Kata |
Takrif |
Sumber |
sayat I | potong nipis-nipis, hiris; dua ~ dua potong (kerat); kurang se~ sebelanga prb sesuatu yg hanya sedikit sahaja kurangnya; menyayat memotong nipis-nipis, menghiris, meracik: ~ daging; ~ hati = ~ jantung menyakitkan hati, melukai hati, menyedih-kan hati; tersayat terhiris, terkoyak, terpotong: ~ hujung jarinya; ~ hati tersinggung perasaan, berasa sakit hati, berasa sedih; siat I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hiris | (se)potong nipis; se~ daging; menghiris memotong nipis-nipis: mereka sedang ~ daun pandan utk dibuat bunga rampai; ~ hati memilukan (menyakitkan) hati; bagai dihiris dgn sembilu sangat pedih rasa hati; menghiriskan memotong dgn (pisau dll), memotong utk: tolonglah kekanda hiriskan adinda limau; terhiris 1. menghiris atau dihiris dgn tidak sengaja: sewaktu memotong bawang tadi, dia ~ jarinya; 2. ki berasa tersinggung oleh kata-kata atau perbuatan seseorang: hatinya ~ oleh cemuhan kawan-kawannya itu; 3. ki berasa sedih atau dukacita: hatinya ~ melihat keadaan kanak-kanak itu; hirisan sesuatu yg telah dihiris, hasil menghiris: ~ bawang itu ditumis; penghiris 1. orang yg menghiris; 2. alat utk menghiris sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyubang | memotong nipis-nipis dan bulat; ~ tebu mengerat-ngerat tebu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyayat | memotong nipis-nipis, menghiris, meracik: ~ daging; ~ hati = ~ jantung menyakitkan hati, melukai hati, menyedih-kan hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melayang | menghiris nipis-nipis (buah mangga dll); pipi bagai pauh dilayang ki pipi yg penuh (gebu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghiris | memotong nipis-nipis: mereka sedang ~ daun pandan utk dibuat bunga rampai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layang IV | ; melayang menghiris nipis-nipis (buah mangga dll); pipi bagai pauh dilayang ki pipi yg penuh (gebu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dadar telur | menggoreng nipis-nipis telur yg sudah dipukul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendadar | membuat dadar; ~ telur menggoreng nipis-nipis telur yg sudah dipukul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerepek I | (kerépék) ubi kayu, pisang, keladi dsb yg dihiris nipis-nipis dan digoreng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
gossamer | n 1. very thin, soft, filmy cloth, (kain yg) nipis dan halus: a ~ veil, tudung muka yg nipis dan halus; 2. filmy cobweb, sarang labah-labah; 3. flimsy like gossamer, nipis: the ~ thin wings of a butterfly, sayap rama-rama yg nipis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gauzy | adj nipis spt kasa: a fine, ~ fabric, kain yg halus dan nipis spt kasa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
eggshell china | n tembikar nipis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cordial | n kordial: lime juice ~, kordial limau nipis. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
flimsy | adj 1. light and thin, tipis, nipis: ~ lace, kain renda yg tipis; 2. lacking solidity, tdk /kuat, kukuh/; (of clothing, shoes, etc) tdk tahan: a ~ structure of wood and rusty iron, binaan yg tdk kukuh yg dibuat drpd kayu dan besi berkarat; 3. weak, not convincing, tdk kukuh; (of excuse) lemah, tdk kukuh: you cant arrest me on such ~ evidence, saudara tdk boleh menangkap saya berdasarkan bukti yg tdk kukuh spt itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
