Kata |
Takrif |
Sumber |
lut cahaya | meluluskan cahaya tetapi benda yg di sebaliknya tidak jelas tampak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lut cahaya | dpt ditembusi cahaya tetapi kita tidak dpt melihat menerusinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jeli petroleum | campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaca I | 1. bahan yg lut sinar atau lut cahaya biasanya keras dan rapuh, dibentuk dgn melakurkan pasir silika, oksida logam dan bahanbahan lain, digunakan utk membuat tingkap, cermin, dll: cermin muka dibuat drpd ~; 2. = ~ muka cermin (muka); 3. ki cermin, contoh, teladan: keteguhan imannya boleh menjadi ~ bagi bangsanya; ~ benggala cermin yg tebal (besar); ~ berliang kaca yg mengandungi liang halus yg digunakan dlm turas dll; ~ borosilikat sj kaca yg tahan haba yg digunakan utk membuat barangan kaca makmal; ~ gentian bahan yg diperbuat drpd campuran gentian kaca dgn resin sintetik, biasanya digunakan sbg penebat dlm bangunan, utk membuat badan bot, bahagian-bahagian tertentu kereta, dsb; ~ keselamatan kaca yg diolah supaya tidak pecah atau berkecai semasa terkena hentaman (mis kaca utk cermin kereta); ~ mata a) cermin mata; b) pelihatan, (sudut) pandangan: dr ~ mata seniman; ~ pembakar kanta cembung yg menumpukan sinar matahari utk membakar; ~ pembesar(an) kanta kaca utk membuat benda yg dilihat kelihatan besar; bagai ~ terhempas ke batu prb sangat sedih atau kecewa; berkaca 1. menggunakan (memakai) kaca: tingkap-tingkap itu ~; ~ mata memakai kaca mata, bercermin mata; 2. = mengaca melihat muka (diri sendiri) dlm cermin, bercermin: bersolek sambil ~; 3. = berkaca-kaca bersinar, berkilauan (bkn mata, air dll): matanya ~ kembali; memperkaca menyaksikan (menentukan, meyakinkan, melihat) sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jeli | (jéli) sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabun II | dapat ditembusi cahaya, lut sinar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lut sinar | dpt ditembusi cahaya dan kita dpt melihat menerusinya; hening. kelutsinaran keadaan atau sifat lut sinar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
optik | 1. kajian saintifik tentang cahaya dan pelihatan; 2. berkaitan dgn mata atau pelihatan; ~ gentian (Komp) teknik penghantaran data digital dlm bentuk denyutan cahaya melalui berkas gentian kaca yg panjang, lut sinar, dan halus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gentian optik | (Komp) gentian kaca yg panjang, lut sinar, dan halus yg digunakan utk menghantar data digital dlm bentuk denyutan cahaya, spt yg digunakan dlm telekomunikasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kanta | kepingan lut sinar spt kaca dan plastik yg salah satu atau kedua-dua permukaannya melengkung, yg digunakan utk menukar tumpuan alur cahaya, mis cermin mata utk memulihkan pelihatan; ~ cekung kanta yg tebal tepinya (tengahnya lebih nipis); ~ cembung kanta yg tebal di tengah-tengah; ~ dekat kanta (pd teropong) yg paling dekat dgn mata; ~ jauh kanta (pd teropong) yg paling jauh dr mata; ~ kumpuan = ~ majmuk gabungan beberapa kanta yg berlainan; ~ lekap kanta sentuh; ~ mata kanta pd alat optik spt mikroskop dan teleskop yg membolehkan seseorang melihat objek yg diteropong dgn jelas; ~ pembesar kanta yg membuat benda yg dilihat kelihatan besar; ~ sentuh = ~ sesentuh kanta yg kecil tipis yg dilekapkan pd permukaan mata utk menjadikan penglihatan lebih jelas; ~ tangan kanta pembesar yg bertangkai; ~ zum kanta kamera yg dapat dilaraskan supaya objek yg hendak diambil gambar fotonya kelihatan besar atau kecil; tumpuan ~ titik tempat sinar cahaya bertemu sesudah melalui kanta, titik fokus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
