Kata |
Takrif |
Sumber |
melapah | 1. mengupas kulit dan memotong-motong binatang (kerbau, lembu, dll) yg telah disembelih: Pak Pandir pun tampillah ~ kerbau itu dgn Mak Andeh; 2. memotong (memakan) daging besar-besar: darahnya sama dicecah, dagingnya sama dilapah; hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah prb pembahagian yg sama banyak (yg adil); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbang | sama berat, imbang, timbal; batu ~ benda yg digunakan utk mengukur berat barang lain; ~ terima saling menerima, penyerahan dan penerimaan (tugas, jawatan, tanggungjawab, dll); ~ tunai pembelian tunai; setimbang 1. sama beratnya; 2. sama kedudukannya, setaraf (sedarjat, sepangkat, dll): manakan ~ anak raja dgn orang kebanyakan? 3. seimbang, setimpal (hukuman, hadiah, dll), sepadan, sebanding: penghormatan yg diberi kepadanya ~ dgn jasanya kpd negara; 4. stabil (keadaan), tetap (tidak berubah-ubah): keadaan tidak ~ dlm ekonomi Malaysia boleh disebabkan oleh turun naik harga getah dan bijih timah; setimbangan sesuai dgn; menyetimbangkan menjadikan setimbang (seimbang, sama berat, dll); kesetimbangan 1. perihal (keadaan) setim-bang, keseimbangan; 2. ketenteraman (fikiran, perasaan, dll), kestabilan (keadaan): ~ keadaan politik dan ekonomi; bertimbang berimbang, bertimbal: keuntungan itu ~ dgn kerugian; ~ rengka bertimbal rengka; ~ tanda bertukar tanda (ketika bertunang); ~ tunai prb men-jawab dgn tepat; bertimbang-timbang berkira-kira atau ber-fikir-fikir (tentang buruk baik sesuatu): Zainab takjub sendiri kenapa dia tidak ~ menerima sahaja segala pelawaan itu; bertimbangan 1. berimbangan, berpadanan, berpatutan, bersesuaian; 2. bersambutan, berbalas-balas, saling bertukar; ~ kata berbalas-balas kata, jawab-menjawab; ~ pandang bertukar pandang, saling ber-pandangan; ~ rasa bertimbang rasa, bersimpati; ~ tanda bertukar tanda (sbg tanda sudah bertunang); ~ taruh menyamakan taruh (taruhan); ~ terima menjalankan timbang terima (penyerahan dan penerimaan tugas dll); menimbang 1. menentukan (mengukur) berat sesuatu benda (dgn menggunakan dacing dll): pekedai itu ~ gula sebanyak yg dikehendaki pembelinya; 2. memikirkan (merenungkan) dgn teliti akan baik buruk sesuatu: janganlah awak susahkan perkara saya itu, saya boleh ~nya sendiri; ~ perkara meneliti (mengadili) perkara; 3. mengingat (akan), mengenang (akan), mengacuhkan, mengendahkan: ~ keadaan yg genting ini, tindakan harus diambil dgn tegas; tahu ~ rasa a) halus perasaan hatinya; b) ada atau menaruh belas kasihan, berlaku adil; ~ sama berat prb menghukum dgn adil; timbang-menimbang 1. memikirkan baik-baik, meneliti atau mengkaji (cadangan, masalah, dll), memikirkan berulang-ulang; 2. dgn memperhitungkan (mengingatkan) perasaan orang, menimbang rasa; menimbangkan 1. menimbang; 2. = mem-pertimbangkan memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll): kerajaan sedang ~ permintaan orang-orang yg berkehendakkan tanah; kepentingan orang lain harus juga dipertimbangkan; 3. menimbang utk; mempertimbangkan 1. memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll), menim-bangkan; 2. memberikan utk ditimbangkan, meminta utk ditimbangkan: peraduan novel itu dipertimbangkan kpd Dewan Bahasa dan Pustaka; timbangan 1. imbangan, banding, tara; ~ badan (nyawa) kekasih; ~ kira-kira keterangan yg menunjukkan imbangan antara harta dan tanggungan, kunci kira-kira; batu ~ = anak ~ batu menimbang, anak dacing; 2. alat utk menimbang (spt dacing dll); 3. hasil menimbang, (ukuran) berat: harga ditetapkan menurut berat ~ dacing; kalau alat menimbang tidak baik, ~ yg tepat tidak akan diperoleh; 4. = pertimbangan fikiran (pendapat) yg memperhitungkan buruk baik dll sesuatu: undang-undang hanyalah membuat ~ yg adil dan saksama antara hak seseorang dgn hak awam; bagaimana ~nya apa pendapatnya (nasihatnya); terserah kpd ~nya sendiri ia sendiri yg harus memikirkan dan memutuskannya; ~nya berat sebelah prb tidak adil; pertimbangan fikiran atau renungan mengenai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita; permohonan itu masih dlm ~ kerajaan masih dlm perhatian (penelitian) kerajaan; dewan ~ dewan penasihat; penimbangan 1. perihal menimbang: neraca kimia ini ialah sejenis alat penimbang yg terlalu tepat ~nya; 2. tempat menimbang barang; penimbang 1. orang yg tugasnya menimbang, tukang timbang; 2. orang yg mempertimbangkan (meneliti) perkara dll, penasihat: Tok Guru menjadi ~ dan Wan Derus menjadi ketua; 3. alat utk menimbang berat sesuatu, timbangan: selain drpd dacing digunakan juga alat ~ lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapah I | ; melapah 1. mengupas kulit dan memotong-motong binatang (kerbau, lembu, dll) yg telah disembelih: Pak Pandir pun tampillah ~ kerbau itu dgn Mak Andeh; 2. memotong (memakan) daging besar-besar: darahnya sama dicecah, dagingnya sama dilapah; hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah prb pembahagian yg sama banyak (yg adil); pelapah sesuatu (spt pisau dsb) yg digunakan utk melapah daging dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikut | 1. turut serta, turut sama, bersama-sama: kalau diundang pun dia tidak akan ~ hadir; dia tidak percaya adiknya telah ~ melakukan kejahatan itu; 2. bp dengan (kenderaan): awak nak ke sana pergi ~ apa? ~ angin = ~ arus mengikut pendapat orang ramai; ~ banyak (Eko) (bkn upah) dihitung menurut banyaknya hasil yg diperolehi; ~ masa (Eko) (bkn upah) dihitung menurut lamanya bekerja; ~ suka ikut kehendak sendiri; ~ telunjuk mengikut segala perintah orang (tidak berani membantah); ~ hati mati, ~ rasa binasa, ~ mata leta prb orang yg mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa; ~ hukum memiat daging, sakit di awak sakitlah di orang prb hendaklah berlaku adil apabila menjalankan sesuatu perintah; ikut-ikut 1. mencontohi (perbuatan orang dll), meniru; 2. turut campur; ikut-ikutan mengikut-ikut (fikiran, perbuatan, dll) orang lain, tidak mempunyai pendirian sendiri: seni lahir drpd jiwa raga sendiri dan bukan drpd ~ atau tiru-tiruan; berikut 1. berserta, beriring: kebebasan mestilah digunakan dgn berhemat-hemat dan tidak ~ dgn niat jahat; 2. yg tersebut di bawah ini, (yg) datang selepas ini, seterusnya: buku-buku yg mustahak dibeli segera adalah spt ~; sambungan cerita tersebut akan disiarkan dlm majalah ini keluaran yg ~; 3. bersama dgn: meja itu dijual ~ kerusinya; berikut-ikut berturut-turut, yg satu selepas yg lain: mereka bersaing-saing, ~ dan berdahulu kemudian; berikutan ekoran drpd, akibat drpd, kemudian dr, sesudah: ~ itu ia meneruskan