Kata |
Takrif |
Sumber |
bercakap-cakap | 1. berbual-bual, beromong-omong; 2. bercakap atau berbincang tentang sesuatu tanpa bertindak atau melakukan sesuatu: terpulanglah kpd sarjana-sarjana di Malaysia sendiri utk memajukan bidang Pengajian Melayu, bukan sekadar ~ mengenainya sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarjana | 1. orang yg pandai-pandai (bijak), ahli dlm ilmu pengetahuan, cendekiawan; 2. gelaran orang yg telah melengkapi pelajaran di universiti (telah mendapat ijazah); ~ muda gelaran orang yg telah mendapat ijazah pertama di universiti (sebelum ijazah sarjana); kesarjanaan 1. pengetahuan dan kemampu-an seseorang sarjana, kepandaian, keahlian: ~ ini penting di universiti; 2. hal-hal yg ber-kaitan dgn sarjana: nyatalah bahawa buku ini ialah sumbangan besar dlm perkem-bangan dan ~ Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarjana muda | gelar utk orang yg telah mendapat ijazah pertama dr universiti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sarjana | 2 gelar utk orang yg telah mendapat ijazah Master atau Doktorandus atau Doktoranda dr universiti: ~ muda gelar utk orang yg telah mendapat ijazah pertama dr universiti. | Kamus Pelajar |
sarjana | 1 orang yg ahli dlm sesuatu ilmu pengetahuan; orang yg pandai-pandai. | Kamus Pelajar |
sarjana | kesarjanaan hal-hal yg berkaitan dgn sarjana; keahlian; kepandaian. | Kamus Pelajar |
sarjana muda | gelaran orang yg telah mendapat ijazah pertama di universiti (sebelum ijazah sarjana); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesarjanaan | 1. pengetahuan dan kemampu-an seseorang sarjana, kepandaian, keahlian: ~ ini penting di universiti; 2. hal-hal yg ber-kaitan dgn sarjana: nyatalah bahawa buku ini ialah sumbangan besar dlm perkem-bangan dan ~ Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarjana | 1 orang yg ahli dlm sesuatu ilmu pengetahuan; orang yg pandai-pandai. 2 gelar utk orang yg telah mendapat ijazah Master atau Doktorandus atau Doktoranda dr universiti: ~ muda gelar utk orang yg telah mendapat ijazah pertama dr universiti. kesarjanaan hal-hal yg berkaitan dgn sarjana; keahlian; kepandaian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cakap I | bicara, kata, kecek, tutur; ~ angin cakap yg tidak ada isi atau tidak betul (omong kosong); ~ mulut bahasa yg digunakan dlm percakapan sehari-hari (tidak dlm tulisan); ~ berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar prb cakap sahaja yg besar tetapi tiada suatu pun pekerjaan yg dilakukan; dengar ~ enggang, makan buah beluluk, dengar ~ orang, terjun masuk lubuk prb sesuatu pekerjaan itu kalau tidak difikirkan sendiri dgn betul-betul dan hanya mendengar cakap orang adalah mudarat akibatnya; mengalih kain payah juga ke ceruk, mengalih ~ di mata-mata sahaja prb memperkatakan sesuatu rahsia itu haruslah berhati-hati kerana buruk akibatnya kalau diperkatakan kpd orang yg tiada tentu; bercakap 1. berkata, berbicara, bertutur: perlembagaan menjamin tiap-tiap warganegara akan mendapat beberapa hak yg pokok spt kebebasan ~; wakil kita pandai ~ sahaja; 2. berbahasa: ~ Melayu; 3. berbual, berborak, bersembang; bercakap-cakap 1. berbual-bual, beromongomong; 2. bercakap atau berbincang tentang sesuatu tanpa bertindak atau melakukan sesuatu: terpulanglah kpd sarjana-sarjana di Malaysia sendiri utk memajukan bidang Pengajian Melayu, bukan sekadar ~ mengenainya sahaja; mencakapi ark mengajak berkata (dgn), menegur, menyapa; mencakapkan, mempercakapkan 1. membicarakan, memperkatakan: O, itukah yg hendak dicakapkan tadi!; apa yg dipercakapkan oleh orang dua beranak ini? 2. menceritakan, memberitahukan, mengkhabarkan: kalau Idah cakapkan pd Kak Inah boleh, tapi takkan Kak Inah boleh buat apa-apa; 3. mengucapkan, menyebutkan, menggunakan bahasa: bahasa Melayu dicakapkan di Malaysia dan di Indonesia oleh lebih drpd 100 juta manusia; percakapan, cakapan 1. pertuturan: segala ~ dan tingkah lakunya telah menjadi beradat benar; 2. pembicaraan, perbualan, perundingan: kemudian drpd itu ~ antara kedua-duanya melarat kpd beberapa perkara yg lain; 3. apa-apa yg dicakapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
