Kata |
Takrif |
Sumber |
menyembulkan diri | menampakkan (menjongol-kan) diri, memperlihatkan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyembulkan | 1. menonjolkan atau menge-luarkan hujung (kepala dll): Dollah ~ biji mata-nya; 2. = ~ diri menampakkan (menjongol-kan) diri, memperlihatkan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengali | memperlihatkan diri utk menarik perhatian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
debut | (début) pertama kali memperlihatkan diri kpd umum (dlm sandiwara, permainan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertunjuk-tunjukan | 1 saling memperlihatkan diri. 2 saling mengacukan jari kpd satu sama lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ali I | Ar tinggi; mengali memperlihatkan diri utk menarik perhatian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tunjuk; ~ ajar | 1 saling memperlihatkan diri. | Kamus Pelajar |
bertunjuk-tunjukan | 1 saling memperlihatkan diri. | Kamus Pelajar |
menampakkan | menunjukkan supaya dpt dilihat; memperlihatkan: ~ diri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
duduk sengkil | duduk di jendela atau di pintu utk memperlihatkan diri (perempuan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
plot | plot | Kesusasteraan | Tiada | Jalan cerita atau susunan peristiwa dalam sesebuah karya mengikut hukum sebab dan akibat. Plot biasanya ditemui dalam karya sastera seperti novel, drama, dan teater. Susunan episod dalam plot tidak semestinya mengikut urutan yang bersifat kronologi. Struktur plot yang konvensional mengandungi eksposisi, koplikasi, dan resolusi. Eksposisi ialah bahagian awal yang memperkenal setiap watak. Hubungan dan kerencaman watak tersebut menimbulkan konflik, sama ada antara watak atau dalam diri watak itu sendiri. Komplikasi ialah tahap pertengahan cerita yang mengembangkan konflik dan mengakibatkan ketegangan, kejutan dan muslihat, sehingga mencapai tahap klimaks, iaitu titik tumpuan cerita. Resolusi pula merupakan bahagian akhir yang memberi peleraian sesebuah plot. Namun, tidak semua naratif memperlihatkan struktur plot yang konvensional. Plot yang tidak konvensional tidak bersifat kronologi. Oleh itu, plot itu tidak mengikut rentetan eksposisi, komplikasi dan resolusi. Contohnya, ada naratif yang plotnya langsung tidak memberikan resolusi, malah ada naratif yang tidak mempunyai plot yang jelas. Contoh novel yang memperlihatkan plot yang konvensional ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi, dan novel Sangeetha oleh Azizi Haji Abdullah, sementara novel Daerah Zani oleh A. Samad Said memperlihatkan plot yang bukan konvensional. |
anthropomorphism | antropomofisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemberian sifat manusia dalam karya sastera kepada haiwan, benda yang tidak bernyawa, dan kuasa yang abstrak seperti Tuhan. Karya berunsur antropomorfisme yang termasyhur ialah Animal Farm oleh George Orwell yang merupakan satira terhadap Revolusi Rusia. Dalam karya ini, binatang ternakan yang asalnya dimiliki oleh peladang yang mabuk telah berjaya memerdekakan diri, mengambil alih ladang itu, dan mengerjakannya sendiri seperti manusia. Namun, timbul huru-hara sehingga ladang itu kucar-kacir kerana binatang yang mentadbirkannya bertindak zalim seperti pemiliknya terdahulu. Di Malaysia, karya yang memperlihatkan corak cerita yang sama ialah Tikus Rahmat oleh Hassan Ibrahim. Di Indonesia terdapat cerpen Langit Makin Mendung oleh Kipandjikusmin yang memberikan sifat manusia kepada Tuhan. Antropomorfisme digunakan untuk membangkitkan rasa empati dalam sastera. Kebanyakan pengarang cerita kiasan lebih cenderung memperlihatkan unsur ini. Antropomorfisme berasal daripada perkataan Yunani anthropos yang bererti manusia dan bentuk. Lihat juga bertiari. |
