan; ~ kawat telegram; ~ keberatan Id surat yg menyatakan berkeberatan; ~ kenalan surat utk memperkenalkan seseorang dll; ~ kepercayaan Id surat yg menyatakan bahawa pemegang surat itu telah dilantik menjadi wakil dll; ~ keterangan surat yg memberi keterangan bkn sesuatu; ~ kiriman surat yg dikirimkan dgn pos; ~ kredit (Eko) dokumen drpd sebuah bank kpd bank lain yg membenarkan pembayaran dibuat kpd penamanya apabila syarat telah dipenuhi, biasanya diperlukan oleh pengeksport sbg bukti kemampuan pengimport membayar beliannya; ~ kuasa surat yg memberi kuasa kpd orang tertentu utk mengurus sesuatu; ~ layang = ~ terbang surat yg tidak diketahui penulisnya (biasanya surat yg mengecam, menyebarkan berita buruk atau berita palsu, dll); ~ lepas a) surat cerai; b) surat yg menyatakan sudah diberhentikan drpd jawatan; ~ mati surat keterangan tentang kematian; ~ nujum surat yg mengandungi hal bintang raksi (bintang dua belas); ~ paksa Id surat amaran yg diberikan kpd orang yg tidak membayar cukai; ~ partikelir Id surat yg bukan surat urusan kerajaan (bukan surat jawatan); ~ pas surat yg mengizinkan pembawanya lalu (membawa sesuatu dll); ~ pelekat surat iklan dll yg ditampalkan di manamana; ~ pemberitahuan surat utk memberitahukan sesuatu kpd orang; ~ pemilih = ~ suara Id surat utk memilih (wakil rakyat dll); ~ pengantar Id surat yg dikirim bersama barang yg dihantar; ~ perintah = ~ tugas Id surat yg menerangkan bahawa pembawanya ditugaskan (diperintahkan) utk melakukan sesuatu; ~ perjanjian surat yg menyatakan perjanjian yg telah dibuat; ~ permintaan = ~ permohonan a) surat utk meminta sesuatu drpd pembesar dll; b) surat utk melamar pekerjaan; ~ pujian = ~ puji-pujian a) surat yg menyatakan kebaikan sesuatu; b) surat yg mengandungi puji-pujian terhadap jasa orang dll; ~ rantai = ~ berantai surat yg dikirimkan kpd orang dan mesti disalin dan dikirimkan pula kpd orang lain; ~ rayuan surat yg mengandungi rayuan (supaya diringankan hukuman, diperkenankan permohonan, dll) kpd pembesar-pembesar dll; ~ salinan surat yg disalin dr surat asal; ~ saman = ~ sita surat yg mewajibkan orang hadir di muka hakim (di mahkamah); ~ sebaran = ~ selebaran surat yg dibahagi-bahagikan kpd orang ramai (mengandungi pengumuman utk orang ramai dll); ~ segel Id surat yg bercap (utk perjanjian dll); ~ sembah sl surat tanda tunduk (kpd raja lain); ~ sumpah a) surat pengganti surat beranak yg hilang (dikeluarkan oleh kerajaan); b) surat ikrar atau janji yg teguh; ~ syer surat yg menandakan seseorang memiliki syer (dlm sesuatu syarikat perdagangan dll); ~ tanda surat bukti atau pengakuan (resit, sijil, dll); ~ tempelan Id surat pelekat; ~ terbuka a) surat yg tidak dimasukkan ke dlm sampul surat; b) surat kpd orang tertentu yg disiarkan di dlm akhbar dll (sbg menyatakan bantahan dll); ~ tercatat = ~ terdaftar Id surat berdaftar; ~ titah surat yg mengandungi titah raja; ~ tuduhan surat yg mengandungi tuduhan; ~ tukar nama surat yg mengesahkan pertukaran milik (tanah, syer, dll); ~ ugutan surat yg mengugut atau mengancam; ~ ukur Id surat yg mengandungi pelan tanah serta pelan rumahnya sekali; ~ uleman Id surat jemputan; ~ undi (undian) a) surat yg berisi nombor utk mengundi; b) tiket loteri; ~ wakil surat yg membenarkan pembawanya bertindak sbg ganti orang yg mengeluarkan surat itu; ~ wasiat surat yg mengandungi pesanan