flexible | adj 1. able to bend without breaking, mudah lentur: a thin ~ blade, mata pisau yg nipis dan mudah lentur; ~ wire, dawai mudah lentur; 2. adaptable, fleksibel: she is ~ in character, dia fleksibel orangnya; their rules of morality are fairly ~, peraturan moral mereka agak fleksibel; a ~ curriculum, kurikulum yg fleksibel. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
in | 21. (indic means, method, medium, material, etc used) dengan; (of st carved, cast) daripada: please write your answers ~ ink, tolong tulis jawapan anda dengan dakwat; the dress was wrapped ~ tissue, baju itu dibungkus dengan kertas nipis; he paints ~ oil, dia melukis dengan cat minyak; printed ~ red and gold, dicetak dengan warna merah dan warna emas; a statue cast ~ bronze, patung yg dibuat daripada gangsa; ~ writing, secara bertulis, dlm bentuk tulisan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
crust | n 1. hard outer layer of bread, /kulit, kerak/ (roti); 2. hard, dry bread, roti keras; 3. hard, baked surface of pie, kulit; 4. (geol) kerak: the earths ~, kerak bumi; 5. any hard outer covering, lapisan (yg keras): a thin ~ of frozen snow, lapisan nipis salji beku; 6. scab, kuping, keruping; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cut | adj 1. gashed, wounded, luka: blood dripped from his ~ finger, darah keluar dr jari yg luka; 2. separated by an edged instrument, a. (gen), (sudah) /dipotong, dikerat/: ~ metal, logam yg sudah dipotong; b. (lengthwise), (sudah) dibelah: ~ firewood, kayu api yg sudah dibelah; c. (into slices), (sudah) dihiris: thinly ~ brown bread, roti perang yg dihiris nipis; d. (with scissors), (sudah) /digunting, dipotong/: ~ material, kain yg sudah digunting; e. (with saw), (sudah) digergaji; f. (with axe), (sudah) dikapak; 3. felled, (sudah) ditebang: ~ timber, balak yg sudah ditebang; 4. pruned, (sudah) /dipangkas, dicantas/; 5. reduced, (sudah) /dikurangkan, diturunkan, dipotong/: these goods are sold at ~ price, barang-barang ini dijual dgn harga yg sudah dikurangkan; 6. castrated, kasi, kembiri: a ~ horse, kuda kasi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
thin layer chromatography (TLC) | kromatografi lapisan nipis (TLC) | Herba | Pemiawaian | Kaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik atau aluminium. Sampel diaplikasikan pada permukaan lapisan nipis sebagai bintik kecil atau jalur di bahagian bawah. Proses pemisahan sebatian dilakukan dengan merendam bahagian bawah kepingan dalam sistem pelarut pembangun dan membolehkan pelarut itu meresap naik melalui tindakan kapilari. Sebatian tulen akan dapat dikesan sebagai bintik masing-masing pada kedudukan tertentu menggunakan sinar ultralembayung atau reagen kimia yang sesuai. Kedudukan sebatian ini dirujuk sebagai faktor retensi (nilai Rf). Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan. Contohnya, ekstrak metanol tongkat ali (Eurycoma longifolia) mengandungi sebatian eurikomanon yang dapat dikenal pasti melalui kaedah kromatografi lapisan nipis. |
thin layer chromatography (TLC) | kromatografi lapisan nipis (TLC) | Herba | Tiada | Kaedah pemisahan pelbagai bahan kimia yang terdapat dalam herba. Fasa pegunnya terdiri daripada pepejal yang disebarkan dalam bentuk lapisan nipis pada plat penyokong yang dibuat daripada kaca, logam atau plastik. Fasa geraknya terdiri daripada campuran pelarut organik, bahan kimia dan bahan akueus. TLC digunakan dalam analisis kawalan kualiti kebanyakan bahan herba. Dalam analisis ini, larutan sampel herba biasanya dititiskan dalam bentuk tompok atau jalur pada satu hujung plat (garis dasar) dengan mikropipet. Plat tersebut dibangunkan dalam balang pembangunan yang tepu dengan fasa gerak. Bahan kimia dalam sampel akan