Kata |
Takrif |
Sumber |
negatif | (négatif) 1. pernyataan tidak atau bukan, tidak setuju, ingkar: saya menjawab ~, walaupun hati kecil saya mahu meletuskan simpati; 2. tidak mempunyai nilai, ciri, kualiti dsb yg membina (meyakinkan, bersemangat, pasti dsb): mereka dianggap bersikap ~ terhadap perubahan ataupun terhadap diri mereka sendiri; golongan yg putus asa itu mempunyai sikap yg ~ terhadap hidupnya; 3. cenderung membawa kesan atau pengaruh yg tidak elok (membahayakan, merosakkan dsb): perubahan ~ biasanya lebih cepat mendapat reaksi berbanding dgn perubahan positif; kita sedar akan bahaya drpd penyebaran budaya ~ yg dianggap oleh penyebarnya sbg budaya moden dan maju; 4. tidak menunjukkan sebarang tanda atau bukti adanya sesuatu penyakit atau keadaan (bkn hasil ujian diagnosis dsb): mereka yg disyaki menagih dadah itu telah dibebaskan oleh pihak polis setelah hasil ujian air kencing mereka didapati ~; 5. = nombor ~ (Mat) nombor yg lebih kecil drpd sifar; 6. kurang drpd sifar: kayu bergergaji diramalkan akan menunjukkan kadar pertumbuhan yg ~; 7. imej foto pd filem yg belum berupa gambar; 8. lwn positif (elektrik dll); menegatifkan menjadikan negatif: tanggapan sendiri yg ~ sesuatu akan menyebabkan kita menjadi kurang berani menghadapi realiti dan cabaran; menegatifkan menjadikan negatif: tanggapan sendiri yg ~ sesuatu akan menyebabkan kita menjadi kurang berani menghadapi realiti dan cabaran; kenegatifan perihal (keadaan) negatif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
negatif | /négatif/ 1 pernyataan bukan atau tidak setuju; ingkar. 2 filem gambar yg menunjukkan terang gelap bayangan gambar yg terbalik keadaannya. 3 = nombor ~ nombor yg lebih kecil drpd sifar. 4 ist bkn cas elektrik yg mempunyai lebih elektron dan kurang proton (lw positif). menegatifkan menjadikan atau menganggap negatif: Tanggapan yg ~ sesuatu akan menyebabkan kita kurang berani utk menghadapi cabaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
negatif | /négatif/ 1 pernyataan bukan atau tidak setuju; ingkar. 2 filem gambar yg menunjukkan terang gelap bayangan gambar yg terbalik keadaannya. 3 = nombor ~ nombor yg lebih kecil drpd sifar. 4 ist bkn cas elektrik yg mempunyai lebih elektron dan kurang proton (lw positif). | Kamus Pelajar |
mencuci filem | menjadikan filem negatif drpd filem dan positif (gambar) drpd filem negatif; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
elektronegatif | /eléktronégatif/ ist 1 bkn elektrik yg mempunyai cas negatif. 2 bkn unsur yg mempunyai kecenderungan utk memperoleh elektron dan membentuk ion negatif dlm tindak balas kimia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
positif | 1. pasti, tegas, tentu, tetap; 2. lwn negatif (elektrik dll); 3. gambar yg diambil dgn kamera yg sudah jadi (bukan pd filem), gambar foto yg sebenarnya (bukan negatif); 4. memperlihatkan (mengemukakan, menekankan, dsb) sesuatu yg baik atau yg boleh mendatangkan manfaat dsb: sikap-sikap ~; mempositifkan menjadikan positif (pasti, baik, membina dsb): beberapa langkah perlu diambil utk ~ pengaruh media dan komunikasi terhadap keluarga dan remaja; anda perlu ~ pemikiran anda; kepositifan perihal, keadaan atau sifat positif (pasti, baik, membina dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kutub I | 1. hujung paksi atau gandar (bumi dll); 2. (Fiz) pangkalan litar elektrik, sama ada punca positif atau negatif; 3. (Fiz) pengalir atau litar yg membawa arus masuk; ~ bumi bahagian di utara dan selatan bumi pd kedua-dua hujung paksi bumi; K~ Janubi = K~ Selatan kutub di selatan bumi; ~ magnet kedua-dua bahagian hujung magnet (besi berani) yg paling kuat kuasa penariknya; ~ negatif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg menerima arus, dgn simbol (-); ~ positif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan arus, dgn simbol (+); K~ Syamali = K~ Utara kutub di utara bumi; bintang ~ bintang yg kelihatan di atas kutub bumi; berkutub ada kutubnya (bkn sel dll); kekutuban (Fiz) keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif; pengutuban 1. (Fiz) proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik; 2. (Kim) perubahan kimia yg berlaku dlm sel kering semasa sel itu digunakan, sehingga menyebabkan rintangan dalamannya bertambah dan memendekkan hayat kegunaan sel kering. