| Kata |
Takrif |
Sumber |
| lestari | Jk tidak berubah-ubah, kekal, tetap; melestarikan menetapkan, mengekalkan: ~ hutan; kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dll) yg tidak berubah atau yg terpelihara spt asal, keaslian: ~ hutan kita mesti diutamakan; pelestarian perlindungan drpd kemusnahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lestari | tetap spt sediakala (ttg keadaan sesuatu); tidak berubah. melestarikan membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala (bkn hutan rimba dsb). kelestarian keadaan lestari. pelestarian perbuatan atau hal memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kelestarian | keadaan lestari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| menetapkan | 1. membuat supaya tetap (tidak goyah dll), menjadikan tetap (kekal, lestari, dll), mengekalkan: mereka hendak ~ apa yg telah ada; 2. menjadikan tetap (tidak utk sementara), melantik (menerima) sbg pegawai tetap: setelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dlm jawatannya; 3. memberi kepastian (ketentuan), memastikan, menentukan: harinya mestilah ditetapkan utk membicarakan kes itu; 4. membuat keputusan, memutuskan: kami ~ hendak memberi bantuan kpd dua orang murid sahaja; 5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dsb): ~ harga; 6. memilih (melantik, mengangkat) jadi: mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rombongan tersebut; 7. meneguhkan (hati, janji, dll): oleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib; 8. memperkuat, memperkukuh: fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tetap I | 1. selalu berada di tempatnya, tidak berpindah-pindah, tidak bergerak, tidak berganjak: di dlm kursus sains ini kelak kita akan menemui benda-benda hidup yg tinggal ~ tidak bergerak beberapa lama; 2. tidak utk sementara: jawatan ini adalah ~ dan berpencen; 3. tidak putus-putus, terus-menerus, selalu: dunia masih ~ berharap bahawa segala kejayaan Rusia di angkasa lepas itu hendaknya benar-benar dilakukan utk tujuan-tujuan damai; 4. tidak berkesudahan, kekal selama-lamanya, lestari, abadi: kita di dunia ini tidak akan ~, mati juga akhirnya; 5. tidak berubah-ubah (keadaannya dll), selalu demikian halnya dll, sama (keadaannya): harga getah dan timah bergantung pd pasaran dunia dan oleh sebab itu tidak ~; 6. sudah pasti, tentu, mesti: gedung itu ~ akan dirasmikan pd hari itu; 7. teguh berpegang pd (pendirian, kepercayaan, keyakinannya, dll): dia ~ tidak mahu berdamai; 8. tidak berubah lagi (niat, keputusan, dll): niatnya utk menunaikan fardu haji sudah ~; ~ hati teguh hati, tabah hati; menetap tinggal dgn tetap (di), bermukim (di), duduk (di): ~lah mereka di sana utk membuka tanah, meneroka hutan utk dijadikan kampung; menetapi 1. menepati atau memenuhi (janji dll), menunaikan (niat, kaul, dll): dlm janji digaduhkan sampai janji ditetapi; 2. memenuhi (kewajiban, tanggungjawab, dll), menjalankan (perintah), mematuhi; menetapkan 1. membuat supaya tetap (tidak goyah dll), menjadikan tetap (kekal, lestari, dll), mengekalkan: mereka hendak ~ apa yg telah ada; 2. menjadikan tetap (tidak utk sementara), melantik (menerima) sbg pegawai tetap: setelah berkhidmat selama satu tahun, Hamidah telah ditetapkan dlm jawatannya; 3. memberi kepastian (ketentuan), memastikan, menentukan: harinya mestilah ditetapkan utk membicarakan kes itu; 4. membuat keputusan, memutuskan: kami ~ hendak memberi bantuan kpd dua orang murid sahaja; 5. menjadikan tetap (tidak berubah-ubah keadaannya dsb): ~ harga; 6. memilih (melantik, mengangkat) jadi: mesyuarat telah ~ dia jadi wakil rombongan tersebut; 7. meneguhkan (hati, janji, dll): oleh itu ia telah ~ hatinya sedia hendak menghadapi untung nasib; 8. memperkuat, memperkukuh: fakir itu tinggal di negeri Samudera ~ akan