Kata |
Takrif |
Sumber |
persembahan | 1 apa-apa yg disembahkan; pemberian kpd raja-raja. 2 sesuatu yg dipersembahkan kpd umum: ~ drama Tamu Bukit Kenny sangat memuaskan hati para penonton. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persembahan | 1. hadiah (kpd raja, orang-orang yg lebih tinggi martabatnya): segala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dgn persembahannya; 2. sesuatu yg dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dll): ~ lakonan yg diselingi lagu-lagu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persembahan | 2 sesuatu yg dipersembahkan kpd umum: ~ drama Tamu Bukit Kenny sangat memuaskan hati para penonton. | Kamus Pelajar |
persembahan | 1 apa-apa yg disembahkan; pemberian kpd raja-raja. | Kamus Pelajar |
raptai | persembahan percubaan atau latihan besar-besaran sebelum persembahan atau pertunjukan sebenar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pratonton | tayangan filem, persembahan teater dsb yg dikhususkan utk wartawan, pengkritik dsb sebelum tayangan atau persembahan secara rasminya utk orang ramai. mempratontonkan menayangkan filem, mempersembahkan teater dsb terlebih dahulu kpd wartawan, pengkritik dsb sebelum secara rasminya dipersembahkan kpd orang ramai: Filem itu akan dipratontonkan kpd para wartawan sebelum ditayangkan kpd orang ramai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kabaret | (kabarét) 1. persembahan hiburan spt muzik, nyanyian, tarian, dsb) di kelab malam atau restoran; 2. kelab malam atau restoran yg menyediakan persembahan hiburan spt nyanyian, tari-menari, muzik, dsb: Henry yg baru belajar berdansa akan pergi ke ~ utk mencuba-cuba kebolehannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
format | 1 bentuk, rupa dan ukuran (saiz) sesebuah buku, akhbar dsb. 2 gaya atau susunan persembahan sesuatu rancangan penerbitan, mis siri televisyen. 3 gaya persembahan sesuatu rencana, tugasan dsb. 4 ist susun atur data atau atur cara komputer. memformatkan membuat atau mengurus sesuatu supaya mengikut format: Dia ~ karangannya mengikut sebagaimana yg dikehendaki. pemformatan perbuatan atau proses memformatkan: Dia membuat kerja penterjemahan dan ~ dokumen. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
koreografi | (koréografi) 1. penciptaan (seni mencipta) gerak-geri tarian (biasanya tarian balet atau tarian utk persembahan di pentas); 2. seni tari (biasanya tarian balet atau tarian utk persembahan di pentas). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapisan persembahan(presentation layer) | Lapisan keenam model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini memberikan beberapa perkhidmatan yang boleh dipilih oleh lapisan penggunaan untuk membolehkan lapisan tersebut memahami data yang dipindahkan. Perkhidmatan dalam lapisan ini termasuk pengurusan pertukaran data input, paparan dan kawalan data berstruktur. Lapisan ini merupakan lapisan yang penting kerana ia membolehkan terminal dan perkakasan komputer yang berlainan saling berhubung. | Kamus Komputer |
Kata |
Takrif |
Sumber |
daredevil | adj nekad: ~ acts, persembahan yg nekad; a ~ attitude towards life, sikap nekad thdp kehidupan; a ~ fellow, seorang yg nekad; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
entrancing | adj mempesonakan:an ~ performance, persembahan yg mempesonakan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
boring | adj membosankan: a ~ performance, persembahan yg membosankan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
breath-taking | adj menakjubkan: a ~ performance, persembahan yg menakjubkan; a ~ view, pemandangan yg menakjubkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
