Kata |
Takrif |
Sumber |
pemalut | sesuatu yg memalut, pembalut, sampul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palut | balut, bungkus, salut, sampul, sarung; elok ~, pengebat kurang prb kelihatannya sahaja bagus tetapi keadaan sebenarnya belum baik; berpalut berbalut, berbungkus, bersampul, bersarung: tiga pucuk surat ~ kuning; dawai yg ~ getah; memalut membalut, membungkus, menyalut, menyampul, menyarung: tubuhnya pun habis dipalut selumbar, tampak mata sahaja; terpalut dipalut, disalut: lidahmu seakan-akan ~ madu; palutan hasil memalut: ketam dan udang sedap dimakan dgn ~ kuahnya yg pekat lagi beraroma; pemalut sesuatu yg memalut, pembalut, sampul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jangat I | 1. kulit (rotan, kayu, dll) di luar; 2. kulit rotan yg sudah diraut (utk dibuat tikar dll); 3. kulit haiwan atau manusia; 4. Jw tali yg dibuat drpd kulit; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gueh, akar sarik, akar sejangat, akar sekuiet, Spatholobus ferrugineus; keras ~nya kebal; makan ~ sangat miskin, papa; tebal ~nya tidak berperasaan; ~ liat kurang panggang prb keras hati, tidak dapat diajari; tinggal ~ pemalut tulang prb sangat kurus; menjangat, menjangati, menjangatkan membersihkan atau melicinkan rotan yg telah dibelah, menguliti, meraut: tolong jangatkan rotan ribu yg aku belah tadi; penjangat alat utk menjangat: pisau ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
pemalut | [pe.ma.lut] | ڤمالوت |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemalut |
|
|