orang yg meninggal; ~ atas batu prb sesuatu adat yg terus dipakai selama-lamanya; bersurat 1. memakai surat; para jemputan yg tidak ~ para jemputan yg dijemput dgn mulut (tidak dgn surat); 2. ditulis, bertulis; batu ~ prasasti; menyurat 1. membuat surat: ia pun mengambil upah ~; 2. menulis: kerjanya ~; sebagai ~ di atas air prb pekerjaan yg sia-sia; surat-menyurat 1. saling berkirim surat, berkirim-kiriman surat: selepas banyak ~ antara London, Calcutta dan Singapura, Tengku Ali pun diberi wang sara; 2. perihal tulis-menulis surat, karang-mengarang surat; kerani ~ kerani yg mengurus hal surat (di pejabat dll); menyurati 1. menulis pd, menulisi; 2. menulis (mengirim) surat kpd; menyuratkan 1. menulis utk: suratkan hamba cerita ini; 2. menulis sesuatu pd: dirham itu disuratkan nama Raja Iskandar; 3. menulis, mencatatkan: dan hutang hamba suratkan saja dahulu, nanti diselesaikan semuanya; tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat: pembaca tidak tahu akan maksud yg ~ itu; 2. telah ditakdirkan: kalau gerak takdir telah ~, entah hilang anakanda di laut lepas; suratan 1. sesuatu yg disurat, tulisan: apabila aku lihat akan ~ kitab itu, hairan besarlah aku, sebab belum pernah aku melihat surat Melayu yg dibubuh cap; 2. = ~ takdir sesuatu yg telah ditetapkan oleh Tuhan, nasib, takdir, untung malang: ia datang ke mari bukan kerana hatinya, tetapi kerana nasibnya dan ~; ~ tangan a) garis-garis (retak) pd tapak tangan; b) suratan takdir; persuratan perihal tulis-menulis, kepustakaan, kesusasteraan, perpustakaan: cerita Siti Zubaidah dan Perang China ini telah lama tersiar di dlm ~ Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
fail | 1 tempat menyimpan surat-surat dll secara tersusun (biasanya dibuat drpd kertas tebal): Mana ~ ttg tuntutan kerja lembur itu? 2 sekumpulan data atau maklumat yg disimpan dlm komputer, yg berkaitan dan mempunyai nama atau rujukan tertentu, dan dianggap sbg satu unit. ~ aktif ist a. fail komputer yg sedang digunakan. b. fail komputer yg sering dirujuk. ~ sandar ist salinan fail (komputer) yg boleh digunakan utk menggantikan fail utama yg rosak, hilang atau terpadam. memfailkan 1 memasukkan (surat-surat dll) ke dlm fail; menyimpan di dlm fail: Kerani itu ~ semua surat yg diterimanya. 2 mengemukakan permohonan, dakwaan dsb secara rasmi utk direkodkan oleh pihak berkuasa tertentu: Dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu. pemfailan perbuatan atau proses memfailkan sesuatu: Sistem ~ di pejabatnya cukup teratur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kenalan | orang yg sudah dikenali, sahabat: Yusuf banyak ~nya di kota Betawi; surat ~ = surat perkenalan surat utk memperkenalkan diri seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selebaran | ; surat ~ surat yg diberikan kpd orang banyak, surat sebaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaleng | (kaléng) 1. besi tipis yg berlapis timah, tin: ~ sering digunakan utk membuat cerek dsb; surat ~ surat terbang (surat buta); 2. bekas berbentuk silinder, dibuat drpd tin utk mengisi cecair dsb, tin: makanan dlm ~; kalengan, kaleng-kalengan; makanan ~ makanan yg diawetkan dlm kaleng, makanan dlm tin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memfailkan | 1 memasukkan (surat-surat dll) ke dlm fail; menyimpan di dlm fail: Kerani itu ~ semua surat yg diterimanya. 