pengembaraannya; rombongan itu dikirim ke mari ~ pertemuan Perdana Menteri dgn Presiden Johnson; kota itu menjadi sunyi sepi ~ mogok; mengikut 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); mengikut-ikut meniru-niru: negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yg ~ kepentingan orang lain; mengikuti 1. turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi atau ada: ia ~ aku keluar; sidang di Pulau Pinang tahun 1960 diikuti oleh sidang di KL tahun 1961; 2. turut sbg yg telah dilakukan orang, mencontohi apa yg dibuat orang sebelumnya: inilah jalan yg diikuti oleh umat Islam; 3. turut hadir (dlm pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dll): dia pernah ~ kuliah Hamka mengenai tasawuf; 4. memerhatikan (mendengarkan, membaca, melihat, dll) dgn bersungguh-sungguh: telah lama aku ~ perkembangan politik negeri ini; dgn matanya, dia ~ suaminya meninggalkan rumah; mengikutkan, memperikutkan menjadikan berikut, menyertakan, menyaingkan; memperikut ark mengejar, mengikut: orang-orang Siam itu diperikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura; terikut-ikut mengikut (sesuatu) dgn tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yg ~ dgn struktur tatabahasa lain; ikutan 1. contoh, teladan: kerajinannya bekerja menjadi ~ kpd pegawai-pegawai di pejabatnya; 2. sesuatu yg diikuti: segala perbuatan guru agama itu menjadi ~ penduduk kampung; 3. yg mengikut; pengikut 1. penganut: ~ agama Buddha tidak berapa ramai di negeri ini; 2. pengiring, peserta: beberapa orang ~nya mati tertembak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
datar | (sama) rata (bkn tanah, permukaan, nada, dll), tidak tinggi rendah; tanah ~ tanah rata (tidak berbukit-bukit); ~ bak lantai papan, licin bak dinding cermin prb keputusan yg adil; sedatar 1. sama rata: garisan-garisan lurus ~ yg selari dgn satu garisan yg sama adalah selari sama sendiri; 2. tidak mendalam (bkn pengetahuan dsb); ~ saja lurah dgn bukit prb tidak membezakan antara kaya dgn miskin; mendatar 1. (seakan-akan) rata: padang yg ~; 2. selari dgn permukaan bumi, melintang (tidak menegak atau lurus ke atas): garis ~; 3. bergerak dr satu tangga gaji ke satu tangga yg lebih tinggi dlm peringkat yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia): ada empat kaedah pergerakan gaji bagi seseorang anggota, iaitu secara melintang, menegak, ~ atau statik; mendatarkan menjadikan datar, meratakan: kawasan itu didatarkan dahulu sebelum didirikan rumah; dataran 1. kawasan (tempat, tanah) yg datar: ~ tinggi Tibet; 2. ark padang, lapangan; kedataran keadaan (sifat dsb) datar, kerataan; pendataran perihal atau perbuatan mendatarkan (meratakan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imbal I | 1. tidak tegak betul, senget ke suatu pihak, miring ke sebelah, tidak bulat betul (herot): meja itu ~ kerana kakinya tidak sama panjang; 2. ki berat sebelah, tidak adil (keputusan, hukuman, dll), tidak seimbang: keputusan pertandingan itu ~; mengimbal 1. menjadi imbal (tidak tegak betul, senget, dsb), menyenget, mengherot: tiang itu ~; 2. menjadi imbal (berat sebelah, tidak adil, dsb): pertimbangannya mulai ~; mengimbalkan 1. menjadikan imbal (tidak tegak betul, senget, dsb), menyengetkan, mengherotkan; 2. menjadikan imbal (berat sebelah, tidak adil, dsb); pengimbalan 1. perihal mengimbal atau mengimbalkan, penyengetan, pengherotan; 2. perihal menjadi(kan) berat sebelah, tidak adil dsb; pengimbal alat utk mengimbalkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
poligami | (Ant) amalan beristeri lebih drpd satu orang pd masa yg sama; berpoligami mengamalkan poligami, mempunyai lebih drpd seorang isteri pd masa yg sama: sekiranya dikhuatiri sukar berlaku adil, janganlah ~, kelak sukar hendak dijawab di akhirat nanti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpoligami | mengamalkan poligami, mempunyai lebih drpd seorang isteri pd masa yg sama: sekiranya dikhuatiri sukar berlaku adil, janganlah ~, kelak sukar hendak dijawab di akhirat nanti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempang | (témpang) 1. cacat yg tetap pd kaki (kaki pendek sebelah dll), capik, pincang: segala rakyat kecil besar, tua muda, bongkok, ~ pun sekaliannya berkampunglah; 2. tidak sama panjang (kaki kerusi, meja, dll): kerusi itu ~ kakinya; 3. = tertempang-tempang incang-incut: ketika pulang ia melihat Mahmud berjalan ~ dipapah oleh Ainon; 4. ki tidak seimbang, ada kekurangannya (cacatnya), berat sebelah, tidak adil, tidak betul (perjalanannya dll): bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan lantaran kesalahan masyarakat yg selalu ~ ini; orang ~ jangan dicacat, ingat-ingat hari belakang prb kecelakaan orang janganlah sangat dikata barangkali kita sendiri akan mengalami hal yg serupa; menempang berjalan tempang; menempangkan, menempang-nempangkan; ~ kaki berpura-pura tempang kaki; ketempangan 1. perihal (keadaan dsb) tem-pang, kecapikan, kepincangan; 2. cacat, cela; 3. hal yg tidak wajar (tidak adil dll), keadaan tidak wajar: bolehkah kita mengatasi ~ musya-warah kita serta kembali ke musyawarah yg sebenar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
neraca | 1. alat utk menimbang (yg lengannya sama panjang), sj dacing; 2. timbangan, dacing: alat yg digunakan utk mencari beratnya sesuatu benda itu dinamakan ~; ~ spring timbangan yg menggunakan spring; 3. Id catatan perbandingan wang masuk dan wang keluar (untung rugi dll) oleh sesuatu badan perniagaan dll, timbangan kira-kira; 4. perbandingan berat (kuat dll), pertimbangan: ~ kekuatan; ~ pembayaran Id perbandingan antara penerimaan dan pengeluaran wang (dlm perniagaan antarabangsa); ~ perdagangan Id perbandingan antara eksport dan import (oleh sesebuah negara); ~ palingan bungkal, hati palingan Tuhan prb fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah; ~ yg palingan, bungkal yg piawai prb perihal hakim yg adil hukumannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
unfair | 2. disproportionate, tdk sama rata, tdk adil: an ~ share of the profits, bahagian keuntungan yg tdk sama rata; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
fair coin | syiling adil | Matematik | Tiada | Syiling yang unggul, yang digunakan dalam kebarangkalian dan statistik, dan kedua-dua mukanya mempunyai kebarangkalian yang sama untuk muncul apabila syiling itu dilambung. |
