Kata |
Takrif |
Sumber |
lupus | hapus, luput, hilang: senyumnya ~ sambil menahan kesakitan; melupuskan menghapuskan, meniadakan: dgn hormatnya dimaklumkan bahawa alat perkakas, kerusi meja spt yg tersebut di bawah telah dilupuskan atau dihapus kira; pelupusan perihal (perbuatan dsb) melupuskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serigala | sj binatang liar (rupanya spt anjing dan berwarna kuning kekelabu-kelabuan), Canis lupus; anjing ~ sj anjing hutan, Cyon rutilans; ~ berbulu domba prb orang yg kelihatan bodoh dan penurut tetapi sebenarnya culas, jahat lagi curang; ~ dgn buah anggur prb orang yg mencela sesuatu yg diingininya kerana ia tidak berupaya utk mendapatkan benda itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
lapsed policy | polisi lupus | insurans | Tiada | Polisi yang lupus disebabkan premiumnya tidak dibayar. |
lapse ratio | nisbah lupus | insurans | Tiada | Jumlah kontrak insurans hayat yang lupus dalam tempoh tertentu dibahagikan dengan jumlah kontrak yang berkuat kuasa pada awal tempoh tersebut. |
lapse | lupus | insurans | Tiada | Pemberhentian polisi kerana kegagalan membayar premium. Dalam insurans hayat, istilah ini merujuk kepada premium yang tidak diterima ketika polisi masih belum mempunyai nilai tidak lucut hak. |
lapse notice | notis lupus | insurans | Tiada | Notis daripada insurer kepada insured untuk melupuskan polisi insuransnya apabila polisi tersebut tidak berkuat kuasa lagi disebabkan insured tidak membayar premium pembaharuannya atau insurer tidak ingin memperbaharui polisi tersebut. |
health certificate | sijil kesihatan | insurans | Tiada | Pernyataan yang dikemukakan dengan permohonan untuk menguatkuasakan semula polisi yang telah lupus. Sijil ini mengesahkan bahawa kesihatan insurer tidak terjejas semasa pernyataan tersebut dibuat. |
archaism | arkaisme | Kesusasteraan | Tiada | Penggunaan perkataan, frasa atau ayat yang dianggap kuno, purba, usang atau antik kerana telah lama tidak digunakan. Perubahan masa menyebabkan banyak perkataan yang pernah digunakan pada zaman silam dianggap lupus dan kuno. Ada kalanya, bahasa arkaik agak sukar difahami maksudnya, dan memerlukan penelitian yang lebih terperinci. Umumnya, bahasa arkaik banyak ditemui dalam puisi. Dalam kesusasteraan Inggeris, perkataan seperti thye, thee, atau morn merupakan perkataan arkaik. Arkaisme mempunyai peranan tertentu, antaranya dapat meninggalkan kesan penggunaan bahasa yang berbeza daripada bahasa biasa, serta dapat menimbulkan suasana budaya masa lampau kepada pembaca masa kini. Dalam tradisi Melayu, bahasa arkaik banyak ditemui dalam teks Melayu lama, khususnya dalam mantera Melayu. |
persistency | ketegaran | insurans | Tiada | Pengekalan polisi sepenuhnya sehingga tamat tempoh polisi tersebut. Ketegaran tinggi bermakna peratusan polisi yang tinggi berkuat kuasa hingga ke akhir jangka masa perlindungan, manakala ketegaran rendah bermakna terdapat peratusan polisi yang tinggi menjadi lupus kerana premium tidak dijelaskan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ajerat | tarikh, hari bulan, tanggal; ~ bangaih tarikh lupus; ~ kena susou tarikh lahir; | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
lupus | [lu.pus] | لوڤوس |
|
|