Kata |
Takrif |
Sumber |
habis-habis | 1. hingga habis kesemuanya (keseluruhannya dll); cakaplah (katakanlah) ~ cakaplah (katakanlah) segala-galanya (dgn tidak menyembunyikan sedikit pun); berfikir ~ berfikir masak-masak (dgn memperhitungkan segala-galanya); tak ~(nya) tidak putus-putusnya, tidak ada kesudahannya; 2. paling-paling, (yg) sebanyak-banyaknya (sebesar-besarnya dsb): orang-orang tua apa boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka memaki-maki; memakan ~ menyorok hilang-hilang prb merahsiakan sesuatu biarlah sampai tidak diketahui orang sedikit pun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serba | 1 seluruhnya atau semuanya sekali; segala-galanya: Dia berpakaian ~ putih. 2 banyak macam atau banyak jenisnya; berbagai-bagai; bermacam-macam: ~ bunga dan pelbagai buah ada di dlm taman itu. ~ aneka berbagai-bagai; bermacam-macam. ~ salah bagaimanapun salah juga. ~ satu bagi tiap-tiap jenis ada satu. ~ sedikit bagi tiap-tiap jenis ada sedikit. ~-serbi a. segala-galanya; seluruhnya: ~-serbinya berwarna merah. b. bermacam-macam atau berbagai-bagai: ~-serbi yg dilihat, semuanya berkenan di hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
segala-galanya | seluruhnya sekali, sekalian-nya (tiada kecuali): mereka itu menguasai ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuntas | 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata); 2. meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, sempurna, komprehensif: saya sarankan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yg bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas; menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2. menyelesaikan semuanya atau segala-galanya; ketuntasan perihal (keadaan, sifat) tuntas; ketidaktuntasan keadaan yg tidak tuntas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
semua-semuanya | segala-galanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serba-serbi | a. segala-galanya; seluruhnya: ~-serbinya berwarna merah. b. bermacam-macam atau berbagai-bagai: ~-serbi yg dilihat, semuanya berkenan di hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertanggungjawab kpd | menanggung segala-galanya, menanggung sesuatu kpd: kakitangan ~ kpd majikan mereka; kedua-dua pihak sama ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahu senang | mahukan segala-galanya senang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewah | (méwah) 1. segala-galanya banyak (makanan, harta, dll), serba berlebih, serba elok: kampung itu ~ dgn makanan; 2. sangat mahal dan memberi kepuasan serta keselesaan: kereta ~; makanan ~; hotel ~; barang-barang ~ barang-barang yg elok tetapi tidak mustahak benar; hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba banyak; bermewah berbelanja dgn berlebih-lebihan: saya tidak mampu datang ke sini utk bercuti dan ~; memewahkan menjadikan mewah: beliau tidak melakukan apa-apa utk ~ diri sejak menyertai politik; kemewahan perihal mewah: ia sedar bahawa kesenangan dan ~ hidup yg dirasainya itu disebabkan harta pusaka Mak Haji sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
habis perkara | sudah beres segala-galanya (tidak ada yg hendak diuruskan lagi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
everything | pron 1. all things, segala-galanya, semuanya; (preceding pron) semua, segala-gala: she lost ~ in the fire, dia kehilangan segala-galanya dlm kebakaran itu; he wanted to know ~, dia hendak mengetahui segala-galanya; they seem to have forgotten ~ I have told them, mereka nampaknya telah lupa akan segala-gala yg saya beritahukan kpd mereka; dont believe ~ you read in the papers, jangan percayai semua yg kamu baca dlm akhbar; 2. the most important thing, segala-galanya: money isnt ~ in life, wang bukan segala-galanya dlm hidup; a happy marriage means ~ to her, perkahwinan yg bahagia ialah segala-galanya bagi dia; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
clue | ~ so. up, memberitahu sso segala-galanya: please ~ me up on your plans, tolong beritahu saya segala-galanya ttg rancangan kamu; be ~d up (about st) benar-benar tahu (ttg sst): hes all ~d up about computers, dia benar-benar tahu ttg komputer. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