2 mengemukakan permohonan, dakwaan dsb secara rasmi utk direkodkan oleh pihak berkuasa tertentu: Dia sudah ~ saman ganti rugi terhadap syarikat itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sertipikat | (sértipikat) IB surat keterangan, surat tanda, surat akuan; ~ doktor surat akuan drpd doktor. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sebaran | (sesuatu) yg disebarkan, tebaran (cahaya dll); surat ~ surat yg dibahagi-bahagi-kan kpd orang ramai; ~ am media massa (spt surat khabar, radio, televisyen, dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layang I | terbang; baju (kain) ~ sl baju (kain) yg membolehkan orang terbang; surat ~ surat yg tidak dibubuh nama pengirimnya, surat terbang; selayang sambil lalu (pandangan, perhatian, dll), selintas, sepintas: ~ pandang (lalu); layang-layang 1. = layangan Jk sj rangka drpd kayu dan dibaluti kertas yg boleh diterbangkan ke udara dgn tali, wau; 2. bahagian rumah antara bumbung dgn dinding yg berbentuk segi tiga; ~ putus talinya prb sudah putus harapan (bergantung pd nasib); ke mana hendak pergi ~ itu, talinya di tangan kita prb orang yg lemah itu tidak akan lepas drpd hukuman orang yg berkuasa (orang yg berhutang itu tidak akan lari kalau jaminan ada pd kita); macam memegang tali ~ prb perihal orang yg berkuasa ke atas orang lain; berlayangan berterbangan (spt bulu ditiup angin); melayang, berlayang ark 1. terbang dgn tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak tenggelam dan tidak timbul (dlm air); 3. ki hilang (nyawa dll), lenyap, tidak tenang (fikiran): ~ fikiran; ~ nyawa (jiwa) mati; melayangkan 1. membuat supaya terbang atau melayang, menerbangkan: yg bulat digolekkan, yg pipih dilayangkan; 2. mengarahkan (pandangan dll), menghalakan, mengirimkan (surat dll): sesudah bersalam-salaman, Rosli ~ matanya ke kiri dan ke kanan; ~ surat mengirimkan surat; terlayang, terlayang-layang 1. dlm keadaan melayang(-layang), berterbangan: tiap-tiap biji spora itu akan terlayang-layang di udara sehingga jatuh di suatu tempat lalu bercambah; 2. = mata(nya) ~ tertidur, terlena: sudah berkokok ayam tanda hari akan siang, barulah matanya terlayang-layang hendak tidur; pelayangan ark baju (kain) layang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
irate | adj berang: an ~ woman approached the instructor, seorang wanita yg berang menghampiri pengajar tersebut; ~ letters from viewers, surat-surat berang drpd para penonton. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
expeditious | adj (fml) cepat dan cekap: he is always ~ in answering his correspondence, dia selalu cepat dan cekap dlm menjawab surat-surat yg diterimanya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
forward | vt 1. send (letter etc) to a new address, /menghantar(kan), mengirim(kan)/ (semula): please ~ my mail to my new address, tolong hantarkan semula surat-surat saya ke alamat baru; 2. dispatch, menghantar(kan), mengirim(kan): the goods will be ~ed soon, barang-barang itu akan dihantar tdk lama lagi; 3. further, advance, memajukan: he did all he could to ~ his own interests, dia melakukan apa saja yg boleh utk memajukan kepentingannya sendiri. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