just in war (jus in bello) | keadilan dalam perang | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Konsep yang berkaitan dengan penentuan tatacara peperangan yang dianggap adil. Tatacara atau senjata yang digunakan dalam peperangan sepatutnya mengakibatkan tahap kemusnahan dan kesengsaraan yang sama antara pihak yang menyerang dengan pihak yang diserang. Oleh itu, walaupun sesebuah negara melancarkan serangan balas atas dasar membela diri, tetapi negara tersebut masih lagi dianggap menggunakan tatacara serangan yang tidak adil sekiranya serangan tersebut mengakibatkan kemusnahan dan kesengsaraan yang lebih teruk berbanding kerosakan yang dialaminya akibat serangan musuhnya. Contohnya, konflik yang berterusan antara rejim Israel dengan Palestin. Dalam serangan balas Israel terhadap rakyat Palestin, kemusnahan lebih dahsyat berbanding kemusnahan yang berlaku kepada pihak Israel. |
tax equity | ekuiti cukai | Ekonomi | Tiada | Agihan yang adil terhadap beban cukai. Ekuiti cukai boleh dilihat daripada dua aspek, iaitu ekuiti cukai menegak dan ekuiti cukai mendatar. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan bebas cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan beban cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai mendatar pula, agihan beban cukai adalah sama bagi golongan yang berkemampuan yang sama walaupun punca pendapatan mereka berlainan. |
masnawi | masnawi | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional daripada puisi Parsi yang mempunyai dua misrak dalam satu bait. Kedua-dua misrak ini mestilah sama rimanya. Skema rimanya ialah aa, bb, cc, dan seumpamanya. Tiada sekatan dalam jumlah baitnya, malah ada yang mencecah 9000 hingga 80 000 bait. Tema yang diketengahkan dalam masnawi boleh berunsur sejarah, patriotik, cinta, agama, dan didaktik. Sesetengahnya menceritakan kisah pari-pari atau tema yang diilhamkan daripada falsafah tasawuf. Tokoh utama dalam genre ini ialah Jalal al-Din Rumi yang terkenal dengan karyanya Mathanavi-yi Manavi (Masnawi Kerohanian) dan Divan-i Kabir (Antologi Puisi Agung). Dalam sastera Melayu, masnawi dicipta dalam dua bait yang sama rima di hujungnya dan mengandungi suku kata yang berjumlah dari 10 hingga 14. Penulisan masnawi bertujuan memuji orang kenamaan atau sesuatu perbuatan yang baik. Contohnya, masnawi yang ditulis oleh Sasterawan Negara (SN) Arena Wati berjudul Umar (Asas Pengetahuan Puisi): Umar Umar yang adil dengan perinya Nyatal |
work motivation | motivasi kerja | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Dorongan oleh majikan terhadap pekerja untuk melaksanakan tugas serta peranan masing-masing dengan cemerlang dan sempurna. Bentuk dorongan dapat dibahagikan kepada dua cara, iaitu motivasi kerja yang positif dan negatif. Motivasi positif banyak bergantung kepada suasana kerja yang kondusif, hubungan baik yang dijalinkan oleh majikan dengan kakitangan bawahan, sistem ganjaran dan pampasan yang adil, kefahaman kakitangan terhadap kerja yang tinggi dan jelas, kebajikan dan jaminan keselamatan di tempat kerja dan sebagainya. Manakala motivasi negatif lahir daripada ketidakadilan yang berlaku di tempat kerja, misalnya upah dan gaji yang dibayar adalah tidak seimbang dengan khidmat yang diberikan, kekurangan infrastruktur, ancaman di tempat kerja, risiko kemalangan dan sebagainya. Motivasi kerja merupakan konsep penting dalam pengurusan organisasi, sama ada sektor swasta atau awam kerana boleh mempengaruhi kadar produktiviti, kualiti dan imej organisasi. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sama aseng | adil | TETAW | |