All | b. inclusive of all, termasuk segala-galanya: the house is $800 a month ~ in, bayaran sewa rumah itu berjumlah $800 sebulan termasuk segala-galanya; c. see ALL-IN; ~ in ~, generally speaking, pd keseluruhannya, (pd) umumnya; ~ in one piece, masih utuh; ~ /kinds, manner, sorts/ of n, n + of ~ /kinds, sorts/, berbagai-bagai; (fml) pelbagai, segala jenis; (infml) bermacam-macam, segala macam: this restaurant used to be frequented by ~ manner of people, restoran ini dulu didatangi oleh segala jenis manusia; the new rule caused ~ kinds of problems, peraturan yg baru itu menimbulkan bermacam-macam masalah; ~ of [+ measurement, n indic amount] sekurang-kurangnya, tdk kurang drpd: he was ~ of two metres tall, tingginya sekurang-kurangnya dua meter; that car must have cost ~ of $20,000, harga kereta itu tentu tdk kurang drpd $20,000; ~ of a sudden, (dgn) tiba-tiba, sekonyong-konyong; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
grant | mempunyai segala-galanya yg diingini oleh seorang lelaki; /~ed, ~ing/ that, diakui (bahawa): ~ed that the painter has talent, he still hasnt used it properly, diakui pelukis itu mempunyai bakat, tetapi dia masih belum menggunakan bakatnya dgn baik; take so. for ~ed, bersikap tdk menghargai sso: he took his wife for ~ed until she left him, dia bersikap tdk menghargai isterinya sehingga isterinya meninggalkannya; take st for ~ed, beranggapan, menganggap: she took it for ~ed that she would be invited to the dinner, dia beranggapan bahawa dia akan diundang ke majlis makan malam itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
business | ~ as usual, /keadaan, segala-galanya/ spt biasa; ~ is ~, (urusan) perniagaan tetap (urusan) perniagaan; do ~, berurus niaga, mengadakan urusan perniagaan; get down to ~, memulakan [sst] dgn sungguh-sungguh; go about your ~, urus hal (kamu) sendiri; go out of ~, menggulung tikar: several sundry shops went out of ~ with the opening of the two new, big supermarkets, beberapa buah kedai runcit menggulung tikar apabila dua pasar raya yg baru itu dibuka; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deny | ~ so. nothing, memberikan sso segala-galanya; it cannot be denied, there is no ~ing (the fact), tdk dapat /dinafikan, disangkal/ lagi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
know | ~ all the answers, (derog) tahu segala-galanya; ~ so. as, mengenali sso sbg: he is ~n as Mr. T but that is not his real name, dia dikenali sbg Mr. T tetapi itu bukan namanya yg sebenar; ~ st as, tahu sst sbg: you ~ it | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
amends | n; esp make (all possible) ~, menebus (segala-galanya); (for st or st done) menebus: he is ashamed and wants to make ~, dia malu dan hendak menebus malunya itu; he made ~ for his rudeness by giving her some flowers, dia menebus kekasarannya dgn memberinya bunga. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
enough | pron cukup: she has ~ of everything, dia cukup segala-galanya; thats more than ~, itu lebih drpd cukup; ~ said, cukup itu; have had ~ of, be tired of, tdk tahan lagi dgn: Ive had ~ of your rudeness, saya sudah cukup sabar dgn sikapmu yg biadab itu; thats ~, /sudah, cukup/ itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
above-board | adv secara /bersih, jujur/: everything was done openly and ~, segala-galanya dilakukan secara terbuka dan bersih. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
omniscient point of view | sudut pandangan serba tahu | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah penceritaan daripada pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku orang yang mengetahui segala-galanya. Pengarang mempunyai pengetahuan luas terhadap seluruh aspek cerita, bebas bergerak dari satu watak ke satu watak, dari satu latar ke satu latar, atau dari suatu pemikiran ke suatu pemikiran tanpa sebarang halangan. Pengarang mengawal seluruh idea yang ingin disampaikan dalam cerita mengikut sudut pandangan yang diingininya. Pengarang juga bebas menyelami hati dan perasaan para watak, berkuasa dan menentukan aspek pemikiran, dan perjalanan cerita dari awal hingga ke akhirnya. |