direct | vt 1. (fml) address, mengalamatkan; 2. send (letter, parcel, etc) menghantar, mengirim: please ~ my mail to the office, tolong hantar surat-surat saya ke pejabat; 3. point out the way, menunjukkan jalan kpd: he must ~ us to the airport, dia mesti menunjukkan jalan ke lapangan terbang kpd kita; 4. cause to turn, menghalakan, mengarahkan: the telescope was ~ed towards a certain point, teropong itu dihalakan ke suatu tempat yg tertentu; they were requested to ~ their attention to more pressing issues, mereka diminta mengarahkan perhatian pd isu-isu yg lebih mendesak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
in | prep 1. (indic position, location) a. inside, within, i. (enclosed space), (di) dalam; I kept the letters ~ the drawer, saya menyimpan surat-surat itu di dalam laci; hes waiting ~ the car, dia sedang menunggu dalam kereta; these weeds grow ~ water, rumpai ini hidup dalam air; ii. (place connected with particular activity) di; (if such a place is small), (di) dalam: I met him ~ a shop, saya bertemu dengannya di kedai; my sister works ~ a bank, kakak saya bekerja di bank; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bundle | n 1. group of things bound together, ikat, berkas: ~s of newspapers, berikat-ikat surat khabar; a ~ of sticks, seikat kayu: in ~s of, dlm /ikatan, berkas/: the letters were tied up in ~s of 50, surat-surat itu diikat dlm berkas lima puluh lima puluh; 2. things wrapped together, bungkus: a ~ of dirty clothes, sebungkus pakaian kotor; 3. (sl) large sum of money, wang (yg) berkoyan-koyan; 4. (biol) berkas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
answer | vt 1. reply, menjawab; (by letter) menjawab, membalas: he ~ed every question, dia menjawab setiap soalan; have you ~ed the invitation?, sudahkah kamu menjawab undangan itu?; letters to be ~ed, surat-surat yg perlu dibalas; 2. react, respond to, a. (by doing st in return for) membalas: he ~ed blows with blows, dia membalas pukulan dgn pukulan; the signal was not ~ed, isyarat itu tdk dibalas; b. (by obeying, succumbing) mengikut: the listing ship would not ~ the helm, kapal yg senget itu tdk mahu mengikut kemudinya; the horse ~ed the spur, kuda itu mengikut apabila dipacu; c. (by fulfilling a need, request, etc) menyambut: many people ~ed the appeal for donations, banyak orang yg menyambut rayuan meminta derma itu; d. (by acknowledging os name) menyahut: to ~ a roll-call, menyahut apabila nama dipanggil; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
apology | ~ for, tdk seperti: an ~ for a letter, surat yg tdk seperti surat; the beggar wore a sad ~ for a shirt, pengemis itu memakai baju yg tdk seperti baju; accept an ~, memaafkan: he accepted my apologies, dia memaafkan saya; /make, offer/ an ~, meminta maaf. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
correspondence | n 1. state of being in harmony, compatibility, kecocokan, secocok: perfect ~ between the music and its lyrics, kecocokan yg sempurna antara muzik dan seni katanya; 2. similarity, persamaan: there is not much ~ between their values and ours, tdk banyak persamaan antara nilai mereka dgn nilai kita; 3. communication by letters, surat-menyurat: official ~, surat-menyurat rasmi; ~ clerk, kerani surat-menyurat; /be in, carry on a, keep up a/ ~ (with so.), /berkirim-kirim(an), berutus-utus/ surat (dgn sso); 4. letters, surat-surat; /learn, teach/ by ~, /belajar, mengajar/ melalui pos. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