first-rate | adj very good, sangat baik: a ~ performance, persembahan yg sangat baik; the service here is ~, layanan di sini sangat baik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
creditable | adj deserving praise, /dapat, patut/ dipuji: a ~ performance, persembahan yg patut dipuji; ~ effort, usaha yg patut dipuji. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
captivated | adj tertawan: to perform before a ~ audience, membuat persembahan di hadapan para penonton yg tertawan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
entertaining | adj menghiburkan:he gave a very ~ performance, dia membuat persembahan yg sangat menghiburkan; an ~ film, filem yg menghiburkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
awe-inspiring | adj mengagumkan /membangkitkan, menimbulkan/ rasa kagum: an ~ performance, persembahan yg mengagumkan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gig 2 | n (colloq) jazz or pop music performance, persembahan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
off-broadway | off-broadway | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan teater di auditorium yang terletak di luar kawasan Broadway, New York. Persembahan teater ini memaparkan karya baharu dan eksperimental. Kos persembahannya rendah dan biasanya tidak mempunyai jumlah penonton yang ramai. Persembahan teater Off-Broadway muncul sebagai reaksi kepada peningkatan kos persembahan di Broadway dan kekurangan panggung persembahan. Persembahan ini merosot selepas tahun 1930-an, tetapi kembali aktif ketika Perang Dunia Kedua. Pada masa ini, pementasan Off-Broadway merupakan salah satu kegiatan teater yang penting di Amerika Syarikat. |
tableau | tablo | Kesusasteraan | Tiada | Formasi tertentu yang dibentuk secara berkumpulan, terutamanya dalam drama dan tarian. Tablo membawa makna tertentu, iaitu menggambarkan detik sejarah, pertarungan, atau kesengsaraan. Formasi tablo bermula secara statik, kemudian pelakon bergerak membentuk formasi lain yang secara kolektif akan menyampaikan tema bagi keseluruhan persembahan. Persembahan tablo biasanya dijadikan selingan terutamanya pada setiap akhir adegan dalam sesebuah drama. |
satyr play | drama satir | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang dipersembahkan untuk menyindir golongan tertentu. Drama ini bersifat bodoh, jengkel dan mengandungi unsur lawak. Persembahan drama satir merupakan bahagian terakhir daripada kumpulan empat persembahan yang terdiri daripada tiga persembahan drama tragedi dan sebuah drama satir. Persembahan satir mempersendakan golongan yang mungkin juga protagonis dalam tiga persembahan drama tragedi sebelumnya. Persembahan drama ini diiringi oleh sekumpulan korus satir, iaitu makhluk separuh manusia dan separuh kampung. Contoh drama satir yang masih wujud ialah Cyclops oleh Euripides. Satir tidak ada kaitan dengan satira. |
curtain raiser | pembuka tirai | Kesusasteraan | Tiada | Pertunjukan sebelum memulakan sesebuah persembahan. Pertunjukan biasanya terdapat dalam persembahan drama dan teater. Pembuka tirai biasanya dalam bentuk selingan muzik atau sebuah sketsa (persembahan pendek) yang bertujuan untuk menghiburkan khalayak sebelum pementasan utama bermula. Contohnya, lagu-lagu selingan dalam persembahan wayang kulit, lagu buka tirai dalam bangsawan, dan overture dalam opera. |
improvisation | improvisasi | Kesusasteraan | Tiada | Perlakuan secara spontan oleh seseorang pelakon dalam sesuatu seni persembahan. Contohnya dalam persembahan drama, jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka, pelakon harus tahu menanganinya secara improvisasi, iaitu melakukan gerak, aksi atau ucap yang boleh memberikan reaksi sewajarnya terhadap kejadian yang tidak dijangka itu. Improvisasi berasal daripada perkataan Latin improvisus yang bermaksud tanpa persediaan. |
