Kata |
Takrif |
Sumber |
menyerlahkan | 1 menjadikan kelihatan nyata (cantik, berseri dll): Dgn mematuhi petua-petua kecantikan itu, anda akan ~ kecantikan semula jadi anda. 2 menjadikan cemerlang: Cara Latihan itu akan ~ bakat yg ada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serlah | ; menyerlah 1 menjadi nyata dan bercahaya (berseri dsb): Lampu yg berwarna-warni ~ menerangi bandar raya Kuala Lumpur. Kecantikannya ~ pd malam itu. 2 (sangat) cemerlang dan menonjol: Bakatnya ~ dlm pertandingan itu. menyerlahkan 1 menjadikan kelihatan nyata (cantik, berseri dll): Dgn mematuhi petua-petua kecantikan itu, anda akan ~ kecantikan semula jadi anda. 2 menjadikan cemerlang: Cara Latihan itu akan ~ bakat yg ada. terserlah 1 kelihatan berseri (bkn kecantikan dll); kelihatan nyata bercahaya (bkn bulan dll): Kecantikannya ~ selepas disolek oleh mak andam. 2 kelihatan cemerlang dan menonjol (bkn bakat dll): Kebolehannya ~ dlm persembahan yg menarik itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
petua | nasihat, petunjuk, atau panduan yg berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yg berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dgn berkesan: ~ awet muda; betapa banyak ~ dukun kuturuti; berpetua memberi petua (nasihat): pandai pula engkau ~, pandir; dipetuakan 1. digunakan sbg petua; 2. dianjurkan, dinasihatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
petua | nasihat atau tunjuk ajar yg diberikan oleh seseorang mengenai sesuatu perkara; nasihat yg dijadikan panduan: Apabila kamu hendak melintas di jalan raya, ikutlah ~ latihan melintas ini. berpetua memberikan petua (nasihat, tunjuk ajar). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
petua | nasihat atau tunjuk ajar yg diberikan oleh seseorang mengenai sesuatu perkara; nasihat yg dijadikan panduan: Apabila kamu hendak melintas di jalan raya ikutlah ~ latihan melintas ini. berpetua memberikan petua (nasihat, tunjuk ajar). | Kamus Pelajar |
berpetua | memberikan petua (nasihat, tunjuk ajar). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpetua | memberi petua (nasihat): pandai pula engkau ~, pandir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpetua | memberikan petua (nasihat, tunjuk ajar). | Kamus Pelajar |
pitawat | Mn ark nasihat, petua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dipetuakan | 1. digunakan sbg petua; 2. dianjurkan, dinasihatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hint | n 1. indirect indication, bayangan: can you give me some ~s as to who will be appointed?, bolehkah saudara memberi saya sedikit bayangan ttg siapa yg akan dilantik?; /drop, let fall/ a ~, membayangkan sst; take a ~, mengerti apa yg dibayangkan; 2. useful advice, petua: helpful ~s, petua-petua yg berguna; 3. small sign, tanda, alamat: a ~ of spring in the air, ada tanda musim bunga akan tiba; 4. barely perceptible amount, sedikit: a ~ of garlic, sedikit rasa bawang putih; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
firewall | tembok api | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian atau perkakasan yang digunakan untuk mengawal capaian keluar dan masuk ke prasarana pengkomputeran organisasi berasaskan dasar keselamatan. Perisian atau perkakasan ini mempunyai petua yang mengandungi senarai capaian seperti hos, alamat IP, nombor port, ID pengguna, dan proses yang dibenarkan untuk menggunakan prasarana komputer tersebut. Percubaan mencapai dengan cara lain akan terhalang. Antara jenis tembok api ialah penapis paket, proksi aplikasi dan tembok api peribadi. |
trusted computing base (TCB) | asas pengkomputan terpercaya (TCB) | Teknologi Maklumat | Tiada | Aras sistem komputer yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar keselamatan. Asas ini terdiri daripada semua perkakasan, perisian, sistem pengendalian, prosedur, petua dan amalan yang diguna pakai dalam persekitaran sistem komputer berkenaan. Setiap unsur ini diyakini akan sentiasa berjaya melaksanakan fungsinya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh menggugat integriti dasar keselamatan yang ingin ditegakkan kerana unsur berkenaan merupakan titik kegoyahan keselamatan sistem. Oleh itu, unsur sistem tersebut perlu dinilai dan diperkukuh supaya kegagalan satu atau lebih unsur tidak menggugat dasar keselamatan sistem secara keseluruhan. |