agama Islam isi negeri itu; mempertetap, mempertetapkan menjadikan lebih tetap: ampun tuanku beribu-ribu ampun pertetapkan juga hati tuanku; ketetapan 1. perihal tetap, kepastian, ketentuan: apa yg sedang berlaku dlm masyarakat kita bukanlah drpd ajaran Islam, malah jauh menyimpang drpd ~ hukum-hukum Islam; 2. keputusan, ketentuan, pertimbangan: Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu akan mengambil satu ~ menyeru supaya semua pihak tidak berkeras dlm krisis Timur Tengah; 3. surat pengangkatan (perlantikan); 4. keteguhan (hati, kemahuan, dll), kekukuhan, kecekalan: kemahuan dan ~ hati akan mencapai suatu cita-cita yg mulia; ~ pajak Id taksiran pajak (cukai dll); penetapan 1. perihal menetapkan, pemastian, penentuan: ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; 2. perihal menetapkan (harga, keadaan, dsb); 3. pelantikan (jawatan dll), pengangkatan; 4. pelaksanaan (kewajiban dll), penunaian (janji dll); 5. keputusan (pendapat dll); penetap sesuatu yg digunakan utk menetapkan (menyelaraskan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
| sustainable yield | hasil lestari | hasil lestari | hasil lestari | Perikanan |
| sustainable growth rate | tingkat pertumbuhan lestari | kadar pertumbuhan lestari | kadar pertumbuhan lestari | Ekonomi |
| Optimum Sustainable Yield (OSY) | hasil optimal lestari | hasil lestari optimum | hasil lestari optimum | Perikanan |
| Maximum Sustainable Yield (MSY) | tangkapan maksimum lestari | Hasil Lestari Maksimum | Hasil Lestari Maksimum | Perikanan |
| Maximum Sustainable Yield (MSY) | Hasil Maksimum Lestari (HML) | hasil lestari maksimum (MSY) | hasil lestari maksimum (MSY) | Perikanan |
| optimum sustainable yield (OSY) | tangkapan optimum lestari (OSY) | hasil lestari optimum (OSY) | hasil lestari optimum (OSY) | Perikanan |
| sustainable development | pembangunan berkelanjutan | pembangunan lestari | pembangunan lestari | Sains Politik |
| sustainable environment | kelestarian lingkungan | persekitaran lestari | persekitaran lestari | Perubatan |
| conservative wall | dinding pelestari | dinding konservatif | tembok lestari | Pertanian |
| Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
| lestari | kekal [kkal] | Melanau Dalat | |
| tahen | lestari | TETAW | |
| kekel | kekal, lestari; ~ gak naseng kekal di hati; dunia wak ~ dunia yg kekal. | Melanau Mukah | |
| Kata |
Sebutan |
Jawi |
| lestari | [les.ta.ri] | لستاري |
| Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Huraian |
| water stewardship | urus selia air | ESG | Pengawasan dan pengawalan penggunaan air secara adil, saksama, lestari dan menjana pulangan ekonomi yang melibatkan semua pemegang kepentingan terhadap sesebuah kawasan tadahan air. |
| nature-based solutions | penyelesaian berasaskan alam semula jadi | ESG | Tindakan untuk melindungi, memelihara, memulihara, menggunakan secara lestari dan menguruskan ekosistem semula jadi atau diubah suai bagi menangani cabaran sosial, ekonomi dan alam sekitar secara efektif dan adaptif, serta memberikan kesejahteraan manusia, khidmat ekosistem, ketahanan dan faedah biodiversiti. |
| green sukuk | sukuk hijau | ESG | Sijil pelaburan Islam yang digunakan untuk membiayai sesuatu projek infrastruktur yang lestari. |
| European Union Taxonomy | Taksonomi Kesatuan Eropah | ESG | Sistem pengelasan yang diasaskan oleh Kesatuan Eropah untuk menentukan aktiviti ekonomi yang boleh dianggap lestari. |
| Feed-in Approval Holders (FIAH) | Pemegang Kelulusan Galakan (FIAH) | ESG | Individu atau syarikat yang memiliki sijil kelulusan galakan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia. Pemegang layak untuk menjual tenaga boleh diperbaharui pada kadar tarif galakan. |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata lestari |
|
|