terpisah dalam bentuk jalur dan menghasilkan profil kromatogram pada plat. Jalur terpisah ini dikesan sama ada di bawah cahaya nampak, sinaran ultralembayung atau selepas dirawat dengan reagen pewarna tertentu. Jenis warna, intensiti warna dan nilai faktor penahanan (Rf) bagi setiap jalur terpisah ditentukan. Nilai Rf dihitung daripada ungkapan a/b iaitu a ialah jarak yang dilalui oleh jalur terpisah dari garis dasar dan b ialah jarak yang dilalui oleh hadapan pelarut dari garis dasar. Kromatografi lapisan nipis juga digunakan untuk pemisahan kebanyakan bahan kimia seperti alkaloid, flavonoid, terpena dan sebagainya. Dalam TLC preparatif, jalur yang terpisah dikikis daripada plat, dan bahan kimianya diekstrak dengan pelarut yang bersesuaian. Analisis TLC kuantitatif dilakukan melalui kaedah densitometri. |
aluminized valve | injap beraluminium | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Injap enjin yang diselaputi lapisan nipis aluminium yang membolehkan injap menjadi lebih nipis, keras, dan tahan. |
endocardium | endokardium | Kejururawatan | Tiada | Membran nipis yang menyelaputi kaviti jantung dan permukaan tisu perantara jantung. |
parquet | parket | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kayu keras nipis yang disusun menjadi corak tertentu dan dijadikan sebagai penyudah di permukaan lantai. Parket biasanya dipasang membentuk corak berjalur atau zig zag dan dikilatkan pada tahap yang tinggi. Pelbagai bahan digunakan untuk menghasilkan parket, misalnya kayu, buluh atau palma bertam. Parket biasanya berukuran 4 inci lebar dan 4 inci panjang atau 9 inci lebar dan 9 inci panjang. |
veneer | venir | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan kayu nipis yang mempunyai ira dan jalinan yang menarik serta digunakan untuk melapisi permukaan perabot atau papan lapis. |
gasket | gasket | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sekeping bahan nipis boleh mampat seperti kertas, gabus, getah, logam lembut, bahan sintetik atau gabungan bahan tersebut yang diletakkan di antara dua permukaan sama bentuk, yang diikat bagi membentuk kedap yang ketat untuk mengelakkan kebocoran. Contohnya, gegelang logam yang terdapat pada palam pencucuh. |
shim | kepipis | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Kepingan logam nipis yang diletakkan di antara dua bahagian untuk tujuan pelarasan dan kadangkala digunakan untuk melarang kelegaan galas. |
gasket | gasket | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Lapisan nipis yang dibuat daripada bahan yang lembu untuk mencantumkan dua bahagian berpermukaan rata supaya kedua-dua bahagian menjadi kedap dan ketat. |
separator | pengasing | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | kepingan nipis yang diperbuat daripada kayu, getah atau kaca yang diletakkan di antara plat positif dengan plat negatif di dalam bateri. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
nipis | nipis | - | - | - | - | - | Keadaan Benda Dan Permukaan | Bajau -> Bajau Tuaran |
urau | kening nipis | - | - | - | - | - | - | Murut |
taraan | sepsis bambu tetapi lebih nipis daripada buluh dan ruasnya panjang | - | - | - | - | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Murut |
tirabad | sembilu, kulit buluh yang nipis lagi tajam (digunakan untuk memotong (menghiris) daun tembakau dll | - | - | Pide nyam atang tirabad | - | Pedih bagaikan ditusuk sembilu | Peralatan Rumah Tangga dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
wulu'/hulu' | spesis bambu tetapi sifatnya lebih nipis | - | - | - | - | - | Flora dan Idea Berasosiasi | Murut |
