Kata |
Takrif |
Sumber |
melayang | menghiris (buah-buahan) tipis-tipis: Pipinya bagai pauh dilayang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melayang | 1 terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung-katung di udara; jatuh perlahan-lahan seakan-akan terbang (bkn kertas atau daun ditiup angin): Sebuah kapal terbang jenis B 29 kelihatan terbang ~ di angkasa kota Hiroshima. 2 ki hilang (nyawa dll); lenyap; mati: Banyak nyawa yg ~ akibat peperangan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melayang | menghiris nipis-nipis (buah mangga dll); pipi bagai pauh dilayang ki pipi yg penuh (gebu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melayang nyawa (jiwa) | mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melayang | ark 1. terbang dgn tidak mengipas-ngipaskan sayap, terkatung-katung di udara (kertas atau daun ditiup angin, kapal terbang, dll): beberapa kali kapal terbang kipas empat ~ rendah di atas hutan tempat kami bersembunyi; 2. tidak tenggelam dan tidak timbul (dlm air); 3. ki hilang (nyawa dll), lenyap, tidak tenang (fikiran): ~ fikiran; ~ nyawa (jiwa) mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melayang jiwanya | mati | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melayang | 1. terbang dgn tidak menggerakkan sayap; terkatung-katung di udara; jatuh perlahan-lahan seakan-akan terbang (bkn kertas atau daun ditiup angin):Sebuah kapal terbang jenis B 29 kelihatan terbang ~ di angkasa kota Hiroshima. 2. ki hilang (nyawa dll); lenyap; mati: Banyak nyawa yg ~ akibat peperangan itu. | Kamus Pelajar |
terbang | 1 melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap spt burung atau dgn menggunakan tenaga jentera spt kapal terbang: Beberapa ekor burung ~ di udara. 2 pergi ke sesuatu tempat dgn kapal terbang: Pd malam itu juga, beliau ~ ke Bangkok. 3 ki melayang jauh fikirannya (ingatannya): Fikirannya sudah ~ pd orang yg akan ditemuinya itu. 4 ki menghilangkan diri; pergi atau berlari dgn cepat; hilang lenyap (ttg wang, harta dsb): Wangnya ~ kerana dia ditipu oleh jurujual itu. ~ arwah a. pengsan. b. hilang fikirannya atau hilang ingatannya; sangat terkejut. ~ darah sangat terkejut. ~ fikiran hilang fikiran. berterbangan 1 terbang atau melayang-melayang ke merata-rata tempat; terbang banyak-banyak: Burung kelihatan ~ di udara. 2 melayang-layang di udara; bertaburan di udara (ttg debu yg ditiup angin dsb): Debu ~ di udara ditiup angin. menerbangi terbang di atau terbang melalui: Sebuah kapal terbang kelihatan ~ ruang angkasa. menerbangkan 1 membawa terbang; menyebabkan terbang: Biji buah ini amat mudah diterbangkan angin. 2 mengangkut dgn kapal terbang: Askar-askar yg tercedera dlm pertempuran itu diterbangkan ke rumah sakit. 3 ki melarikan wang dll; melepaskan diri drpd bahaya atau dr tahanan: Orang yg ~ wang syarikat itu telah ditangkap dan dihukum penjara. penerbangan 1 perbuatan (cara, hal dll) terbang, menerbangi atau menerbangkan. 2 perjalanan dgn kapal terbang: Semua ~ dlm negeri telah dibatalkan oleh sebab rusuhan yg berlaku. penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang; juruterbang; pemandu kapal terbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berterbangan | 1 terbang atau melayang-melayang ke merata-rata tempat; terbang banyak-banyak: Burung kelihatan ~ di udara. 2 melayang-layang di udara; bertaburan di udara (ttg debu yg ditiup angin dsb): Debu ~ di udara ditiup angin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terbang I | 1. melayang atau bergerak di udara dgn menggunakan sayap (tenaga jentera dll): beberapa ekor burung layang-layang ~ di udara; sebuah helikopter ~ di atas kota; 2. menumpang atau naik kapal terbang: petang itu juga beliau ~ ke Singapura; 3. Id mudah meruap (minyak dll), mudah kering, mudah menjadi gas: minyak ~; zat ~; 4. = berterbangan melayang-layang di udara (debu, daun-daunan, dll), berhamburan di udara; 5. ki berlari (bergerak dll) dgn laju, bergerak dgn cepat, melarikan diri: kereta itu ~ bukan main laju; pencuri itu sudah ~; 6. ki hilang lenyap, hilang milik, musnah: tengok harta kita yg tinggal tiga relung ~ waktu Hamdan di Sekolah Melayu; 7. ki melayang-layang ke mana-mana (fikiran), menerawang: semua fikirannya sudah ~ pd orang yg bakal ditemuinya; ~ arwah (semangat) a) pengsan; b) hilang ingatan, sangat terperanjat; ~ darahnya sangat terkejut; ~ fikiran hilang fikiran; ~ lalat (langau) pagi-pagi hari (lebih kurang pukul 6.006.30); ~ bertumpu, hinggap mencekam prb jika