masque | masque | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan hiburan di istana yang mengagumkan. Persembahan ini menggabungkan drama, puisi, muzik, nyanyian, tarian dan kostum serta peralatan mewah dan hebat. Pelakonnya terdiri dariapda golongan bangsawan yang memakai topeng sebagai watak mitos dan melakonkan sebuah kisah yang bersifat alegori. Persembahan berakhir apabila para pelakon membuka topeng masing-masing sambil menari dengan penonton. Hiburan ini bermula di itali pada zaman Renaissance dan berkembang maju di england ketika pemerintahan Elizabeth, James dan Charles I. Antara penulis masque ialah Ben Johnson yang menulis The Maswue of Blackness dan The Masque of Queens. |
dramatic irony | ironi dramatik | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan atau situasi dalam persembahan (drama, teater) yang diketahui oleh penulis atau penonton, tetapi watak-watak yang menjayakan persembahan itu mungkin tidak mengetahuinya. Persembahan menggunakan kaedah plot yang membolehkan penonton mengetahui lebih banyak tentang situasi sesuatu watak berbanding apa yang disedari oleh watak itu sendiri. Watak bertindak bertentangan dengan apa yang sewajarnya, aksinya memberikan makna yang berlainan kepada penonton. Ramalan boleh meningkatkan kesan ironi dramatik. Contohnya, dalam drama Oedipus Rex, Oedipus mendesak agar mencari pembunuh Creon, tetapi sebenarnya dialah pembunuhnya. Oedipus dapat melihat dengan jelas ketika buta, tetapi semasa celik, dia sebenarnya buta. Lihat juga ironi. |
mime | mimos | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk persembahan bisu dalam drama atau teater yang menggunakan gerak tubuh dan gerak isyarat semata-mata bagi menyampaikan makna dan cerita. Oleh itu, persembahan bisu bukanlah suatu karya sastera bertulis. Persembahan ini bermula di Sisicy dan selatan Itali, dan merupakan suatu bentuk hiburan yang popular pada abad pertengahan. Kemudian, pengaruhnya berkembang di Eropah sehingga mimos menjadi sebahagian daripada tradisi drama Eropah. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani mimos bermaksud pelakon atau pengajuk. Mimos dikenali juga sebagai kialan. |
truthful presentation | persembahan jujur | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Maklumat keberkesanan produk kosmetik yang betul, tepat dan dipercayai tepat berasaskan bukti terkini serta boleh diterima umum. Persembahan jujur dipamerkan atau dinyatakan dalam bentuk iklan, label atau sisip pada bungkusan dan risalah. Pemegang pemberitahuan kosmetik harus mematuhi persembahan jujur yang ditetapkan dalam Garis Panduan Kawalan Kosmetik di Malaysia. |
opera | opera | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk persembahan teater atau drama yang merangkumi unsur-unsur muzik, tarian dan dialog yang berasal daripada tragedi yang didikirkan. Persembahan teater ini merupakan suatu percubaan untuk menghidupkan kembali tragedi Yunani klasikal yang amat berpengaruh. Perkembangannya juga didorong oleh bentuk persembahan masque. Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-17, opera merupakan hiburan khas istana dan akademik (pusat pengajian tinggi). Pada tahun 1637, pelancaran dan perasmian Opera House di Venice membuka opera kepada tontonan orang ramai. Opera kemudian berkembang di seluruh Eropah dengan sumbangan Richard Wagner (1813-1883) di Jerman. Opera pada masa kini menjadi salah satu bentuk teater utama di Barat dan kepentingannya dibuktikan dengan kewujudan karya besar oleh komposer seperti Mozart, Puccini, Monteverdi dan sebagainya. Antara contoh opera ialah Aida, Madam Butterfly, Don Giovani, Dan Carlos dan Faust. Lihat juga masque. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
