Kata |
Takrif |
Sumber |
rekaan | , reka-rekaan 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. angan-angan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reka | (réka) 1. = reka-reka ark aturan, tindakan: mengambil ~ utk menyelamatkan dirinya; 2. = rekaan (sesuatu) yg dibuat-buat (diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan: kita tumpukan perhatian kita pd sebuah keluarga Jepun rekaan kita; cerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan; 3. daya upaya (tipu muslihat), akal ikhtiar: ia seorang yg banyak ~nya; ~ letak susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pd iklan atau halaman buku, surat khabar, dll; mereka, mereka-reka 1. menyusun (memasang, mengatur, mengarang) baik-baik: perlembagaan itu telah direka oleh orang yg bijak pandai; sedikit sekali pengarang kita yg dapat ~ cerita-cerita yg bermutu tinggi; siapa tahu kalau cerita itu direka-reka; 2. mencari akal (daya, upaya, ikhtiar): sepanjang minggu, ia mereka-reka keputusan yg akan diambilnya nanti; 3. memikirkan (sesuatu), merancang, merencanakan: seorang ahli sains telah ~ sepasang jangka suhu; dia ~ jawaban yg akan diberikan esok; 4. membayangkan (dlm angan-angan), mencita-citakan: ia mereka-reka siapa yg patut menjadi suaminya; 5. menduga, mengagak-agakkan, mengira-ngirakan: tidak ada orang yg ~ bahawa ia akan terpilih sbg wakil rakyat; rekaan, reka-rekaan 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. angan-angan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan; perekaan perbuatan mereka: ~ mesingan menyebabkan perang menjadi perkara yg usang; pereka orang yg mereka (mereka-reka). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rekaan | (sesuatu) yg dibuat-buat (diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan: kita tumpukan perhatian kita pd sebuah keluarga Jepun rekaan kita; cerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rekaan | 1 sesuatu yg direka: Cerita ini ~ semata-mata. 2 hasil drpd mereka; ciptaan; buatan: bulan ~. 3 apa-apa yg difikir-fikirkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rekaan | sesuatu (spt cerita dll) yg dibuat-buat atau yg diada-adakan; karangan: cerita ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rekaan | 1 sesuatu yg direka: Cerita ini ~ semata-mata. 2 hasil drpd mereka; ciptaan; buatan: bulan ~. 3 apa-apa yg difikir-fikirkan. | Kamus Pelajar |
reka-rekaan | 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. angan-angan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khatulistiwa | garisan rekaan di keliling dunia atau dilukis atas peta yg terletak pd garis lintang 0 darjah (iaitu sama jaraknya dr kutub utara dan kutub selatan); daerah ~ daerah hawa panas (berhampiran dgn garisan khatulistiwa); ~ cakerawala bulatan rekaan yg dibentuk oleh rataan khatulistiwa dunia dgn sfera cakerawala; ~ magnet garisan khayalan di keliling bumi yg menandakan tempat-tempat jarum magnet tidak tunduk ke bawah; ~ panas (suhu) garisan yg menandakan tempat-tempat yg paling panas di muka bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cerita | 1. kisah, riwayat (mengenai sesuatu peristiwa, kejadian, dll): masing-masing termenung mendengarkan ~nya; 2. karangan atau lakonan yg mengisahkan peristiwa (kejadian dll) baik rekaan atau betul-betul terjadi: ~ dlm buku itu sangat menyedihkan; 3. ki cakap kosong, kata-kata yg tiada kebenarannya: ah, itu cuma ~ saja! ~ berbingkai cerita yg mempunyai banyak cerita lain spt hikayat Bakhtiar dll; ~ binatang cerita rekaan bkn binatang (spt cerita Sang Kancil dll); ~ jenaka a) cerita yg menggelikan hati; b) (Sas) cerita rakyat yg menggelikan hati, mis Pak Pandir dan Abu Nawas; ~ pendek cerita yg pendek (tetapi membentangkan sesuatu kisah yg lengkap), cerpen; ~ rakyat cerita rekaan yg disukai ramai pd zaman dahulu dlm sesuatu masyarakat yg diturunkan drpd generasi kpd generasi secara lisan; ~ rekaan cerita tentang sesuatu perkara yg lahir hasil drpd daya khayalan penulis atau pengarangnya, cereka; ~ tamsilan cerita kiasan yg mengandungi ajaran (biasanya binatang menjadi pelakunya); dengarkan ~ burung, anak di pangku dilepaskan prb kerana mendengarkan manis cakap orang, pekerjaan sendiri disiasiakan; bercerita mengisahkan sesuatu cerita, bercakap, berbual: mereka asyik ~ tentang hal-hal yg aku tidak mengerti; ~ panjang ki menyatakan isi hati; menceritai bercerita kpd: aku diceritai mamak perkara itu; menceritakan 1. mengisahkan sesuatu kpd: demikianlah diceritakan oleh yg empunya cerita; 2. mengkhabarkan (memberitahukan, mengatakan, dll) sesuatu: saya takut hendak ~ rahsia itu kepadanya; ceritaan Jk cerita; penceritaan perihal menceritakan: cara ~ dan pengutaraan wataknya agak istimewa; pencerita orang yg bercerita: akulah ~, pelakon, dan pengarah sandiwara itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reka | /réka/ 1 = rekaan sesuatu (spt cerita dll) yg dibuat-buat atau yg diada-adakan; karangan: cerita ~. 2 daya upaya; tipu muslihat; akal ikhtiar: Dia itu banyak ~nya. mereka 1 menyusun (mengatur, mengarang) baik-baik: Tidak banyak pengarang yg pandai ~ cerita yg menaikkan semangat. 2 memikir-mikirkan sesuatu; membayangkan dlm fikiran; mencari akal; mencari ikhtiar: Dia ~-reka perkara yg akan dilakukannya utk hidup berdikari. 3 memikir-mikirkan dan mencipta sesuatu: Thomas Elva Edison yg mula-mula ~ lampu elektrik. rekaan 1 sesuatu yg direka: Cerita ini ~ semata-mata. 2 hasil drpd mereka; ciptaan; buatan: bulan ~. 3 apa-apa yg difikir-fikirkan. perekaan perbuatan atau hal mereka (sesuatu). pereka orang yg mereka: ~ kapal terbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
calamitous | adj /membawa, menimbulkan/ /bencana, malapetaka/, membencanakan: potentially ~ inventions such as nuclear weapons, rekaan-rekaan spt senjata-senjata nuklear yg berkemungkinan menimbulkan bencana. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fictitious | adj 1. imaginary, not real, rekaan: ~ characters in the novel, watak-watak rekaan dlm novel; 2. assumed, false, palsu: a ~ name, nama palsu; to give a ~ address, memberikan alamat palsu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fiction | n 1. st invented, rekaan: his account of the incident is pure ~, penjelasannya ttg kejadian itu ialah rekaan semata-mata; 2. fictitious literature, cereka, fiksyen. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
invent | n 1. new creation, ciptaan, rekaan: the vacuum cleaner was a useful ~, pembersih vakum ialah ciptaan yg amat berguna; 2. st made up, rekaan: the story is pure ~; dont believe a word of it!, cerita itu rekaannya semata-mata; jangan percaya sepatah pun kata-katanya!; 3. act of inventing, penciptaan, terciptanya, mencipta, merekacipta, mereka: the ~ of the motor car revolutionized transport, penciptaan kereta telah merevolusikan pengangkutan; a gadget of his own ~, alat yg diciptanya sendiri; 4. talent for inventing things, daya cipta. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fabricated | adj concocted, dongeng, rekaan: a ~ account, kisah dongeng. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fashion plate | n 1. gambar rekaan fesyen; 2. (fig.) pengikut fesyen. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
imaginary | adj 1. a. existing only in sos mind, perasaan sso sahaja: most of his ills are ~, sebahagian besar penyakitnya cuma perasaannya sahaja; b. fictitious, rekaan, direka-reka sso: a novel set in an ~ country, novel yg berlatarkan negeri rekaan; the child had an ~ playmate, anak itu mempunyai teman bermain yg direka-rekanya; c. formed, ascribed outside the evidence of reality, khayalan: an ~ line, garis khayalan; 2. (math) hayalan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