lumpis | sejenis ikan air tawar yang mempunyai banyak tulang dan badannya nipis. Lazimnya bergerak secara berkumpulan | - | - | - | - | - | - | Murut |
lami' | sejenis ikan air tawar yang mempunyai banyak tulang dan badannya nipis. Lazimnya bergerak secara berkumpulan | - | - | - | - | - | - | Murut |
jela' | lidah | - | - | jela' ubeng | - | sejenis ikan air tawar yang nipis berwarna hitam | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
jora | lidah | bijora | berlidah, mempunyai lidah | toki jola | - | isi buah kelapa yang masih nipis dan lembut sehingga masih nampak tempurungnya | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
daun | daun; 1 bahagian tumbuh-tumbuhan yg berwarna hijau terdapat di hujung ranting atau meniti pelepah atau lidi: ~ baleak daun pisang; ~ iseang daun palas; ~ kayou daun kayu; ~ tigoh daun pucuk nipah; 2 benda yg berhelai-helai, berkeping-keping, nipis-nipis: | Melanau Mukah | |
nipis | dipeh [dipeh] | Melanau Dalat | |
turuih I | jalur; 1 garis yg agak lebar dan lurus pd kain dll, belang: ~ medirak Malaysia jalur bendera Malaysia; 2 sst yg nipis serta panjang; 3 ruang panjang yg terletak di antara dua garis, batas, deret, dll, lajur; 4 kayu nipis dan panjang yg dipakai sbg lidah u | Melanau Mukah | |
melipih | nipis | TETAW | |
tipis | nipis. | kedayan | |
limau | ~ nipis limau kapas. | kedayan | |
sakiek I | nipis dan tidak tegap. | Melanau Mukah | |
lipih | tipis, nipis; 1 tidak tebal: ~ samalah keludab kirai tipis spt selaput daun apung; 2 kurang tebal lapisannya (bkn cat dll): sat salui itu agei ~ cat perahu itu masih tipis; uduongsiyen masuong mujunsiyen ~ hidungnya mancung bibirnya tipis; 3 kurang padat | Melanau Mukah | |
kulit | kulit; 1 tisu nipis yg membaluti tubuh manusia atau binatang: ~ banateang kulit bintang; 2 bahagian luar yg membaluti buah, batang pokok, telur, dll: ~ suak kulit baru-baru, kulit bebaru laut; 3 pembalut tubuh binatang yg telah diseliat dan dikeringkan: ~ | Melanau Mukah | |
gegayeang | sj kerang yg nipis bujur terdapat dlm pasir di tepi pantai. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
tampik Ir, Tb | daging kerbau yang dipotong nipis dan dikeringkan untuk disimpan. | Semua penduduk mendapat agihannya masing-masing malah mereka dapat menyimpannya tiga empat hari. Mereka bercermat dan berdikit-dikit memakan tampik daging kerbau mandak itu. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bebandil Bj Sm | sejenis gong besar dan nipis. | Gamat sekali majlis belas itu. Tigad-tigad, anduh-anduh dan kelebak. Irama kulintangan gong, dan gendang serta bebandil mengeluarkan berbagai irama. Penontonnya sudah ramai yang datang. | Utusan Borneo | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
togad Tb | sejenis ikan air tawar, badannya berbentuk panjang nipis dan banyak tulang. | Sekali rambat ditebar, seekor dua ikan lontong terperangkap. Kalau nasib menyebelahi, tonggilis yang dipasang merentangi Sungai Bengkoka, akan diragut oleh ikan selunsung. Atau, paling tidak togad atau tawi. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb bīmār, marīz̤ ( )nāder, kamyāb( بايمک ،ردان )nārgīl( ليگران )nāzok, lāghar( رغال ،کزان tulen, jati buta tidak penting, remeh kuku kelasi jahil salah ketidakselesaan, keresahan limau tangerine sakit, uzur kurang kelapa nipis, kurus pure blind insignificant nail sailor ignorant false discomfort tangerine ill, sick scarce, rare coconut thin ن Kamus Parsi.indb 140 5/18/11 9:02 AM 141 )nāshāyest( تسياشان
|