berusat Kd Rn | bekas tempat meletakkan bahan-bahan persembahan untuk bambarayon, diperbuat daripada bambu. | Berusat yang menjadi bekas tempat meletakkan bahan-bahan persembahan untuk `bambarayon' itu akan didirikan di tengah-tengah sawah atau ladang. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rolun Kd, Tb | replika perahu yang dibuat untuk upacara persembahan semangat dan lain-lain. | Jali mengangguk terus, memikirkan apakah dirinya yang akan dihanyutkan? Dia tersengih memerhatikan tentagas menghiasi rolun atau rakit, dengan perca-perca kain dan berbagai-bagai jenis bunga di atas rolun itu. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
manggul Ib | upacara ketika mula membersihkan tanah untuk pertanian dengan cara membuat persembahan untuk dewa dan roh yang menjaga tanah itu. | Mereka semua disuruh berhuma di satu kawasan. Sebelum membersihkan kawasan huma itu satu upacara Manggul diadakan. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
walai goronai Tb | rumah kecil yang dibina untuk digunakan sebagai tempat penyediaan barang persembahan kepada makhluk halus. | Ugang akur. Kerja begitu, sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kampungnya. Kelengkapan sudah siap dalam satu talam. Kemudian diletakkan di atas walai goronai. | Bagai Camar Di Lautan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pitulak Bj, Sl | sejenis perahu kecil yg diisikan dengan makanan dan ditolak ke laut sebagai persembahan tolak bala. | Masyarakat kampung sudah berkumpul membantu dukun menyiapkan lepa Pitulak itu. Mereka sepakat mengatakan di kampung itu sedang dilanda hantu laut. | Pitulak | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
madsuwau Kd Pr | upacara untuk memuja semangat tajau (tempayan). | Upacara ini dimulakan sama seperti pada upacara madsuwau, iaitu dengan mengadakan persembahan seperti beras di dalam sebuah talam yang dibentuk seperti busut, di atas dan di lereng busut beras itu diletakkan sebuah gelas yang berisi sedikit minyak kelapa dan beberapa biji pinang muda. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sumaranun Ir | sejenis tarian yang ditarikan dalam majlis perkahwinan. | Pada umumnya, suku Irranun yang mewarisi Tarian Sumaranun ini menarikan tarian tersebut secara berpasangan dan melalui persembahan inilah suku berkenaan menemui jodoh dan atas sebab itulah ianya juga dinamakan sebagai tarian perpaduan. | Situbau sambut pengantin lelaki | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mengigol Kd Lt | sejenis tarian suku kaum Dusun dalam upacara memuja semangat padi. | Hei, berapa kali harus aku katakan kepada kamu? herdik Lumbai dengan bengis. "Aku sedang membaca mantera sambil menari mengigol untuk memanggil semangat supaya menerima persembahan kita. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
jerunai, *jerunei* Ml | tiang untuk menyimpan mayat keluarga pembesar masa dulu. | Ini adalah adat raja dan adat orang yang mempunyai hamba abdi tatkala itu apabila mereka hendak mendirikan rumah atau mendirikan tiang 'jerunai'. Kononnya itu adalah sebagai persembahan kepada hantu penunggu tempat itu. | Maharaja Tugau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