negative capability | kemampuan negatif | Kesusasteraan | Tiada | Kemampuan penyair untuk menenggelamkan identitinya sebagai seorang intelektual dan menerima ketidakpastian, misteri dan keraguan untuk mencapai kebenaran dan keindahan. Kemampuan inilah yang menghasilkan objektiviti penulis, iaitu sikap bersedia menerima segala-galanya dalam keadaan kesedaran yang tinggi. Dengan cara ini, penyair dapat melupakan personaliti peribadinya dan memasuki alam psiko individu atau masyarakat lain melalui proses empati. Istilah ini mula digunakan oleh penyair Inggeris, John Keats yang tidak bersetuju dengan sifat wordsworthian or egotistical sublime yang terlampau meletakkan ego penyair di tempat utama dalam proses penciptaan karya sastera. |
non-focalization | bukan fokalisasi | Kesusasteraan | Tiada | Sudut pandangan dalam karya sastera yang tidak dapat dikesan secara sistematik atau tidak dapat ditentukan dengan tepat. Sudut pandangan ini mempunyai hubung kait dengan pengarang serta tahu, iaitu pengarang bebas bercerita dan mengetahui segala-galanya tentang cerita. Sudut pandangan bukan fokalisasi biasanya terdapat dalam naratif tradisional. Lihat juga serba tahun neutral, serba tahu terbatas. |
power politics | politik kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik yang berlegar dari sudut kuasa dan persaingan kuasa. Kuasa menjadi inti sari kepada segala aktiviti dan matlamat politik, justeru kuasa ini menjadi rebutan, persaingan dan tumpuan kepada pesaing politik. Kuasa juga dilihat sebagai penentu segala-galanya dalam politik dan penguasaannya boleh memberi kelebihan kepada seseorang untuk menguasai bidang lain seperti pentadbiran, perundangan, perniagaan, pangkat, penghormatan, jawatan penting dan pemerintahan. Individu yang terpengaruh dengan politik kuasa ini sanggup menipu, memutuskan persaudaraan, menggadaikan harta atau melakukan apa sahaja kerana politik. Dengan itu, politik bermakna kuasa dan kuasa tidak terpisah daripada politik seperti pandangan Robert Dahl dan Harold Lasswell iaitu kuasa berupaya menentukan siapa mendapat apa, bila, dan bagaimana. |
dramatic lyric | lirik dramatik | Kesusasteraan | Puisi | Ujaran yang dilahirkan oleh watak dalam puisi yang dicipta. Citra yang dituturkan berkemungkinan berhubungan dengan diri seseorang, sewaktu menghadapi sesuatu suasana atau fenomena. Contohnya, puisi "Aku Nelayan" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. aku nelayan warisan perahu rakit pukat jala milik orang segala-galanya harta kami tenaga Iara, aku nelayan di jurang resah keluarga tanpa matahari esok ke mana? tak siapa bertanya dari sebak hati |
focus | pemusatan | Kesusasteraan | Puisi | Tumpuan penyair terhadap sesuatu situasi atau gagasan, dan menarik penghayatan pembaca terhadap tumpuan tersebut. Dalam puisi ini taman yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga melambangkan pelbagai kaum. Contohnya, daripada puisi "Titisan Darah di Tanah Indah" karya A. Samad Said. Sinonim focus. Dalam taman hak kami berkembang puspa yang wangi aneka ragam jenisnya menghiasi persada Bunda biar bersatu segala-galanya erat berpadu sejiwa biar semerbak baunya mengharumi seluruh benua! |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
segala | segala; ~ - galasiyen segala-galanya, sekaliannya. | Melanau Mukah | |
segala | segala-galanya sagalak-galaknya. | kedayan | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
kuriding Bj, Tb | sejenis alat muzik kecapi mulut yang diperbuat daripada kulit pelepah pokok palma (pokok polod). | Dia sedar bahawa segala-galanya telah berakhir. Segala-galanya telah musnah. Dan yang tinggal hanyalah sebilah kuriding bumbu, tanda cinta, secebis kenangan dan sebuah rindu. Rindu, entah dari teluk mana hadirnya. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
patara, *petara* Ib | dewa. | Akan sihatlah kamu kata Betara Simpandai, Kaya kata Anda Mara, Dirgahayu sumpah Hantu, Baik segala-galanya restui Petara. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata segala-galanya |
|
|