autobiography | autobiografi | Kesusasteraan | Tiada | Riwayat hidup pengarangnya sendiri. Autobiografi berlegar pada peristiwa yang dianggap penting dan menarik dalam kehidupan pengarang dan ditulis sendiri oleh pengarangnya secara berterusan. Autobiografi merupakan gabungan renungan dan ingatan pengarang yang kadangkala dibauri oleh imaginasi. Penulisan autobiografi biasanya panjang, iaitu hampir sama dengan memoir. Namun memoir lebih bertumpu pada suatu masa tertentu yang sejajar dengan peristiwa penting yang melibatkan tokoh penting, berbanding autobiografi yang lebih menekankan perkembangan diri penulisnya sendiri. Autobiografi berbeza dengan diari atau jurnal yang rata-ratanya tidak memperlihatkan pengisahan yang berterusan. Diari atau jurnal tidak mempunyai tujuan percetakan untuk bacaan khalayak seperti autobiografi. Bentuk penulisan sebegini telah dikenali terutamanya dalam kesusasteraan lama Mesir, namun istilah autobiografi ini mula digunakan oleh Southey pada tahun 1809. Pada tahap awalnya, autobiografi sering disamaertikan dengan sejarah seperti dalam karya Julius Caesar berjudul Caesars Commentaries. Walau bagaimanpun, mulai kurun ke-16, bentuk autobiografi mendapat perhatian ramai, dan mula digunakan secara lumrah. Bentuk autobiografi yang dianggap terawal dihasilkan ialah Confessions oleh St. Augustine (397-399) yang mengisahkan renungannya tentang perkara yang bersifat rohaniah. Contoh lain yang terkenal ialah Grace Abounding To The Chief Of Sinners (1666) oleh John Bunyan. Autobiography oleh Benjamin Franklin (1766), Confessions oleh Jean-Jacques Rousseau (1781,1788), Dichtung und Wahrhett (Puisi dan Kebenaran) (1810-1830) oleh goethe, dan The Prelude (1850) oleh William Wordsworth. Contoh karya autobiografi dalam kesusasteraan Arab ialah Tawq al-Hamamah fi al-Ulfah wa al-Ullaf oleh Ibn Hazm al-andalusi, manakala dalam sastera Turki ialah Boyle Gelmis Boyle Gitmez oleh Aziz Nesin. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat Hikayat Abdullah (1834) oleh Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Contoh lain ialah Sejambak Kenangan oleh A. Samad Ahmad, dan Kenang-kenangan Hidup oleh Hamka. Autobiografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud penulisan riwayat hidup sendiri. Lihat juga bildungsroman, biografi, memoir. |
point of view | sudut pandangan | Kesusasteraan | Tiada | Cara seseorang pengarang menyampaikan cerita dalam karya yang dihasilkannya. Seseorang pengarang akan menentukan cara sesuatu idea, perwatakan, latar atau aksi yang terdapat dalam cerita untuk disampaikan kepada pembaca. Terdapat dua sudut pandangan yang utama, iaitu sudut pandangan pencerita pertama dan sudut pandangan pencerita ketiga. Dalam sudut pandangan pencerita pertama, pengarang terlibat sebagai salah seorang watak dalam cerita dengan menggunakan ganti nama diri aku. Sudut pandangan pencerita ketiga pula memperlihatkan kedudukan pengarang yang berada di luar cerita dan bertindak selaku pemerhati serba tahu terhadap keseluruhan perjalanan cerita tersebut. Lihat juga serba tahu terbatas, sudut pandangan serba tahu. |
Kamus Sains.indb normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 henry. (KEJ dalam suatu populasi. (BIO) allelic gene (gen alel) Lihat allelomorph. (UBAT) allelochemic (alelokimia) Berkaitan dengan pengeluaran sebatian kimia seperti feromon oleh organisma untuk mempengaruhi spesies yang lain untuk tujuan pertahanan diri atau pe- mikatan. (BIO) allelomorph (alelomorf) Satu daripada pasangan gen yang menduduki lokus yang sama pada kromo- som homolog. Gen ini mengawal sifat yang sama, tetapi mempunyai kesan yang berbeza
|
Kamus Thai 2.indb selatan Thai mencurigai kakitangan kerajaan. ระส ่ ำระสาย [rasamrasa:y] ก kacau- bilau: เมื่ อเกิดสงครามบ ้ านเมืองก็ระส่ำระสาย Apabila peperangan berlaku, negara menjadi kacau-bilau. ระหกระเหิน [rahokrah:n] ก mem- bawa diri: เมื่ อถูกขับออกจากวังพระธิดาก็ ระหกระเหินไปยังต ่ างเมือง Setelah di- halau keluar dari istana, Tuan Puteri pun membawa diri ke sebuah negara asing. ระหว ่ าง [rawa:] บ di antara: ธนาคาร นั้ นตั้ งอยู ่ ระหว ่ างร ้ านขายยากับร ้ านอาหาร Bank itu terletak di antara kedai
|
Kamus Thai 2.indb น kalendar, takwim ปฏิบัติ [patibat] ก mengamalkan, mempraktikkan: เราต ้ องปฏิบัติสิ่ งที่ ชอบ และห ่ างไกลจากสิ่ งชั่ วร ้ าย Kita mesti menga- malkan perkara yang baik serta men- jauhkan diri daripada yang keji. ปฏิบัติการ [-ka:n] น operasi: ในการ ปฏิบัติการนั้ นตำรวจได ้ จับผู ้ ต ้ องสงสัยไว ้ หลาย คน Dalam operasi itu polis telah mem- berkas beberapa orang yang letupan bom. 2 (ยานพาหนะ) remuk: รถเบนซ ์ คันนั้ นปนปี้ เพราะถูกรถเทรลเลอร ์ ชน Kereta Mercedes itu remuk dilanggar trelar. ปม [pom] น simpulan ปมด ้ อย [-d:y] น perasaan rendah diri ปมเด ่ น [-den] น perasaan tinggi diri ปรนัย [p:ranai] ว objektif ปรปักษ ์ [p:rapak] ดู ปฏิปักษ ์ ปรโลก [p:ralo:k] น alam akhirat ปรกติ [prokkati] ดู |
|
|