Kata |
Takrif |
Sumber |
pelesit | 1 sj belalang kecil. 2 hantu yg kononnya suka menghisap darah (biasanya merupakan diri sbg belalang). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelesit II | sj wisel, tiup-tiup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelesit I | 1. sj belalang kecil, belalang bajang; 2. sj hantu yg suka menghisap darah atau memakan mayat kanak-kanak (selalu merupakan diri sbg belalang); ~ dua sejinjang prb perempuan yg menduakan lakinya; ~ dua sekampung prb lelaki yg membuat adik ipar sbg isterinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelesit | 1 sj belalang kecil. 2 hantu yg kononnya suka menghisap darah (biasanya merupakan diri sbg belalang). | Kamus Pelajar |
palasik | Mn pelesit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melesit | menghisap darah (bkn pelesit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lesit IV | ; melesit menghisap darah (bkn pelesit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membela | 1. memelihara: ~ ayam dan itik; ~ anak sehingga dewasa; 2. memelihara makhluk halus spt pelesit, hantu, dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belalang I | sj serangga yg bersayap dan berkaki panjang; jenis-jenisnya: ~ bajang; ~ daun; ~ hijau; ~ jarum; ~ kunyit; ~ mekah; ~ padi; ~ patung; ~ pelesit; ~ ranting; ~ rusa; pak ~ orang yg selalu mujur dgn tidak sengaja (ramalannya selalu benar dgn tidak disengajakan); ~ dapat menuai prb mendapat keuntungan dgn tidak sengaja (waktu mengerjakan suatu pekerjaan); ~ telah menjadi helang prb orang yg bodoh dan hina telah menjadi cerdik dan mulia; bagai mencari ~ atas akar prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil mendatangkan hasil; mata ~ belum pecah, sudah hendak membuta prb dikatakan kpd orang yg hendak tidur malam terlalu awal (siang-siang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jinjang | 1. = jinjangan sl ketua (hantu dll); 2. sl badan yg dimasuki hantu; 3. sl pawang yg menguasai hantu; 4. sl orang yg mengiringi (menemani) utusan raja; pelesit dua se~ perempuan yg berlaki dua; jinjangan tua dan jinjangan muda kedua-dua orang yg mengiringi utusan raja; berjinjang; hantu tidak ~ a) hantu yg tidak mempunyai pemimpin (ketua); b) ki orang yg berkeliaran di mana-mana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |