Kata |
Takrif |
Sumber |
penokok | alat menukul paku dll, martil, penukul, tukul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penokok | orang yg menokok, penambah, pengimbuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tokok II | = penokok alat menukul paku dll, martil, penukul, tukul; menokok memalu, memukul, mengetuk, menukul; ~ gamelan memalu gamelan; ~ kawat Id berkirim telegram; tokok-menokok 1. ketuk-mengetuk, pukul-memukul; 2. ki saling mencela (salah-menyalahkan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tokok I | tambahan sedikit (sewaktu menimbang, mengukur, dll); bertokok mendapat imbuh, ada ekstra, ber-tambah: ia menghidap penyakit demam malaria dan ~ pula dgn sakit perut; ~ pula bertambah pula, tambahan pula; menokok memberi tokok, menambah, meng-imbuh: ia ada wang utk ~ kekurangan itu; ~ pengetahuan menambah pengetahuan; tokokan sesuatu yg ditokok, tambahan, imbuhan; penokokan perihal menokok, penambahan, pengimbuhan; penokok orang yg menokok, penambah, pengimbuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
dietary | adj diet: ~ supplement, penokok diet. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
contract giver | pemberi kontrak | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Organisasi yang bersetuju untuk memberikan suatu urusan kerja berdasarkan perjanjian yang sah mengikut undang-undang kepada penerima kontrak. Amalan pengilangan baik Produk Tradisional dan Penokok Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa pemberi kontrak bertanggungjawab untuk menilai kompetensi penerima kontrak, memberikan maklumat yang diperlukan oleh penerima kontrak dan menetapkan spesifikasi supaya penerima kontrak dapat melaksanakan kerja yang diarahkan dengan sepenuhnya. Pemberi kontrak harus menjelaskan sebarang masalah yang berkaitan dengan produk atau kerja yang mungkin menimbulkan bahaya pada premis, peralatan, personel, bahan atau produk yang lain. Pemberi kontrak juga harus memastikan bahawa semua produk, bahan-bahan atau keputusan pengujian yang diserahkan oleh penerima kontrak adalah bersesuaian dengan spesifikasi yang telah ditetapkan. |
National Regulatory Authority (NRA) | Pihak Berkuasa Kebangsaan (NRA) | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Agensi di peringkat kebangsaan yang bertanggungjawab untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk melalui pendaftaran dan pelesenan produk yang merangkumi farmaseutikal, ubat veterinar, ubat tradisional, penokok kesihatan dan bahan mentah farmaseutikal. Di Malaysia, Pihak Berkuasa Kebangsaan ialah Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara sebagai sekretariat. |
dietary supplement | tambahan diet | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Produk yang mengandungi satu atau lebih ramuan diet termasuk vitamin, mineral, herba, asid amino dan bahan-bahan lain yang bertujuan untuk menambah diet. Produk ini diformulasikan dalam bentuk dos farmaseutikal dan dilabelkan sebagai penokok diet. |
halal logo | logo halal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Simbol yang mengesahkan sesuatu produk tidak haram penggunaannya menurut undang-undang Islam. Di Malaysia logo ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Produk (DRDG), logo halal boleh digunakan secara sukarela pada label produk berdaftar bagi kategori penokok/penambah kesihatan, produk herba dan kosmetik, sama ada untuk pasaran tempatan dan eksport. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
penokok | [pe.no.ko/] | ڤنوکوق |
|
|