false positive | positif palsu | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Ralat pengkelasan semasa pengesanan atau pengecaman oleh proses seperti sistem pengesanan pencerobohan. Ralat ini merupakan suatu keadaan sah, iaitu positif yang diperoleh akibat daripada ketidakjituan petua untuk dirujuk oleh proses tersebut. Keadaan tersebut sebenarnya adalah tidak sah, iaitu negatif. |
orthodoxy | faham ortodoks | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang masih tertutup serta dipengaruhi oleh mistik dan ghaib. Fahaman ini tidak meletakkan penjelasan saintifik sebagai asas perbincangan sebaliknya berpegang kepada kepercayaan yang lampau dan kolot. Fahaman ini banyak dipengaruhi oleh tradisi, kepercayaan karut, petua generasi tua, pandangan bomoh dan tukang tilik serta adat yang sudah lapuk. Pemikiran ini berkembang di seluruh dunia sebelum idea moden muncul termasuklah di Eropah sebelum abad pertengahan atau Zaman Renaissance. Fahaman kuno masih wujud dan diamalkan oleh sebilangan masyarakat khususnya di negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Kepercayaan tradisi ini banyak mempengaruhi politik masyarakat seperti mempercayai seseorang mempunyai kuasa tertentu sehingga menjadikan keturunannya sebagai pemerintah. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
petuak II | petua: ~ a dana petua orang dahulu; ~ dukun petua dukun; ~ menahan ujud petua awet muda; ~ a nyat-nyat petua orang tua-tua; ~ memurah rejeki petua memurahkan rezeki; | Melanau Mukah | |
petua | patuak. | kedayan | |
Kamus Sains.indb vektor bagi objek yang membuat gerakan putaran. Antara kuantiti itu ialah sesaran sudut, halaju sudut dan pecutan sudut yang arahnya selari atau berlawanan dengan paksi putaran yang ditentukan meng- ikut petua tangan kanan. (FIZ) axisymmetric flow (aliran simetri sepaksi) Aliran yang garis alirnya terletak di satah meridian yang melalui suatu garis lurus (paksi). (HID) axon shuffling (campur aduk akson) Pembentukan gen ikan yang hidup dalam air sejuk cenderung mempunyai ruas tulang belakang yang sedikit berbanding spesies ikan yang sama yang hidup dalam air yang lebih panas. (BIO) Jordan-Wigner commutation rule (petua tukar tertib Jordan-Wigner) Petua yang diperoleh dengan menggantikan penukar tertib pengoperasi pen- ciptaan dan pemusnahan dengan antitukar tertib. (FIZ) Joule experiment (uji kaji Joule) Uji kaji yang membuktikan bahawa
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd base (TCB); Br. asas komputer dipercaya (TCB); Id. basis komputasi terpercaya) Asas sistem komputer yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar keselamatan. Asas ini terdiri daripada semua perkakasan, perisian, sistem pengendalian, prosedur, petua dan amalan yang diguna pakai dalam persekitaran sistem komputer berkenaan. Setiap unsur ini diyakini akan sentiasa berjaya melaksanakan fungsinya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh menggugat integriti dasar minimum yang perlu dimiliki oleh suatu sistem maklumat terautomasi untuk mencapai tahap keselamatan yang mencukupi. dasar keselamatan (Ig. security policy; Br. polisi keselamatan; Id. kebijakan keamanan; kebijakan sekuritas) Set peraturan, petua, arahan, dan amalan mengenai penggunaan prasarana sistem maklumat dalam suatu organisasi. Set peraturan ini meliputi cara suatu organisasi perlu mengurus, melindungi dan mengagihkan maklumat sensitif. dasar keselamatan berasaskan peraturan (Ig
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
petua | [pe.tua] | ڤتوا |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
petua genggaman tangan kanan | right hand grip rule | Panduan yang digunakan untuk menentukan arah medan magnet mengelilingi konduktor atau bahan yang mengalirkan arus elektrik. Apabila seseorang memegang wayar dengan menggunakan tangan kanan, ibu jarinya akan menunjukkan arah aliran arus, manakala jari yang lain menunjukkan arah medan magnet. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
petua indeks sifar | zero index rule | Pernyataan bahawa sebarang nombor yang bukan sifar, yang mempunyai kuasa sifar adalah bersamaan dengan 1. Contohnya, 50 = 1. | Menengah Atas |
janjang | progression | Jujukan nombor yang mengikut petua matematik. Contohnya, janjang aritmetik: 2, 4, 6, 8, , janjang geometri: 5, 10, 20, 40, | Menengah Atas |
hukum poligon | polygon law | Hukum poligon memberi petua bagi penambahan vektor. Lihat rajah | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata petua |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tak panjat limau manis, Kita tebang batang tebu; Jika tak dapat yang hitam manis, Kita buanglah petua guru.
Lihat selanjutnya... |
|