merantau hendaklah mencari kaum keluarganya (karib-baitnya); berterbangan 1. terbang ke merata-rata tempat, terbang banyak-banyak: unggas ~ dr suatu dahan ke dahan yg lain serta bersiul-siul mencari makanan; 2. berhamburan (bertaburan) di udara, melayang-layang di udara (debu dll): debu di jalan raya ~ ke udara apabila dihembus angin; menerbangi terbang melalui (menempuh), berpergian dgn kapal terbang di; menerbangkan 1. membiarkan terbang, me-lepaskan terbang: beberapa ekor merpati telah diterbangkan utk memulakan perayaan tersebut; 2. membawa terbang (angin, burung, dll): biji buah ini amat kecil dan ringan, maka mudah diterbangkan oleh angin; 3. membawa (mengangkut) dgn kapal terbang, memandu (mengemudikan) kapal terbang: askar-askar yg tercedera dlm pertempuran itu telah diterbangkan ke rumah sakit Kuching utk mendapatkan rawatan cemas; 4. ki melarikan wang dll, melarikan diri: orang yg ~ wang syarikat itu telah dihukum; penerbangan 1. perihal terbang (menerbangi, menerbangkan); 2. perjalanan dgn kapal terbang, lalu lintas kapal terbang: semua ~ dlm negeri telah dibatalkan; 3. segala yg berkaitan dgn lalu lintas udara; ~ awam = ~ sipil Id urusan penerbangan utk keperluan orang awam (bukan utk tentera); ilmu ~ pengetahuan atau kepandaian dlm hal terbang (dgn kapal terbang); penerbang orang yg menerbangkan kapal terbang, jurumudi kapal terbang, juruterbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
float | 4. walk lightly, berjalan melayang: she ~ed into the dining-room, dia berjalan melayang masuk ke bilik makan; 5. (fig.) drift, melayang(-layang): memories of Christine ~ed through his mind, kenangan kpd Christine melayang-layang dlm fikirannya; under hypnotic trance, your mind ~s out of your body, dlm keadaan hipnosis, fikiran akan melayang keluar dr badan; 6. move aimlessly from one place or activity to another, hanyut: the homeless youth ~ed from city to city, anak muda gelandangan itu hanyut dr kota ke kota; 7. (of currency) terapung: the Dutch guilder was allowed to ~, guilder Belanda dibiarkan terapung; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
soar | 2. glide, hover in the air, (terbang) melayang; (of kite) melayang: overhead, a pair of eagles ~ed, di atas, sepasang burung helang terbang melayang; they lay on the grass and watched the kites ~ing above them, mereka berbaring di rumput dan memerhatikan wau melayang-layang di langit; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fly1 | c. (of garment) melayang-layang: he ran off with his coat ~ing out behind him, dia berlari dgn kotnya melayang-layang; (of hair) merebang: her hair was ~ing loose in the wind, rambutnya merebang ditiup angin; 5. move quickly, a. (of person, animal) meluru: he came ~ing into the room, dia meluru masuk ke bilik; she flew to help him, dia meluru utk menolongnya; b. (of car) meluncur; c. (of other objects) melayang: the ball flew through the air, bola itu melayang di udara; ~ open, (of door) tiba-tiba terbuka; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
blow1 | ~ away, /melayang, terbang/ ditiup angin: my scarf blew away, skaf saya melayang ditiup angin; ~ st away, /melayangkan, menerbangkan/ sst; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
plane 1 | vi 1. glide, melayang: a gull ~d down, circling the yacht, seekor burung camar melayang turun, mengelilingi kapal layar itu; 2. skim, melayap: the speedboat ~d across the lake, bot laju itu melayap merintangi tasik tersebut. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
suspend | 2. hang or hold still in, a. (air) melayang-layang: dust ~ed in the air, debu melayang-layang di udara; b. (water) terapung-apung: particles ~ed in water, zarah yg terapung-apung di permukaan air; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
drift | vi 1. be carried along by current of air, a. (of balloon, kite, etc) melayang-layang: the balloon ~ed a long way off course, belon itu melayang-layang jauh dr laluannya; b. (of smoke from a chimney) keluar: a column of smoke ~ed from the chimney, kepulan asap keluar dr serombong itu; c. (of clouds) berarak: the clouds ~ed across the sky, awan berarak di langit; d. (of sound) sayup-sayup kedengaran; e. (of smell) terbau, tercium, terhidu: a delicious smell ~ed from the kitchen, tercium bau sedap yg datangnya dr dapur; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
blow1 | ~ /about, around/, /berterbangan, melayang-layang/: the leaves are ~ing about in the wind, daun-daun itu berterbangan ditiup angin; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