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencuci | 1. membersihkan dgn air, membasuh: ~ pinggan mangkuk; ~ kain; 2. membersihkan (mengesat atau menyapu dgn penyapu bulu ayam, dll): setiap pagi, meja saya dicuci oleh peon; ~ filem menjadikan filem negatif drpd filem dan positif (gambar) drpd filem negatif; ~ mata cuci mata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nombor negatif | nombor yg lebih kecil drpd sifar. 4 ist bkn cas elektrik yg mempunyai lebih elektron dan kurang proton (lw positif). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nombor negatif | (Mat) nombor yg lebih kecil drpd sifar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
block | ~ out, a. cover, menutup, melindungi: thick rain clouds were ~ing out the sun, mendung tebal menutup matahari; b. get in the way of, menyekat; c. (photog & printing) menutup: ~ out the top of the negative, tutup bahagian atas negatif itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
anywhere | b./b> at all close to (being) hampir; (in relation to distance) dekat, /berdekatan, berhampiran/ dgn; (in relation to time) dekat, hampir; (used with negative) see NOWHERE (nowhere near): are you ~ near finished?, adakah kamu hampir siap?; we cannot say that we are ~ near achieving our objective, kita tdk boleh mengatakan bahawa kita hampir mencapai matlamat kita; do you live ~ near Kuala Lumpur?, adakah kamu tinggal berdekatan dgn Kuala Lumpur?; is it ~ near time to go home?, adakah hampir masanya utk kita pulang?; get ~, berjaya: you wont get ~ with that negative attitude, kamu tdk akan berjaya dgn sikap negatif spt itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
electron affinity | afiniti elektron | Fizik | Nanoteknologi | Tenaga yang diperlukan untuk mengeluarkan elektron daripada ion negatif, bagi memulihkan semula keneutralan sesuatu atom atau molekul atau tenaga yang diserap apabila elektron ditambah pada atom neutral untuk membentuk ion bercas negatif. Kebanyakan unsur mempunyai afiniti elektron negatif yang membawa maksud tenaga tidak diperlukan untuk menambahkan elektron, sebaliknya tenaga dibebaskan. Secara amnya, bukan logam mempunyai lebih afiniti elektron negatif berbanding logam. Walau bagaimanapun, gas nadir mempunyai afiniti elektron positif. Afiniti elektron yang tertinggi ialah atom klorin (Cl), iaitu kira-kira ?349 kJ/mol sementara radon (Rn) yang paling lemah untuk menarik elektron dengan nilai afiniti elektronnya ialah ? 41 kJ/mol. |
negative pressure ambulance | ambulans tekanan negatif | Kesihatan Awam | Tiada | Ambulans yang mempunyai pelbagai ciri tekanan negatif seperti sistem penapisan HEPA dan lampu UV khusus bertujuan untuk membersihkan udara dan memerangkap virus daripada merebak ketika petugas merawat kes penyakit berjangkit jenis bawaan udara. Ambulans ini turut dilengkapi dengan pod isolasi yang diperbuat daripada filem TPU khas dengan tiang ABS untuk kuatkan struktur usungan. Penggera keselamatan juga tersedia di kabin ambulans dan ruang pengasingan. |
negative income tax | cukai pendapatan negatif | Ekonomi | Tiada | Program berbentuk bayaran pindahan daripada kerajaan atau dikenakan cukai negatif kepada keluarga yang pendapatannya kurang daripada tingkat pendapatan tertentu, biasanya di bawah garis kemiskinan. Program ini bertujuan menjamin keluarga berkenaan berada di atas garis kemiskinan. |
negative acknowledgement attack (NAK attack) | serangan pemberitahuan negatif (serangan NAK) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Serangan yang melibatkan kod kawalan pengesahan negatif, iaitu kod NAK disalahgunakan untuk memproses capaian kepada sistem sasaran. Saluran NAK oleh komputer penerima biasanya memberitahu komputer penghantar bahawa maklumat yang diterima adalah tidak betul atau rosak. Serangan ini pula melibatkan pengeksploitasian kelemahan cara komputer penerima mengendali sehutan tersebut sehingga komputer penerima mungkin terdedah kepada pencerobohan. |
