Kata |
Takrif |
Sumber |
sebanding | seimbang, setara, setanding, setaraf: kemajuan kaum wanita haruslah ~ dgn kemajuan kaum lelaki; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanding I | = tandingan 1. sesuatu yg seimbang (sebanding) dgn yg lain, banding, imbang, tara: tentera Jepun itu tidak ada ~nya dlm keberanian; memang Mat Akil telah lama menjadi tandingannya; satu nikmat yg belum ada ~nya; 2. jodoh, pasangan, regu: gadis itu sesuai untuknya, memang tandingannya;setanding sebanding, seimbang, setara; bertanding 1. berlawanan, beradu (kuat, pandai, dll): minggu hadapan pasukan bola sepak Melayu Johor akan ~ dgn pasukan Pulau Pinang; dia akan masuk ~ dlm pilihan raya yg akan datang; 2. ada bandingnya (toloknya, imbangannya, taranya, dll): kekejaman mereka tiada ~ di muka bumi ini; 3. berlumba-lumba, bersaingan: sudah dapat ia duduk di kota bolehlah dia ~ dgn saudagar-saudagar besar; 4. berlawan seorang sama seorang: hari ini dua lawan dua, besok ~; ~ hujung lidah bertengkar;menandingi melawan, menyaingi, mengimbangi: pencabar dr Denmark itu tidak dapat langsung ~ kehandalan juara Malaysia; menandingkan 1. menjadikan sbg tandingan (lawan, imbangan); 2. meletakkan berdekatan (utk mengetahui beza atau persamaan dll), membandingkan: ~ keadaan sebelum dan sesudah perang; cubalah tandingkan gadis itu dgn bekas tunangannya, jauh perbezaannya, spt langit dgn bumi!mempertandingkan menjadikan bertanding (seseorang, sesuatu): pertandingan tersebut terbuka kpd seluruh peladang utk ~ hasil-hasil tanaman mereka; pertandingan 1. perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanding | , = tandingan 1 sesuatu yg sebanding dgn yg lain; imbang: Keberaniannya dlm peperangan tidak ada ~nya. 2 sesuatu yg sepadan; jodoh; pasangan: Gadis yg cantik itu memang tepat sbg ~ pemuda yg tampan. bertanding 1 beradu atau berlawan utk menguji kekuatan dll: Minggu hadapan, pasukan bola sepak Johor akan ~ dgn pasukan bola sepak Pulau Pinang. 2 berlumba utk mencapai sesuatu; bersaing: Kaum wanita ~ dgn kaum lelaki utk mencapai kemajuan. menandingi menjadi tandingan kpd; menyaingi; melawan: Tiada sesiapa yg dpt ~ kepandaiannya dlm bermain pedang. menandingkan 1 menjadikan sbg tandingan. 2 membandingkan utk mencari persamaan atau perbezaannya. mempertandingkan membuat supaya bertanding; menjadikan berlawan. pertandingan 1 perlawanan atau peraduan (dlm permainan dll): ~ menembak akan diadakan di Jalan Padang Tembak. 2 perlumbaan atau persaingan utk mencapai kejayaan dlm perdagangan dll. setanding sama tanding; sebanding; setara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
banding | 1. imbang, tara; tiada ~nya tidak ada yg menyamainya, tiada taranya; 2. Id rayuan (ulang bicara); naik ~ meminta ulang bicara;sebanding seimbang, setara, setanding, setaraf: kemajuan kaum wanita haruslah ~ dgn kemajuan kaum lelaki;berbanding 1. dibandingkan: penduduk daerah ini bertambah ~ dgn tahun lalu; 2. = berbandingan; berbandingan 1. ada bandingnya, (taranya): kebaikannya tiada ~; 2. seimbang, sebanding, sepadan: kekuatannya ~ dgn besar badannya;membanding 1. bp membandingkan; 2. Mn merayu (ulang bicara); 3. Mn memberi pertimbangan (benar atau salah), menyiasat;membandingi mengimbangi, menyamai: kita membeli senjata-senjata itu utk ~ kekuatan musuh;membandingkan, memperbandingkan melihat (menunjukkan dsb) persamaan dan perbezaan antara dua benda: dia ~ sastera Melayu dgn sastera Eropah;perbandingan, bandingan 1. imbangan, perimbangan, persamaan; 2. ibarat: mereka ialah cermin ~ hidup; kata-kata ~; 3. = banding Id rayuan (ulang bicara), pertimbangan;pembandingan perbuatan membandingi atau membanding(kan);pembanding 1. orang yg membandingkan; 2. alat utk membandingkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setanding | sebanding, seimbang, setara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sesaing | Mn sebanding, sepadan, setanding; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setanding | sama tanding; sebanding; setara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berimbang | 1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berseimbang | setimbang, sepadan, sebanding; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setanding | sama tanding; sebanding; setara. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