porcelain | porselin | Kesenian | Hiasan Dalaman | Barangan seramik bersifat keras dan lut cahaya yang ditemui di China pada sekitar tahun 800 Masihi. |
arrow worms | cacing anak panah | Sains Marin | Tiada | Sejenis filum ketognata yang merupakan invertebrat kecil dengan julat saiz di antara 2-120 mm panjang. Namanya diambil sempena bentuk badannya yang panjang dan langsing serta mempunyai sirip sisi dan sirip ekor yang kelihatan seperti anak panah. Struktur badannya ringkas, diselaputi oleh lapisan kutikel, lut cahaya dan terbahagi kepada kepala, badan dan ekor. Cacing anak panah tidak mempunyai sistem peredaran darah, sistem pernafasan atau sistem pertukaran gas yang khusus dan hanya mempunyai sistem saraf yang ringkas. Terdapat lebih 120 spesies cacing anak panah yang telah dikenal pasti dan semuanya terdiri daripada zooplankton. Cacing anak panah merupakan pemangsa rakus yang memakan zooplankton kecil seperti kopepod dan krustasia kecil yang lain. Sinonim ketognata. |
photovoltaic | fotovoltan | Fizik | Nanoteknologi | Keupayaan peranti untuk menjana voltan elektrik apabila didedahkan kepada cahaya atau sinaran elektromagnet. Peranti tersebut dinamakan sel fotovoltan atau sel suria kerana berupaya menukar cahaya matahari secara terus kepada kuasa elektrik. Peranti sel fotovoltan yang paling ringkas diperbuat daripada gabungan dua bahan berlainan sifat elektrik yang diapit oleh dua elektrod. Salah satu daripada elektrod itu lut sinar. Contoh sel fotovoltan ialah sambungan p-n bahan semikonduktor silikon. Sel fotovoltan yang dibuat daripada bahan berstruktur nanometer seperti nanowayar atau bintik kuantum, dijangka mempunyai kecekapan yang tinggi. |
Kamus Sains.indb ralat seperti ralat yang berlaku apabila huruf di- gantikan dengan nombor. Istilah ini dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan rancidity test (ujian ketengikan dipercepat) Ujian yang dikendalikan untuk menentukan hayat simpan relatif lemak atau minyak dengan cara mempercepat pembentukan ketengikannya. Ujian ke- tengikan ini biasanya dilakukan dengan meninggikan suhu, cahaya dan/atau tahap oksigen secara tak normal. Sampel kemudiannya diambil secara berkala untuk ujian ketengikan seperti asid lemak bebas, nilai peroksida, atau indeks lain. Contohnya, kaedah oksigen aktif dan ujian
|
Kamus Thai 2.indb ttasakkara:t] น Tahun Masihi ปีงบประมาณ [-opprama:n] น ta- hun kewangan, tahun fiskal ปีปฏิทิน [-patitin] น tahun kalendar ปีพุทธศักราช [-puttasakkarat] น Tahun Buddha ปีแสง [-sε:] น tahun cahaya ปีอธิกสุรธิน [pi:atikasuratin] น tahun lompat ปีฮิจเราะห ์ ศักราช [-pi:hitcarsak- kara:t] น Tahun Hijrah ปี ่ [pi:] น serunai ปีก [pi:k] น sayap, kepak ปีกไม ้ [-mai โปร ่ ง [pro:] ว cerah: วันนี้ ท ้ องฟ ้ าโปร ่ ง เพราะไม ่ มีเมฆ Hari ini langit cerah tanpa awan. โปร ่ งแสง [-sε:] ว lut cahaya โปร ่ งใส [-sai] ว 1 (วัตถุ) lut sinar 2 (พฤติกรรม) telus, jelas โปรด 1 [pro:t] ก 1 menggemari: โอรสกษัตริย ์ พระองค ์ นั้ นทรงโปรดการล ่ าสัตว ์
|
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
lut cahaya | translucent | Sifat bahan yang membenarkan sebahagian cahaya sahaja melaluinya. Contohnya, cermin mata hitam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
lut sinar | transparent | Sifat bahan yang membenarkan semua cahaya melaluinya. Contohnya, cermin pintu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kornea | cornea | Lapisan lut sinar yang meliputi bahagian hadapan mata dan tidak mempunyai kapilari darah. Kornea membiaskan cahaya yang melaluinya untuk membantu pemfokusan imej pada retina. | Menengah Rendah |
|
|