foundation | n 1. act of establishing, penubuhan: since its ~, the university has produced many fine scholars, sejak penubuhannya, universiti itu telah melahirkan sarjana-sarjana yg handal; 2. organization, institution, etc set up by means of an endowment, yayasan; 3. endowment fund, yayasan; 4. (usu in pl) substructure of building etc, asas; 5. basis, asas: the story is completely without ~, cerita itu sama sekali tdk berasas; her journalistic work laid the ~ of her career in public relations, tugas kewartawanannya menyediakan asas utk kerjayanya dlm perhubungan awam; 6. also foundation cream, krim asas. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bequeath | vt 1. leave by will, mewasiatkan, mewariskan, memusakakan: he ~ed his property to his children, dia mewasiatkan hartanya kpd anak-anaknya; 2. hand down, menurunkan: the works ~ed to us by early scholars, karya-karya yg telah diturunkan kpd kita oleh sarjana-sarjana masa lampau. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
baccalaureate | n ijazah Sarjana Muda. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
knowing | adj 1. knowledgeable, berpengetahuan: a ~ scholar, sarjana yg berpengetahuan; be ~ about st, tahu ttg sst: a man who is ~ about horses, seorang yg tahu ttg kuda; 2. shrewd, cunning, licik: a ~ fel | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
biblical | adj 1. of, concerning the Bible, kitab Bible: ~ scholar, sarjana kitab Bible; ~ studies, kajian-kajian ttg kitab Bible; 2. contained in the Bible, dlm kitab Bible: ~ names, nama-nama dlm kitab Bible; ~ teachings, ajaran-ajaran dlm kitab Bible; 3. resembling the language of the Bible, bahasa kitab Bible: ~ styles in writing, penulisan dgn gaya bahasa kitab Bible. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
accomplished | adj skilled, expert , ulung: an ~ dancer , penari yg ulung; an ~ scholar , sarjana yg ulung; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
distinguished | adj 1. characterized by excellence, eminence, unggul; (of career, performance, etc) cemerlang: a ~ scholar, sarjana yg unggul; a ~ writer, seorang penulis yg unggul; a ~ career in medicine, kerjaya yg cemerlang dlm bidang perubatan; 2. dignified, bertokoh: a ~ appearance, perawakan yg bertokoh. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
credential | n 1. st testifying to persons qualifications etc, bukti kelayakan: a scholars publications are his ~s, penerbitan yg dihasilkan oleh seseorang sarjana itu merupakan bukti kelayakannya; 2. (in pl) surat tauliah, (surat) watikah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
interpolate | vt 1. add, insert (words) in text, menyisipkan: these phrases had been ~d by some eighteenth century scholar, rangkai-rangkai kata ini disisipkan oleh sarjana kurun kelapan belas; 2. interrupt (conversation etc) mencelah: if we have the money! she ~d, kalaulah kita mempunyai wang! dia mencelah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bachelor | n 1. unmarried man, /lelaki, orang/ bujang; (specif young bachelor) teruna, orang bujang; /remain, stay/ a ~, (hidup) membujang; 2. (attrib), (masih) bujang: in my ~ days, sewaktu saya masih bujang; 3. (holder of) first degree, Sarjana Muda: B~ of Arts, Sarjana Muda Sastera. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