damun Ib | hutan sekunder kawasan tanah yang ditanam semula untuk berhuma (bukit). | Tanah yang ada ini, awak jaga baik-baik. Ini saja yang dapat ayah tinggalkan untuk awak. Ayah tidak, tidak sempat dan tidak mampu lagi untuk membuka damun baru. Menganyam Kedukaan Glosari Leksikal Bahasa Sukuan 262 danan Ib sejenis rotan yang batangnya besar. Aku umpama rotan wi disambungi tali. Umpama rotan biasa disambungi rotan danan. Umpama akar tengang disambungi pokok tulang. Umpama daun lemba disambung benang ira. Novel Satangkai Glosari Leksikal Bahasa Sukuan 263 dapu Kd tajau. Di sekeliling lereng busut beras itu akan ditaburi dengan hugus omuhok" atau pinang muda - ini juga merupakan persembahan kepada semangat dapu atau tajau itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb titik lampu motor. (KEJ) output data (data output) Data yang keluar dari liang output atau pangkal saluran penghantaran suatu sistem. (KOM) output unit (unit output) Bahagian sistem yang bertanggungjawab mengelolakan persembahan data atau maklumat yang telah diproses ke dalam bentuk yang sesuai untuk peng- guna atau sistem yang seterusnya. (KOM) over discharge (nyahcas lebih) Berkaitan dengan bateri storan yang mengalami nyahcas
|
Kamus Thai 2.indb air su ngai ini melimpahi tebing. ล ้ นหลาม [-la:m] ว melimpah-limpah: วัยรุ ่ นมาชมการแสดงนั ้ นอย ่ างล ้ นหลาม Rema ja melimpah-limpah datang menon- ton persembahan itu. ลบ [lop] ก 1 memadamkan: นักเรียนลบ คำผิดด ้ วยยางลบ Murid itu memadamkan tulisan yang salah dengan getah pema dam. 2 tolak: สี่ ลบสองเหลือสอง Empat to- lak dua tinggal dua cabuk แสก [sε:k] น belah: เขาชอบหวีผมแสกกลาง Dia suka menyikat rambut belah tengah. แสง [sε:] น cahaya: แสงไฟทำให ้ เวทีการ แสดงนั้ นสว ่ างไสว Cahaya lampu menerangi pentas persembahan itu = แสงสว ่ าง แสงเงินแสงทอง [-n-t:] น fajar: เมื่ อแสงเงินแสงทองปรากฏชาวประมงก ็ ถึง ชายหาด Nelayan tiba di pantai ketika fajar menyinsing. แสงแดด [dε:t] น cahaya matahari: ในเวลาเช
|
Kamus Thai 2.indb ั นยิมนาสติกเขาทำได ้ 10 คะแนนเต็ม Dia mencatat markah sempurna 10 dalam acara gimnastik. คะแนนเต็ม [-tem] น markah penuh: อมรเทพได ้ คะแนนเต็มในการแข ่ งข ั นยิมนาสติก Amornthep mendapat markah penuh dalam persembahan gimnastik. คะแนนรวม [-ruam] น markah kese luruhan: แม ้ ว ่ าเขาจะได ้ คะแนนสูงในรอบแรก แต ่ คะแนนรวมของเขาย ั งน ้ อยอยู ่ Walaupun pada pusingan pertama dia mendapat markah yang ยก ่ อนมีง ้ าวเป็นอาวุธ Tentera pada zaman dahulu bersenjatakan pedang berhulu panjang. งิ้ ว [i u] น opera cina: ได ้ มีการจ ั ดแสดงงิ้ ว ในว ั นตรุษจีน Persembahan opera cina di- adakan pada Tahun Baru Cina. งีบ [i :p] ก terlayang: เพราะความเหนื่ อยอ ่ อน เขาจึงงีบไปช ั ่วขณะ Oleh sebab keletihan dia pun terlayang. งุนงง [uno] ดู |
Kamus Thai 2.indb masih gelap untuk menyelesaikan masalah sosial. มืดฟ ้ ามัวดิน [-fa:muadin] ว menye mut, meremut: ผู ้ ชมมืดฟ ้ ามัวดินที่ สนามกีฬา เพื่ อชมการแสดงของซีตี Para penonton menyemut di stadium untuk menonton persembahan Siti. มืดมน [-mon] ว gelap gelita, gelap gulita: บ ้ านของเขามืดมนเพราะไฟฟ ้ าดับ Rumahnya gelap gelita kerana putus bekalan elektrik. มืดมัว [-mua] ว suram: สภาพอากาศที่ ช ่ อง แคบมะละกามืดมัวเพราะถูกปกคลุมด้ วยหมอก
|
Kamus Thai 2.indb ก 1 memakai pakaian: นักแสดงกำลังแต ่ งตัวอยู ่ หลังเวที Para pela kon sedang memakai pakaian di be lakang pentas. 2 berpakaian: ในการ แสดงนั้ นบรรดานักแสดงแต ่ งตัวด ้ วยชุดพื้ นเมือง Dalam persembahan itu para pelakon berpakaian tradisional. แต ่ งหน ้ า [-na:] ก 1 (เสริมสวย) ber- solek: ผู ้ หญิงคนนั้ นแต ่ งหน ้ านานมาก Lama betul perempuan itu bersolek. 2 |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
persembahan | [per.sem.ba.han] | ڤرسمبهن |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
runzei | | persembahan tarian berserta berbalas pantun | Runsei penampang ketekoan jomo kelalagan. | Acara persembahan tarian berserta berbalas pantun dipersembahkan bagi menyambut ketibaan org kenamaan. | budaya | Bajau |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata persembahan |
|
|