deceleration | lambatan | Sains Sukan | Biomekanik | Kadar perubahan halaju yang bersifat negatif kerana nilai halaju akhir lebih rendah daripada nilai halaju awal. Lambatan juga dikenali sebagai pecutan yang bersifat negatif. Lihat juga pecutan. |
absolute constant error | ralat tekal mutlak | Sains Sukan | Biomekanik | Ralat perlakuan yang mengambil kira arah kesilapan yang telah berlaku dengan mengabaikan arah ralat, sama ada positif atau negatif sesuatu arah kesilapan. Ralat positif menunjukkan arah yang terlebih dan ralat negatif menunjukkan arah yang terkurang daripada kriteria lakuan. |
environmental impact study | kajian kesan alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kajian secara mendalam terhadap pembangunan yang dicadangkan agar tidak memberikan kesan negatif kepada ciri semula jadi atau fungsi ekologi dan alam sekitar. Kajian ini bertujuan untuk memastikan reka bentuk dan konfigurasi pembangunan tidak memberikan kesan negatif dan mengenal pasti pelan tindakan yang bersesuaian dengan mengambil kira dasar yang berkaitan. |
negative capability | kemampuan negatif | Kesusasteraan | Tiada | Kemampuan penyair untuk menenggelamkan identitinya sebagai seorang intelektual dan menerima ketidakpastian, misteri dan keraguan untuk mencapai kebenaran dan keindahan. Kemampuan inilah yang menghasilkan objektiviti penulis, iaitu sikap bersedia menerima segala-galanya dalam keadaan kesedaran yang tinggi. Dengan cara ini, penyair dapat melupakan personaliti peribadinya dan memasuki alam psiko individu atau masyarakat lain melalui proses empati. Istilah ini mula digunakan oleh penyair Inggeris, John Keats yang tidak bersetuju dengan sifat wordsworthian or egotistical sublime yang terlampau meletakkan ego penyair di tempat utama dalam proses penciptaan karya sastera. |
negative campaign | kempen negatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kempen yang dilakukan bukan untuk menonjolkan kebolehan dirinya tetapi untuk memburukkan pihak lawan. Kempen bentuk ini boleh wujud dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi yang sangat liberal apabila isu yang disuarakan tidak langsung ditapis atau disekat oleh pemerintah. Pesaing yang tidak memiliki banyak aset untuk menonjolkan kebolehannya akan menggunakan keburukan lawan dalam kempennya. |
negative selection | pemilihan negatif | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Penyingkiran alami alel terpilih, yang memberi mudarat melalui proses pembersihan polimorfisme genetik rosak yang berlaku secara rawak. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
pugah | musang | - | - | kuwa` ~ | - | seeperti musanga; merujuk kepada orang yang sentiasa membuat sesuatu yang negatif | Fauna | Kenyah -> Cebup |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
negatif | debei jaan [debey jn]; debei dao [debey do] | Melanau Dalat | |
pelit | negatif (bkn filem). | Melanau Mukah | |
negetip | negatif (bkn filem). | Melanau Mukah | |
sebaliek | penyataan yg diungkapkan dlm bentuk negatif utk menyatakan keadaan yg sebaliknya, misalnya tidak sombong yg bermaksud ramah, litotes. | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb to suck fly grasshopper lobster tower podium awaiting zone, region negative motorcycle wave ant berdosa, bersalah mekanik menghisap, menyedut lalat belalang udang karang menara mimbar, podium orang yang menunggu zon negatif motosikal ombak semut هچروم راکهانگ ،ر ّ صق ُ ـم Kamus Parsi.indb 137 5/18/11 9:02 AM 138 )mūriyāne( هنايروـم )mowz( زوم )mūze( هزوم )mūsh( شوـم )mow
|
Kamus Sains.indb ukuran untuk jisim sebagai salah satu daripada tiga unit asasnya. Sinonim absolute unit. (FIZ) absolute unit (unit mutlak) Lihat absolute system of units. (FIZ) absolute value (nilai mutlak) Nilai tak negatif yang bernilai a jika diberi nombor yang tak negatif dan yang bernilai jika diberi nombor yang negatif. Simbol nilai mutlak bagi nombor ialah |a|. Contohnya, |4| = 4; |-4| = 4. (MAT) absolute viscosity (kelikatan mutlak) Faktor bernombor yang menunjukkan ukuran