ethopoetics | etnopuitika | Kesusasteraan | Tiada | Perihal tafsiran baharu tentang sistem kesusasteraan sesuatu bangsa berdasarkan ciri-ciri khusus sastera bangsa tersebut. Dalam kalangan sarjana tempatan, wujud suatu kesedaran untuk menilai semula sistem sastera tempatan, sama ada dari segi sejarah atau teori dan kritikan yang berteraskan tradisi dan nilai tempatan. Sarjana tempatan tidak lagi bergantung pada tradisi dan nilai budaya luar (Barat), malah berdialog secara kritis dengan mereka. Unsur etnopuitika kesusasteraan sesuatu bangsa harus bersumberkan budaya pemikiran asli bangsa berkenaan yang banyak terakam dalam khazanah kesusasteraan lisan. Dengan kata lain, etnopuitika sastera sesuatu bangsa haruslah berteraskan jati diri dan tradisi bangsa yang melahirkan sastera tersebut yang diwarisi sejak zaman silam. Kesedaran tersebut telah muncul di seluruh dunia termasuklah di Afrika, Asia Barat, Jepun, China, dan Nusantara. Di Malaysia, perbincangan tentang konsep etnopuitika dalam satera Melayu telah dilakukan oleh Muhammad Haji salleh melalui bukunya Puitika Sastera Melayu (2000). Menurut beliau, konsep puitika sastera Melayu harus digali daripada sumber tradisi lisan Melayu. Oleh itu, beliau menyarankan agar konsep teks, genre, pengarang, khalayak, dan keindahan dalam sastera Melayu harus bersumberkan tradisi lisan Melayu. Sarjana lain yang turut membicarakan konsep puitika Melayu ialah Mohd. Affandi Hassan, Hashim Awang dan V,I. Braginsky. |
method | kaedah | Kesusasteraan | Tiada | Sikap sekelompok sarjana terhadap bahasa. |
orientalism | orientalisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang menghuraikan bagaimana sarjana barat atau orientalis mengkaji bahan sejarah, sastera dan seni orang timur lalu membuat tanggapan bahawa orang timur sebagai orang asing yang berbeza dengan masyarakat barat. Masyarakat timur digambarkan sebagai mundur, kolot, lemah dan pelbagai gambaran yang negatif sehingga memberi justifikasi kepada barat untuk menakluk, memerintah dan menguasai masyarakat ini. Penaklukan budaya dan mentaliti penduduk timur telah melahirkan pemikiran yang mengagungkan masyarakat barat sehingga menjadikan golongan eIit timur berfikir seperti orientaIis dan memandang serong kepada budaya dan dunia timur tanpa menyedari mereka sebenarnya terperangkap dengan pemikiran ini. Orientalisme masih berkembang sehingga kini dan menjadi satu aliran pemikiran yang sangat popular dalam wacana akademik di kebanyakan universiti. Sinonim faham ketimuran/faham orientalis. |
polyarchy | poliarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk demokrasi yang lebih realistik mengikut pandangan sarjana sains politik Robert Dahl. Menurut beliau, demokrasi yang sebenar merupakan satu bentuk politik yang ideal dengan penglibatan yang tinggi, keadilan dan kebebasan yang terbaik dan peranan pembangkang yang sempurna. Kajian ini dibukukan oleh Robert Dahl dalam tulisannya yang bertajuk Polyarchy: Participation and Opposition. Dalam alam nyata ini, keadaan sempurna tidak wujud sebaliknya yang wujud hanyalah kadar penglibatan yang sederhana, kadar keluar mengundi yang tidak mencapai l00 peratus dan kebebasan yang terhad. Dalam sistem ini, golongan pendesak memainkan peranan mempengaruhi dan menafikan pengawalan kerajaan dan golongan elit. |
battle of the books | perang buku | Kesusasteraan | Tiada | Sikap pertentangan pendirian atau pandangan para sarjana berhubung dengan penulisan klasik dan moden. Perang buku muncul di akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18, terutamanya di Perancis dan England. Sikap pertentangan tercetus akibat kemunculan pemikiran baharu yang berterusan dalam ilmu sains dan falsafah moden. Contohnya, di England sekitar akhir abad ke-17, Sir William Temple melalui tulisannya berjudul An Essay Upon the Ancient and Modern Learning (1690) menolak dakwaan bahawa sesuatu yang klasik lebih rendah daripada yang moden. Tulisan tersebut dicabar oleh William Wotton pada tahun 1694 melalui karyanya berjudul Reflections Upon Ancient and Modern Learning yang menyanjung tinggi keunggulan ilmu moden. Idea perang buku wujud berdasarkan tajuk sebuah prosa satira tulisan Swift berjudul The Battle of the Books yang membawa tema utama, iaitu sesuatu yang berasal dari zaman silam adalah lebih baik. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, idea perang buku bermaksud persaingan ideologi dan pemikiran yang berlaku dalam kalangan pengarang istana Melayu. Justeru, lahir beberapa buah karya, khususnya karya sastera bercorak sejarah yang memperlihatkan bentuk bersaingan ideologi dan pemikiran pengarang Melayu zaman silam. Kelahiran teks Sejarah Melayu pada abad ke-17 memberi beberapa reaksi terhadap teks Hikayat Raja Pasai yang dihasilkan pada abad ke-14. Persaingan pemikiran juga dapat dilihat dalam teks Tuhfat al-Nafis. Dalam karya ini, Raja Ali Haji membawa pemikiran Islam ke dalam penulisan sejarah orang Melayu, sehingga wujud idea yang mempersoalkan martabat raja Melayu yang terungkap dalam Sejarah Melayu, sekali gus mengubah persepsi pembaca terhadap raja-raja Melayu. |
canon | kanun | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan karya yang diterima dan disahkan sebagai bermutu tinggi oleh para sarjana dan institusi yang berwibawa. Kanun berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud kayu yang lurus. Dalam tradisi agama, kanun merujuk kepada sekumpulan kitab sakral yang diterima sebagai tulen. Istilah ini juga merujuk kepada sekumpulan karya kesusasteraan daripada seseorang pengarang yang dianggap tulen. Contohnya, sebanyak 37 drama pentas yang hebat dipercayai dihasilkan oleh William Shakespeare. Akhir-akhir ini, konsep kesejagatan dan autoriti yang membentuk kanun dalam kesusasteraan mula dicabar. Umpamanya, kanun sastera dunia hanya merujuk kepada teks sastera Barat dan mengetepikan teks sastera lain, atau teks sastera golongan minoriti. Fenomena ini menunjukkan bahawa konsep kanun ini dipengaruhi ideologi dan kepentingan tertentu. Oleh itu, pembaca harus berwaspada apabila mengamati teks yang dianggap kanun dengan mengkaji sistem dan proses yang mengagungkan karya sastera tersebut. |
humanism | humanisme | Kesusasteraan | Tiada | Fahaman yang mengagungkan status dan sifat-sifat manusia. Istilah humanis pada asalnya merujuk kepada sarjana ilmu kemanusiaan pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) pada abad ke-16. Secara khususnya, hurmanis merujuk kepada cendekiawan Eropah yang mengkaji kebangkitan semula budaya dan sastera Yunani dan Rumawi. Tumpuan mereka adalah pada karya klasik yang dihasilkan oleh penyair, dramatis dan ahli falsafah seperti Cicero, Aristotle dan Plato. Hasil daripada kajian itu, timbul fahaman baharu tentang manusia yang berbeza daripada pandangan Kristian yang lebih dominan. Fahaman ini cenderung mengagungkan sifat-sifat manusia, khususnya kebolehan menaakul. Bentuk humanisme yang ekstrem menganggap manusia sebagai kayu ukur bagi segala kewujudan yang lain. Umumnya, humanisme menyedarkan manusia tentang kuasa dan bakat mereka yang berpeontesi menjadikannya lebih beradab. Pada zaman yang kemudian, wujud humanisme Kristian seperti yang terpancar dalam penulisan Sidney, Bacon, Spenser dan Milton. Humanisme ini lebih memberatkan keunggulan nilai dan pengalaman manusia serta mengutamakan kesempurnaan kehidupan duniawi. Sikap humanisme ini bertentangan dengan sikap Kristian Zaman Pertengahan yang melihat manusia sebagai orang yang berdosa dan terkutuk, justeru mereka mengharapkan penyelamatan daripada juruselamat. Dominasi sains dan industri pada abad ke-19 mendorong ramai pengarang, terutamanya Matthew Arnold mementingkan nilai-nilai humanis dalam usaha untuk mewujudkan pendidikan yang seimbang. Humanisme Baharu Amerika pada tahun 1920-an dan 1930-an juga menegaskan tuntutan yang sama terhadap nilai humanis tersebut. Dengan idealisme tentang manusia yang seimbang, golongan ini menentang dakwaan sains. Humanisme jenis ini amat berpengaruh dalam sastera dan budaya Anglo-Amerika. Idea pusatnya adalah mengenai individu yang utuh dan bebas sepenuhnya sebagai penentu nasibnya sendiri. Pemikiran humanisme tentang keagungan manusia umumnya kini dicabar oleh pendirian pascastrukturalisme. Golongan pascastrukturalis lebih cenderung menggantikan konsep keutuhan dan kebesaran manusia dengan idea subjek yang dicirikan oleh fragmentasi dan ketidakutuhan. Sebagai subjek, manusia bukan lagi penentu nasibnya sendiri. |