incommensurate | adj 1. not equal in measure, size, etc, tdk sebanding: his ability is ~ with that of his colleagues, kebolehannya tdk sebanding dgn kebolehan rakan sejawatnya; 2. not proportionate, tdk /setimpal, setara/: his salary is ~ with the responsibilities given him, gajinya tdk setimpal dgn tanggungjawab yg diberikan padanya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
comparison | /bear, stand/ ~ with, /setanding, sebanding/ dgn: thats a good novel but it bears no ~ with this, novel itu baik tetapi tdk setanding dgn yg ini; /beyond, without/ ~, tdk ada /bandingnya, banding/; (of beauty), tdk ada /bandingan, tolok bandingnya/; /by, in/ ~, secara perbandingan: their progress is slow by ~, secara perbandingan kemajuan mereka adalah lambat; /by, in/ ~ /with, to/, /berbanding, jika dibandingkan/ dgn: the population in the east coast is small in ~ with that in the west coast, penduduk di pantai timur adalah kecil berbanding dgn penduduk di pantai barat; make a ~, membuat perbandingan; there is no ~, dlm hal ini tidak dapat dibuat perbandingan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
comparable | adj 1. similar, equivalent, (jenis) sama: a ~ watch costs much less in Dubai, jam jenis yg sama, harganya jauh lebih murah di Dubai; 2. worthy of comparison, dapat dibandingkan, sebanding, setanding: his skill is ~ with the best, kemahirannya dapat dibandingkan dgn yg terbaik; our car is not ~ with yours, kereta kami tdk dapat dibandingkan dgn kereta kamu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
equal | adj 1. the same in size, degree, amount, value, etc, sama: when you add up both columns the totals should be ~, apabila kamu mencampurkan angka dlm kedua-dua lajur itu, jumlahnya seharusnya sama; the trees must be planted an ~ distance apart, pokok-pokok itu mesti ditanam dgn jarak yg sama; each state has an ~ number of representatives in the senate, setiap negeri mempunyai bilangan wakil yg sama dlm dewan senat; jewels ~ in weight and value, permata yg sama berat dan sama nilainya; to demand ~ rights and ~ opportunities, menuntut hak dan peluang yg sama; all men are ~ in the sight of God, semua manusia sama di sisi Tuhan; 2. comparable, sebanding: this is ~ to the best wine I have tasted, wain ini sebanding dgn wain yg terbaik yg pernah saya rasa; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
beside | prep 1. at or by the side of, next to, di /sebelah, sisi, samping/; (sea, river, lake) di tepi: he sat ~ her on the sofa, dia duduk di sampingnya di kerusi panjang itu; she walked ~ me, dia berjalan di sebelah saya; in the room is a table with two chairs ~ it, di dlm bilik itu ada sebuah meja dgn dua buah kerusi di sampingnya; a fishing village ~ the sea, sebuah kampung nelayan di tepi laut; 2. compared with, dibandingkan dgn: he seems small ~ his brother, dia kelihatan kecil dibandingkan dgn abangnya; ~ him, other singers seem amateurish, dibandingkan dengannya penyanyi-penyanyi lain kelihatan amatur; 3. on a par with, /setanding, sebanding/ dgn: a writer who can be ranked ~ the best , penulis yg dapat diletakkan setanding dgn penulis-penulis terbaik; 4. (archaic) see BESIDES (sense 2.); | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
kiasan | kiasan | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan yang digunakan untuk mengatai dan mengejek seseorang tidak dengan berterus terang. Kiasan juga digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara secara bandingan, sama ada dengan menyebut bandingannya atau sebaliknya. Kiasan mempunyai perkataan sebanding dengan kinayah dalam bahasa Arab, dan kinayah merupakan salah satu aspek ilmu al-bayan (retorika). Namun, kisah berbeza dengan kinayah kerana kiasan mampu menjelaskan lagi maksud sesuatu perkara atau dapat memberikan makna dan kesan yang khusus kepada pengucapnya, sedangkan kinayah digunakan untuk tujuan bombastik atau penekanan untuk menggambarkan sifat mulia dan keberanian seseorang. Kiasan mempunyai persamaan dengan eufemisme dari sudut gambaran sifat sensitiviti, kesopanan dan rasa malu penuturnya untuk mengelakkannya daripada menyinggung perasaan orang lain. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
banding | sebanding sabanding; | kedayan | |
sabel II | tidak sebanding, tidak seimbang, tidak setara. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sebanding | [se.ban.ding] | سبنديڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebanding |
|
|