Kata |
Takrif |
Sumber |
pendorong | 1 benda yg mendorong (menyorong dll). 2 sesuatu atau seseorang yg menggalakkan (memberangsangkan); penggalak: Tidak ada ~ yg kuat utk orang-orang Melayu berkecimpung dlm lapangan perniagaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendorong | 1. (benda) yg mendorong (menyorong, menganjur, dll), penyorong, penolak; 2. ki sesuatu atau orang yg mendorong, penggalak, pemberangsang: tidak ada ~ yg kuat utk orang bukan Melayu supaya bersungguh-sungguh mempelajari Bahasa Kebangsaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendorong | 1. benda yg mendorong (menyorong dll). 2. sesuatu atau seseorang yg menggalakkan (memberangsangkan); penggalak: Tidak ada ~ yg kuat utk orang-orang Melayu berkecimpung dlm lapangan perniagaan. | Kamus Pelajar |
pengajak | orang yg mengajak, pendorong, perangsang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alasan | sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
alasan | sebab-sebab yg menjadi pendorong utk membuat sesuatu; keterangan atau bukti yg dijadikan dasar: Apa ~nya maka ia tidak mahu menghadiri majlis itu? | Kamus Pelajar |
penggalak | 1 orang yg menggalakkan (memberi semangat atau dorongan); pendorong: Kakaknyalah yg menjadi ~ baginya utk mencapai cita-citanya. 2 bahan kimia, ubat dll yg dpt meninggikan hasil, mempercepat percambahan dll: Mereka menggunakan bahan ~ utk menambah pengeluaran susu getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penggalak | 1. orang yg menggalakkan (memberi semangat atau dorongan); pendorong:Kakaknyalah yg menjadi ~ baginya utk mencapai cita-citanya. 2. bahan kimia, ubat dll yg dpt meninggikan hasil, mempercepat percambahan dll: Mereka menggunakan bahan ~ utk menambah pengeluaran susu getah. | Kamus Pelajar |
kesetiakawanan | sikap (pendirian, perasaan, dll) setia kawan: semangat kebangsaan dan ~ menjadi tenaga pendorong utk ketahanan dan kegigihan dlm persaingan yg hebat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setia kawan | berasaskan (memperlihatkan dsb) perasaan bersatu (bersefahaman, bersepakat dll), mempunyai (membayangkan dsb) pendirian dan kepentingan yg serupa: menandatangani perjanjian kerjasama dan ~; semangat ~ adalah penting bagi menjamin kestabilan rantau ini; kesetiakawanan sikap (pendirian, perasaan, dll) setia kawan: semangat kebangsaan dan ~ menjadi tenaga pendorong utk ketahanan dan kegigihan dlm persaingan yg hebat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
inducement | n pendorong: in spite of all the ~s offered, he refused to take the job, walaupun diberi pendorong yg banyak dia enggan menerima jawatan itu; she never needed any ~ to read, dia tdk pernah memerlukan sebarang pendorong utk membaca. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impellent | n pendorong. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
actuating | adj 1. that sets in motion, penggerak, yg menggerakkan: an ~ force, daya penggerak; 2. motivating, mendorong, menggerakkan, menjadi /pendorong, penggerak/: ~ motive, niat yg mendorong. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
impetus | n 1. dorongan: these new regulations gave ~ to rural industries, peraturan-peraturan baru ini memberi dorongan pd industri luar bandar; 2. (phys) daya pendorong. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
propulsive firms | firma pendorong | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Firma yang terdapat di kutub pertumbuhan yang tergolong dalam industri utama yang menguasai unit- unit ekonomi yang lain. |
kinship motivator | penggerak pertalian keluarga | Pelancongan | Tiada | Pendorong yang menggalakkan seseorang supaya saling mengunjungi saudara-mara dan mengenali antara satu sama lain untuk mengeratkan tali persaudaraan. |
divine afflatus | ilham kudus | Kesusasteraan | Puisi | Desakan yang bersifat batiniah yang berfungsi sebagai pendorong kepada seseorang penyair untuk mencipta sesebuah puisi. Contohnya, isu tanah di Teluk Gong telah rnenjadi sumber ilham kepada beberapa orang penyair pada tahun 1960-an untuk menghasilkan puisi yang berkaitan dengan Teluk Gong dan masyarakatnya. |
peasant society | masyarakat tani | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang bergantung kepada pertanian sama ada dengan bercucuk tanam atau menternak binatang. Mereka memiliki tanah yang kecil di Iuar bandar dan hidup susah dengan pendapatan yang kecil. Golongan tani yang menyewa tanah masih tergolong dalam masyarakat ini dan mereka turut diberi kebebasan untuk menjual sendiri hasil tani mereka. Masyarakat tani merupakan kelas bawahan yang turut tertindas dan tidak mempunyai kuasa politik. Dalam konteks pemikiran Marx, golongan ini dianggap tidak penting kerana beliau hanya melihat buruh sebagai pendorong kepada perubahan. Walau bagaimanapun Mao Tse Tung telah membuktikan bahawa petani juga boleh membawa perubahan sosial dan politik dengan melancarkan revolusi komunis di China. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
pendorong | [pen.do.rong] | ڤندوروڠ |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendorong |
|
|