credential | n 1. st testifying to persons qualifications etc, bukti kelayakan: a scholars publications are his ~s, penerbitan yg dihasilkan oleh seseorang sarjana itu merupakan bukti kelayakannya; 2. (in pl) surat tauliah, (surat) watikah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
alignment | penjajaran; pembarisan; selarian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Penjajaran: Kesesuaian sebenar dalam satu bentuk garisan lurus pada bahagian atas dan bawah surat-surat dan huruf-huruf dalam satu fon. 2. Pembarisan: Susunan taip dalam satu garisan lurus. 3. Selarian: Kedudukan garis taip supaya bahagian akhir kelihatan sama pada bahagian margin. |
terasul | terasul | Kesusasteraan | Tiada | Kitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba. |
iluminated manuscript | manuskrip berhias | Kesusasteraan | Tiada | Bahan tulisan daripada kertas, daun lontar dan sebagainya yang mengandungi tulisan yang dihias dan diwarnakan, contohnya teks sastera lama, tulisan suci seperti salinan ayat al-Quran yang dihias di tepi atau pada bingkainya dengan awan larat, arabes, dan khat. Selain itu, warkah emas atau surat-surat diraja juga dihias dengan bentuk lukisan yang sama. Surat tersebut biasanya diwarnakan dengan tinta emas. Oleh sebab itu, surat tersebut digelar surat emas atau warkah emas. |
demand letter | surat tuntutan | Pengurusan | Tiada | Surat daripada peguam bagi pihak klien untuk menggariskan pertikaian antara dua pihak yang bertentangan dan menuntut penerima surat tersebut mengambil atau menghentikan tindakan tertentu. |
letter of authorization | surat kuasa | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Surat yang dikeluarkan oleh pemilik produk import kepada pemegang pendaftaran produk tempatan. Surat ini bertujuan untuk memberi keizinan kepada pemegang pendafatran tersebut menguruskan pendaftaran produk. |
protest note | surat protes | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan protes yang dijalankan dalam bentuk nota atau surat. Nota ini akan diserahkan kepada pihak yang lebih berkuasa seperti kerajaan, majikan atau pihak yang berautoriti oleh individu, kumpulan atau organisasi sebagai membantah suatu dasar yang dilaksanakan oleh badan tersebut. Surat protes ini menyatakan sebab-sebab bantahan dan memaklumkan kehendak mereka. Surat ini boleh diserahkan melalui pos atau dengan tangan secara beramai-ramai kepada pihak berkenaan. Contohnya, nota yang diserahkan oleh ABIM kepada kedutaan Amerika Syarikat sebagai bantahan mereka terhadap tindakan tentera negara tersebut menyerang Iraq pada tahun 2003. |
sales letter | surat jualan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Surat yang menarik perhatian pelanggan untuk membeli barangan atau perkhidmatan. |
e-newspaper | e-surat khabar | - | Tiada | Surat khabar yang diterbitkan dalam versi elektronik. |
letter of award | surat tawaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Surat yang disediakan oleh pihak tertentu kepada seseorang atau organisasi sebagai tanda pengesahan atau tawaran bertulis bahawa tender itu telah berjaya diperoleh dan akan diberikan kontrak. |
subrogation release | perlepasan subrogasi | insurans | Tiada | Surat pelepasan yang diperlukan oleh insurer ketika membayar ganti rugi kepada insured. Dalam surat ini terdapat peruntukan yang membenarkan insurer mengambil alih hak pemilikan insured. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