Kamus Sains.indb dan memanjang seperti silinder. Setiap segmen mempunyai bulu kejur. Filum ini mempunyai selom, sistem darah, sistem perkumuhan melalui nefridium, sistem saraf yang agak kompleks dan kutikel yang lentur, lembap dan nipis untuk respirasi. Tiga kelas utama yang terdapat pada filum ini ialah Oligochaeta, Polychaeta dan Hirudinea. Sinonim annelid. (BIO) annidation (anidasi) Fenomena apabila sesuatu mutan dipelihara dalam sesuatu populasi kerana boleh astigmat) 1. Jarak di antara titik fokus primer dengan titik fokus sekunder bagi sistem optik astigmat. 2. Perbezaan di antara salingan jarak fokus primer dengan jarak fokus sekunder bagi kanta nipis atau cermin astigmat. (FIZ) astigmatic focus (fokus astigmat) Satu daripada dua garis pendek pada bahagian utama berkas sempit alur ca- haya astigmat yang kesemua sinar menyilang pada kedua-dua garis
|
Kamus Thai 2.indb ว sesetengah: บางคนไม ่ ชอบ กินทุเรียน Sesetengah orang tidak suka makan durian. บางครั้ ง [-kra] ว kadangkala, kadang- kadang บางที [-ti:] ดู บางครั ้ ง บาง 3 [ba:] ว nipis: ข ้ าวเกรียบนี้ บางและกรอบ Keropok ini nipis dan rangup. บ ่ าง [ba:] น tupai terbang บ ้ าง [ba:] ส 1 ada yang: บ ้ างก็เดินบ ้ างก็ ขี่ จักรยานยนต ์ Ada yang berjalan
|
Kamus Thai 2.indb ่ างด ่ วนจี๋ Polis menge jar penjahat itu dengan amat pantas. จี๊ ด [ci :t] ว (เปรี้ ยว ปวดท ้ อง) sangat: มะนาว ลูกนี้ เปรี้ ยวจี๊ ด Limau nipis ini masam sa ngat. เขารู ้ ส ึ กปวดท ้ องจี๊ ดขึ้ นมาหลังจากรับประทาน อาหารในงานเลี้ ยงนั้ น Perutnya terasa sa ngat mencucuk selepas makan dalam jamuan itu. จีน [ci:n] น |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
nipis | [ni.pis] | نيڤيس |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
limau nipis | lime | Buah yang bulat, berbau segar, berwarna hijau kekuning-kuningan, berkulit nipis dan mengeluarkan air yang masam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
amnion | amnion | Membran nipis yang menyelaputi embrio reptilia, burung dan mamalia. Amnion mengandungi cecair yang menyokong dan melindungi embrio atau fetus. | Menengah Rendah |
pleura | pleura | Selaput nipis yang melapisi paru-paru dan rongga toraks. | Menengah Atas |
membran sel | cell membrane | Membran nipis separa tetap yang menyaluti sel. Membran ini berfungsi untuk mengawal keluar masuk bahan dalam sel. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kantung udara | air sac | Ruang berdinding nipis yang dipenuhi udara seperti yang terdapat pada burung. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
cakera | disc | Plat yang berbentuk bulat, nipis dan rata, yang digunakan untuk menyimpan data. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bulu halus | fine hair | Bulu yang sangat nipis dan lembut. Contohnya, bulu halus pada arnab. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
permukaan respirasi | respiratory surface | Permukaan epitelium yang nipis dan lembab yang membolehkan pertukaran gas berlaku. | Menengah Atas |
bronkiol | bronchiole | Salur yang paling kecil dan berdinding nipis dalam paru-paru, dan di bahagian hujungnya terdapat alveolus. | Menengah Rendah |
kerajang aluminium | aluminium foil | Bahan aluminium yang sangat nipis dan ringan. Kerajang aluminium biasanya digunakan untuk membalut makanan seperti coklat. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
Kata |
Takrif |
Bahasa Daerah |
agaq-agaq kerin | sejenis kuih yang dibuat daripada agar-agar yang dimasak dengan gula batu, dibekukan, dipotong nipis-nipis dan kemudiannya dijemur. | Kedah |
|
Tesaurus |
---|
| nipis | | Rujuk :tipis |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan meragi kain, Biar nipis jangan jarang; Kalau tuan mencari lain, Biar lebih daripada terkurang.
Lihat selanjutnya... |
|