Kamus Parsi.indb ل ِ قاع )ʻālem( مـ ِ لاع )ʻālam( مـ َ لاع )ʻālī( ىلاع )ʻālī, bālā( الاب ،ىلاع )ʻebādat( تدابع )ʻabd( دبع نتشذگ ،ندرکروبع )ʻobūr kardan, goẕashtan( )ʻajale( هلجع ahli ibadah adil, saksama pencinta akibat cerdik, pandai ahli sains, saintis dunia, alam cemerlang tinggi, atas beribadah ahli ibadah lewat tergesa-gesa worshipper just lover consequent wise scientist world excellent high worship worshipper mahtāb( باتهم ،باتهام )māhī tābe( هبات ىهام )māhī( ىهام )māyeʻ( عيام )mobārak būdan( ندوب کرابم kereta bomba mesin taip mesin kira, kalkulator pemilik cukai mama, ibu, emak pegawai tinggal, baki sama, seperti bulan cahaya bulan kuali ikan cecair diberkati fire engine typewriter calculator proprietor, owner tax mama officer remain similar moon moonlight frying pan fish liquid to be blessed ندوب کرابم
|
Kamus Thai 2.indb mengadakan kawalan yang ketat di lapangan terbang pada hari ketibaan Bush. แนบ [nε:p] ว 1 (เอกสาร) melampirkan: ฉันแนบรูปถ ่ ายสองใบพร ้ อมกับจดหมายฉบับนี ้ Saya melampirkan dua keping foto ber- sama-sama surat ini. 2 melekapkan: เขา แนบหูกับผนังห ้ องเพื่อฟ ั งการพูดคุยในห ้ องข ้ าง ๆ Dia melekapkan telinga ke dinding untuk mendengar perbualan orang di bilik sebelahnya. แนบเนียน [-nian] ว
|
Kamus Thai 2.indb pergi mendaftar kan perkahwinan mereka di pejabat daerah. จดบันทึก [-bantk] ดู จด ² จดหมาย [-ma:y] น surat จดหมายลงทะเบียน [-ma:ylota- bian] น surat berdaftar จตุรัส [caturat] น segi empat sama จน¹ [con] ว miskin จนใจ [-cai] ก mati akal: ผมจนใจที่ จะหา ทางออกให ้ ป ั ญหาของคุณ Saya mati akal untuk menyelesaikan masalah ini. = จนปัญญา จ จง จน Kamus Thai 2 tiap orang mendapat bayangan yang berlainan. จิบ [ci p] ก menghirup: เจ ้ าหน ้ าที่ ระดับสูง ของกระทรวงยุติธรรมจิบน ้ ำชาร ่ วมกับรัฐมนตรี Pegawai kanan Kementerian Keadilan menghirup teh bersama-sama dengan menterinya. จิปาถะ [ci pa:ta] ว berbagai-bagai, pelbagai: ร ้ านนี้ ขายเครี่ องใช ้ ที่ จำเป็นจิปาถะ Kedai ini menjual berbagai-bagai ba rang keperluan harian. จิ้ ม |
Kamus Thai 2.indb ้ ามได ้ Nelayan-nelayan kecil merayu supaya dibenarkan menangkap ikan di kawasan larangan. ร ้ องเพลง [-ple:] ก menyanyi: พวก เขาร ่ วมกันร ้ องเพลงชาติ Mereka bersama- sama menyanyi lagu kebangsaan. ร ้ องเรียก [-ri ak] ก memanggil: เด็กคน รวย ร ้ อง Kamus Thai 2.indb 310 4/15/2008 11:12:00 AM ร 311 p] ว melisut: หลังจากเป็นโรคโปลิโอ แขนของเขาก็ลีบลง Akibat menghidap po- lio, lengannya semakin melisut. ลีลา [li:la:] น gaya: ลีลาการเขียนของ รองศาสตราจารย ์ สมปราชญ ์ เหมือนกับลีลาการเขียน ของอดีตนายกรัฐมนตรีของไทย Gaya penu- lisan Profesor Madya Somprach sama seperti gaya penulisan seorang bekas ลำพอง ลีลา Kamus Thai 2.indb 336 4/15/2008 11:12:19 AM ล 337 Perdana Menteri Thailand. ลีลาวดี [li:la:wadi:] น kemboja
|
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kesudahan yang mungkin | possible outcome | Hasil tertentu yang diperoleh apabila melakukan sesuatu uji kaji atau apabila sesuatu peristiwa berlaku. Contohnya, dalam uji kaji melambung sekeping duit syiling adil, kesudahan yang mungkin sama ada permukaan 'angka' atau permukaan 'gambar' syiling berada di sebelah atas. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama adil |
|
|