surat | surat; ~ a memilek surat pemilih; ~ a sakai surat kenalan; ~ bereti surat berhenti; ~ dawa surat dakwa; ~ doktor surat doktor; ~ gadai surat gadai; ~ ijin surat izin (kebenaran); ~ kelilieng, ~ wak ider surat edaran (keliling, pekeliling); ~ kenasusou su | Melanau Mukah | |
surat | surat [surat] | Melanau Dalat | |
risalah | surat (surat edaran) [surat] | Melanau Dalat | |
warkah | surat [surat] | Melanau Dalat | |
piagam | surat [surat] | Melanau Dalat | |
nota | surat [surat] | Melanau Dalat | |
marsum | surat [surat] | Melanau Dalat | |
wakil | surat ~ surat wakil; | kedayan | |
mel | 1 surat [surat]; 2 susui [susuy] | Melanau Dalat | |
surat khabar | surat khabar [surat xabar] | Melanau Dalat | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
tibuku Kd, Mr, Tb | simpulan tali atau rotan yang dibuat sebagai pengganti surat menandakan tarikh hari sesuatu upacara (selalunya perkahwinan), setiap simpulan menandakan satu hari. | Ketua rumah menghantar tibuku atau simpulan rotan ke kampung-kampung. Sesiapa yang menerima simpulan rotan yang memberitahu tarikh menghantar tajau mayat, akan menghantarkannya pula ke kampung lain dan seterusnya. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb parcham( مچرپ بوچ )chūb rakhtī( ىتخر بوچ دننام ،نوچمه ،نوچ )chun, hamchun, mānand( )che?( ؟هچ )chahār( راهچ )chahārdah( هدراهچ )Chahārshanbe( هبنشراهچ )chahārṣad( دصراهچ )chahārom( مراهچ )che rangī?( ؟ىگنر هچ )chehre, ṣūrat( تروص ،هرهچ berapa? cakar kuku garpu kayu tiang bendera penyangkut baju seperti, contoh apa? empat empat belas Rabu empat ratus keempat apa warnanya? muka how many? claw fork wood flagstaff ra’y( ىأر )Rabb, Khodā( ادخ ،بر )rebā( ابر )rob‘, yek chahārom( مراهچ کي ,عبر )rojḥān, bartarī( ىرترب ،ناحجر )raḥl( لحر )raḥem( م ِ ح َ ر )raḥm( محر )rokh, ṣūrat( تروص ،خر )roz, gol-e sorkh( خرس ل ُ ـگ ،زر )razm, jang( گنج ،مزر )restorān( ناروتسر )rasm kardan( ندرک مسر berjalan pintu masuk undi Allah, Tuhan riba satu perempat
|
Kamus Sains.indb lalui rawatan stim pada suhu 110°C hingga 150°C dan tekanan sehingga 700 kPa. Pulpa kemudiannya digilis dan dihaluskan menggunakan penghalus me - kanikal. Pulpa ini digunakan untuk membuat kertas surat khabar. (HUT) thermonasty (termonasti) Pergerakan tumbuh-tumbuhan yang disebabkan perubahan suhu persekitaran. thermogravimetry thermonasty thermonuclear energy thermoreversible crosslink Kamus Sains.indb 632 7/8/08 11:50:36 AM 633 terse- but akan menghasilkan suara. (BIO) voice encoder (pengekod suara) Peranti yang berfungsi mengekodkan isyarat suara ke dalam bentuk kod yang dapat diproses oleh komputer. (KOM) voice mail (mel suara) Surat komputer yang mengandungi data suara pengirim mesej yang dituturkan ke dalam peranti input suara. (KOM) voice mechanism (mekanisme suara) Mekanisme pengeluaran bunyi bagi percakapan manusia yang melibatkan kawal- an aliran
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Kamus teknologi maklumat: keselamatan komputer / penyusun Mazani Manaf ... [ et al.] (Siri Tebal Huruf tebal digunakan untuk menandai perkara yang berikut: (a) Semua entri. (b) Istilah sinonim pada akhir takrifan entri tertentu: bom mel (Ig. mail bomb; Br. bom mel; Id. bom surat) Kod hasad yang menghantar timbunan e-mel yang tidak berhenti kepada suatu sasaran sehingga mengakibatkan ruang pelayan e-mel yang disasarkan penuh dengan cepat dan tidak dapat menerima e-mel
