| Kata | 
    Takrif | 
    Sumber | 
   
  | ruwet | Jw ruwat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  
  | cerewet (ceréwét) | 1. banyak cakap (ada sahaja yg tidak kena), suka berleter (mencela, bersungut, dll): kalau sudah terlalu ~, tentulah anaknya keluar dr rumah itu; 2. berselok-belok dan memerlukan banyak kerja yg kecil-kecil (bkn pekerjaan dll), kalut, ruwet: orang sekarang kurang membuat lemang kerana kerjanya ~ sangat; mencereweti selalu memarahi (menegur, mencela, dll): kalau dicereweti selalu, pasti ia akan meninggalkan rumah itu; kecerewetan perihal cerewet: ~ boleh saja berpunca drpd ketidaksesuaian jadual yg disediakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  
  | sulit | 1. dirahsiakan, tersembunyi, rahsia: segala perkara yg didapati drpd penyiasatan itu dianggap sbg perkara ~; 2. tidak terangterangan, tersembunyi, gelap: pembunuhan itu terjadi dgn pertolongan secara ~ seorang menteri Jepun; 3. gelap (perkumpulan dll), haram; kumpulan ~ kumpulan penjahat (secara gelap); pasar ~ pasar haram (di sisi undang-undang); 4. jarang terdapat atau diketemui, susah dicari; perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang ditemui; 5. sukar, payah, susah: pertanyaan itu ~ utk dijawab; 6. sukar, gawat, rumit, ruwet: perkara ini menjadi bertambah ~ lagi kerana adanya dlm sastera Melayu kebiasaan menyalin atau menyadur; menyulitkan 1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan: soal wang selalu ~; 2. menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan; mempersulit menjadikan lebih sulit; kesulitan perihal sulit, kesukaran, kesusahan, kerumitan: saudara harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |  
 
				 
			 
				
					
  
    | Istilah Sumber | 
    Istilah Indonesia | 
    Istilah Brunei | 
    Istilah Malaysia | 
    Bidang | 
   
  | abstruse | ruwet | ruwet | ruwet | Kesusasteraan |  
 
				 
			 
				
					
  
    | Kata | 
    Sebutan | 
    Jawi | 
   
  | ruwet (ruwat) | [ru.wet] | رووت |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata ruwet |  
  |  
  
    
   
      
                 |