interplay | n (interaction) saling mempengaruhi; (of words, colours, lights, etc) mainan: an ~ of fact and fiction, kenyataan dan rekaan yg saling mempengaruhi; he watched the ~ of colours on the lake, dia memperhatikan mainan warna di tasik itu; an ~ of words, mainan kata-kata. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fabrication | n 1. act, process of fabricating, a. (bridge, building, etc) memasang siap; b. (story, statement, etc), (perbuatan) /mengada-adakan, mereka(-reka)/ : the ~ of evidence, perbuatan mengada-adakan keterangan; c. (document) pemalsuan: the ~ of travel documents, pemalsuan dokumen-dokumen perjalanan; 2. a. concoction, sst yg /diada-adakan, direka/, rekaan, dongeng: stories that can be dismissed as ~s, cerita-cerita yg dapat dianggap sbg rekaan semata-mata; b. forgery, (sst yg) palsu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
interweave | vt weave together, menjalinkan; (peoples lives) saling berjalin: to ~ pandanus straw of various colours, menjalinkan jalur-jalur mengkuang yg berbagai-bagai warna; the author interwove reality with fiction in his novel, pengarang itu menjalinkan kehidupan nyata dgn rekaan dlm novelnya; their lives seemed to be ~d, kehidupan mereka nampaknya saling berjalin. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
design weight | berat rekaan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Berat kenderaan yang direka dan disesuaikan untuk proses rekaan agar prestasi pada berat ini berada pada tahap optimum. Contoh berat rekaan untuk kereta dengan lima tempat duduk ialah berat kosong ditambah dua penumpang (seorang pemandu dan seorang penumpang), kargo seberat 14 kilogram (7kg x 2 penumpang) ditambah berat tangki minyak penuh. |
invention | rekaan | Kesusasteraan | Tiada | Rekaan: Daya kreatif yang asli dari segi pemikiran, stail/gaya, diksi, imajan atau plot. |
fictive kin | kerabat rekaan | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
customized assessment | pentaksiran rekaan khusus | Pendidikan | Tiada | Pentaksiran yang direka bentuk khusus untuk sesebuah sekolah atau daerah yang menunjukkan objektif atau hasil pembelajaran yang perlu ditaksir. |
fictitious asset | aset rekaan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
dystopia | distopia | Kesusasteraan | Tiada | Dunia rekaan akan datang dalam fiksyen atau satira yang mencemaskan dan tidak menyenangkan pembaca. Contoh dunia distopia ditemui dalam karya bentuk fiksyen sains dan satira moden. Contohnya dalam The Time Machine (1895) oleh H.G. Wells dan Nineteen Eighty-Four (1949) oleh George Orwell. Lihat juga antiutopia. |
fiction | fiksyen | Kesusasteraan | Tiada | Cerita rekaan yang dihasilkan berdasarkan imaginasi pengarang tentang manusia dan kehidupan. |
putative author | pengarang anggapan | Kesusasteraan | Tiada | Pengarang rekaan yang dianggap sebenar dalam sebuah karya, iaitu dengan membina watak dalam karya yang dianggap sebagai pengarang buku. |
assembler | penghimpun | Fizik | Nanoteknologi | Mesin yang masih pada peringkat rekaan yang dapat menyusun individu atom atau molekul bagi menghasilkan suatu peranti nano. Contohnya, penghimpun swareplikasi yang dapat diprogramkan untuk menyalin dirinya sendiri apabila dibekalkan bahan mentah dan tenaga. Alat ini penting dalam bidang perubatan dan bioteknologi seperti dalam kejuruteraan genetik, di samping berpotensi dalam bidang elektronik yang lain. |
Chippendale furniture | perabot Chippendale | Kesenian | Hiasan Dalaman | Perabot hasil rekaan pereka Inggeris bernama Thomas Chippendale (1718 - 1779). |
Kamus Sains.indb dengan hasil darab keamatan medan elektrik dengan cas yang berada dalam medan tersebut. Arah vektor sama dengan me- dan sekiranya cas positif dan sebaliknya. (FIZ) electric image (imej elektrik) Cas rekaan yang digunakan untuk mendapatkan medan elektrik yang dihasil- kan oleh cas elektrik tetap berhampiran dengan suatu pengkonduksi. Pengkon- duksi tersebut mempunyai agihan cas permukaan teraruh yang boleh diganti dengan satu atau lebih cas rekaan. (FIZ) electric monopole (ekakutub elektrik) Agihan cas elektrik yang tertumpu pada satu titik atau bersimetri secara sfera. (FIZ) electric multipole (multikutub elektrik) Satu daripada beberapa siri jenis taburan cas statik
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
rekaan | [ré.ka.an] | ريکاءن |
reka-rekaan | [ré.ka.ré.ka.an] | ريک - ريکاءن |
|
|