|
Kamus Thai 2.indb ่ อซึ่ งกำลังอ ่ านหนังสือพิมพ ์ Adik ร รก รบ Kamus Thai 2.indb 308 4/15/2008 11:11:59 AM ร 309 mengganggu ayah yang sedang mem- baca surat khabar. รบเร ้ า [-raw] ก mendesak: มาลีรบเร ้ า ให ้ สามีของเธอซื้ อรถคันใหม ่ Malee mendesak suaminya supaya membeli kereta baru. รม [rom] ก mengasapi: คนงานกำลัง รมยางแผ ่ น menyo kong Encik Samai menjadi ketua per- satuan. ลงชื่อ [-c:] ก menandatangani: ผู ้ ซื้ อบ ้ าน ต ้ องลงชื่ อในสัญญาซื้ อขายกับเจ ้ าของโครงการ Pembeli rumah hendaklah menan datangani surat jual beli dengan pi hak pemaju. ลงดาบ [-da:p] ก memancung leher, me- menggal leher: เพชฌฆาตลงดาบอาชญากร เมื่ อเวลาตีสี่ Algojo telah memancung leher penjenayah pada pukul empat pagi. ลงทะเบียน [-tabian] ก
|
Kamus Thai 2.indb ทั้ งคู ่ ได ้ ไปจดทะเบียนสมรสที่ ที่ ว ่ าการอำเภอ Pasangan itu telah pergi mendaftar kan perkahwinan mereka di pejabat daerah. จดบันทึก [-bantk] ดู จด ² จดหมาย [-ma:y] น surat จดหมายลงทะเบียน [-ma:ylota- bian] น surat berdaftar จตุรัส [caturat] น segi empat sama จน¹ [con] ว miskin จนใจ [-cai] ก mati akal: ผมจนใจที่ จะหา ทางออกให ้ ป ั ญหาของคุณ Saya mati akal untuk menyelesaikan masalah ini |
Kamus Thai 2.indb yang ketat di lapangan terbang pada hari ketibaan Bush. แนบ [nε:p] ว 1 (เอกสาร) melampirkan: ฉันแนบรูปถ ่ ายสองใบพร ้ อมกับจดหมายฉบับนี ้ Saya melampirkan dua keping foto ber- sama-sama surat ini. 2 melekapkan: เขา แนบหูกับผนังห ้ องเพื่อฟ ั งการพูดคุยในห ้ องข ้ าง ๆ Dia melekapkan telinga ke dinding untuk mendengar perbualan orang di bilik sebelahnya. แนบเนียน [-nian] ว rapi lelaki itu amat memalukan. บัตร [bat] น kad บัตรประจำตัว [-pracamtua] น kad pengenalan บัตรเลือกตั้ ง [-lakta] น kertas undi บัตรสมนาคุณ [-sommana:kun] น baucar hadiah บัตรสนเท ่ ห์ [-sonte:] น surat layang บั่ น [ban] ก mengerat, memotong บั่ นทอน [-t:n] ก 1 mengurangkan: ยาเสพติดบั ่ นทอนภูมิต ้ านทานร ่ างกายของผู ้ เสพ Dadah mengurangkan daya tahan pe nagihnya. 2
|
Kamus Thai 2.indb utuniyom- wi ttaya:] น Jabatan Kaji Cuaca กรม กรม Kamus Thai 2.indb 5 4/15/2008 11:02:57 AM ก 6 กรมธรรม ์ [krommatan] น (เอกสาร ประกันภัย) surat jaminan กรรไกร [kankrai] น gunting = กรรไตร กรรเจียก [kanci ak] ดู หู กรรเชียง [kancia] น kemudi กรรโชก [kanco:k] ก mengugut, me ngancam = กระโชก กรรณิกา [kanni ka:] น bunga mempunyai waktu untuk berkebun. เกษียน [kasi ˇ :an] ก meminitkan: อธิบดี เกษียนหน ั งสือน ั ้นให ้ แก ่ เจ ้ าหน ้ าที่ ของเขา Ketua Pengarah meminitkan arahan tersebut pada surat itu kepada pegawainya. เกสร [ke:sn] น debunga เกสรตัวผู ้ [-tu:apu:] น stamen เก็บ เกสร Kamus Thai 2.indb 25 4/15/2008 11:03:07 AM ก 26 |
Kamus Thai 2.indb apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. สงวนลิขสิทธิ์ ตามกฏหมาย ห ้ ามนำส ่ วนหนึ่ งส ่ วนใดของพจนาน ุกรมนี้ ไปลอกเลียน ผลิตขึ้ นใหม ่ ไม ่ ว
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
surat-menyurat | [su.rat.me.nyu.rat] | سورت-مڽورت |
surat | [su.rat] | سورت |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
bahan buangan domestik | domestic waste | Bahan buangan dari rumah. Contohnya, botol dan surat khabar. | Sekolah Rendah |
|
Puisi |
---|
|
Air ini air minuman, Air letak dalam gelas; Surat ini surat kiriman, Harap juga abang balas.
Lihat selanjutnya... |
|