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd menunjukkan alamat Internet bagi “dbp.gov.my” pada titik Internet 202.184.84.2 dan pelayan hos yang bernama “www”. Bahagian “dbp”, “gov”, dan “my” pula merupakan aras nama domain. negatif palsu (Ig. false negative; Br. negatif palsu; Id. negatif salah) Ralat pengkelasan semasa pengesanan atau pengecaman oleh proses seperti sistem pengesanan pencerobohan. Ralat ini merupakan suatu keadaan tidak sah, iaitu negatif yang diperoleh akibat kekurangan atau
|
Kamus Thai 2.indb ่ ต ่ อ Lelaki itu selalu mem beli barang dengan tidak menawar. ต ่ อ 6 [t:] บ 1 terhadap: คนผิวขาวมีทัศนะ ไม ่ ดีต ่ อคนผิวดำ Orang itu bersikap negatif terhadap orang berkulit hitam. 2 berban ding: อัตราส ่ วนนักเรียนหญิงกับนักเรียนชาย ของห ้ องนั้ นคือ สามต ่ อหนึ่ ง Nisbah murid lelaki dengan murid perempuan darjah itu ialah tiga berbanding satu
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
negatif | [né.ga.tif] | نيݢاتيف |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
negatif | negative | مَنفى | manfī |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
negatif | negative | Perihal bahan yang mempunyai cas negatif. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
ion | ion | Atom atau molekul yang kehilangan elektron, atau yang memperoleh elektron. Ion positif terbentuk apabila atom kehilangan elektron, dan ion negatif terbentuk apabila atom menerima elektron. Ion positif dikenali sebagai kation manakala ion negatif disebut anion. | Menengah Atas |
katod | cathode | Elektrod negatif dalam sel elektrolisis. | Menengah Rendah |
katod | cathode | 1. Elektrod negatif dalam sel elektrolisis. 2. Terminal positif sel kimia. | Menengah Atas |
ion hidrida | hydride ion | Ion negatif hidrogen. Simbolnya, H-. | Menengah Atas |
anion | anion | Ion yang bercas negatif apabila satu atom menerima elektron. | Menengah Atas |
elektron | electron | Zarah subatom yang bercas negatif, terletak di luar nukleus. | Menengah Atas |
zwiterion | zwitterion | Ion yang mempunyai cas positif dan negatif pada atom kumpulan yang sama. | Menengah Atas |
cas elektrik | electric charge | Zarah asas positif dan negatif, yang dapat menarik atau menolak satu sama lain melalui tindak balas elektromagnet. Dua zarah dengan cas yang serupa menolak satu sama lain, manakala dua zarah dengan cas yang berbeza menarik satu sama lain. | Menengah Atas |
anod | anode | 1. Elektrod positif dalam sel elektrolisis. 2. Terminal negatif pada sel kimia. | Menengah Atas |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
nombor berarah | directed number | Nombor dengan tanda positif (+) atau negatif (−). Contohnya, −3 merupakan nombor negatif 3 manakala +10 merupakan nombor positif 10. Lazimnya, nombor positif tidak diletakkan tanda (+). | Menengah Atas |
vektor negatif | negative vector | Vektor yang mempunyai magnitud yang sama, tetapi bertentangan arah dengan vektor yang asal. Lihat rajah | Menengah Atas |
nombor negatif | negative number | Nombor yang nilainya kurang daripada sifar. | Menengah Atas |
nombor negatif | negative number | Nombor yang nilainya lebih kecil daripada sifar. Contohnya, −2, −1, dan −0.5. | Menengah Rendah |
integer negatif | negative integer | Nombor bulat yang kurang daripada sifar. Contohnya, ... −3, −2, −1. | Menengah Rendah |
nombor berarah | directed number | Nombor dengan tanda positif (+) atau negatif (−) di hadapannya. | Menengah Rendah |
integer | integer | Nombor bulat yang bertanda positif (+) dan bertanda negatif (−). Contohnya, −2, −1, 0, 1, 2. | Menengah Rendah |
titik pusingan | turning point | Titik pada graf yang menunjukkan tempat perubahan kecerunan tangen daripada nilai positif kepada negatif atau sebaliknya. Titik pusingan mungkin merupakan titik maksimum atau titik minimum. Lihat rajah | Menengah Atas |
pecutan | acceleration | Kadar perubahan halaju terhadap masa. Apabila halaju bertambah, pecutannya positif, manakala apabila halaju mengurang, pecutannya negatif (nyahpecutan). | Menengah Atas |
pecutan | acceleration | Kadar perubahan halaju sesuatu objek. Bagi halaju bertambah, pecutannya positif, manakala bagi halaju mengurang, pecutannya negatif. | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata negatif; |
|
|