political culture | budaya politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sifat dan orientasi politik yang diamalkan dalam sesebuah negara yang mengandungi elemen seperti kepercayaan, simbol dan sistem nilai. Semua tindakan politik dalam masyarakat berasaskan kepada elemen ini. Budaya politik juga boleh mengalami perubahan melalui proses yang dikenali sebagai proses sosialisasi, tetapi mengambil masa yang panjang. Sarjana terkenal dalam bidang ini iaitu Gabriel Almond telah membahagikan budaya politik kepada tiga jenis iaitu Parokial, Subjek dan Partisipan. Parokial merupakan budaya politik yang lemah, Subjek pula merupakan budaya politik yang tidak kritikal terhadap kerajaan manakala Partisipan ialah budaya politik yang aktif dan kritikal terhadap pemerintah. |
utilitarianism | utilitarianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mengutamakan faedah atau utiliti. Pendukung fahaman ini akan cuba memaksimumkan keuntungan atau keseronokan serta meminimumkan kerugian atau kos dalam setiap tindakan dan dasar. Setiap dasar atau tindakan dilakukan secara berhemah supaya matlamat ini tercapai. Keutamaan dalam pemikiran ini ialah kepentingan tercapai dengan kos yang minimum. Antara sarjana yang mendukung fahaman ini ialah Jeremy Bentham, John Stuart Mill dan Thomas Hobbes. |
sacred time | zaman suci | Kesusasteraan | Tiada | Zaman magis yang suci dalam peristiwa mitos. Zaman suci boleh juga dianggap zaman awal kewujudan alam semesta. Dalam masyarakat beragama, kewujudan zaman suci dipercayai benar dan dianggap suci, tetapi merujuk kepada suatu dimensi realiti yang tidak dapat dipastikan secara saintifik. Kejadian dan pelaku pada zaman suci adalah luar biasa. Menurut para sarjana agama dan sastera, tokoh pada zaman suci bersifat paradigmatik. Justeru, mereka mampu menjadi model peristiwa dan tingkah laku yang baik untuk zaman sejarah. Mereka sangat dihargai kerana mempunyai sifat kesejagatan dan keabadian. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sarjana | sarjana [sarjana] | Melanau Dalat | |
sarjana | sajanak. | kedayan | |
Kamus Parsi.indb derāz keshīdan be posht( نايم رد ،نيب رد )dar beyn, dar miyān( )dar jelow, pīsh( شيپ ،ولج رد یليصحت کردم ،هجرد )daraje, madrak-e taḥṣ īlī( maklumat, ilmu pelajar ilmuwan, sarjana bapa saudara, pak cik guru anak saudara perempuan pintu panjang baring di antara di depan darjah, ijazah knowledge student scholar uncle teacher niece door long to lie down in between
|
Kamus Thai 2.indb ้ องหลังจากรับประทานอาหารเพราะ เสื้ อคับ Bajunya merekah di bahagian perut selepas makan kerana sendat. ปริเฉท [parice:t] น perenggan ปริซึม [prism] น prisma ปริญญา [parinya:] น ijazah ปริญญาตรี [-tri:] น ijazah sarjana muda ปริญญาโท [-to:] น ijazah sarjana ปริญญาเอก [-e:k] น ijazah kedok- toran ปรินิพพาน [parinippa:n] น nirwana ปริ่ ม [prim] ว separas: เมื่ อวานฝนตกหนัก จนน ้ ำปริ่ มขอบสระ Semalam hujan lebat sehingga air separas dengan
|
Kamus Thai 2.indb hubungan peribadi. Setelah Memorandum Persefahaman antara DBP dengan PSU ditandatangani pada tanggal 21 Ogos 1995, beberapa kegiatan akademik berbahasa Melayu turut diadakan secara rasmi. Selaku sebuah universiti yang menawarkan program sarjana muda dalam bidang bahasa Melayu dan bidang Pengajian Melayu, kami sentiasa sedar akan kesulitan yang dihadapi oleh pelajar kedua-dua jurusan tersebut. Salah satu kesulitan yang sering dihadapi oleh pelajar |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sarjana | [sar.ja.na] | سرجان |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarjana |
|
|