far-away | adj 1. remote, jauh: ~ places, tempat-tempat jauh; ~ times, pd /zaman, masa/ dahulu; 2. (of look in sos eyes) dreamy, melayang jauh: his eyes had that ~ look,fikirannya melayang jauh. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
blow1 | ~ off, [various translations]: his hat blew off, topinya melayang ditiup angin; when the water boiled the lid blew off, apabila air mendidih tudung cerek itu terpelanting; ~ st off, [various translations]: the wind blew the roof off the house, angin telah menerbangkan bumbung rumah itu; the gale blew the ship off its course, angin kencang meniup kapal itu hingga terpesong dr arah perjalanannya; she blew the dust off the covers of the book, dia menghembus debu dr kulit buku itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
inflight | bola melayang (Sofbol) | Pendidikan | Tiada | Tiada |
inflight | bola melayang (Sofbol) | Sukan | Tiada | Tiada |
flying angle | helang melayang | Pendidikan | Tiada | Tiada |
flying dutchman | helang melayang (P.JAS) | Pendidikan | Tiada | Tiada |
flying dutchman | helang melayang (P.JAS) | Perhutanan | Tiada | Tiada |
masuk pancang | masuk pancang | Kesenian | Tiada | Kedudukan wau yang melayang tinggi yang dapat dikesan melalui pancang meter. |
floating smash | smesy tanggung | Sukan | Tiada | Smesy dengan bulu tangkisnya melayang seolah-olah terapung dan tidak menjunam. |
sail | layar;gaya layang | Sukan | Tiada | Gaya layang: Aksi terbang seperti melayang yang dilakukan oleh peserta lompat jauh ketika membuat lompatan. |
flick service | servis kuis | Sukan | Tiada | Servis yang dilakukan dengan menguis bulu tangkis dengan pantas, dan membiarkan bola melayang rendah. |
volante | volante | Muzik | Tiada | Gaya persembahan yang menghasilkan tempo yang cepat seakan-akan melayang-layang seperti dalam karya xylophone dan band berjudul Allegro Volante oleh Daniel Dorff. Gaya ini dimainkan dengan artikulasi yang ringan dan halus. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
paman III | melayang terumbang-ambing spt layang yg putus talinya. | Melanau Mukah | |
aok | kayu yg lembut antara kulit dgn teras, gubal; ~ buruok alak pebekak (gubal buruk teras tertinggal) prb teras terjunam gubal melayang. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
pudung Bj, Kd, Tb | parang pendek yang digunakan untuk merumput. | Fikirannya melayang jauh. Kemudian, fikiran itu kembali kepada dirinya sendiri. Ada waktu-waktunya dia mengeluh. Akhirnya dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Di sana bininya masih terbongkok-bongkok di celah-celah batas. Satu-satu perdu rumput itu rebah terkena pudung bininya. | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb kuih. 2 mendulang: ชาวบ ้ านจำนวนหนึ่ งไปร ่ อนแร ่ ในเขตหวงห ้ าม Beberapa orang kampung pergi men- dulang emas di kawasan larangan. ร ่ อน 2 [r:n] ก melayang: นกพิราบขาว ร ่ อนลงเกาะกิ่ งไม ้ Merpati putih melayang turun lalu hinggap di dahan pokok. ร ่ อนเร ่ [-rnre:] ดู พเนจร ร ้ อน [r:n] ว panas: วันนี้ อากาศร ้ อน Cua- ca hari ini panas. รอบ
|
Kamus Thai 2.indb mahnya dengan simen. โบนัส [bo:nat] น bonus โบย [bo:y] ก menyebat, mencambuk: ผู ้ คุมโบยนักโทษด ้ วยหวาย Pegawai penjara menyebat banduan dengan rotan. โบยบิน [bo:ybin] ก terbang melayang: นกโบยบินในยามเช ้ า Burung terbang me- layang pada waktu pagi. โบราณ [bo:ra:n] ว kuno, purba โบราณคดี [-kadi:] น arkeologi, kaji purba โบราณวัตถุ [-wattu] น barang purba โบราณสถาน [-sata |
Kamus Thai 2.indb gigi ทับ 1 [tap] น dangau ทับ 2 [tap] ก menindih: นารีหยิบแก ้ วไปทับ กระดาษเพื่ อไม ่ ให ้ ปลิว Naree mengambil gelas untuk menindih kertas supaya ia tidak melayang. ทับทิม [taptim] น 1 (พืช) buah delima 2 (อัญมณี) (batu) delima ทัพ [tap] น angkatan tentera ทัพพี [tappi:] น senduk ทั่ ว [tua] ว ke seluruh: ชาร ์ ลีได ้
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
melayang-layang | [me.la.yang.la.yang] | ملايڠ-لايڠ |
melayang | [me.la.yang] | ملايڠ |
|
Puisi |
---|
|
Berkawan melayang ke kuala, Hinggap mari di dahan duku; Manakala dikenang hatiku gila, Cintakan puteri belahan jiwaku.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 478 When the wolf comes in at the door, love creeps out of the window Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap. Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang. She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door! Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|